Showing posts with label Ana Raffali. Show all posts
Showing posts with label Ana Raffali. Show all posts

KENAPA KITA SUKA MEMPERTIKAI & MEMBENCI

KENAPA KITA SUKA MEMPERTIKAI & MEMBENCI



Salam guys,

Tutup kisah Anugerah Juara Lagu 25.Tahniah pada yang menang dan yang tak menang anda tetap juga artis dan ada peminat so tak perlu sedih album tetap akan terjual.hak3...Lepas AJL25 semalam saya dapat lihat dan terfikir satu benda.Adakah masyarakat kita terlalu sensitif dan suka kumpul segala kebencian dalam hati?Siapa boleh jawab...

Kenapa saya start topik ni.Simple je dah macam-macam perkara yang kita boleh nampak berlaku sekarang ni.Ramai antara kita yang terlalu bijak untuk mengadili kehidupan manusia lain.Kita tak pernah fikir kenapa jadi macam tu dan punca lalu dengan spontan terus nak menjatuhkan hukum 'kebencian' kat orang kita tak suka.Bila kebencian muncul maka pertikaian akan wujud.Owh senang gila nak jadi pengadil.Persoalannya adakah kita layak mengadili seseorang.Kalau memang mudah nak jadi hakim dah ramai orang ganti tempat hakim negara.

Contoh paling dekat ialah pemenang AJL25...Siapa menang?Jawabnya Ana Raffali yang menang.Bila dia menang apa terjadi?Dah tentulah dia dapat penghargaan dan duit RM35000 betul tak?Tapi bukan itu je yang dia dapat.Dia juga dapat kritikan dan kebencian.Baru je dinobatkan sebagai pemenang terus page Mempertikaikan kemenangan dia wujud dalam facebook.Saya bukan nak bela dia dan actually saya bukan fans dia pun.Persoalannya adakah kita layak mengadili kemenangan dia?Tak beb kalau kita layak kita dah duduk kat kerusi juri.Korang sendiri takde certificate music korang nak pertikai lagu tu.Apa kehei nye yob!

Kes lain ialah kes Jejari Runcing.Siapa tak kenal dia kan.Blog dia je dah cecah 7K followers.Pergh gua dah berblog dekat 3 tahun pun tak lepas seribu lagi...hak3...Bila Khairul Fahmi jadi hero tetiba tempias kena kat awek dia.Itupun ada yang tak puas hati.Biarlah dia nak cerita pasal si apek tu kat blog dia.Itu hak dia so kenapa perlu pertikaikan.Kalau korang nak popular jugak macam dia jadilah pemain bola sepak ataupun paksa boyfriend korang jadi palyer bola sepak.Kalau tak nak pi ganti Dato Misbun Sidek pasti meletup.Pasal cerita hal personal dalam blog pun orang benci dia then terus ada Fanpage.Cuba fikir layakkah korang nak tentukan penulisan dan kehidupan orang lain?

Dalam blogging pulak, bila seseorang tu menang kontest dan menang Blackberry Torch.Tak payah ceritalah memang korang tau Hamzah menang kan.Itupun ramai pertikaikan kemenangan dia?Wah korang nak jadi advertiser ke pilih pemenang dan takkan asyik-asyik muka sama je menang betul tak?Bagi lah peluang kat orang lain pulak.Hamzah bernasib baik sebab blogger yang petikaikan dia tu tak buat fanpage untuk dia.hak3...Bagi saya biarlah dia menang apa masalahnya wei siap nak buat entri bagai.Itu nama dia rezeki dan kalau tak percaya sangat rezeki tu tuhan bagi apa kata korang tanamkan perkataan dah itu luck dia.Bagi lah support bukan kondem.Sila jangan anggap saya menulis disebabkan kawan tapi disebabkan kesedaran sebenarnya.


Oklah terlampau panjang pulak entri ni.Hari dah kena tegur dengan Kak Ina sebab entri panjang sangat.Apa-apapun cuba fikir satu benda Kenapa Kita Suka Mempertikai & Membenci sedangkan kita sendiri tak sempurna dan tak layak..?


p/s :


* Apa salahnya kita kita unite barulah hidup aman.
* Apa pendapat korang pasal Fanpage benci-benci ni?

KALAU BERPACARAN - ANA RAFFALI , SOHAIMI MEOR HASSAN & ALTIMET

KALAU BERPACARAN - ANA RAFFALI , SOHAIMI MEOR HASSAN & ALTIMET

Hai hari ni agak produktif sebab cuti dan banyak masa tak seperti hari weekdays yang sememangnya saya busy.Ni kiranya edisi balas dendem sebab semalam saya langsung tak produce entri untuk dibaca.Fulamak ayat macam producer filem juta-juta pulak.

Hari ni takde isu-isu best nak share.Saya dah baca Harian Metro dua kalipun tetap tak dapat nak cari isu yang boleh diketengahkan.Takkan nak tulis pasal artis pergi Halloween pulak.Itu korang usha surat khabar sendirilah sebab saya tak berapa minat nak cerita dalam blog saya ni.Saya anggap diorang tak pernah pergi sekolah agama je.hoho...Bagi saya apa yang menarik hari ialah perlawanan Liverpool lawan Chelsea malam ni.

Apa yang korang fikir pasal perkataan berpacaran.Bila saya dengar perkataan ni teringat sinetron Cinta Kirana.Sekarang orang tak sebut berpacaran dah.sekarang orang panggil couple.Zaman sekarang ni kalau tak tau apa itu dating ataupun couple memang menipu sebab budak form1 pun dah pandai ada BF or GF (fuh short form tak hengat!).Kalau nak mintak nasihat saya pasal bab-bab berpacar-pacar ni memang saya fail sebab saya bukan Dr Fadhilah Kamtumi ataupun Dr Not So Easy ye.Tapi saya ada guideline.Korang hayati jelah lirik ni :



Ana Raffali,Sohaimi Meor Hassan & Altimet - Kalau Berpacaran

Komen Bean Moreno :

* Lagu yang simple dan menarik.Walaupun lirik dia ulang-ulang tapi ada mesej.
* Yang buat lagu ni lagi menarik ialah suara Ana Raffali tapi kalau dengar betul-betul disebabkan nak nyanyi ber'slang' maka ada kantoi pelat di situ.
* Susah nak jumpa pasangan kekasih yang tak bersentuhan tapi tak susah nak jumpa pasangan kekasih yang buat wayang.hak3

ANA RAFFALI - TOLONG INGATKAN AKU | DOWNLOAD

ANA RAFFALI - TOLONG INGATKAN AKU | DOWNLOAD

Selamat malam guys.Mungkin ni entri terakhir untuk malam ni sebab mata dah layu.Ada yang tanya saya adakah traffik blog ni lebih 200 disebabkan saya keluarkan entri Cara Dapatkan 200 UV.Hm ntahlah eyh nak reveal ke tak?Tapi ikutkan logik takkan saya nak buat entri macam tu kalau traffik saya masih 50 UV kan.



Macam biasa entry malam memang untuk rileks dan bagi pejamkan mata.Malam ni nak ajak korang layan satu lagu dari awek yang muka ala-ala arab sikit.Sebelum ni luna muncul dengan imej awek bertudung yang hebat bermain gitar.Tapi tiba-tiba muncul pulak awek kebaya yang pandai main gitar.Siapa lagi kalau bukan Ana Raffali.Bagi saya dia ni memang kiut dan suara dia memang syoklah dengar.Tak percaya?Jom layan :






Ana Raffali - Tolong Ingatkan Aku 

Amacam show tak minah ni?Serius ni first time saya tengok gambar dia dan dengar lagu dia kat youtube.Itupun sebab terdengar suara dia masa interview kat Riuh Pagi Era.

Komen Bean Moreno :

* Ni single kedua selepas Hujan Bunga di Kuala Lumpur dan single ni dah bikin nama Ana Raffali tetiba dikenali.

* Saya tak pernah tengok dia buat live perform lagi.Hopefully nanti satu time dapat dengar suara dia live.Sebab dalam radio suara dia best!

* Taktik Ana Raffali untuk naikkan nama simple je iaitu buat trade mark gadis berkebaya yang cun!So ini bermakna imej dan identiti itu satu element untuk berjaya.

* Biasanya bila dah ada identiti artis tu mungkin bertahan lama tengok macam Beetles sampai sekarang top.

* Setakat ni tiada lagi gosip panas pasal dia so kalau dia famous itu adalah sebab bakat yang dia ada.Betul tak?

Apa-apapun good luck to Ana Raffali.Harap-harap ada lagi single yang best lepas ni.

p/s :

* Adakah Ana Raffali dapat bertahan macam Yuna?
* Tak sabar nak tengok Paramore Live In KL.

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails