Showing posts with label Download Lagu Raya. Show all posts
Showing posts with label Download Lagu Raya. Show all posts

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DARI SUTERABLOGGER


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DARI SUTERABLOGGER



Selamat malam,kenyang berbuka puasa tadi.Saya & aiensepet gi makan McD kat Center Point Damansara.Tiba-tiba teringin nak makan ayam goreng McD yang spicy habis tu kan.Actually planning nak delivery je tapi lepas call diorang cakap McD Kota Damansara set ayam goreng dah habis.Ces!


Straight to the point,kita pun dah tau yang Hari Raya Aidilfitri bukan hari Khamis tapi hari Jumaat.Jadi saya dengan rasa rendah diri nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua followers,readers dan juga blogger yang support blog ni.Yang selalu dok masuk blog ni even saya tak updatepun thanks a lot sebab anda kekuatan saya untuk terus berblog.Kalau ada saya tersalah tulis ke,terkutuk ke atau tersindir harap maafkanlah Bean Moreno ni ye sebab sayapun manusia macam anda.Kepada visitor traffik sesat maafkan saya kalau apa yang anda tanya google tiada di dalam blog ni.hak3...


Apa kata sebelum setan dibebaskan hari Jumaat kita layan lagu raya ni supaya mood raya kita meningkat :


Nazam Lebaran - Siti Nurhaliza

Lagu ni memang saya minat setiap kali hari raya.Letaklah lagu-lagu raya baru-baru memang saya tak layan.Oklah nak rileks untuk kumpul tenaga balik kampung esok.Jauh perjalanan ni nak balik Batu Pahat.Apap-apapun jangan lupa baca blog ni sebab rayapun saya akan update.

p/s :

* Sila jangan pertikaikan gambar kad raya tu sebab saya tak sempat nak design lain.
*  Apa perasaan korang dah nak dekat raya ni?Sedih ke,gembira ke,buat-buat sedih or takde mood nak raya?

LAGU RAYA YANG TAK MACAM LAGU RAYA


VIDEO : LAGU RAYA YANG TAK MACAM LAGU RAYA

Salam dan selamat pagi guys.Apa khabar sekejap je masa belalu kita dah nak tinggalkan Ramadhan (ke Ramadhan yang tinggalkan kita)?Sebelum tu korang jangan teragak-agak dan tekan button x kat atas tu sebab korang tak salah blog.Ni memang Suterablogger just saya design template baru untuk hari raya je.So teruskan membaca ye.

Just short & simple entri dari Bean Moreno.Korang layan dulu video ni :


Bunga Api Di Hati - Shila,Stacy,Leya, & Fara fauzana

Ok sebelum tu bagi sesiapa yang tak tau ni video raya dari artis Media Prima,Astro dan Monkey Bone.Pernah dengar?

Komen Bean Moreno :

* Bagi saya walau sehebat mana artis sekarang bila buat lagu raya tetap out.Contohnya macam lagu ni bukan kasi mood raya semakin membara.Bila dengar terasa dah tak nak beraya.
* Lagu-lagu raya sekarang memang tak boleh lawan lagu raya dulu-dulu.Tak payah letak lagu P.Ramlee lah lagu raya Sanisah huri pun belum tentu boleh dikalahkan dengan lagu-lagu raya baru.
* Kebanyakan lagu-lagu raya sekarang lebih kepada mencari untung dan populariti bukan untuk menghiburkan pendengar.Sebab tu lagu ala-ala David Guettapun boleh jadi lagu raya.

p/s :

* Sekarang apa pendapat korang tentang lagu ni?Sesuai tak nak masuk dalam playlist lagu-lagu raya?
* Lagu raya tu akan jadi best bukan sebab populariti artis tapi keikhlasan menulis lagu.

 

LAGU RAYA YANG BEAN MORENO SUKA DENGAR

PERSONAL : LAGU RAYA YANG BEAN MORENO SUKA DENGAR 

Selamat petang semua dan selamat berpuasa ye.Yang tak puasa tu memang tak boleh nak buat apalah kan dah memang tabiat memang diri sendiri je yang boleh ubah.Korang jangan samakan dengan saya.Saya tak puasa sebab saya ada sebab yang membolehkan saya tak puasa dan lepas ni memang saya akan bersama2 kaum wanita mengganti puasa di kala orang lain sedap makan.hak3...

Sekejap je masa berlalu tau-tau je kita dah nak separuh Ramadhan.Sorry saya tak ingat berapa hari dah puasa sebab saya dah 6 hari tak puasa.Tak tau bila saya boleh sambung puasa.So bila dah separuh bulan dalam ramadhan mestilah dalam kepala otak dah fikir raya dah makin dekat terutama sekali budak2 kecil.Silap2 sekarang radio dah pasang lagu raya

Sebut pasal lagu raya pulak setiap kali lagu raya memang lagu yang sama akan berkumandang tak kiralah kat radio, TV ataupun CD.Mana2 kita pergi beraya memang akan dengar lagu yang sama je.Dan kebanyakan lagu yang kita dengar tanpa rasa bosan tu adalah lagu2 evergreen atau lagu2 lama.Ramai artis2 baru yang cuba bawa lagu raya baru memang tak laku.So raya tahun ni bawak2 lah fikir panjang ye untuk buat lagu raya baru memang takkan laku punya walaupun Mawi ataupun Shahir AF8 yang nyanyi.Saya rasa penyanyi yang berjaya masuk dalam list untuk lagu2 raya kegemaran pun Dato' Siti Nurhaliza.

Oklah sekarang ni nak cerita pasal lagu raya yang memang saya suka dengar masa raya pertama.Kalau tak dapat dengar lagu2 ni memang Bean Moreno takkan rasa yang dia tengah berada dalam Aidilfitri ataupun mood raya jadi potong habis.

1) ANUAR ZAIN & ELINA - SUASANA HARI RAYA

Lagu ni kalau korang kata tak tau memang korang menipu.Lagu ni memang top
gila sampaikan kalau masuk carta Era lagu Liyana Jasmay yang hey hey gedik  tu memang out teruslah.Tag line lagu ni ialah :

"Kuih dan muih beranika macam makan lah jangan hanya dipandang"

Kenapa saya suka lagu ni.Sebab bila dengar lagu ni je lepas sembahyang raya mesti lapar dan cari makanan.hak3...


2) SALOMA - SELAMAT HARI RAYA

Sayapun tak tau kenapa saya suka sangat nak dengar lagu ni.Yang paling best nya setia kali buka radio mesti keluar lagu ni so tak payah la saya beli CD ataupun burn CD cetak rompak.Kalau saya tak dengar lagu ni memang takde mood saya nak pergi raya umah orang.Kena dengar lagu ni baru terasa semangat nak pergi beraya.Tagline lagu ni ialah starting lagu ni.Memang unik beb.


3) P.RAMLEE - DENDANG PERANTAU

Lagu ni saya suka dengar time bawak kereta kat highway menuju ke kampung.Yelah saya balik dari KL so kira perantaulah sebab nak balik ke Batu pahat.Bila dengar lagu ni time bawa kereta nak balik kampung terasa semangat then mesti macam tak sabar je nak sampai kampung.Tagline lagu ni ialah :

"Apakan daya masa tak akan kembali..."


4) SITI NURHALIZA - SESUCI LEBARAN

Nilah lagu yang boleh kira baru tapi ermintaan tinggi masa raya.Nak cerita pasal keluar radio memang tak payah cakaplah memang hari2 siap Hitz.fm pun putar lau ni.Yang paling penting Ringtone dia bersepah orang pakai.Kalau kita lepas kedai minum masa raya,memang kalau orang call semua handphone akai lagu ni.Tagline lagu ni ialah :

" Pohonlah ampun maaf kepada ibu bapa,sahabat, sanak saudara sama2 kita gebira"



5) M. NASIR - SUATU HARI DI HARI RAYA

Lagu ni ada banyak versi.Ada yang laju dan ada yang perlahan.Tak kiralah berapa laju beat lagu ni tapi kalau M. Nasir yang nyanyi memang best tapi kalau bagi Tomok ke sesiapa yang orang kata suara sedap memang takkan rasa feel dia.Tagline lagu ni ialah :

"Suatu hari di hari raya..."


Sedar tak sedar panjang pulak entri ni.Ni semua sebab sindrom kebosanan di dalam ward.Kalau korang nak download lagu2 raya ni klik je link tu.Free je tak payah bayar.So kepada penyanyi baru tak kiralah korang Juara AF ke,Mentor ke,Malaysian Idol ke or apa2 reliti TV sila berfikir panjang untuk keluarkan lagu raya.Sebab takut tak laku je beb dan korang kena sedar yang korang sendiri akan pasang lagu2 evergreen masa raya.Jadi bermakna orang ramaipun teta akan dengar lagu2 yang sama masa raya.

p/s :
  • Harap2 time raya saya dah sihat.Tak nak raya dalam WAD!!!!

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails