Showing posts with label Santai Sabtu. Show all posts
Showing posts with label Santai Sabtu. Show all posts

EMINEM TIPU RIHANNA

SANTAI SABTU : EMINEM TIPU RIHANNA

Salam guys,saya tau ramai yang belum bangun tido lagi kan biasalah weekend siapa yang nak bangun pukul 7 kalau tak kerja or takde kelas.Tapi bagi insan2 yang gigh cari rezeki macam Bean Moreno Sabtu pun kene kerja sebab nak cari duit.Ini bukan rungutan tapi peringatan.Hari Sabtu sebenarnya masa untuk kita buat duit.Kalau tak takkan One Utama buka hari Sabtu.



So seperti biasa hari Sabtu saya mulakan entri dengan bercerita pasal lagu2 yang saya rasa best.Minggu lepas saya tulis pasal Lagu Cari Jodoh yang di Englishkan dan juga lagu Too Phat yang Masih Hip Hop.Ok hari ni saya nak cerita pasal lagu yang saya terdengar semalam kat Flyfm.Korang jangan salah sangka sebab Eminem cuma tipu Rihanna dalam lagu je.Kalau pada peminta eminem or hip hop lagu ni memang best (saya minat Eminem tapi bukan hip hop).Lagu kali ni ialah Eminem feat Rihanna - Love The Way You Lie.

Sebelum tu saya bagi korang layan dulu MTV ni.Takde yang official lagi.So siapa2 yang tau mana nak cari VClip yang official sila info ye.





Eminem feat Rihanna - Love The Way You Lie -> DOWNLOAD HERE

Ok tak?Amacam syok tak layan..?Lagu ni agak emo sikit tapi tak bosan lah.Macam yang kita tau Eminem kebanyakan lagu dia memang gangster rap.Music hiphop dia memang agak ganas sikit beb.So kalau korang berjiwa boy band yang menari lembut2 silakan tukar channel lain sebab korang takkan dapat hayati lagu ni.

Oklah masa dah time...Saya kena ke The Store (M) Sdn Bhd bukan untuk shopping tapi untuk bekerja.Harap korang suka lagu ni sebab saya suka lagu ni...

p/s :
* Bilalah aku nak siapkan Advertorial nih!!!Takde idea lah...

ORANG BERUBAH TAPI TOO PHAT MASIH HIP HOP

SANTAI SABTU : ORANG BERUBAH TAPI TOO PHAT MASIH HIP HOP

Hye guys,apa cer hari Sabtu dok umah tak remajalah.Samalah kita dok umah je.Saya ada tetamu datang.Nak tau siapa?NurAlisya Amani.Dia bukan penyanyi ataupun pelakon tapi dia seorang budak botak yang comel.Nanti saya publish gambar dia eyh sebab sekarang ni saya nak cerita pasal satu reunion yang saya rasa best.Dah ramai blogger tulis pasal ni tapi bagi saya as long as saya tulis ikut style saya itu dah buat saya puas hati walaupun tak dapat hit yang tinggi.


Sapa tak kenal dengan group Hip Hop no satu Malaysia.sapa yang tak kenal dengan Too Phat.Dulu masa saya ikut trend budak botak saya paling tak suka dengan budak2 diorang yang sememagnya poyo.Apa yang saya nampak masa tu ialah sapa jadi Hip Hop mesti dapat awek cun2 sebab diorang ada scooter VS then pakai barang mahal.hoho...Actually saya dah dengar lagu ni lama tapi still tak perasan tapi lepas dua tiga kali dengar terasa macam best je.


Sebelum2 ni kita tengok diorang buat album solo kan.Kalau nak tanya saya pendapat antara Malique dangan Joe Flizzow siapa punya album solo yang best dah tentu saya akan cakap Malique.Dia punya lirik sentap beb kalau nak compare dengan Joe Flizzow.Dan kalau diorang tak duet balik memang Malique boleh pergi jauh.Tapi sekarang diorang dah decide nak jalan sekali that's mean guna platform Too Phat so memang akan meletup.Mesti ramai yang tunggu comeback dari Too Phat.So sebelum album diorang release korang dengarlah dulu single diorang.Syok wo!!!





TOO PHAT - MASIH HIP HOP -> DOWNLOAD HERE

P/S :
* Dulu pernah lepak ngan Malique dia memang cool.Tapi tu dulu lah ntah dia ingat lagi ke tak?

BILA WALIBAND DAH POPULAR

SANTAI SABTU : BILA WALI BAND DAH POPULAR

Salam semua dan selamat hari Sabtu.Seperti Sabtu2 yang lepas Bean Moreno akan bagi entri ringan2 je hari Sabtu memandangkan sesetengah dari kita bangun lambat hari ni.Biasa dalam Santai Sabtu saya akan tulis pasal lagu2 or video clip yang saya rasa best sepanjang minggu.Setelah saya blogwalking ke satu blog yang memang popular ni siapa lagi kalau bukan Zaid yang dah tukar template tuh.Maka sayapun terjumpa sesuatu yang best untuk dikongsi.Itulah yang dinamakan kuasa blogwalking.Tapi korang takkan dapat rasa kuasa blogwalking ni kalau setakat niat masuk blog orang hanya untuk traffik dan tak baca entri.

Sekarang ni korang rasa band mana yang ngetop kat Indonesia?Adakah Nidji,Dewa19 ataupun The Rock!Owh semua salah beb,sekarang yang paling top kat Indonesia ialah Peter Porn.Kenapa top,sebab dia boleh menyanyi dan berlakon.hak3...Tapi bagi saya Wali band tetap best walaupun lagu2 dia banyak yang macam bodoh2 je kan tapi as long as lagu tu jadi siulan dan boleh buat orang gembira itu adalah satu kejayaan sebenarnya walaupun tak dapat platinum.Disebabkan saya membandingkan band2 ni dengan band Malaysia saya telah dikritik.Itu no hal biasalah tu jadi penulis takkan dapat puaskan hati semua.



Kalau korang nak tau Wali Band sekarang diminati oleh seluruh dunia.Kenapa saya cakap macam tu?Sekarang ada satu mamat nama dia Fabrizio Faniello yang mungkin berasal dari Italy memandangkan nama dia ada bau2 pizza sikit.Dia dah translate lagu Wali Band dalam bahasa English.Orang Italypun layan lagu indon jugak eyh baru saya tau.Fabrizio ni dah translate lagu Cari Jodoh kepada No I Can Do.Pernah dengar?Kalau tak pernah saya kasi korang dengar :






Fabrizio Faniello - No I Can Do -> Download Here

Amacam syok tak?hak3...Ini bermakna tak kisahlah walaupun korang tulis lagu dalam bahasa 'banjar'pun as long as lagu tu best dan boleh buat orang happy orang akan nak copyright.So tahniah kepada Wali Band sebab berjaya buat semua orang terhibur termasuk orang Italy.

p/s :
* Mungkin Fabrizio Faniello ni kecewa tahap gaban Italy kalah tu yang buat lagu ni
* Tetiba dapat idea nak buat tuikar lagu Katie Perry - Carlifornai girl jadi Gadis PD

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails