SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DARI SUTERABLOGGER


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DARI SUTERABLOGGER



Selamat malam,kenyang berbuka puasa tadi.Saya & aiensepet gi makan McD kat Center Point Damansara.Tiba-tiba teringin nak makan ayam goreng McD yang spicy habis tu kan.Actually planning nak delivery je tapi lepas call diorang cakap McD Kota Damansara set ayam goreng dah habis.Ces!


Straight to the point,kita pun dah tau yang Hari Raya Aidilfitri bukan hari Khamis tapi hari Jumaat.Jadi saya dengan rasa rendah diri nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua followers,readers dan juga blogger yang support blog ni.Yang selalu dok masuk blog ni even saya tak updatepun thanks a lot sebab anda kekuatan saya untuk terus berblog.Kalau ada saya tersalah tulis ke,terkutuk ke atau tersindir harap maafkanlah Bean Moreno ni ye sebab sayapun manusia macam anda.Kepada visitor traffik sesat maafkan saya kalau apa yang anda tanya google tiada di dalam blog ni.hak3...


Apa kata sebelum setan dibebaskan hari Jumaat kita layan lagu raya ni supaya mood raya kita meningkat :


Nazam Lebaran - Siti Nurhaliza

Lagu ni memang saya minat setiap kali hari raya.Letaklah lagu-lagu raya baru-baru memang saya tak layan.Oklah nak rileks untuk kumpul tenaga balik kampung esok.Jauh perjalanan ni nak balik Batu Pahat.Apap-apapun jangan lupa baca blog ni sebab rayapun saya akan update.

p/s :

* Sila jangan pertikaikan gambar kad raya tu sebab saya tak sempat nak design lain.
*  Apa perasaan korang dah nak dekat raya ni?Sedih ke,gembira ke,buat-buat sedih or takde mood nak raya?
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails