NAMEWEE - POPULARITY ATAU PERJUANGAN


ISU : NAMEWEE - POPULARITY ATAU PERJUANGAN


Salam 1Malaysia semua.Kenal tak mamat kat gambar atas ni?Dia ni dah cukup famous sekarang ni betul tak?Mana-mana pergipun memang orang kenal beb.Dalam sekelip mata dia dah boleh jadi famous mengalahkan Ifa Raziah (apa kene mengena?).Kalau nak ikutkan popularity dalam Google Trend dia boleh jadi keyword or hot search ataupun treding dan boleh mengalahkan James Lee.Yang still terpinga-pinga siapa mamat ni biar aya bagitau ye.Nama dia Namewee.

Siapa dia ni?Dia bukan menteri di jabatan perdana menteri tapi dia ada keberanian yang mana membolehkan dia masuk ke parlimen jadi wakil rakyat.Memang kalau dia pergi Indonesia sekarang memang dia boleh buat business Demonstrasi Benci Malaysia.Hak3...Ramai yang membenci dia sekarang sebab perbuatan dia.Kali pertama saya kenal dia melalui video Negarakuku.Yang paling latest ialah Video Nah!.Nak tengok?Just klik je link tu.

Sempoi je sebenarnya kalau nak tanya pendapat saya apa yang ada pada Namewee hanyalah keberanian yang tak boleh nak bawa di ke mana-mana.Bagi saya dia ada point dan kebanyakannya point dia tu betul dan apa yang nak dia sampaikan ialah kebenaran.Contohnya untuk video Nah! dia cuma nak sampaikan bahawa jangan racist.Ni disebabkan seorang cikgu yang mengeluarkan satu statement racist kepada pelajar cina.Point Namewee memang betul cuma cara dia tu agak keterlaluan dan channel untuk dia rebel adalah salah.Yang buat salah seorang je tapi yang kena sampai ke KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia).


Saya follow video dia dan saya dengar semua point-point yang dia nak sampaikan kebanyakannya betul dan kalau dia luahkan ketidakuasan hati dia pada tempat yang betul dah tentu dia kaya sekarang sebab banyak benda dia boleh saman.Tapi disebabkan cara dia salah maka ia seolah-olah nampak macam dia nak menghasut dan menyebarkan isu perkauman.So Namewee lu memang bagus tapi gunakan otak untuk protes lain kali.


Korang rasa dia ni cari populariti ataupun memperjuangkan sesuatu.


p/s :

  • Setiap ciptaan ada pro & contra,ada baik & buruk so berfikir sebelum bertindak adalah lebih baik.
  • Kalau betul-betul tak uas hati dengan sesuatu bawa naik court.Itu cara betul
  • Stop la jangan nak racist je.Kita dah cukup aman dah beb.
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails