Showing posts with label Smoking. Show all posts
Showing posts with label Smoking. Show all posts

BARACK OBAMA PUN DAH BERHENTI MEROKOK...KORANG BILA LAGI?

BARACK OBAMA PUN DAH BERHENTI MEROKOK...KORANG BILA LAGI?



Salam guy,

Dalam entri ni saya just nak share satu benda yang agak memeranjatkan saya setelah membaca surat khabar lunch tadi.  Saya tak pernah tau yang President Amerika Barack Obama ni seorang perokok.  Bukan takat tu je active smoker plak tu.  Kira lebih kurang macam saya lah dulu (sebelum operation) memang naga keramat orang kata.  Che Armster siap letak gambar saya time sekolah dulu tapi time tu tiada bukti saya pegang rokok.  Sorry ye Chearm sila cari bukti yang lebih kukuh.

Berita ni diumumkan sendiri oleh isteri dia Michelle Obama iaitu Wanita Pertama Amerika Syarikat (fist Lady...dah namapun isteri) setelah Barack Obama berjaya berhenti merokok selama setahun.  Dah setahun baru isytihar beb kalau kita baru dua hari dah heboh satu kampung.  Dalam keratan akhbar Michelle berkata suaminya Barack Obama.  Yang tak boleh diterima akal Barack Obama pun curi-curi hisap rokok.Ni kes takut bini ke ataupu bini yang tak takut dia.hak3...

Macam yang saya pernah cakap dulu lah.  Lelaki akan berhenti merokok dengan beberapa alasan dan Barack Obama berhenti merokok disebabkan komitmen ke atas kedua-dua anaknya.  Petua ataupun cara Obama berhenti merokok senang je,  dia just kunyah gula-gula getah Nicorette.  So kepada perokok tegar kalau nak berhenti merokok tapi takde duit nak beli Niquitin korang boleh beli Nicorette.

p/s :

* Harap-harap saya dapat kekalkan tahap keberhentian rokok ini...Alhamdulillah dah 7 bulan

3 SEBAB LELAKI AKAN BERHENTI MEROKOK

3 SEBAB LELAKI AKAN BERHENTI MEROKOK




Selamat malam guys,

Pergh saya sedang melawan perasaan tak best yang datang secara drastik hari ni.Hampir 75% diri dikuasai enzim 'kureng la cha' dan menyebabkan hati secara total melawan dan menolak diri ini ialah seorang blogger.Kalau saya berjaya membuat anda ketawa dalam entri ni bermakna saya dah berjaya lawan enzim tersebut.

Persoalan pertama adakah anda bangga menjadi seorang perokok?Kalau soalan ni ditanyakan kepada saya sebelum saya masuk ward bulan 8 hari tu mungkin saya akan kata.Ya saya bangga berkawan dengan Dunhill dan saya suka lihat dia kaya dengan duit saya.hak3...Itu ayat kalau pertanyaan tu singgah sebelum saya operationlah.Korang rasa apa sebab ataupun punca yang boleh buat lelaki berhenti merokok?Bagi saya ada 3 :

1. Sebab Awek

Ok kalau sebab yang ni saya akui memang berkesan untuk bagi lelaki berhenti hisap rokok.Saya mula merokok sejak umur saya form 1.Kalau tak silap time tu wujud lagi Dunhill 7.Korang dapat bayangkan tak bila seorang tu dah buat sesuatu dari umur 13 sampai umur dia 17,so ia dah jadi habit bagi saya.Tapi,masa kat Uitm saya ada seorang awek nama dia Siti Rohaidah Bte Salleh (wah siap nama penuh) dia keluar satu ayat macam ni :

"Bapak saya tak hisap rokok,Abang Ipar saya tak hisap rokok,abis macam mana?"

Dia tak cakap direct tapi agak berkias dan secara auto saya terus berhenti merokok keesokan harinya tanpa bantuan Niquitin.haha...Nampak kuasa cinta itu boleh membuatkan lelaki lupa diri dan tabiatnya.hoho...Tapi, korang kena ingat kalau berhenti disebabkan awek ia akan kembali menghantui diri korang pada ketikanya contohnya bila putus cinta.halamak dah macam filem Khurafat lah...hak3...

2. Lihat Kematian Disebabkan Merokok

Ni lagi satu, korang pernah tak ada orang yang rapat-rapat meninggal dunia disebabkan rokok.Saya ada seorang kawan baik yang meninggal disebabkan merokok.Time tu memang insaf dan tetiba berhenti merokok.Tapi... itu tak mungkin akan dapat bertahan lama sebab semakin lama arwah pergi semakin kita lupa pasal kematian dia so bila dah lupa korang mintaklah Anna Raffali nyanyikan lagu Tolong Ingatkan aku.hak3...

3. Terkena Penyakit

Yang ni pulak memang terpaksalah.Kebanyakan lelaki akan berhenti merokok kalau dah dapat tau atau menghidap penyakit yang menghalangnya menghisap rokok.Contoh terdekat ialah masa saya kena Tibi dulu.Actually disebabkan saya berhenti merokoklah saya tau yang paru-paru saya telah ditenggelami air (dah macam banjir pulak).Time tu baru terasa yang Dunhill itu bukanlah kawan yang baik.Maka bila dah tau nyawa dihujung tanduk sayapun berhenti merokok.Mak bapak pun bertambah sayang hak3...


Bagi saya 3 nilah sebab saya berhenti rokok dulu kini dan selamanya.Tapi korang kene beringat yang 3 sebab ni takkan menjadi kalau korang takde satu benda yang dinamakan KEAZAMAN yang tinggi.Kalau takat korang just cakap je nak berhenti tapi takde azam lupakan jelah lafaz mulut korang tu.Jom layan iklan anti rokok yang lawak ni ...









p/s :


* Dulu saya kutuk orang tutup hidung bila saya hisap rokok kat mamak tapi sekarang baru tau perasan diorang bila duduk dan bau asap rokok.Poyo siot ayat gua...haha

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails