4 FAKTA TAK BEST TENTANG KES PEMBUNUHAN DATO SOSILAWATI LAWIYA


4 FAKTA TAK BEST TENTANG KES PEMBUNUHAN DATO SOSILAWATI LAWIYA

Salam dan selamat pagi (ye ke pagi?).Semalam saya pergi beraya rumah kawan-kawan blogger iaitu Linda dan Zaid.Memang sedap makanan diorang.pergh...Kalau cuti maca biasa tugas utama Bean Moreno ialah surf net then kemas rumah.hak3...Puas surf net pagi ni tetiba terbaca something yang tak best pasal kes Dato' Sosilawati Lawiya.Korang tau tak apa yang tak best?Ok meh saya listkan :

1) Ada orang guna nama Dato Sosilawati Lawiya untuk kutib derma.
- Ada juga orang yang tak berakal macam ni.Sebab ada jugak yang nak kutip derma guna nama jutawan yang sememangnya bersedekah RM1 juta setahun.Benda ni boleh memalukan keluarga Arwah.Lain kali sebelum buat kerja bodoh sila fikirkn dulu kesannya.

2) Peguam yang mastermind tu tiada pangkat dato'.
- Disebabkan pembunuh ni habis majlis kesultanan buruk.Ramai orang kata Sultan buat bisnes pangkat dato padahal mamat ni yang perasan lebih letak dato'.Lepas ni sila panggil saya Dato' Bean Moreno ye sebab sekarang ni senang nak dapat pangkat Dato'.Mangkuk punya peguam (alamak tetiba emo apahal?). 

3) Pembunuh ada kaitan dengan beberapa pembunuhan yang lain.
- Aduh benda ni menampakkan peguam bodoh ni memang desperate nak duit sampai sanggup membunuh.Ada satu ayat untuk dia.Lain kali kalau dah tau diri tu papa kedana jangan nak berangan nak jadi kaya dan kalau dah tau diri tu layak duduk kat estet jangan nak berangan pakai kereta BMW!Duduk je estet toreh getah!

4) Rakan Dato Sosilawati ditemui tergantung.
- Yang ni agak pelik sikit.Banyak persoalan wujud bila benda ni terjadi.Satu adakah kematian arwah memberi impak yang tinggi sehingga boleh menyebabkan orang sedih sehingga membunuh diri.Ataupun rakan arwah memerlukan sedikit pertolongan arwah tetapi tidak kesampaian.Ni andaian je kalau silap sila maafkan saya ye.


p/s :
* Kalau ada apa yang saya tulis menyinggung perasaan sesiapa saya mahu minta maaf sebab saya tak tuju penulisan di atas pada umum just untuk insan kejam yang sememangnya tidak berakal.
* Apa pendapat korang tentang kes ni?Ada tak lagi kes lain yang akan dikaitkan?
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails