Showing posts with label Cityville Kegilaan Terbaru Bean Moreno Di Facebook. Show all posts
Showing posts with label Cityville Kegilaan Terbaru Bean Moreno Di Facebook. Show all posts

APABILA KEMAHUAN JADI KEPERLUAN

APABILA KEMAHUAN JADI KEPERLUAN





Salam guys,


Apa khabar? Entri kali ni nak share sikit pasal apa yang kita lalui sekarang.  Kalau kita perasan kan dah banyak benda dalam kehidupan ni yang dulu hanya diklasifikasikan sebagai 'Kemahuan' tapi sekarang dah jadi 'Keperluan'.  Seriously kalau kita fikir-fikir balik dulu kalau kita takde benda-benda tu pun tak kisah sebab kita still boleh hidup & survive tapi sekarang benda-benda tu semua dah jadi macam tak complete. Ni contoh yang ketara :


1. Handphone


Kalau korang perasan dulu zaman sekolah dulu (ni tak termasuk orang yang lahir tahun 95 ke atas) mana ada budak pakai handphone gi sekolah.  Jangan kata gi sekolah nak show off pi CM pun tangan kosong je.  hanya anak-anak orang kaya je mampu pakai itupun dah habis sekolah baru dapat.  saya sendiri dapat merasa pakai handphone masa kat UiTM.  Tapi sekarang kalau kita tengok budak darjah satu pun dah pakai Nokia N8 kalah saya yang kerja Regional Exec.  Susah pulak nak tengok budak takde handphone sekarang ni. Percaya tak?


2. Astro


Ni satu hal lagi.  Kalau kita tengok dulu tak banyak rumah yang ada Astro.  Siapa rumah dia ada Astro memang menjadi tumpuan terutama sekali yang duduk kat kampung.  Tiap-tiap kali ada match bola mesti ramai yang buat-buat baik hanya sebab nak tengok bola.  Selalunya kat kampung yang ada Astro cuma ketua kampung je.  Tapi korang tengok sekarang susah gila nak tengok rumah yang takde astro.  kalau pi rumah flat berderet piring Astro tau.  Kira kalau rumah tu takde Astro dah macam ketinggalan zaman lah.


3. Broadband/Internet




Siapa yang takde internet kat rumah sila angkat tangan.  Korang jangan tipu sebab kalau korang takde internet macam mana boleh baca entri ni.  Kalau korang cakap korang kat CC itu lagi menipu sebab mustahil orang pi CC semata-mata nak baca blog.  Sebab sekarang ni yang pi CC ialah budak-budak sekolah dengan tujuan main online game.  Broadband dah jadi macam keperluan yang penting dan even student pun perlu ada broadband.  malulah weyh kalau kat umah takde internet sebab takkan setiap hari nak pi CC ataupun tempat yang ada wifi.  Tak kiralah apa broadband or internet yang korang pakai tapi as long as boleh online.


4. Akaun Social Network


Sila angkat tangan siapa yang takde akaun Facebook, Friendster, ataupun Myspace.  Ini adalah satu yang mustahil.  Ada orang kata 'hidup ini tidak bermakna kalau tiada akaun facebook'. Bila rumah dah ada internet dah tentu-tentu mesti ada akaun facebook.  Kalau takde internetpun mesti sanggup pi CC.  Memiliki akaun facebook dah macam makan nasi.  Kalau takde memang tak lengkap hidup.  Kalau dulu hanya orang koprat je yang ada akaun social network tapi sekarang budak-budak sekolah pun dah ada akaun.  Kalau mak tak bagi buat akaun Facebook merajuk 3 hari mogok lapar.


5. Blog


Ya ini fenomena terbaru dalam kehidupan.  Ramai yang tengah tak keruan bila takde blog.  Kalau dulu hanya orang tertentu je yang berblog tapi sekarang tengok makcik kantin pun nak buat blog.  Ni semua sebab nak jadi macam Redmummy.  Dah dua kali makcik merah ni bikin panas kat press (kakred cerita lain diorang tambah-tambah jadi lain) haha...  Semua orang terpengaruh dengan kenyataan press yang kurang tepat itu. Jadi blogger boleh jadi jutawan tapi kenyataan sebenarnya kalau kita tak tau cara berblog dengan betul maka jutawan itu hanya boleh rasa dalam mimpi jelah ye.  Tapi seriously kalau niat korang nak belajar blog adalah medium terbaik.


So macam mana, bagi saya... saya hanya nampak benda ni mungkin ada benda lain yang dahulunya adalah kemahuan tapi sekarang dah jadi keperluan yang mana mesti nak kena ada bak kata Pesawat 'Mesti Mau!'.


p/s :


* Cuba korang bagitau apa yang korang rasa dulu satu kemahuan tapi sekarang dah jadi keperluan.

CITYVILLE KEGILAAN TERBARU BEAN MORENO DI FACEBOOK

CITYVILLE KEGILAAN TERBARU BEAN MORENO DI FACEBOOK



Selamat malam guys,

Esok dah Isnin so hujung minggupun tamat.Hari ni saya duduk rumah je sebab tiada transport untuk keluar dan berharap minggu depan kereta dah siap sebab saya dah lama jadi anak dara ni nak pergi event blogger pun tak boleh.So hari ni saya terjebak semula dengan Facebook Game.Kalau knowledge facebook korang hebat apa game facebook yang latest?Bagi saya game paling latest ialah Cityville.


Saya dah lama tak layan game facebook sebab macam yang korang tau saya cuma guna facebook saya untuk promote link blog saya je dan kadang-kadang chating.Last game yang saya layan ialah Mafiawars itupun sebab tercabar aiensepet dah ada harta juta-juta.So dengan wujudnya Cityville ni maka sekali lagi saya terjebak dengan Facebook Game.Tahniah Bean Moreno!Ko akan jadi hantu game semula...




Nilah rupa bentuk city saya yang baru saya start tadi.Dah ada cityhall tau...Kalau nak ikutkan concept dia lebih kurang macam Farmville sebab masih mengekalkan budaya neighborhood.Cuma bezanya ialah di Cityville kita perlu bina bandar.  


Jomlah jadi neighbor saya dalam Cityville bolehlah kita bergabung malatup untuk bina bandar.Harap-harap tak addict macam Mafiawars!


p/s:


* Tetiba terbayang kalaulah boleh buat rumah semudah Cityville mesti bank dah bankrupt.
* Nanti kalau saya dah gempak saya akan buat tutorial pasal game ni.
* Apa pendapat korang tentang game ni?Dah Try ke blom?

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails