BERANI DALAM BERBLOG


BERANI DALAM BERBLOG



Salam dan selamat tengahari.Mungkin hari ni adalah hari terakhir kita berpuasa kalau esok rayalah.Kalau tak esok last kita puasa kan.Bukannya susah just tunggu je sebab mood raya memang dah ke laut sangat ni.

Oklah hari ni nak share yang korang apa itu berani dalam blogging.Sesetengah orang kata blogger ni berani kat blog je.Kutuk orang pastu jadi annon komen blog orang kutuk-kutuk penulisan orang ibaratnya macam dia paling hebat.Adakah itu korang rasa berani dalam berblogging?Ok bagi saya ada beberapa jenis bernai yang kita boleh buat dalam berblog ni :

1) BERANI LONTAR PENDAPAT

Yang ni memang penting bagi blogger yang buat blog untuk sharing pendapat dan apa yang dia rasa.Bagi yang blogging untuk duit semata sila abaikan point ni.Bila kita berani lontar pendapat dalam blog maka kita akan berjaya kumpul crowd.Tapi jangan suka sangat sebab ada dua situasi yang akan berlaku.Samada korang dapat kumpul crowd ataupun korang kena kecam.Tak payah bagi contohlah korang pun tau.Jangan lupa sila hormat pandangan orang lain juga sebab korang bukan hidup dalam dunia ni sorang-sorang ye.

2) BERANI BUAT PERUBAHAN

Dalam blogging benda utama yang boleh bagi blogger tu maju ke depan ialah berani buat perubahan terutama sekali pada blog dia.Tak kisahlah dari segi template ke,photo editing ke,idea ke atupun cara korang menulis.Kalau korang nak maju berubahlah.Ni tak bila dah pakai satu template itu je yang dia pakai sampai google punya server jahanam.hak3...

3) BERANI BERTANYA

Yang nipun agak penting.Even ko hustler macam manapun korang tetap newbie.Walaupun korang dah bikin blog 10 tahun pun korang tetap newbie sebab bukan korang yang ciptan blogging arena ni.So banyak benda yang akan berubah & bertambah.Tak salah kita tanya orang.Sebab mungkin kita tau buta donat dan kawan kita tau buat kueh tart so bila kita bertanya maka ilmu berkembang.Jangan malu-malu ye.

4) BERANI UNTUK MENCUBA

Maksud saya ialah cuba benda baru.tak kiralah pulg in ke ataupun bertukar hosting (oops perli diri sendiri ni).Macam saya, saya cuba naikkan blog saya dengan cuba buat gathering.Kalau saya tak buat gathering takdelah saya jumpa blogger-blogger lain terutama Melz yang banyak turun ilmu hitam kat saya.So kalau korang nak maju cuba je apa yang patut.

5) BERANI BERGAUL

Bergaul tak semestinya korang kena pergi rumah dia main PS3 sama-sama ataupun tukar juadah berbuka puasa.Tak semestinya bersua muka.Sekarang ni kita ada facebook, twitter dan jangan lupa myfriend2u.Social network pun boleh kita gunakan untuk bergaul.Even korang tak kenalpun just follow je twitter dia dan dengan selamba je sapa.Buat muka tak malu sikit.Jangan add pastu curi gambar dah la ye.

Oklah dah lama tak buat entri panjang-panjang macam ni.Kalau korang tak percaya cakap saya,cuba beranikan diri dalam berblog & tengok kesan dia pada blog korang.Saya tak tipu ni realiti yang saya sendiri alami.Sebelum cuba jangan nak kondem or cakap tak boleh ye.

p/s :

* Tolong jangan terlalu berani sangat sampai semua nak dihentam.Kang tak pasal-pasal ISA.
* Korang rasa perlu tak rasa berani dalam berblog ni?
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails