Showing posts with label Justin Bieber. Show all posts
Showing posts with label Justin Bieber. Show all posts

JUSTIN BIEBER TIADA TESTIS KIRI?

ENTERTAINMENT : JUSTIN BIEBER TIADA TESTIS KIRI?

Selamat tengahari,hari ni Bean Moreno malas nak gi lunch walaupun baru dapat gaji.Malas nak berjalan adalah punca kenapa saya masih 'stuck' kat office dan menaip entri.Alasan kukuh kedua ialah saya ada beberapa data yang saya kena send ke outlet disebabkan mereka buat kerja 'last minute' (biasala manusia plak kalau asyik ontime jadi robot lah kan).Tapi actually saya suka kerja ni sebab saya belajar benda baru dan buat benda yang saya memang suka (bukan setakat disuruh tukar mentol terbakar).

Oklah saya tak nak tulis pasal 'worldcup' sebab ramai rasanya yang tulis pasal Spain menang dan Portugal pun 'actually' menang tapi MENANGgung kekalahan kepada Spain.Kalau saya tulis pasal benda ni dah tentu2 SEO takkan jadi dan SERP takkan 'effect' pun kat Suterablogger.Jadi saya nak tulis pasal benda yang memang orang tak peduli sangat.Yelah kalau saya tulis jugak pasal Worldcup saya kena bersaing dengan banyak blog2 lain dan susah sikit nak menang dan duduk kat atas senarai SERP.


Korang mesti kenal punya dengan budak kecik yang orang kata 'cute' ni (cute ke?).Sapa lagi kalau bukan Justin Bieber.Dia ni bolehla kita anggap macam satu fenomena dalam dunia 'entertainment'.Lepas dia top ramailah yang dress up macam dia (terutama 'tomboy').Yang tak boleh blah ramai pulak yang letak nama 'profile name' kat facebook dengan nama Bieber (ooops terlebih sudah!).Dulu ada satu berita mengejutkan saya dengar pasal Justin Bieber ni.Ada 'rumours' mengatakan dia mati sebab ambil kokain.Budak umur belasan tahun ambil kokain (apa nak heran,budak dua tahun pun dah pandai hisap rokok).Tapi at last itu cuma khabar angin je sebab sampai sekarang Justin Bieber masih menyanyi, melompat dan meminta emak dia buatkan 'hot chocolate' untuk dia sebelum pergi sekolah.

Hari ni ada satu lagi rumours mengatakan bahawa budak tak cukup umur ni buang testis kiri dia.Uiks ko dah takde kerje ke Justin Bieber.Testis tu penting tau untuk terus hidup.Takde testis macam mana nak kahwin.Ini kerja gila.Korang rasa betul ke?Mungkin ada kemungkinan jugak sebab dia punya suarapun kalau kita dengar agak lembut.Mungkin dia buang testis untuk mengekalkan suara lembut dia tu sampai ke anak cucu.hak3.Tapi harap2 berita ni tipulahkan sebab saya tau luar sana ramai 'girl' yang tergila2 kat Justin Bieber.Kalaulah dia buang testis maka hancurlah harapan 'girl2' kat luar sana.Takut ada pulak yang terjun bangunan.

Oklah ni je kot yang dapat saya 'share' untuk entry kali ni.Malam sikit saya nak turun ilmu hitam pasal blogging.Kalau saya rajinlahkan kalau malas memang korang masuk baca entri ni jelah sampai ke esok.


p/s :
* Manusia dah semakin pelik sebab nak je tukar apa yang diorang dah ada
* Akhirnya kantoi jugak seorang artis tu merampas.So pandai2 dah la ye nak hidup
* Jom layan video clip Justin Bieber feat Usher - Somebody To Love :




JUSTIN BIEBER + WONDERGIRLS = FENOMENA BARU


Selamat petang,tadi dah syok dah hujan bila petang panas.Tapi apa boleh buat itu semua ketentuan.Agak tertekan bila tulisan saya nak jadikan Verdana saiz normal tak menjadi.Dah puas godeh2 tapi tetap cilik je (alamak,kantoi plak jawa...tapi saya bukan jawa ok).Macam mana nak buat eyh.Nanti sat lagi Eyriqazz mesti kasi order suruh besarkan tulisan.Tak nampak katanya.So nak taknak Eyriqazz punya pasal kena cari jalan jugaklah ni.Saya sendiripun agak janggal bila tulisan bertukar.Sebab dulu besar sikit.Tapi ramai pulak cakap template sekarang ni cun.Biar dulu lah.

Minah ni punya Dress up memang pelik2lah.Mungkin nanti di akan dress up pakai surat khabar je kot.

Oklah nak cerita pasal fenomena muzik dunia.Kalau sebelum ni orang cakap Lady Gaga merupakan satu icon dan merupakan satu fenomena dalam dunia muzik sampaikan Christina Aguilera menangis tepi kolam renang lepas kena perli baik punya dengan Lady Gaga (yang ni saya reka2 je).Yelah baru berapa bulan masuk dunia muzik nyanyi2 tetiba popular gila2 dan ramai fans disebabkan imej pelik dan seksi dia tuh (lagu2 dia pun best jugakkan).Kalau kat dalam dunia blogging ni umpama blogger yang baru buat blog dua bulan tetiba nama dia meletup (tiada kaitan dengan saya ye...hak3).

Tapi belum lagi fenomena yang dicetuskan oleh minah ni habis tetiba muncul pulak satu artis yang memang korang pun tak sangka.Saya dulu memang menyampah dengar single dia yang first.Tapi lately saya suka pulak dengar lagu dia.Siapa lagi kalau bukan budak tak cukup umur ni.Nama dia Justin Bieber.Memang sekarang zaman Justin Bieber tengah naik dan memang ramai budak2 sekolah gurl yang akan mengilai2 bila sebut je nama Justin Bieber.Saya just minat satu je lagu dia yang tajuk dia "Baby".Tupun terpengaruh sekejap bila dengar lagu tu kat VLog Billet.Ces!

Hensem sangat ke budak ni.Biasa je saya tengok

Hm,fenomena terbaru dalam dunia muzik ialah dari Wondergirls.Awek2 ni memang cun seyh.Kalau lah dapat bawak jenjlan naik 125z memang style (uiks).Sebenarnya lagu diorang "Nobody" dalam bahasa Korea dah lama dah.Kalau tak silap 2008 dan saya still ingat masa tu awal2 saya kenal blogger Puan Capa (dah beranak ke blom eyh?).Dia buat autoplay lagu ni.Yang peliknya lagu tu dialih bahasa ke English then baru meletup sekarang.Sayapun tak tau diorang ni famous pasal hebat menari ke,suara sedap ataupun cantik2.Bagi saya diorang ni memang cun terutama sekali yang belah kiri sekali.hak3...


Oklah tujuan saya sebenarnya bukan nak promote diorang ni.Kalau saya tak promotepun diorang memang dah top dan meletop (bak kata Azwan Ali).Apa sangatlah entri yang macam ni pada diorangkan.Macam promte dalam ruangan Harian Metro saiz kecil je.Sya sebenarnya nak bercerita yang kalau kita ada daya penarik kita tentu akan terkenal.Sebagai contohlah dalam blogging kalau kita nak orang ingat dan masuk blog kita cuba buat satu kelainan dari segi penulisan takpun template (bukan promote template baru ye).

p/s :
- Esok nak teman Kak Sumi...Cikhel jangan lambat lagi eyh...
- Kat sidebar saya ada letak banner Futsal so siapa2 yang berminat bolehlah direct dengan organizer eyh
- Gambar saya cilok dari jiran saya GOOGLEisman bin Ibrahim
- Layanlah lagu nih :




Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails