Showing posts with label MTV Worldstage 2010. Show all posts
Showing posts with label MTV Worldstage 2010. Show all posts

MTV WORLDSTAGE MALAYSIA 2010












PERSONAL : BEAN MORENO DI MTV WORLDSTAGE 2010


Salam dan selamat hari Ahad ye.Sorry semalam saya just dapat update untuk ajak korang vote saya je.Korang dah vote ke blom?Kalau belom tolong lah vote ye.Kalau menang saya belanja korang minum teh ais sorang satu.hak3...



Hari Sabtu yang lepas saya berpeluang pergi MTV WORLDSTAGE 2010 yang berlangsung kat Sunway Lagoon Beach Surf.Macam mana dapat tiket?Kan saya dah bagitau sapa suruh tak baca entri saya.Siapa yang perform malam semalam?takkan korang tak tau yang perform hari tu ialah Bunkface, Wondergirls, Tokio Hotel, dan Katy Perry.Semua nama2 besar beb.


terpaksa tangkap gambar gaya Myspace

Kali ni saya masuk konsert ni bertemankan kawan saya.Actually dia sepatutnya balik kampung untuk kutip buah kat Tampin.Tapi sebab dia memang nak sangat pergi so dia terpaksa batalkan niat murni dia.Macam yang korang tau hari Sabtu hujan lebat so saya terpaksa meredah hujan dan beratur panjang untuk masuk ke dalam Sunway Lagoon.Nasib baik event crew bagi baju hujan yang kira smart jugaklah.




Yang kat atas ni adalah sponsor dan organizer untuk event besar ni.Memang ramai yang datang layan MTV Worldstage 2010 tak tau lah mana diorang dapat tiket mungkin tiket FREE macam saya jugak kot.




Korang tengoklah sendiri keadaan kat dalam Sunway Lagoon ni.Pergh memang padat beb.Saya pun terpaksa berjauhan dengan awek saya Katy Perry sebab kalau nak pergi ke depan memang tak dapek den nak nolong.Tapi tak kisah lah sebab masa awal2 bau masih harum sebab perfume masih terlekat kat badan masing2.


Disebabkan hujan lebat organizer mendapat satu masalah yang mana PA system diorang 'short'.So apa yang terjadi ialah mereka terpaksa delay show untuk satu masa yang panjang.Kalau tak silap untuk satu artis ke artis yang lain ambil masa 45 minit.Jadi kenalah tunggu nak buat macam mana kan,kecewa memang kecewa tapi sebab tiket tu FREE je tak boleh nak banyak cakap.Saya dan member saya sampai pun agak lambat dan masa kitorang dapat masuk dalampun Bunkface tengah perform last song diorang.So sorry bunkface tiada gambar mu di blog picisan ku ini.


Kalau ikutkan kat dalam terms @BlupblupMY tak boleh bawa kamera tapi saya dengan berhati waja dan berani selamba seludup compact camera saya.Walaupun nampak cikai tapi ia telah berjasa untuk semalam.Siapa yang bijak bawak Nikon DSLR bersama2 dengan beg dengan niat untuk menunjuk yang dia ada DSLR memang tak bernasib baik sebab kena rampas.hak3...


Ok kalau nak tanya pandangan saya lah kan untuk MTV Worldstage 2010 ni saya ada beberapa benda yang nak share :


* Event besar macam ni tak sesuai buat kat Sunway Lagoon sebab laluan keluar dia memang sempit.So memang berebut2 lah orang nak keluar.


* Sepatutnya kalau nak start event biarlah tunggu ramai yang masuk dulu.Ni tak start betul2 time dia padahal yang tengah beratur kat luar ramai lagi.


* Preparation untuk event itu penting.So siapkan keperluan yang sepatutnya ada kalau boleh ada spare.


Oklah tu je.Tak elok komen banyak2 sebab tiket FREE kalau tiker tu saya bayar memang saya akan bising.


p/s :
* Kadang2 pergi konsert kita dapat tengok ramai manusia JAKON!

MTV WORLDSTAGE MALAYSIA 2010 | KATY PERRY



MTV WORLDSTAGE MALAYSIA 2010 : KATY PERRY




Oklah ni review performance MTV WOLRDSTAGE MALAYSIA 2010.Saya tau memang korang nak tengok sangat dan disebabkan dia merupakan artis yang memang orang tunggu organizer letak dia last artis yang perform malam semalam.Siapa lagi kalau bukan Katy Perry yang memang hot.





Minah ni bukan takat suara best tapi memang ramai girl yang tiru gaya dia sebab dia memang cantik dan sexy.Tapi semalam dia tak seseksi gambar kat atas sebab kalau tak memang dia tak boleh perform.Dia merupakan tumpuan utama untuk event semalam selain Wondergirls.Suara dia memang mantop no wonder dia boleh digelar world class entertainer.Kalau tak silap dia perform lebih dari 5 lagu.Siap ada bawak lagu baru yang tak pernah keluar kat radio beb.Tajuk lagu tu Peacock,itu dia yang cakap lah kalau dia tipu maknanya saya pun tertipu.Nak tengok gambar...Jom layan :
















Semalam baru saya tau yang minah ni pandai main gitar.Sepanjang saya couple ngan dia dulu dia tak cakap pun dia pandai main gitar.hak3...Memang cair beb tengok dia walaupun dari jauh.Kalau masa Tokio Hotel kita tengok ramai awek2 yang nak jadi pontianak tapi masa Katy Perry kita dapat tengok ramai lelaki yang nak jadi 'nyah'.Pergh annoying siot.Taulah excited tapi janganlah sampai terlupa jantina siap tiru suara lagi.Ades!


Apa tak puas tengok gambar?Aduh penat siot shoot gambar dia sampai kene jengket kaki lagi korang boleh cakap tak puas.haha...Takpe2 setelah meyedari yang memory card full masa delay tu saya ada delete beberapa gambar yang tak perlu so space jadi besar sikit.Akhirnya dapat shot video Katy Perry.Tapi kamera dihalang oleh beberapa orang yang terlalu excited dan menganggap Katy Perry betul2 depan dia.Habis video saya. Nah layan lah video yang tak seberapa ni :







p/s :
* Orang lain pun tak pernah jumpa Katy Perry tapi takdelah sampai melalak2.Datang concert tolonglah jangan jadi pondan!

MTV WORLDSTAGE MALAYSIA 2010 | TOKIO HOTEL

MTV WORLDSTAGE MALAYSIA 2010 : TOKIO HOTEL

Salam semua,dah petang.Kejapje masa berlalu samapi kita tak sedar sekarang umur dah nak maik lagi satu hari.Tau2 je umur dah 29 tahun (oops).Saja je nak update sebab terlalu rajin hari ni.Sementara tunggu aiensepet balik saya nak sambung pasal event semalam.Event apa korang tanya?MTV WOLRDSTAGE MALAYSIA 2010 la apa lagi.Tadi saya cerita pasal group girls yang tengah so hot sekarang iaitu Wondergirls.Amacam best tak video tu?


Korang minat tak dengan Tokio Hotel?Saya sebenarnya kureng sikit dengan band rock yang muka jambu ni.Tapi semalam lepas tengok diorang punya performance saya tertarik dengan dua lagu dia.Sayapun tak berapa ingat tajuk dia.Kalau tak silap last time diorang datang Malaysia buat show kat One Utama.Ni kira kali kedua diorang datang.Semalam masa diorang perform awek2 semua mengilai macam pontianak.Dah macam masuk rumah hantu beb.


Semalam diorang perform 5 lagu termasuk lagu World Behind My Walls & Automatic.so disebabkan saya ada kat situ sayapun tangkap2 gambar sambil layan lagu dia.Bila dengar2 balik,lagu diorang ada jugak yang best.Oklah jom saya tunjuk gambar diorang yang saya berjaya shoot dari jauh.














Huh!Macam mana rock tak diorang?sekali tengok nampak macam band black metal kan?Gimik diorang dah macam band Rammestein.Tapi bila amati ada jugak macam band 'adik2'.hak3...Kebanyakkan gambar tertumpu pada vocalist Tokio Hotel iaitu Bill Kaulitz sebab camera saya dapat fokus sampai area dia je.Ramai awek2 yang datang cakap dia ni handsome.Tapi apa2 pun diorang memang rock!Tapi malangnya saya tak dapat nak shoot video dia sebab masa tengah syok rakam tiba2 memory card dah full.Ces!


p/s :
* Ada orang kata dia tiru gaya Adam Lambert.Betul ke?

MTV WORLDSTAGE MALAYSIA 2010 | WONDERGIRLS

MTV WORLDSTAGE MALAYSIA 2010 : WONDERGIRLS

Hye guys,dah lunch?saya baru siap basuh baju dah kemas rumah.Tadi saya dah cerita sikit2 pasal apa yang berlaku kat MTV WORLDSTAGE 2010, siapa yang perform dan apa kesulitan yang terjadi.Sebelum saya teruskan ke cerita lain (tapi masih pasal MTV WORLDSTAGE) saya nak mintak maaf dulu kat Bunkface sebab tak dapat nak review persembahan diorang.Bukan tak nak support tapi saya terpaksa beratur panjang dan lambat masuk.Sorry ye guys.Korang kenal tak dengan diorang ni :



Awek2 hot ni datang Malaysia semalam dan diorang salah satu artis yang perform untuk event semalam.Diorang jugaklah salah satu sebab kenapa saya nak pergi sangat MTV WORLDSTAGE 2010.Nak jugak tengok apa kehebatan dan nak rasa aura Wondergirls.Kalau tak silap diorang nyanyi 5 buah lagu termasuk lagu hitz diorang Nobody & So Hot.Korang nak usha gambar2 diorang yang saya berjaya shoot?Ok sebelum tengok saya nak mintak maaf kalau kualiti gambar agak teruk sebab saya just pakai compact camera Canon A495 :












Satu perkataan je yang dapat saya cakap iaitu Wondergirls memang Hot.Even tak dapat tengok dekat2 saya puas hati dapat tengok diorang perform.Bilalah diorang nak datang lagi eyh.Kalau saya kaya macam jutawan Malaysia tu dah lama saya pergi Korea ajak diorang jalan2.Rasa2 korang puas tak tengok gambar?Tak puas kan so saya ada bikin video untuk korang.Tapi kualiti agak tak berapa nak bagus lah.Tunggu saya beli camcoder nanti saya rakam.hak3...Nah layanlah video WonderGirls masa kat MTV WORLDSTAGE 2010 semalam.



WONDERGIRLS MTV MALAYSIA 2010 - TELL ME



WONDERGIRLS MTV MALAYSIA 2010 - NOBODY

MTV WORLDSTAGE 2010

EVENT : MTV WORLDSTAGE 2010 




Siapa yang tak pernah tau pasal MTV Worldstage?Sebenarnya ni first time saya excited pasal MTV Worldstage.Pada yang tak tau apa itu MTV Worldstage mari sini Bean Moreno bagitau apa itu MTV Wolrdstage.

"MTV Worldstage 2010 Live in Malaysia ialah satu event MTV yang paling hot dan dikenali.Memang event ni jarang2 ada tapi ia merupakan event yang disaksikan oleh lebih daripada 550 juta penonton serata dunia yang menampilkan artis2 popular dunia.Penggemar music memeng berebut nak dapatkan seat depan untuk tengok artis kesayanagn merka beraksi."
Siapa yang bakal beraksi untuk MTV Worldstage 2010 kali ni ?

* Katy Perry
* Tokio Hotel
* Wonder Girls
* Bunkface






Amacam rawks tak event ni.Semua nama2 besar beraksi atas satu stage.Ada terasa macam nak pergi tak?Kalau korang terasa macam best dan nak pergi saya boleh bagitau macam mana korang boleh dapat tiket ni.Caranya ialah (sebelum tu pastikan korang pengguna Celcom xpax) :


  1. Type and send MTV to 28881 and wait for a confirmation. 
  2. Reload RM50 upon receiving confirmation SMS and wait for your mobile voucher. 
  3. Once you have received the mobile voucher, redeem it at the Ticket Hotline office at NO. 96B, Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr. Ismail. 03-7725117.
Ataupun kalau malas nak taip SMS korang boleh jugak buat cara ni :

* Main MTV World Stage Challenges on Xpax/S.O.X./U.O.X. Facebook pages dan jadi salah seorang yang boleh menang pas EXCLUSIVE XZone.


Malas buka Facebook?Ada lagi satu cara untuk korang menang tiket iaitu :


 Download Call Me Tones daripada Channel X dan anda berpeluang untuk menang banyak hadiah. Untuk maklumat lanjut korang boleh masuk http://bit.ly/9vppKp










Simple je kan.Takdelah susah sangatpun nak dapat tiket.So kalau air liur korang dah meleleh tengok orang lain dapat tiket korang try lah buat cara2 kat atas sebab bukannya susah sangatpun.


p/s :
* Terasa jakun sebab dapat tiket Free pergi MTV World Stage 2010!

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails