KALAU BERPACARAN - ANA RAFFALI , SOHAIMI MEOR HASSAN & ALTIMET
Hai hari ni agak produktif sebab cuti dan banyak masa tak seperti hari weekdays yang sememangnya saya busy.Ni kiranya edisi balas dendem sebab semalam saya langsung tak produce entri untuk dibaca.Fulamak ayat macam producer filem juta-juta pulak.
Hari ni takde isu-isu best nak share.Saya dah baca Harian Metro dua kalipun tetap tak dapat nak cari isu yang boleh diketengahkan.Takkan nak tulis pasal artis pergi Halloween pulak.Itu korang usha surat khabar sendirilah sebab saya tak berapa minat nak cerita dalam blog saya ni.Saya anggap diorang tak pernah pergi sekolah agama je.hoho...Bagi saya apa yang menarik hari ialah perlawanan Liverpool lawan Chelsea malam ni.
Apa yang korang fikir pasal perkataan berpacaran.Bila saya dengar perkataan ni teringat sinetron Cinta Kirana.Sekarang orang tak sebut berpacaran dah.sekarang orang panggil couple.Zaman sekarang ni kalau tak tau apa itu dating ataupun couple memang menipu sebab budak form1 pun dah pandai ada BF or GF (fuh short form tak hengat!).Kalau nak mintak nasihat saya pasal bab-bab berpacar-pacar ni memang saya fail sebab saya bukan Dr Fadhilah Kamtumi ataupun Dr Not So Easy ye.Tapi saya ada guideline.Korang hayati jelah lirik ni :