Showing posts with label facebook. Show all posts
Showing posts with label facebook. Show all posts

KEGUNAAN FACEBBOK DI ZAMAN INI.ADAKAH IA MEMBANTU ATAU MEMUSNAHKAN?

KEGUNAAN FACEBBOK DI ZAMAN INI.ADAKAH IA MEMBANTU ATAU MEMUSNAHKAN?








Salam guys,

Korang rasa apa social media yang tengah hot kat pasaran (uiks boleh beli ke?) sekarang ni?Saya rasa tak perlu saya terangkan apa itu social media lagi kan sebab most of civilized human tau Apakah itu Social Media.Jangan tanya saya sebab kalau tanya saya apa social media yang hot sekarang saya akan cakap Twitter sebab saya lebih aktif ber'tweet' kalau nak dibandingkan dengan bermuka-muka ooops sorry bermuka-buku.Tapi kalau saya open poll sekarang dah tentu 75% akan cakap facebook lebih popular.Ya itu diakui kalau tak takkan Mark Zuckerberg boleh jadi kaya kan.

Kalau kita tengok betul-betul ramai yang cakap Facebook boleh merapatkan hubungan kekeluargaan dan persahabatan.Yang ni memang tak dapat nak tidakkan fakta ni.Kalau kita dah lama tak jumpa kawan kita contohnya kita sekolah kat Melaka then sekolah tu berasrama.Tamat je form 5 masing-masing buat hal masing-masing.Mungkin yang memang kawan baik tidur sekatil adalah contact tapi budak yang kena buli kat sekolah dulu memang akan terpinggir.hak3...So dengan Facebook ni yang jauh kita dekatkan yang rapat kita sempit-sempitkan.Ni bab kebaikan,kita tengok contra nya pulak.Kalau kita perasan ramai yang salah guna Facebook ni.Bila tak suka je terus bikin satu profile SAYA BENCI SPENDER!.Ni contoh jelah takkan nak pajak nama pulak kat sini.Tak pasal-pasal kena saman.Zaman sekarang ni kalau tak puas hati kat somebody memang Facebook lah tempat untuk kumpul orang yang senafsu dengan kita.So bila dah kumpul ramai geng mulalah mengumpat cara cyber.


Yang kedua ialah dengan facebook ramai orang yang berniaga dapat lebih untung.Kenapa?Sebab diorang buat promosi percuma tanpa perlu bayar pada Mark Zuckerberg.Yelah kalau nak promot kat blog kene labur RM10 sebulan untuk iklan kecik.Dengan Facebook bikin profile tak sampai 5 minit upload gambar tak sampai 20 minit (itupun kalau internet pantas) dah boleh start berniaga.Kiranya boleh membantu peniagalah.So kalau untuk memang boleh cakap untung besarlah sebab modal hanya untuk bayar broadband je.Itupun kalau guna broadband tapi kalau curi line jiran sebelah...Faham-faham sendirilah.Tapi yang menjadikan cara ni dibenci ialah bila guna taktik tag gambar.pergh meluat pulak rasa.Kalau tag nak jual barang yang berkaitan takpelah ni tag gambar gstring kat profile lelaki.Apa ko ingat gay ke?Tu yang menjadi lemah tiada privacy sebab peniaga tak bertanggungjawab akan buat seolah-olah tiada apa berlaku.


Dengan facebook jugak kita senang nak share apa yang kita fikir.Senang cakap sharing is caring.Contoh bila kita sedih kita akan tulis status jiwang-jiwang.Sila kita buntu nak tanya pendapat just tulis status yang seakan-akan otak tidak berfungsi supaya orang komen status tu.Ye memang bagus berkongsi ni.Sebab dalam hidup tak semua kita tahu dan tak semua orang bagus.Tapi yang jadi tak bestnya bila kita tulis status yang kononnya kita hebat.Yang ni saya sendiripun buat.Contohnya Liverpool kalah.So kita kutuk coach dia gila-gila.Kutuk ahli politik padahal kita sendiri tak faham aliran politik dan belajarpun tak tinggi.So what's the point kalau kita tulis status yang ntah apa-apa...


Dahla rasanya cukup tiga point actually ada banyak lagi dalam kepala otak ni just malas nak menaip je sebab takde mood.  Actually penggunaan Facebook ni bergantung pada kebijaksanaan user jugak.  Kebodohan function facebook begantung pada kebodohan user sebenarnya.

APABILA KEMAHUAN JADI KEPERLUAN

APABILA KEMAHUAN JADI KEPERLUAN





Salam guys,


Apa khabar? Entri kali ni nak share sikit pasal apa yang kita lalui sekarang.  Kalau kita perasan kan dah banyak benda dalam kehidupan ni yang dulu hanya diklasifikasikan sebagai 'Kemahuan' tapi sekarang dah jadi 'Keperluan'.  Seriously kalau kita fikir-fikir balik dulu kalau kita takde benda-benda tu pun tak kisah sebab kita still boleh hidup & survive tapi sekarang benda-benda tu semua dah jadi macam tak complete. Ni contoh yang ketara :


1. Handphone


Kalau korang perasan dulu zaman sekolah dulu (ni tak termasuk orang yang lahir tahun 95 ke atas) mana ada budak pakai handphone gi sekolah.  Jangan kata gi sekolah nak show off pi CM pun tangan kosong je.  hanya anak-anak orang kaya je mampu pakai itupun dah habis sekolah baru dapat.  saya sendiri dapat merasa pakai handphone masa kat UiTM.  Tapi sekarang kalau kita tengok budak darjah satu pun dah pakai Nokia N8 kalah saya yang kerja Regional Exec.  Susah pulak nak tengok budak takde handphone sekarang ni. Percaya tak?


2. Astro


Ni satu hal lagi.  Kalau kita tengok dulu tak banyak rumah yang ada Astro.  Siapa rumah dia ada Astro memang menjadi tumpuan terutama sekali yang duduk kat kampung.  Tiap-tiap kali ada match bola mesti ramai yang buat-buat baik hanya sebab nak tengok bola.  Selalunya kat kampung yang ada Astro cuma ketua kampung je.  Tapi korang tengok sekarang susah gila nak tengok rumah yang takde astro.  kalau pi rumah flat berderet piring Astro tau.  Kira kalau rumah tu takde Astro dah macam ketinggalan zaman lah.


3. Broadband/Internet




Siapa yang takde internet kat rumah sila angkat tangan.  Korang jangan tipu sebab kalau korang takde internet macam mana boleh baca entri ni.  Kalau korang cakap korang kat CC itu lagi menipu sebab mustahil orang pi CC semata-mata nak baca blog.  Sebab sekarang ni yang pi CC ialah budak-budak sekolah dengan tujuan main online game.  Broadband dah jadi macam keperluan yang penting dan even student pun perlu ada broadband.  malulah weyh kalau kat umah takde internet sebab takkan setiap hari nak pi CC ataupun tempat yang ada wifi.  Tak kiralah apa broadband or internet yang korang pakai tapi as long as boleh online.


4. Akaun Social Network


Sila angkat tangan siapa yang takde akaun Facebook, Friendster, ataupun Myspace.  Ini adalah satu yang mustahil.  Ada orang kata 'hidup ini tidak bermakna kalau tiada akaun facebook'. Bila rumah dah ada internet dah tentu-tentu mesti ada akaun facebook.  Kalau takde internetpun mesti sanggup pi CC.  Memiliki akaun facebook dah macam makan nasi.  Kalau takde memang tak lengkap hidup.  Kalau dulu hanya orang koprat je yang ada akaun social network tapi sekarang budak-budak sekolah pun dah ada akaun.  Kalau mak tak bagi buat akaun Facebook merajuk 3 hari mogok lapar.


5. Blog


Ya ini fenomena terbaru dalam kehidupan.  Ramai yang tengah tak keruan bila takde blog.  Kalau dulu hanya orang tertentu je yang berblog tapi sekarang tengok makcik kantin pun nak buat blog.  Ni semua sebab nak jadi macam Redmummy.  Dah dua kali makcik merah ni bikin panas kat press (kakred cerita lain diorang tambah-tambah jadi lain) haha...  Semua orang terpengaruh dengan kenyataan press yang kurang tepat itu. Jadi blogger boleh jadi jutawan tapi kenyataan sebenarnya kalau kita tak tau cara berblog dengan betul maka jutawan itu hanya boleh rasa dalam mimpi jelah ye.  Tapi seriously kalau niat korang nak belajar blog adalah medium terbaik.


So macam mana, bagi saya... saya hanya nampak benda ni mungkin ada benda lain yang dahulunya adalah kemahuan tapi sekarang dah jadi keperluan yang mana mesti nak kena ada bak kata Pesawat 'Mesti Mau!'.


p/s :


* Cuba korang bagitau apa yang korang rasa dulu satu kemahuan tapi sekarang dah jadi keperluan.

PENDEKKAN LINK &UPDATE STATUS FACEBOOK SERENTAK DENGAN TWITTER GUNA BIT.LY

PENDEKKAN LINK &UPDATE STATUS FACEBOOK SERENTAK DENGAN TWITTER GUNA BIT.LY












Salam guys,

Sebelum ni saya pernah buat satu tutorial cara nak update status Facebook via Twitter .  Ingat lagi tak?  kalau tak ingat korang boleh usha entri boleh masuk link tadi.  Soalan pertama ialah korang pernah tak guna Bit.ly?  Rasanya dulu saya pernah review pasal benda ni.  Bagi yang tak tau Bit.ly ni adalah satu cara korang boleh pendekkan permalink blog korang then post kat twitter sebab twitter hanya benarkan 140 char je dalam satu tweet.  Untuk memudahkan korang gunakan Facebook dan Twitter maka korang boleh gunakan service ni.  Meh saya tunjukkan cara macam mana nak update facebook & twitter serentak guna bit.ly.

1. Sign Up Dengan Bit.ly
2. Sign In
3. Share setting


4. Add Account - Masukkan setting account Facebook & Twitter
5. Pendekkan Link - Copy paste permalink
6. Tulis Status kat kotak yang sama 



7. Tekan Button Share

Senang je kan korang nak buat tiga kerja dalam satu masa yang sama.  So ini bermakna tiada alasan lagi untuk korang mempunyai akaun twitter.  Korang dah save time korang dalam berblog hanya guna satu third party web iaitu Bit.ly.

p/s :

Sorry ye semalam tak sempat update blog.  bagi yang tunggu review filem Ratu The Movie malam ni saya akan publish

KEMUNCULAN BLOGGER CHAT

KEMUNCULAN BLOGGER CHAT



Salam guys,

Seperti yang saya dah janjikan dengan Melz saya akan promote satu group baru di Facebook ni.   Mungkin dah ramai yang tau pasal kewujudan group ni kat facebook sebab ramai blogger yang dah promote group ni.  Blogger Chat ni satu group yang mana kita boleh santai bincang apa sahaja pasal blogging dan yang penting tiada siapa akan sound kita bila utarakan pendapat.  Kat dalam tu tiada istilah 'ko popular' ataupun 'ko otai' semua sama je.

Nak join tak perlu bayar apa-apa tapi Melz yang akan approve semua yang mintak join.  Group ni baru so saya harap korang jangan expect something yang luar biasa dari group ni macam aktiviti gempak-gempak.  Tapi jangan risau benda-benda tu akan kami buat just give us some time.  Macam yang korang tau kitorang Pakatan Blogger dah pernah buat satu gath.

Ok anyway hope korang join group ni so kita boleh share sama-sama ilmu blogging.  Bukan apa tak semua benda dalam dunia kita tau so bila kita hangout and sharing maka ilmu akan bertambah.

CHURP-CHURP DAH BERMUKA BARU BUKAN BERMUKA-MUKA YE... JOM BELAJAR GUNA CHURPCHURP! PART 1

CHURP-CHURP DAH BERMUKA BARU BUKAN BERMUKA-MUKA YE... JOM BELAJAR GUNA CHURPCHURP!



Salam & selamat malam,

Apa yang korang tau berlaku pada ChurpChurp?Atau paling senang korang tau tak apa itu ChurpChurp?Actually saya dah join lama benda ni tapi disebabkan kemalasan dan kesibukan diri maka saya tak dapat nak fokus dengan ChurpChurp.Yelah blog ada dua so saya lebih banyak buang masa kat blog je.

Kalau dulu apa yang kita tau dan buat ialah share advertorial kat tweet je.Betul tak?Bukak web Churpchurp then taip keyword yang dia nak kat twitter then tweet kat followers kita dan kita tak perlu tunggu number of click untuk dapat pulangan.Apa yang kita fikir ialah lagi ramai follower lagi banyak schedule tweets yang kita dapat dan lagi besar nilai yang kita akan dibayar.Betul tak?Ye memang betul itulah realiti dalam ChurpChurp yang perlu kita hadapi.Fuh ayat tak boleh blah.Jadi selama apa yang kita boleh bayangkan ialah ChurpChurp wujud hanyalah untuk twitter sahaja dan sesiapa yang takde twitter tak boleh earn duit online.hak3...

Tetiba hari ni tergerak hati saya nak bukak ChurpChurp saya,manalah tau dapat schedule tweet ke kan.Saya terkejut sedikit dengan perubahan yang telah berlaku pada interface Churpchurp.Tetiba je dia jadi macam ni :


Amacam,naik tak ghirah korang untuk join ChurpChurp!Interface dah makin kemas dan interactive.Korang jangan marah-marah kalau loading page dia agak slow ye maklumlah blog ni bernilai juta-juta.Bagi yang tak tau ChurpChurp ni jugak merupakan satu anak syarikat Nuffnang so tak perlu risau pasal payment (even payment saya agak lambat bulan ni).


Kalau dulu kami hanya berharap pada income schedule tweet je tapi sekarang dah ada 2 fungsi baru.Yelah takkan interface je tukar baru yang lain tetap sama kan.Actually diorang dah plan benda ni lama sebab tu kalau korang perasan dulu dia ada suruh korang integrate facebook korang dengan ChurpChurp.Jom kita tengok apa yang ada :


1. SOCIAL SHARING


Fungsi yang ni ialah untuk kita share kempen yang ada guna social media yang kita ada contohnya teitter,facebook,stumble upon dan juga jangan lupa blog.Setiap kempen akan diberi satu link khas dan kita just sharekan link tersebut kepada friendlist dan juga follower kita.Kita akan dibayar mengikut bilangan klik yang kita dapat.Ini bermakna lepas ni kita dah boleh gunakan Facebook untuk earn duit online.


2. SOCIAL SEEDING




Yang ni pulak ibarat macam Nuffnang punya advertorial.Kita akan diberi task oleh advertiser then kita tweet ataupun update status facebook mengikut keyword yang telah diberi.Kita kena submit permalink tweets or status facebook tu.Kadang-kadang ada jugak yang mintak kita submit draft dulu sebelum publish.


3. SCHEDULE TWEETS


Fungsi ni memang dah biasa bagi churpers.Kita akan dapat beberapa keywords dan kita mesti letak keywords tu dalam tweet kita.Tweet tersebut adalah auto publish mengikut tarikh dia.So lepas publidh kat ChurpChurp korang akan kena tunggu sampai tweet tu approve.Satu tweet akan dibayar ikut bilangan followers dan hanya kepada pengguna twitter je.


So cukup tak penerangan saya tentang ChurpChurp ni.Rasa-rasa korang faham tak apa yang saya cuba sampaikan?Kalau faham apa lagi registerlah.FREE je...

FACEBOOK BOLEH MEROSAKKAN HUBUNGAN SESAMA MANUSIA?

FACEBOOK BOLEH MEROSAKKAN HUBUNGAN SESAMA MANUSIA?



Salam dan selamat malam guys,

Hari ni kita masuk bab facebook lagi.Mesti korang fikir kenapa saya bengang dengan Facebook.Dah dua post saya publish semua negative pasal facebook.Mesti ada yang fikir adakah saya bergaduh dengan Mark Zuckerberg ataupun dia tak bayar revenue untuk blog saya (actually saya yang patut bayar dia sebab guna facebook share kat blog ni).

Actually apa yang saya tulis adalah berkenaan dengan apa yang saya nampak,cuba dan rasa.Jadi apa yang korang baca dalam blog ni adalah benda benar yang berlaku (che wah ayat Uncle Seekers plak).Ok actually apa yang korang fikir tentang tajuk or topik ni?Apa yang cuba saya sampaikan ialah Facebook walaupun ia tercipta untuk memudahkan user berkomunikasi sesama sendiri tapi sedar tak dia boleh merosakkan hubungan sesama manusia?

Kenapa saya cakap macam ni kebanyakkan kita tak sedar apa yang kita buat semasa update status facebook.Main ikut suka je tulis status.Lagi-lagi bila emosi memang status tu akan sinis dan tuju kat orang yang kita tak suka.Tambahan pulak bila benda dah lama pendam.Sebagai contoh dalam satu group tu adalah dalam 10 orang.Salah sorang tu ketiak agak berbau sebab mungkin dia tak pernah tau kewujudan deodorant.Kalau dulu mungkin akan wujud situasi kutuk belakang.Tapi bila ada facebook diorang yang berfikiran terbuka akan meluahkan rasa tidak puas hati dalam status facebook contohnya :

"Weh apahal ko bau KETI!ko jangan sampai aku belikan deodorant!"

atau mungkin macam ni...

"Aduhai omak ko tak mampu ko nak bolikan ekau ubat ketiak.Nanti den bolikan satulah!"

Keadaan ni akan jadi kutuk belakang kalau si mangsa tidak ada facebook atau tidak add kawan-kawan yang lain (kera sumbang).Tapi kalau dia add kedua-dua kawan dia ni maka perang akan berlaku.Mungkin ayat komen dia akan jadi :

"Alah yang bau tu ketiak aku,bukan ketiak ko...Kalau dengki nak bau macam aku janganlah pakai deodorant!..."

atau mungkin...

"Hekeleh...spender pun omak ekau bolikan,ado hati nak bolikan den ubat ketiak!..."

Maka sesi perbahasa akan semakin panas dan menyebabkan pergaduhan maka akan melarat di kalangan 1/4 daripada friendlist.Maka perhubungan sesama kawan akan retak.Itu kawan-kawan takdehal cuba fikir pasal keluarga pulak...Apa akan jadi?Lepas tu blogger akan amik kesempatan buat enti panas.Siapa yang untung?Blogger jugak...hak3...

Sekarang ni dunia semua nak senang je.Semua nak cepat.Kalau dulu orang bagi jemputan kahwin melalui kad kahwin.Kad kahwin menjadi bukti kewujudan satu pasangan itu mendirikan masjid.Sekarang Kita terlepas pandang bahawa kad kahwin tu bukan setakat untuk menjemput orang tapi itu jugak merupakan tanda hormat kasih dan sayang kita pada seseorang.Tapi sekarang ni orang dah tak fikir pasal benda-benda ni.Disebabkan nak sangat senang dan express apa lagi kad tak payah hantar lepas tu just hantar RSVP kat Facebook.What da...Korang ingat semua facebook user nak sangat ke usha semua function facebook.Korang fikir semua orang ada banyak masa ke nak usha event list kat facebook.Dan korang rasa 100% user facebook online sepanjang masa.Sila tolak yang bergelar blogger.Diorang manusia berhati robot.Come on lah,kita tak fikir pasal perasaan orang lain.Apa yang kita fikir itu bukan kita.So akan terjadilah dialog kat bawah ni :

NF : Weh apahal ko tak datang aku kahwin.Kata kawan sehidup semati?
BM : Ko dah kahwin ke?Apasal tak jemputpun...
NF : Aku dah RSVP ko lah kat facebook!Ko jangan bagi alasan lah wey!
BM : Haram ko ingat aku 24 jam ke depan PC.24 jan ke layan Facebook macam ko!
NF : Dahlah nanti ko kahwin ko bagi kadpun aku tak datang!
BM : Mampos ar!

Tengok apa dah jadi?Terukkan...Dah tau kawan janganlah kedekut sangat nak bagi kad.Apasal nak berkira sangat.Kalau dah tau kawan mana hormatnya kita pada kawan kalau kita cuma hantar RSVP je.Terus terang saya cakap kalau Nuffnang tak call or send mail untuk invite saya pergi event memang saya takkan pergi beb!Kalau takat Nuffnang just invite guna RSVP saya takkan layan sebab facebook saya hanya penuh dengan linking ke blog je.Korang pun tau.So faham-faham dah la yer...

Oklah cukup rasanya contoh yang saya bagi ni untuk membuktikan yang Facebook boleh merosakkan hubungan sesama manusia.Korang rasa apa lagi Facebook boleh buat kerosakan terhadap hubungan sesama manusia?

p/s :

* Actually manusia sendiri yang tak tahu menggunakan Facebook.Semua perasan maju!




TERASA BEST BILA MAHER ZAIN FOLLOW TWITTER

PERSONAL : TERASA BEST BILA MAHER ZAIN FOLLOW TWITTER

Salam ahad ye guys,sayapun tak tau apa dah jadi dengan diri saya ni.Actually saya sayang gila sangat dengan blog ni.tapi mood untuk update fresh entri agak kelaut beb.So saya nak mintak maaf pada semua readers if kalau korang masuk blog ni korang terbaca entri lama-lama ataupun entri dua hari lepas.Saya dah masuk fasa di mana kalau takde mood saya takkan paksa diri untuk publish entri.Hope korang tetap support blog ni even tiada entri di dalamnya.hak3...

Sejak dua menjak ni saya lebih aktif menggunakan social media untuk memenuhi kekosongan kehidupan saya (selain aktiviti bersama aiensepet).Saya bmula mencari apa kebaikan online facebook yang dah lama saya tinggalkan dan tak lupa juga bertweet dengan kenalan maya (terutama sekali blogger).Tiba-tiba saya terasa kuasa social media ni boleh menggelamkan bakat seseorang blogger itu jika lalai walaupun sebenarnya kalau kita pandai menggunakannya ia boleh membantu pertumbuhan blog dan ia juga merupakan salah satu daripada cabang-cabang ilmu SEO..hak3...

Oklah nak cerita pasal social media.Kalau nak ikutkan saya lebih gemar bertweet daripada online guna facebook.Memanglah twitter takde kotak chatting macam facebook dan mungkin juga agak bosan dengan interface yang sama (tapi saya ada #newtwitter ye) tapi apa yang membuatkan twitter lebih best ialah jawapan yang cepat bila kita kebuntuan atau memerlukan jawapan untuk sesuatu persoalan.Bagi saya kalau saya post something kat status maka reply yang akan saya dapat mungkin lambat berbanding twitter.Mungkin alasan yang kuat mengapa keadaan ni terjadi ialah ramai pengguna Twitter yang aktif jika dibandingkan facebook.Tapi sesuatu yang agak best bila berlakunya ini :

Ok firstly saya nak bagitau yang saya takde guna apa-apa teknik photoshop untuk hasilkan gambar di atas sebab komputer saya sangat berat dan kalau buka apps Photoshop CS4 yang saya install memang akan slow.Yang kedua saya nak bagitahu memang saya ada niat nak follow twitter Maher zain  tapi saya belum follow lagi tak caya tengok button tu maknanya dia yang follow teitter saya dulu.hak3...


Actually niat saya tunjuk ni bukan sebab nak tunjuk yang saya bangga sangat Maher Zain follow tweet saya dan kalau ikutkan tak gunapun dia follow tweet saya sebab bukan dia faham pun.Apa yang saya nak tunjuk ialah perbezaan artis international dan artis Malaysia.Kebanyakkan dari artis kita memang senang kata sombong tak bertempat.Nak layan orangpun memilih.Macam diorang tu manusia istimewa je padahal sebelum jadi artis comot jugak.Kebanyakan mereka hanya akan balas tweet bila mereka rasa profile tu layak berkawan dengan diorang je.Kenapa saya berani cakap macam ni?Sebab saya dah pernah cuba bertweet dengan mereka ni.


Anyway ni bukan sesi lepas geram ke apa.Just share apa yang saya rasa je.Lagipun ni hari Ahad kalau saya taip benda-benda yang serius orang tak bape gemar so saya upkan isu-isu remeh je lah ye.Tapi apa-apapun thanks to kak jie kerana membiarkan wajah tampan & maskulin saya bertempek di entri terbarunya.hahaha...


p/s :


* Apa perasaan korang bila Maher Zain Follow blog korang or Twitter korang?
* Mungkin dia follow sebab dia terbaca entri Maher Zain Berdakwah Secara Stylo kot.Anyway thanks to Maher Zain.

FACEBOOK BAWA BENCANA? | ISU

FACEBOOK BAWA BENCANA? | ISU

Salam 1Malaysia ye dan selamat tengahari.Hari Khamis dan macam-macam kita dengar dan baca.Antara benada yang hot ialah pasal Facebook.Minggu ni je dah banyak kes jenayah yang melibatkan Facebook terjadi samapi yang masuk hospital pun ada beb!Hari ni satu kes baru yang melibatkan Facebook terjadi.Saya terbaca kat paper Harian Metro yang bertajuk Jerat Kenalan Facebook.Korang ada baca tak?Kalau belum baca meh saya bagi baca mana tau terlepas pandang ke kan :


KUALA LUMPUR: Tiga beranak, seorang rakannya dan dua anggota polis yang cuba meleraikan satu pergaduhan dibelasah sekumpulan 50 lelaki di sebuah medan selera di Bandar Tun Razak, awal pagi kelmarin.Kejadian dipercayai bermula apabila seorang jurujual, Mohd Farhan Othman, 20, meminta rakannya, Mohd Nazren Akmar Nazlan, 20, menemaninya untuk bertemu seorang wanita yang baru dikenali melalui laman sosial Facebook, kira-kira jam 2 pagi.Mohd Farhan berkata, dia hanya beberapa kali berhubung dengan wanita berkenaan dan tidak pernah bertemu muka atau bercakap di telefon.
Berita lanjut sila ke Harian Metro

Komen Bean Moreno :

* Masalah orang kita ialah kita mudah sangat percaya.Kadang-kadang baru dengar suara kat phone dah boleh bagi pinjam duit.Sama macam ni baru kenal tak sampai satu hari dah berani nak jumpa, padahal no phone pun takde.

* Kes ni terjadi mungkin juga satu jerat sebab kat Malaysia ni dah ramai SAMSENG!Terutama budak-budak PEKIDA.Tahan orang makan pow!

* Kalau dah nama Social Network ia tetap social network.Semua terpulang pada pengguna, kalau niat nak cari awek maka even nama dia facebook ia tetap akan berfungsi sama macam Myspace yang dah jadi tempat cari cikaro...jadi niat itu penting.

* Cuba lepas ni gunakan facebook tu betul-betul.Kalau orang yang tak dikenali sila jangan approve friend request suka-suka (abis blogger-blogger yang tak kenal camno?).

p/s :
* Apa pendapat korang pasal isu ni?Siapa salah user ke facebook?
* Beringat sebelum kene,kalau muka dah pecah kan dah kena buat plastic surgery...

CHURPCHURP BERWAJAH BARU

MAKE MONEY : CHURPCHURP BERWAJAH BARU

Hye semua,dah lama saya tak update blog ni.Last sekali pasal MTV Worlstage Malaysia 2010.Itupun hari Ahada kalau tak silap.Semalam hari yang agak penat dan banyak kerja.So tak boleh nak update blog.Saya cuma reping entri je semalam.Hari ni pun saya just nak buat quick update je.


Pernah tengok gambar kat atas ni?Apa tak pernah dan tak tau apa benda ni?Dulu saya pernah cerita pasal benda ni.Nama dia ChurpCurp yang merupakan satu lagi anak syarikat Nuffnang.Actually Curpchurp lebih kepada Twitter dulu tapi sekarang korang jangan terkejut sebab diorang dah integrate system dengan Facebook dan ini bermakna lepas ni selain daripada earn duit dari Twitter kita boleh earn jugak melaui facebook.

Churpchurp ni simple je.Tak perlu nak taip entri panjang2 untuk earn sebab Twitter hanya allow 131 char untuk taip.Apa yang korang kena buat ialah taip satu tweet mengikut apa keyword yang diorang bagi dan selalunya kempen2 diorang sama je macam apa yang ada dalam Nuffnang.Yang bestnya tanpa click dari orang ramai pun dapat duit cuma tak banyaklah kan.




Nampak tak dah ada lambang Facebook.So lepas ni tak mustahil ada task untuk kita update kat status Facebook kita.Sila abaikan earning saya sebab ChurpChurp memang lambat sikit earning dia.At least banyaklah jugak.Dah nilai cashout dia besar sikit dari Nuffnang iaitu RM100.Tapi tak mustahilkan dulu dengan Nuffnang nak dapat RM5 sebulan pun susah.Sekarang tidak lagi.hak3...


Amacam berminta tak?kalau berminat just pergi website Churpchurp dan register.Lagi pun sekarang tengah ada contest refferal sempena menyambut hari keputeraan Churpchurp.Hadiah menarik.So sesiapa yang memanbaca entri ni dan berminat bolehlah register dan jangan lupa bila dia mintak twitter ID masukkanlah id saya jangan malu2 ye.


contohnya :




Kat ruangan tu silalah letak Bean_suterablog ye.


p/s :
* Memamnglah ruangan atas tu optional kan tapi apa salahnya bantu membantu.Saya tolong promote korang untuk earn korang letaklah id saya kan...hak3...

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails