Showing posts with label Adakah Blog Aggregator Membantu Blogger. Show all posts
Showing posts with label Adakah Blog Aggregator Membantu Blogger. Show all posts

BLOG REVIEW | APYZS ACTIVE BLOGGER

BLOG REVIEW | APYZS ACTIVE BLOGGER

Selamat malam to all readers.Rasanya dah lama saya tak review blog lain tapi agak sibuk atau alasan paling kukuh ialah bilangan blog di Malaysia dah bertambah banyak menyebabkan saya agak keliru untuk me'review' blog-blog yang wujud.Yelah kalau saya sesuka review tanpa sebab nanti ada pulak yang menyamar jadi annon untuk menjatuhkan maruah saya yang sememangnya suci dalam debu ni.

Ok hari ni saya nak review satu blog baru yang saya jumpa ketika berjalan kaki blog ke blog.Penat wooo!Saya tak pasti samada korang perasan tak kewujudan blog ni (alamak agak kasar kan ayat ni).So kalau tak perasan hari ni saya nak review sikit eyh.Kali ni saya nak review blog yang bernama Apyzs | Active Blogger. Jom usha...

Interface :



Simple je kan interface dia.Hitam itu emas lagi beb.Actually saya perasan dia selalu intai saya tukar baju (oops) sebab link dia mesti ada dalam shoutmix saya.Anyway thanks eyh Apyzs sebab masuk blog ni yang mungkin tak berapa nak informatif sebab saya suka menulis ikut apa yang ada dalam kepala otak.


Komen Bean Moreno :


* Bab interface blog saya tak boleh nak komen sangat sebab sayapun takde la bagus sangat design template tapi kalau boleh guna warna terang tak kiralah untuk body post ataupun background.Sebagai contoh kalau kita dah guna background gelap so body post letaklah terang untuk bagi readers sejuk mata.


* Content blog actually ok dan kalau nak lagi best bila kita nak upkan entri yang ada dalam surat khabar jangan just copy & paste atau bahasa robot ctrl + C & ctrl + V.Untuk bagi keratan akhbar tu best kita tambah sikit apa yang perlu contohnya komen kita untuk cerita tu or apa-apa yang boleh bagi kelainan.


Satu benda yang saya suka pasal dia ni ialah dia tak pernah putus asa mungkin tu kot dia pilih tagline active blogger.Saya still ingat lagi time dia baru nak up kan blog dia dia pernah down sebab ada orang suruh dia tutup blog (poll).Ala rileks ar awal-awal blogging takkan terus nak jadi pro macam Fazreen kot.Mana boleh kenalah pijak anak tangga pertama & daki sampai atas baru boleh jadi rockstar writer.So korang kalau tercari-cari mana nak blogwalk simple je just masuk je blog Apyzs sebab tiada bayaran dikenakan hanya dia je yang akan dapat bayaran dari Nuffnang.hak3...


Blog Name : Apyzs Active Blogger
URL : http://apyzs.blogspot.com/
Blogger : Apyzs

ADAKAH BLOG AGGREGATOR MEMBANTU BLOGGER | BLOGGING

ADAKAH BLOG AGGREGATOR MEMBANTU BLOGGER | BLOGGING

Selamat malam semua,still lagi selsema dan terasa macam nak demam.Harap-harap tak demam sebab kalau demam itu adalah petanda tak baik bagi pesakit TB macam saya (85% sembuh ye).Last month saya ada buat check up dan keadaan saya semakin pulih ye.Jadi harap-harap korang boleh doakan saya bebas dari TB ye sebab saya dah tak larat nak telan 12 biji ubat satu hari.



Sekarang saya nak cerita atau senang cakap share pasal blog aggregator.Apa yang korang tau pasal Blog aggregator?Bagi saya simple je blog aggregator ni satu 'port' yang mana tersimpannya Feed blog-blog.Kalau nak bahasa senang faham tempat korang ping entry blog korang.Agak-agak korang faham tak apa yang saya nak terangkan.Kalau tak faham sial rujuk Google ye sebab saya boleh terangkan ikut apa yang saya faham je.Contoh yang paling hot zaman-zaman saya belajar ping blog ialah 'Geng Blogger' (ntah mano poie den pun tak tahu).


Apa fungsi Blog Aggregator.Dia boleh diumpamakan seperti aligator yang mencari mangsa.So bila korang gunakan Blog Aggregator maka lepas korang ping korang just tunggu je mangsa untuk baca entri korang.Bila feed blog korang dah masuk selepas ping maka akan terciptalah trafik.Ye ke?Traffik akan datang dua cara iaitu :


1) User yang surf Blog Aggregator tu
2) Orang search kat Google


Mesti korang agak pelik dengan yang no 2 tu kan.Untuk lebih faham korang sama kan jelah Blog Aggregator ni dengan Blog Directory.Fungsi dia agak sama je.Bila orang search kat google maka data-data feed yang tersimpan dalam Blog Aggregator ni akan terkeluar.Sebagai contoh korang usha gambar bawah ni :




Sekarang korang faham tak apa itu Blog Aggregator?Kalau tak faham susah lah siap gambar saya bagi.Tapi kalau tak faham korang kena test sendirilah.Contoh Blog Aggregator yang tengah hot sekarang :


1) Blogged.my
2) Ozbloggers
3) Nuffnang Innit
4) Selangorblogger
5) Pingler
6) Totalping


Rasa cukup 6 jelah.Kang bagi banyak-banyak termuntah korang nak ping entri.Actually lagi banyak lagi bagus.Tapi terpulanglahkan.Oopps lupa plak kalau korang hantu facebook ada lagi tempat mana korang boleh ping blog iaitu :


1) KELAB BLOGGER
2) KELAB BLOGGER TEGAR
3) SELANGOR BLOGGER


Jalan dah bagi,carapun dah tau so kira korang dah cukup pandai.Kalau still tak gunakan itu bukan masalah saya tapi masalah korang sebab malas.Tapi sebelum apa-apa kan saya ada persoalan yang tercetus dan mungkin otai-otai boleh jawab iaitu benarkah blog aggregator ini dapat membantu blogger menjana traffik?



blog aggregator

p/s :

* Dulu just guna Gengblogger untuk pingentry je...

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails