Showing posts with label 1Malaysia. Show all posts
Showing posts with label 1Malaysia. Show all posts

WE ARE PROUD TO BE MALAYSIAN

WE AR PROUD TO BE MALAYSIAN

Hari ni memang takde benda nak diceritakan mahupun diluahkan selain perasaan gembire atas kemenangan Harimau Malaya di Piala AFF Suzuki disamping cuti yang dikecapi rakyat Malaysia esok 31 Disember 2010 (actually ni public holiday or cuti peristiwa).Malangnya esok saya still kena kerja tapi yang bestnya ada replacement leave pada hari Isnin.

Dah dua hari saya share ngan korang lagu-lagu skinhead.Serius tetiba saya terasa ingin menjadi skinhead semula.Jamming kat studio dan menyarung Dr Marten.So malam ni bersempena dengan kemenangan Malaysia dan semangat skinhead saya nak share satu lagu Skinhead yang menunjukkan saya ni bersemangat kebangsaan...




THE OFFICIALS - WE ARE PROUD TO BE MALAYSIAN 

Apa korang fikir skinhead yang antisocial tak sayangkan Negara ke?Saya still ingat masa saya rancak dengan skinhead match bola mesti tengok.Mesti sokong punya.hoho...

WE ARE PROUD TO BE MALAYSIAN...WE BELONGS TO YOU...
WE WILL FIGHT FOR YOU...

p/s :

* Adakah kita hanya mengaku kita berbangga dengan Malaysia setelah menang sesuatu sukan?

* Kenapa bila  menang Piala AFF Suzuki dapat cuti tapi bila menang Piala Thomas takde cuti?

APA IKLAN RAYA YANG KONTROVERSI


VIDEO : APA IKLAN RAYA YANG KONTROVERSI

Salam dan selamat tengahari readers Suterablogger.Sorry lambat sikit update sebab saya terbangun lambat akibat layan Geng Surau Marathon lepas subuh tadi.Pernah layan tak?Ingatkan nak update pasal mini gath semalam tapi rasanya bro Syahirul belum bangun lagi rasanya.So kena tunggu mamat tu bangun baru dapat ambil gambar. 

Let's straight to the point,sebenarnya ada satu iklan raya yang sekarang tengah hot dan kontroversi sekarang.Tau tak iklan raya apa yang kontroversi sangat tu?Ok jom layan :




Iklan raya TV3

Komen Bean Moreno :

* Kalau dah kata iklan raya buat jelah iklan raya tak payahlah nak masukkan unsur-unsur perayaan lain sebab ni bukan musim kongsi raya.
* Benda ni jadi bila kita masih tak faham apa itu konsep 1 Malaysia.Semua benda nak dicampur aduk.Agak-agaklah.
*Benda akan jadi teruk bila 2 benda terjadi iaitu otak terlalu kreatif ataupun kekeringan idea.

p/s :

* Apa yang korang rasa bila tengok cerita ni?Adakah orang yang buat iklan ni kreatif sangat ataupun kekeringngan idea?

NAMEWEE - POPULARITY ATAU PERJUANGAN


ISU : NAMEWEE - POPULARITY ATAU PERJUANGAN


Salam 1Malaysia semua.Kenal tak mamat kat gambar atas ni?Dia ni dah cukup famous sekarang ni betul tak?Mana-mana pergipun memang orang kenal beb.Dalam sekelip mata dia dah boleh jadi famous mengalahkan Ifa Raziah (apa kene mengena?).Kalau nak ikutkan popularity dalam Google Trend dia boleh jadi keyword or hot search ataupun treding dan boleh mengalahkan James Lee.Yang still terpinga-pinga siapa mamat ni biar aya bagitau ye.Nama dia Namewee.

Siapa dia ni?Dia bukan menteri di jabatan perdana menteri tapi dia ada keberanian yang mana membolehkan dia masuk ke parlimen jadi wakil rakyat.Memang kalau dia pergi Indonesia sekarang memang dia boleh buat business Demonstrasi Benci Malaysia.Hak3...Ramai yang membenci dia sekarang sebab perbuatan dia.Kali pertama saya kenal dia melalui video Negarakuku.Yang paling latest ialah Video Nah!.Nak tengok?Just klik je link tu.

Sempoi je sebenarnya kalau nak tanya pendapat saya apa yang ada pada Namewee hanyalah keberanian yang tak boleh nak bawa di ke mana-mana.Bagi saya dia ada point dan kebanyakannya point dia tu betul dan apa yang nak dia sampaikan ialah kebenaran.Contohnya untuk video Nah! dia cuma nak sampaikan bahawa jangan racist.Ni disebabkan seorang cikgu yang mengeluarkan satu statement racist kepada pelajar cina.Point Namewee memang betul cuma cara dia tu agak keterlaluan dan channel untuk dia rebel adalah salah.Yang buat salah seorang je tapi yang kena sampai ke KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia).


Saya follow video dia dan saya dengar semua point-point yang dia nak sampaikan kebanyakannya betul dan kalau dia luahkan ketidakuasan hati dia pada tempat yang betul dah tentu dia kaya sekarang sebab banyak benda dia boleh saman.Tapi disebabkan cara dia salah maka ia seolah-olah nampak macam dia nak menghasut dan menyebarkan isu perkauman.So Namewee lu memang bagus tapi gunakan otak untuk protes lain kali.


Korang rasa dia ni cari populariti ataupun memperjuangkan sesuatu.


p/s :

  • Setiap ciptaan ada pro & contra,ada baik & buruk so berfikir sebelum bertindak adalah lebih baik.
  • Kalau betul-betul tak uas hati dengan sesuatu bawa naik court.Itu cara betul
  • Stop la jangan nak racist je.Kita dah cukup aman dah beb.

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails