Showing posts with label Macam mana nak buat duit online?. Show all posts
Showing posts with label Macam mana nak buat duit online?. Show all posts

CHURP-CHURP DAH BERMUKA BARU BUKAN BERMUKA-MUKA YE... JOM BELAJAR GUNA CHURPCHURP! PART 1

CHURP-CHURP DAH BERMUKA BARU BUKAN BERMUKA-MUKA YE... JOM BELAJAR GUNA CHURPCHURP!



Salam & selamat malam,

Apa yang korang tau berlaku pada ChurpChurp?Atau paling senang korang tau tak apa itu ChurpChurp?Actually saya dah join lama benda ni tapi disebabkan kemalasan dan kesibukan diri maka saya tak dapat nak fokus dengan ChurpChurp.Yelah blog ada dua so saya lebih banyak buang masa kat blog je.

Kalau dulu apa yang kita tau dan buat ialah share advertorial kat tweet je.Betul tak?Bukak web Churpchurp then taip keyword yang dia nak kat twitter then tweet kat followers kita dan kita tak perlu tunggu number of click untuk dapat pulangan.Apa yang kita fikir ialah lagi ramai follower lagi banyak schedule tweets yang kita dapat dan lagi besar nilai yang kita akan dibayar.Betul tak?Ye memang betul itulah realiti dalam ChurpChurp yang perlu kita hadapi.Fuh ayat tak boleh blah.Jadi selama apa yang kita boleh bayangkan ialah ChurpChurp wujud hanyalah untuk twitter sahaja dan sesiapa yang takde twitter tak boleh earn duit online.hak3...

Tetiba hari ni tergerak hati saya nak bukak ChurpChurp saya,manalah tau dapat schedule tweet ke kan.Saya terkejut sedikit dengan perubahan yang telah berlaku pada interface Churpchurp.Tetiba je dia jadi macam ni :


Amacam,naik tak ghirah korang untuk join ChurpChurp!Interface dah makin kemas dan interactive.Korang jangan marah-marah kalau loading page dia agak slow ye maklumlah blog ni bernilai juta-juta.Bagi yang tak tau ChurpChurp ni jugak merupakan satu anak syarikat Nuffnang so tak perlu risau pasal payment (even payment saya agak lambat bulan ni).


Kalau dulu kami hanya berharap pada income schedule tweet je tapi sekarang dah ada 2 fungsi baru.Yelah takkan interface je tukar baru yang lain tetap sama kan.Actually diorang dah plan benda ni lama sebab tu kalau korang perasan dulu dia ada suruh korang integrate facebook korang dengan ChurpChurp.Jom kita tengok apa yang ada :


1. SOCIAL SHARING


Fungsi yang ni ialah untuk kita share kempen yang ada guna social media yang kita ada contohnya teitter,facebook,stumble upon dan juga jangan lupa blog.Setiap kempen akan diberi satu link khas dan kita just sharekan link tersebut kepada friendlist dan juga follower kita.Kita akan dibayar mengikut bilangan klik yang kita dapat.Ini bermakna lepas ni kita dah boleh gunakan Facebook untuk earn duit online.


2. SOCIAL SEEDING




Yang ni pulak ibarat macam Nuffnang punya advertorial.Kita akan diberi task oleh advertiser then kita tweet ataupun update status facebook mengikut keyword yang telah diberi.Kita kena submit permalink tweets or status facebook tu.Kadang-kadang ada jugak yang mintak kita submit draft dulu sebelum publish.


3. SCHEDULE TWEETS


Fungsi ni memang dah biasa bagi churpers.Kita akan dapat beberapa keywords dan kita mesti letak keywords tu dalam tweet kita.Tweet tersebut adalah auto publish mengikut tarikh dia.So lepas publidh kat ChurpChurp korang akan kena tunggu sampai tweet tu approve.Satu tweet akan dibayar ikut bilangan followers dan hanya kepada pengguna twitter je.


So cukup tak penerangan saya tentang ChurpChurp ni.Rasa-rasa korang faham tak apa yang saya cuba sampaikan?Kalau faham apa lagi registerlah.FREE je...

TIPS : APA ITU BUFFERED EARNING & METERED EARNING


Salam,selamat hari jumaat semua (dah macam wakil rakyat dah.hak3).Masih lagi terasa seperti bekerja di dalam peti ais sebab terlalu sejuk.Boleh pulak terlupa nak bawa baju kebal kalis ais.So hadap lagi sehari tanpa rasa panas.Ni belum lagi hujan kalau hujan dengan otak2 jadi beku.Sekejap je dah hari Jumaat.Malam ni ada Adidas Pure Game Ole KO antara top2 blogger Nuffnang.So sapa nak menang dua ribu silalah hadirkan diri ke MidValley.Saya tak tau lagi boleh pergi ke tak.Tengok keadaan.

Sebut pasal Nuffnang,pagi tadi saya dapat satu pertanyaan dari somebody melalui Formspring.Soalan dia lebih kurang macam ni :

"boleh x cik bean terangkan sikit macam mane kita nak jadikan campaign tu kepada buffered/metered earning ya??? sori la kalo soalan bodoh..i dah try googles n paham kan dalam blog2 senior n blog bean tp still kabur..macam paham..tp xpham sgt. tlg.."

Hehe,saya ada tulis pasal cara saya dapatkan buffered dari Nuffnang.Terus terang saya cakap dulu senang2 je kita boleh dapat buffered sebab bilangan blogger tak seramai hari ni.Even traffik kita ciputpun kalau kena keyword memang akan dapat buffered berderet.Tapi sekarang bilangan blog dah bertambah so advertiser akan decide blog mana akan dapat buffered.

Sebelum tu meh saya cerita sikit perbezaan Buffred & Metered.

Buffered earning - Impression yang dibeli oleh advertiser pada sesebuah blog itu bergantung pada traffik blog tersebut.Lagi tinggi traffik blog tersebut mungkin akan menarik advertiser untuk letak bil iklan (impression).

Metered earning - Himpunan ataupun jumlah nilai kempen buffered yang telah tamat tarikhnya.

Bila kita dapat buffered apa yang penting adalah kita dapatkan traffik sebab earning buffered bukan macam kempen ads biasa dimana nilai earning ditentukan melalui klik sebab buffered bukanlah satu kempen CPC (cost per click).Dan biasanya nilai earning dalam buffered ditentukan melalui nilai impression yang diberi oleh advertiser.Mungkin 1000 or mungkin 10000 bergantung pada traffik blog tu.Kalau ada klik pada kempen buffered itu maka ia adalah Bonus CTR iaitu 0.2% dari nilai buffered.Jadi bila buffered ni dah habis dan tamat impression nilai buffered earning akan dicampurkan dengan nilai CTR so bertukar menjadi metered.

Mak aiyh panjang berjla dah.Sekarang korang faham tak apa itu buffered apa itu metered.Bila korang dah faham kan so boleh saya proceed ke acara yang seterusnya iaitu cara2 untuk dapatkan buffered.Korang boleh fahamkan kat [sini] ataupun kalau tak faham saya terangkan lagi sekali.Apa yang penting dalam mengejar impian korang mendapatkan buffered ialah :

1) Update Survey Profile

Ni adalah profile korang sebagai Nuffnangers.Advertiser akan tengok benda ni dulu.Untuk korang menarik perhatian diorang supaya tabur zakat kat buffered earning korang perlu tulis something yang best2 pasal diri korang.Apa yang membuatkan korang unik dari orang lain.

Nak update profile survey macam ni :

Dashboard -> Edit Survey -. tulis apa yang korang suka

2) Update Blog Survey

Yang ni kedua terpenting.Benda ni menetukan hala tuju buffered tu ke arah mana.Adakah mencapai sasaran Perdana Menteri ke Wawasan 2020 ke tak.Dalam survey ni korang kene pilih betul2 apa yang ada dalam blog korang.Kalau korang banyak tulis pasal makanan maka pilihlah food dan kalau korang banyak tulis pasal personal pilih personal.Jangan pilih ikut mood dan ikut suka sebab kalau tak kena Niche macam mana advertiser nak kasi korang buffered.

Nak Update Blog Survey macam ni ;

Dashboard -> Blog manager -> Update Survey -> Jawab soalan tu

Tu dua yang penting.Lepas dah buat benda2 kat atas tadi silalah beramah mesra dengan blogger lain.Bila korang beramah mesra maka traffik akan datang ke blog korang.Tapi korang kenalah tulis something yang best2 barulah traffik tetap akan datang ke blog.

p/s :
- Sorrylah saya tak letak gambar sebab kom ni terlalu perlahan dan internetpun boleh tahan sampai saya yang penyabar ni boleh jadi incredible hulk.
- Yang penting kalau dah buat tak dapat jugak buffered anggap je tiada jodoh antara korang ngan buffered so cuba lagi mengorat advertiser sampai diorang cair.

MOOD KERJA KE LAUT...TAPI MOOD BLOGGING MASIH DI TEPIAN PANTAI


Salam guys,late entri dari Bean Moreno sebab tetiba bos panggil saya untuk bekerja hari ni (uiks bukan digantung 14 perlawanan ke?).Takpelah at least ada kerja lagi kan.Saya jadi pelik bila dia panggil saya datang balik kerja.Jadi disebabkan saya dah lama bercuti (baru 4 hari lah Bean),maka mood bekerja masih kelaut macam nelayan gi cari rezeki.Ombak (bukan Ong Bak ye) kemalasan mengganggu emosi saya semasa bekerja.Tapi saya mesti siapkan kerja saya semua.

Mood blogging masih hangat tapi berada di tepian pantai sebab kerja dan blogging adalah satu benda yang berbeza.Lebih2 lagi bila dah cashout (ooops pecah rahsia sudah).Yang best earning untuk "Project Alpha" saya dah received semalam.Makanya saya masih boleh cashout lagi next week sebab dapat earning Gatsby hari isnin depan (wah senangkan jadi blogger).So siapa yang masih belum check earning "Project Alpha" week 6 sila check ye.Yang tak dapat jangan ambil hati dan jangan putus asa sebab saya tau perasaan putus asa itu sama macam perasaan putus tunang (uiks ye ke?).

Pada yang terasa ngan entri saya semalam saya mintak maaf sebab saya takde niat nak sakitkan hati siapa2.Itu just peringatan untuk saya dan korang je bahawa kalau kita tak usaha tapi berangan je lebih memang takkan jadi.Yelah nak jadi macam Redmummy bukannya senang kalau kita just cakap je.Awal2 dalam blogging memang kita kena buat something special untuk blog kita,kalau tak memang kita takkan nampak result.Yang penting biar lambat naik, janji rock (oops!!!).


Nak cerita pasal awal2 saya blogging.Saya start dengan zero knowledge.Nak tengok earning Nuffnang naik sebulan sekalipun susah.Bila buka akaun Nuffnang je perasaan ingin bunuh diri selalu menganggu emosi.hak3...Patuh nak dapat visitro mak aiyh punyalah susah.Setiap hari check mesti bawah 50 unique.Tapi sekarang tidak lagi.Tiap2 minggu dah boleh cash out.Visitor ada lebih sikit la kan.Perbezaan Bean Moreno sekarang dan dulu ialah Bean Moreno yang sekarang dah faham apa itu "Blogging".Dan takkan stress dengan visitor mahupun earning sebab semua tu adalah rezeki dan hasil usaha.Macam hari ni saya update lambat dan tak konsisten,hasil dia memanglah visitor sikit.So redha jelah.

Jadi kepada blogger lain jangan terlalu taksub sangat dengan earning sebab tu semua bergantung pada hardwork korang dan strategi yang korang pasang untuk blog korang.kalau malas so faham2 jelah ye.Jadi kalau korang pasang angan2 nak jadi Redmummy the second jadilah macam dia sebelum Redmummy tu famous.Ingat What You Give You Get Back


p/s :
- Saya tak nak jadi Redmummy tapi saya nak jadi Kenny Sia.Boleh?

BLOGGING BOLEH BUAT AKU KAYA!!!



Selamat petang semua,cuba teka saya ada kat mana sekarang ni?Best,lepak kat sini...Saya bersiaran langsung dari umah blogger popular Haslina Harun.Kalau korang tak kenal silalah kenal2kan diri sebab "Kakak" ni sudah bertukar domain.Yaey!!!Tahniah Kak Ina dengan domain barunya.Apa yang bestnya ialah saya boleh buat macam rumah sendiri dan kak ina masak untuk saya...Sedap.Umpama Upin & Ipin nampak ayam goreng...hak3...

Oklah hari ni tersebarlah rahsia semua blogger dan ramai orang tau yang blogging boleh buat duit.Mesti lepas ni kakitangan kerajaan terutama askar berhenti kerja dan duduk rumah tulis blog.Yelah kalau tulis blog dah boleh buat RM10K buat apa lagi nak duduk office dan berkawad tengah panas.Betul tak?hak3...Habis siapa nak pergi berperang?

Redmummy sekali lagi masuk surat khabar dan headline dia "Jadi Mewah Tulis Blog".Bila keluar je artikel tu ramai yang sibuk2 nak update blog padahal sebelum ni update setahun sekali (itupun just masukkan gambar raya).Lepas Redmummy keluar surat khabar je ramai blogger yang sibuk hias2 blog padahal sebelum ni template selekeh grunge je.Dan yang bestnya bila Redmummy keluar surat khabar ramai orang yang sebelum ni tak tau apa itu blogging dan bukak akaun blogspot semuanya sebab nak jadi macam Kak Red.

Semua orang nak jadi macam Kak red.Semua orang nak dapat duit macam Kak Red.Padahal dulu mengutuk blogger cakap buat blog itu sia2.Saya tak salahkan korang kalau korang ada impian nak jadi macam Kak Red sebab itu tak mustahil.Tapi sebelum korang berkata yang korang nak jadi macam dia adakah korang tau : 

1) Apa yang dia dah buat sampai dia boleh jadi macam tu?
2) Berapa lama dia ambil masa untuk build & brand kan nama Redmummy?
3) Apa effort yang dia dah buat?

Apa yang orang nampak ada Redmummy sekarang adalah usaha dia yang tak pernah kenal erti susah dan masih berusaha sampai sekarang.Sanggup ke korang nak update sehari sampai 3 or 4 entri.Kalau tak sanggup so lupakan jelah eyh.Sebab orang yang update blog selalupun masih terkial2 nak dapatkan check dari Nuffnang.So kata kunci kat sini kalau korang nak jadi macam dia,korang kenalah buat apa yang dia buat sebab dalam blogging memang takde short cut.

Memang flow chart blogging akan jadi macam ni :

1) Budak sengal yang baru pandai taip entri
2) Blogger cap ayam yang blogwalk dan update entri untuk kasitau dia tu blogger
3) Blogger biasa yang sedang belajar Blog + Idea = DUIT
4) Blogger matang yang menaip entri,berkongsi dan mencari popularity
5) Blogger popular yang sentiasa bersama advertiser
6) Blogger hebat yang ada income

Kita memang kena lalu flow kat atas kalau kita nak jadi macam Redmummy.Kalau korang ada jalan pintas sila bagitau saya sebab sayapun nak try.Manalah tau berjaya boleh kaya sama2.Betul tak?Maka dengan akhirnya entri ni harap2 korang boleh berfikir apa yang patut korang buat.Sebab angan2 tanpa usaha memang takkan menjadi.So Stop Dreaming Without Action.

p/s :
- Congrats to Kak Red sebab berjaya buka mata umum
- Sayapun teringinlah jadi macam Kak Red yang berjantinakan lelaki.hak3
- Tips dari Kak Red boleh refer sini

BEST SANGAT KE YOUTHSAYS!!JAWAPANNYA BEST...



Morning guys,hari kedua bercuti memang best sebab rehat badan setelah dikerah sebagai pekerja "bangla" setiap hari.So bila cuti bolehlah saya rehat,tulis blog buat blogwalking dan usha2 job lain.Buat masa ni saya ada dapat satu job web design untuk kawan saya.Mungkin petang sikit saya akan jumpa dia and ambil detail.Yelah kene produktif sebab kalau nak harap gaji memang tak cukup sebab majikan selalu janji tapi bila time macam2 alasan.Lepas tu cakap saya tak buat kerja.Huh!So masa cuti ni memang saya akan guna full throttle untuk cari job luar.Yang best ada satu time diorang cakap saya buat kerja untuk KDU & jual data.Pergh tak logik langsung sebab saya bukan kerja Marketing mana lah saya ada data student.




Oklah pagi ni saya nak cerita pasal Youthsays.Yela saya asyik promote sikit2 sekarang ni saya nak promote grand sikit sebab benda ni memang best. Sepanjang 3 bulan saya guna Youthsays memang berbaloi walupun tak se"berbaloi" macam Nuffnang tapi saya puas hati lah.


Apa itu Youthsays?


Youthsays adalah satu komuniti belia yang banyak memberi manfaat kepada pengguna.Lebih kurang macam FB,Twitter dan blog.Kat sini kita boleh dapat kawan,boleh promote service dan boleh tambah income.Ada macam2 benda menarik yang kita boleh guna dalam Youthsays.Yang penting registerpun FREE je.So korang boleh la cuba benda ni kalau korang nak tambah income kan.


Apa ada kat dalam Youthsays :


1) PROFILE
Kat profile ni kita boleh check berapa ramai friend kita.Boleh set id FB ngan twitter.Boleh check income dan apa je kempen yang kita promote dan yang paling best boleh check point untuk tukar kepada barang2 yang ditawarkan. Senang kata kat profile ni kita boleh tau apa je yang kita dah pernah buat untuk youthsays termasuklah mengorat awek yang dah join Youthsays.hak3...


klik untuk tumbesaran sempurna

2) SURVEY
Kat dalam ni pun ada jugak survey.Terbahagi kepada dua.Satu berbayar dan satu tak berbayar.Kalau yang berbayar biasanya income akan dapat mengikut bilangan soalan.Lagi banyak soalan lagi besar nilai.Kalau yang tak berbayarpun ok jugak sebab lepas kita jawab survey kita akan dapat point (yelah kalau buat Free2 siapa yang nak join kan).Kepentingan survey ni ialah menentukan kempen untuk kita (uiks dah sama macam Nuffnang plak).

klik untuk tumbesaran sempurna

3) ADVERTISING
Yang ni semua orang suka.Sebab benda ni yang banyak menyumbang income ahli sebab dia lebih kurang macam Nuffnang yang mana bila orang klik,klik tu berbayar dan secara purata satu klik adalah RM0.20 (doposen pun duit apa). Tapi konsep dia ngan Nuffnang lain sebab Youthsays adalah link Ads di mana korang tak payah nak risau2 pasal status Gliterrati korang kat Nuffnang.Ni pun terbahagi kepada 2.Cash dan point.Biasa nya kalau Cash diorang akan letak commercial dan kalau poitn diorang akan letak community.

klik untuk tumbesaran sempurna

4) CAMPUS
Kalau yang ni pulak berguna untuk student kat IPT.Kalau korang nak buat event untuk kelas ke takpun fakulti tapi takde sponsor.Korang boleh advertise kat sini untuk cari sponsor event tu dengan syarat korang punya event tu bersesuaian dengan company yang nak sponsor tu.Kalau korang buat tigershow tak payah la advertise kat sini memang takkan dapat sponsor punya.Student jugak boleh guna benda ni untuk jadi ambassador dan promote barang2 advertiser/sponsor kat kolej dan akan dapat payment.

klik untuk tumbesaran sempurna

5) CONTEST
Kat bahagian kontest ni pun menarik sebab kita boleh guna point yang kita dah earn dalam youthsays untuk menang hadiah best2.Cara dia ikut bidaan.Bidaan unik terendah akan menang macam2 barang.

6) COMMUNITY
Kat dalam bahagian ni korang boleh jawab banyak soalan2 yang diajukan oleh ahli youthsays lain dan jawapan korang akan diberikan point untuk dikumpul.

7) SHOUT OUT
Bahagian ni korang boleh guna untuk tulis apa sahaja yang korang nak.Lebih kurang macam update status kat FB ngan Twitter.Korang jangan ingat update status youthsays kosong2 je.Bila korang update maka korang akan dapatlah point dari diorang.

Itu jela yang yang boleh saya cakap tentang komuniti Youthsays.Kalau nak tau lagi korang kena explore (bukan Celcom Explore ye itu dah takde jual kat pasaran).Sebab Youthsays memang best.Kalau nak income tambahan selain Nuffnang bolehlah try benda ni.

p/s :
- Jomlah try tak rugi pun kita cuba benda baru sebab benda ni memang best.
- Sesiapa yang ada laptop yang rosak atau nak upgrade or nak buat web design silalah bagitau ye.

MATAHARI TAK KAN SAMPAI KE MALAM - ENTRI 3 IN 1


Saya masih terkejut dan agak sugul sejak pagi tadi selepas membaca entri Rina Salleh tentang pemergian pelawak yang memang ulung di Malaysia.Saya memang begitu minat dengan dia sejak Radio 9 dan disebabkan dialah saya sanggup pasang Astro Warna.Setiap pagi mesti saya akan pasang radio Era untuk dengan drama sebabak & sawancara yang beliau kendalikan.Tapi nak buat macam mana matahari yang Allah kurniakan tak semestinya sampai ke malam.Maka hilanglah satu cahaya kegembiraan Malaysia.So dia dipinjamkan untuk memberi kegembiraan kepada kita dan bila2 masa Allah boleh ambil balik dia sebab itu milik-Nya.Jadi takziah kepada keluarga Allahyarham dan mari kita sedekahkan Al-Fatihah kepada beliau.


Oklah cukuplah sampai di sini.Tak payah kita meratapi sangat pemergian dia sebab itu bukan kuasa kita.Semalam saya agak ter kejut dengan kehilangan tarian ads di blog ni.Tapi pada pagi ini Nuffnang bagi saya dua kegembiraan dalam satu masa (sedih ke semalam.xrasapun.hak3).Adakah korang dapat tengok ads saya masih menari2 (maka tak perlulah saya print screen).Ya betul ini bermakna buffered campaign saya masih berjalan seperti biasa dan menyangkal pendapat sebilangan blogger yang akaun saya telah di"banned". Uiks apahal plak nak banned saya tak buat salah.Saya tak join klik2 Nuffnang. Dan di akaun Nuffnang saya jugak buffered belom lagi menjadi metered ye.Lagi satu yang bestnya earning untuk "Project Alpha 2" week 4 dah credit ke dalam akaun.Wah maksudnya saya berjaya melengkapkan ekspedisi "Project Alpha" 4 minggu berturut2.Tak caye eyh tengok ni :


klik untuk tumbesaran sempurna

Yang terakhir sekali,tetiba saya dapat email.Bukan dari Nuffnang ye,sebab saya tak buat fraud click.Ni email dari youthsays yang suruh saya buat satu lagi kempen.Saya dapat satu kempen bertajuk "Digi The Next Level Reality Show".Ni adalah satu realiti TV terbitan digi yang menjemput beberapa ahli perniagaan ataupun usahawan menyertai program ini.Mungkin ala2 "The Apprentice".Mesti best.Nak tau lebih lanjut sila klik link atas ataupun sini.




klik untuk tumbesaran sempurna

Oklah ni je yang dapat saya kongsikan dengan korang buat masa ni.Tghari sikit saya akan sambung lagi sebab nak siapkan report.Pukul 2 ada meeting besar.

p/s :
- Kadang2 sesuatu yang kita dapat tak semestinya kekal.So sementara benda tu ada depan mata tolonglah hargai dan sayangi sebelum terlambat
- Fraud klik ada dalam terms Nuffnang je.Dalam youthsays anda boleh klik beberapa kali pun takpe.Itu tandanya anda menderma kepada saya.Thanx.

PEKERJA KEDAI SUTERA DITANYA TENTANG ALEXA & MYLOOK

Selamat tengahari ye semua,agak kusut bila boss boleh buat2 tak tau pasal gaji.Kalau dah tau sistem bagi check buat la awal2.Ni kasi pekerja macam saya ni tungu2.Bank dah call tanya duit kete.Teruklah management macam ni.Kadang2 bengangpun ada,macam mana la staff nak kerja betul2 kalau management tak jaga kabajikan ye tak???hak3...Baik saya kerja kedai sutera je macam ni.At least kalau tak bayar gaji saya rembat sutera jual...hak3...


Oklah entri ni wujud atas dasar member pengatahuan.Tadi saya check kat comment ada sorang reader tanya saya pasal Alexa & Mylook.Soalan dia macam ni :


Klik untuk tumbesaran sempurna

Mak aiyh saya dipanggil abang sutera.Bapak jambu nama tuh.Terbahak2 saya dengar panggilan tuh.Anyway thanx eyh kaseh sebab sudi tanya soalan ni kat saya.

Ok meh saya terangkan apa yang saya tau pasal dua benda ni :

Alexa - Satu website yang digunakan user untuk check data sesuatu website.Dengan alexa kita boleh check ke"popular"an website or blog kita dan juga perubahan ranking website kita di Negara asal ataupun negara luar.Contoh :

 Klik untuk tumbesaran

Kalau kita klik "Get Details" maka akan keluarlah info pasal blog kita.So kalau nak tau blog kita famous kat negara mana dan ranking boleh try la eyh.Lebih kecil bilangan nombor lebih bagus.

Mylook - Ok yang ni plak satu search engine baru yang mana function dia sama je macam google & yahoo.Bezanya pada umur sahaja...hak3...Kenapa nama dia Mylook kenapa tanya founder dia la ye.Apa yang bestnya setiap search kita akan diberi "share".Contohnya macam ni :


Klik untuk tumbesaran sempurna


macam mana nak earn dengan MyLook :


klik untuk tumbesaran sempurna

Alamak kantoi plak earning.Tapi tu semalam punya.Harini ada naik sikit la..Persamaan antara dua2 website ni adalah ia PERCUMA!!!So try dulu baru ceritala kan.Hopefully entri ni dapat membantu Kaseh eyh.

p/s :
- Huh!Terpaksa mengeluh sebab dah pukul berapa ni dia tak panggil lagi saya masuk bilik dia.Apa punya kompeni la tak sistematik langsung.Terus hilang mood nak buat keje...ikhlas terus hilang arini.ces!!!

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails