KERAJAAN TIDAK PERLU AKUR TUNTUTAN BENDERA


NEWS : KERAJAAN TIDAK PERLU AKUR TUNTUTAN BENDERA

Selamat pagi dan salam 1Malaysia ye,Selamat hari Jumaat dan sepatutnya saya buat slot tazkirah.Wah dah jadi Imam Muda la pulak kan.Takdelah kadang2 tazkirah boleh buat kita sedar diri kita.Tapi tiba-tiba terasa macam nak jadi reporter pulak pagi-pagi ni.Ye lah keadaan macam makin gawat je.

Tadi terbaca kat Utusan Malaysia Online yang BENDERA ada buat tuntutan pada kerajaan Malaysia.Bagi yang tak tau BENDERA itu apa meh saya terangkan maksudnya.BENDERA bermaksud Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia satu gerakan di Indonesia buat demonstrasi cari makan membenci Malaysia di Indonesia sekarang.Antara tuntutan yang diorang nak ialah diorang nak bawa balik berjuta-juta rakyat Indonesia yang cari nafkah kat Malaysia lepas tu putuskan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Indonesia.Wah senang-senang je nak putuskan hubungan eyh.Ko ingat senang.?

Saya bagi sikit petikan akhbar Utusan berkenaan dengan isu ni.Apa yang Timbalan Perdana Menteri kita balas.



PUTRAJAYA 2 Sept. - Kerajaan hari ini menegaskan, tuntutan Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera) supaya negara ini memohon maaf berikutan beberapa insiden membabitkan rakyat republik itu langsung tidak mempunyai asas.Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) berkata, Kuala Lumpur tidak perlu memberi reaksi terhadap tuntutan kumpulan tersebut termasuk permintaan Jakarta memanggil pulang kesemua dua juta warga republik itu yang bekerja di negara ini."Tuntutan mohon maaf itu tidak mempunyai asas kerana kita telah mengemukakan dalam saluran diplomasi termasuk bantahan kepada beberapa insiden yang berlaku sebelum ini."Kita sudah setuju berbincang mengenai hal-hal dibangkitkan. Kedua-dua Menteri Luar juga akan mengadakan pertemuan di Kota Kinabalu, Sabah pada 6 September ini dan kita harap ada keputusan baik dicapai," katanya.



Nak baca selanjutnya boleh pergi ke Utusan Malaysia Online

Kalau nak tanya pandangan saya,saya akan komen yang pemimpin BENDERA tu ada something wrong dengan kepala otak dia ataupun mungkin dia tengah jiwa kacau baru lepas gaduh dengan bini or awek dia.Kenapa?Sebab mintak benda yang tak masuk akal.Nak minatkpun biarlah logik sikit jangan mintak yang mengarut.Jadilah matang.

Kalau nak ikutkan apa yang berlaku bukan kita yang nak rakyat Indonesia datang bekerja kat sini kebanyakan yang datang secara haram itupun kerajaan Malaysia tak bising & kalau nak ikutkan disiplin rakyat Indonesia yang datang bertandang kat sini kebanyakkannya teruk.Sebagai contoh amah yang bekerja di sini banyak yang buat hal.Dera anak dan ada yang sampai meninggal dan ada yang mencuri.Adakah itu satu sikap yang baik ketik berada di negara orang?Kalau boleh saya nak Ketua BENDERA yang kononnya bagus sangat tu jawab.


Kalau bab putuskan hubungan pulak,alamak kata pemimpin.Kalau ikut sejarah la Malaysia-Indonesia dah jalin hubungan (bukan hubungan cinta) dan beratus tahun dah.Tiba-tiba wujud BENDERA nak putuskan hubungan senang-senang je.Korang sedarlah apa yang dah jadi.Artis korang jadi popularpun sebab kami Rakyat Malaysia yang support.Cerita Sinetron Indonesia siapa yang beli?Berapa banyak Malaysia dah labur kat ekonomi Indonesia?Logik sikit lah ye permintaan tu  Mustar Bona Ventura Manurung.Jadi sila sedar diri sikit.

Ni pendapat peribadi saya tentang BENDERA yang minta benda tak masuk akal.Kalau ada pendapat yang berbeza sila kemukakan terutama sekali pada blogger-blogger Indonesia.Saya bukan nak gaduh tapi just nak pendapat je.

p/s :

* Mungkinkah BENDERA nak tengok apa yang terjadi di negara arab berlaku di Asia Tenggara?
* Kalau nak berjuang untuk bangsapun janganlah macam ni?Nanti kami hantar Namewee baru tau.
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails