Showing posts with label Nuffnang tu Apa?. Show all posts
Showing posts with label Nuffnang tu Apa?. Show all posts

TEMPEK IKLAN NUFFNANG ITU MERUGIKAN

TEMPEK IKLAN NUFFNANG ITU MERUGIKAN



Salam guys,

Dalam seminggu ni isu yang paling hangat ramai blogger yang korang panggil 'otai' dah berhijrah dari Nuffnang pergi ke ads company lain.  Saya dah tak heran dengan situasi ni sebab dulupun depa dah pernah buat macam ni pun. Pindah ads company ni dah sama dah macam ahli politik yang suka-suka pindah parti.  Asal tak puas ati je masuk PKR.haha... Pastu ramai jugak yang tanya saya 'Bean awat ang still dengan Nuffnang?'.  Jawapan saya senang je iaitu 'Duit itu perkara terakhir yang aku nak dalam blogging'.

Actually benda ni semua bergantung pada hati masing-masing.  Lain orang lain persepsi dan lain orang lain kemahuan.  Saya tak nak kutuk ataupun kondem sebab itu hak masing-masing. Tapi biar saya bagitau korang Nuffnang adalah satu syarikat, so bila syarikat mesti ada strategi kan sebab kalau takde strategi macam mana nak untung.

Entri ni bukan saya nak backup nuffnang ataupun apa lah kan. Ramai yang merungut traffik tinggi tapi tak dapat buffered tak dapat advertorial sebab tulah mereka berhijrah.  Ya memang traffik korang tinggi tapi ada korang fikir tak dalam content korang ada tak keyword yang advertiser cari? Contohlah eyh takkan lah blog korang cerita pasal kereta tetiba advertiser barangan kecantikan nak advertise dalam blog korang.  Mestilah dia bagi iklan kalau blog korang ada berkenaan dengan diorang.  Samalah macam iklan TV kalau korang perasan iklan akan keluar mengikut rancangan apa yang ditayangkan.  Takkanlah masa cerita Drama Swasta tetiba iklan minyak kereta keluar dan takkanlah masa raya iklan pasal chrismas lak keluar kan.  Itu adalah lojik advertising punya marketing.

Tengok dah terbukak pulak rahsia pasal nuffnang (so tak payah susah-susah beli ebook rahsia Nuffnang).  Jadi nampak tak kenapa traffik kome tinggi tapi tak dapat buffered. Bukan Nuffnang kedekut cuma kita je yang tak faham konsep advertising.  Ya mungkin kita 'otai' blogging tapi tak semua benda kita tau.  Setakat ni saya rasa saya tak pernah lagi tak dapat buffered so far ada je even satu. So kalau korang tanya saya 'Rugi tak join Nuffnang?' jawapannya 'Ya memang rugi join nuffnang kalau kita tak faham konsep.  Tak guna kita nak komplen sebab benda isu macam ni memang 'Never Ending Story.'

p/s :

Kita boleh bangga diri kita dianggap otai,  tapi adakah panggilan otai itu menandakan kita tahu segala?

* Nak tau kelebihan Maybankcard?  Saya ada info menarik tentang Maybankcard

TIPS : APA YANG KORANG KENA TAU PASAL STATUS GLITERATI




Oklah tiba masa untuk saya share sedikit tips pasal Nuffnang.Mungkin ramai yang dah tau tapi dalam Malaysia sahaja ada beribu2 blogger dan statistik menunjukkan setiap hari akan wujud 2 blog baru (yang ni saya main pajak je).Mungkin juga ada blogger yang tak perasan pasal status glitterati diorang atau mungkin dengan penerangan ini ramai blogger yang tak guna Nuffnang akan berhijrah (ooops) ataupun ramai yang lain nak jadi blogger (alamak,Bean jangan larikan niat blogging orang boleh???!!).

Sebelum apa2 biar saya bagitau korang apa itu status Glitterati.Kalau ikut Nuffnang Glitterati ialah :

"Blogger yang hanya menggunakan ads service dari Nuffnang dan tidak meletakkan codes ads company dari SEA (asia tenggara)"

Macam mana nak dapat status ni :

"Just place ads dari Nuffnang then jangan letak code ads company lain"

Apa advantage yang korang dapat dari status Glitterati :

1) Nilai Cost Per Click

Kalau ordinary member korang just dapat RM0.15 je untuk satu klik ads.Tapi bila Glitterati korang akan dapat RM0.25.Beza seposen.Memang tak nampak banyak tapi seposen pun duit.Itu kalau satu klik cuba kalau seratus?

2) Payment Terms

Yang ni memang ramai akan mengeluh.Asyik2 dapat check lambat.Tapi tak tau status korang.Kalau ordinary korang akan receive payment dalam 60 hari.Tapi kalau Glitterati dalam masa 30 hari.Jadi kepada ordinary member jangan merungut kalau dapat payment korang lambat.

3) Advertorial

Advertorial ni memang agak susah nak dapat tapi tak mustahil.Korang just perlu usaha lebih sikit.Advertorial adalah entry khas yang korang buat untuk advertiser.Kira macam iklan besarlah.Korang perlu tulis apa yang advertiser nak sahaja ikut spec.Yang penting bayaran dia mahal dan lumayan.

4) Event

Saya dah banyak kali cerita pasal event Nuffnang ni.Dan dah banyak yang saya join.Dalam event ni je korang dah boleh dapat macam2.Nak tau lebih baca [ini].

5) Kontest

Yang ni pun agak best.Kalau korang perasan banyak kontest yang ada kat Nuffnang.Ada yang menang dapat hadiah & ada yang menang dapat duit.Bukan cikai2 tau.Semua best2.Just check je kat side bar blog Nuffnang sebelah kanan.

6) Innit

Yang ni ramai Nuffnanger lupa.Korang bukan takat boleh ping entri kat Gengblogger je.Kat innit pun boleh tapi kene ada Glitterati kalau ordinary member mintak maaflah ye.Pergi cari alternative lain.

Tulah serba sedikit penerangan apa itu status Glitterati.Yang penting korang kena tau apa yang boleh membuatkan status tu tetiba je kena tarik.Korang akan terasa macam pengawas yang kena lucutkan jawatan (saya pernah rasa).Apakah sebab yang membolehkan status ni ditarik oleh Nuffnang.Satu je sebab dia ialah bila korang letak ads dari company competitor.Siapa?Faham2 sendirilah.

Oklah nak tau penerangan dalam English korang boleh tengok kat blog atau baca kat [sini].Lepas blogwalking tadi baru saya tau dan perasan bahawa Youthsays juga dikira sebagai competitior Nuffnang.So berhati2lah ye...

PANDANGAN MATA DAN HATI BEAN MORENO : AF8,BOIKOT ISRAEL


Nama dan nilai terpaksa dirahsiakan.Cukup korang nampak lantai rumah saya je eyh

Salam semua,akhirnya dapat jugak Bean Moreno update blog ni.Setelah lapan jam beroperasi tanpa internet maka bila balik melepaskan ketagihan terhadap blog ni.Harap2 tiada akta baru yang mewajibkan blogger yang ketagih blogging masuk 'rehab'.hak3...Esok ada screening 'Karate Kid' so sapa2 yang dapat pergi esok boleh lah kita meleset2 bersama ya.Masih tiada masa nak deco,deco,deco untuk blog baru.Mungkin hari minggu boleh kot.Tapi disebabkan ketagihan itu saya berjaya dapat check lagi.Ini adalah check ke-5 saya dengan Nuffnang.So thanks kat korang dan juga Nuffnang....hak3...


Sepanjang menyepi banyak benda yang dapat saya perhatikan pada persekitaran kita.Korang perasan tak yang banyak benda terjadi tanpa kita sedari.Walaupun Bean Moreno tak update blog tapi saya masih baca surat khabar tau dan masih 'civilized'la kan.Apa yang saya nampak sepanjang minggu lepas :

AKEDEMI FANTASIA 8

Pada mulanya saya memandang rendah pada kemampuan AF8 dan saya tau korang pun sama kan.Tapi sebenarnya kita terlepas pandang satu benda iaitu Pengetua AF 8 ialah Norman KRU.Kenapa?Oklah bila saya fikir2 balik memang pelajar AF8 ada yang terlebih gedik (AF yang lain pun ada jugak) tapi bila terfikir tentang pengetua diorang so saya dapat rumuskan bahawa pelajar2 AF8 ada potensi dalam dunia hiburan.Macam yang kita pernah nampak adik beradik KRU dah banyak naikkan artis contohnya macam Elite dan Ezlynn.Jadi tak mustahil diorang boleh bagi AF8 meletup sebab sekarangpun masing2 dah ada single sendiri plus videoclip (walaupun tersingkir awal).

BOIKOT ISRAEL

Yang ni isu agak serius (walaupun Bean Moreno bukan seorang yang serius).Zeonis ni memang perangai dia semakin haram jadah dan menjadi2 kan.Orang nak hantar makanan dan bantuan kemanusiaanpun nak bunuh & tawan (mungkin terlebih telan dadah la yahudi ni).Tapi tetiba wujud pulak 'trend' pengguna facebook yang dok letak gambar hitam kat profile.Konon nak support pertubuhan.Saya jadi tak faham kenapa benda ni boleh wujud sedangkan tak boleh bagi effect pun dan dengan buat macam tu Mark Zukerberg takkan terjejaspun sebab revenue Facebook bukan dari gambar2 korang tapi dari penggunaan korang.Taki kiralah korang letak gambar Saddam Hussein pun dia tetap dapat duit jugak.Jadi silalah sedar ye.Kita just tunjukkan yang kita ni kurang bijak je dengan buat macam tu.

Oklah saya ada misson malam ni.Nak jumpa somebody jap.So harap korang akan tetap support blog ni ye walaupun tak kerap update.

p/s :

* Banyak kontest sekarang kan so saya nak 'announce' yang vshub ada nak buat kontest jugak.Hadiah dia memang lumayan.Iaitu Ipad (pergh memang sayapun nak masuk.Nasib baik dah jadi member). Jomlah jadi member dia free je.Nak just register.Saya tak nak paksa tapi kalau korang tak join memang peluang terebuka luas antara saya dan Eyriqazz.So fikir ye.hak3...



MOVIE : PRINCE OF PERSIA - THE SAND OF TIME BERSAMA MISTER POTATO...AKHIRNYA PRINCESS TAMINA MENJADI AWEKKU


Hye semua,thanks sebab still lagi nak baca apa yang Bean Moreno karutkan dalam blog ni.Biasalah bila orang agak stress maka blog akan dituju dan ia adalah lebih baik dari membuang bayi di tepi jalan keretapi.Korang mesti pelik kenapa saya dah lama tak keluarlan tipskan.Bukan apa,saja ubah mood sebab nak bagi tips bukan senang dan bukan takat tulis untuk bagi orang baca.Nak tulis tips kena ada kefahaman yang tinggi dan benda tu perlukan masa.Memang best tulis tips lagi2 kalau tips Nuffnang memang hits ribu2 punya then bila check buffered earning memang naik laju je sebab traffik tinggi.Tapi susah sebenarnya tak percaya tanyalah blogger2 best macam Mel,Eyriqazz,cikhel,Bob dan yang lain2.

Oklah kelmarin macam yang korang tau saya dapat invitation tengok cerita Prince Of Persia : The Sand Of Time.Cerita ni diadaptasikan dari game yang memang saya minat sejak umur saya 8 tahun.Memang best beb game dia.Apa2pun thanks to Nuffnang sebab melabur kat Suterablogger untuk tiket wayang ni.Kalau korang nak tiket free rajin2lah tengok blog Nuffnang ye.Buat benda simple then dua tiket korang akan dapat.Tapi kalau Masih ada "M" kat dalam diri jangan salahkan orang lain ye.

Macam biasalah kan Nuffnang kalau buat screening mesti kat Cineleisure kalau takpum kat One Utama TGV.Kali ni saya dan aiensepet sampai agak lambat sebab aiensepet balik kerja lambat.Sampai2 kitorang beratur lah kat dalam Cathay macam biasa dan orang pertama yang saya nampak ialah Kak Ina KL.Dalam perjalanan kami beratur yang terpaksa tunggu lama saya bertembung pulak dengan blogger superhero iaitu Darkbatman.Maka gambar ini terhasil.





Wayang kali ni macam biasa kami dah tentulah dapat sepasang tiket sebab kalau takde tiket macam mana nak masuk hall dan duduk kat kerusi kan.Tapi ada kelainan pada hai itu sebab kami dibekalkan dengan 'jajan' Mister Potato.Korang mesti belum rasa punya sebab belum ada kat pasaran.Korang pernah rasa tak Mister Potato Rice Crisp?Memang sedap terasa macam makan nasi tau.Jadi dengan kehadiran 'jajan' Mister Potato Rice Crisp ni kami tak payah bazir duit beratur untuk beli pop corn.hak3...Korang nak tengok something tak?






Saya dapat banyak stok 'jajan' ni sebelum kami dapat masuk ke panggung.Tapi korang jangan salah sangka saya tak pelahap sampai tahap ni.Stok2 ni semua bukan saya punya sebab saya wakilkan Kak Tash & Pojie sebab saya datang awal sikit.Maknanya sepasang tiket hanya dapat 2 Mister Potato Rice Crisp.Baru ingat nak buat stok jajan sebulan.hak3...Lepas dapat tiket saya dan aiensepet pergi makan dulu sebab perut dah terlalu lapar.Jadi kami ke Kopitiam kat bawah tapi yang bestnya kami just order air je.




Muka keletihan bercampur kelaparan.Tapi apa yang bestnya ada nasi dalam balang iaitu Mister Potato Rice Crisp.Setiap orang akan dapat flavour yang sama iaitu OriginalFlame Grilled BBQ.Bagi saya Flame Grilled BBQ tu memang sedap.Kenyang jugak makan Mister Potato Rice Crisp tapi disebabkan kebuluran kami order jugak nasi betul...hak3...Satu balang disimpan untuk makan sambil tengok movie dan mengelakkan daripada tertidur.Oklah dah panjang sangat melalut.Meh saya cerita pasal movie pulak.




Sinopsis Cerita :


Seorang raja yang hebat telah mengambil anak yatim dari jalan Nasaf untuk menjadi anak angkatnya kerana kehabatan budak tersebut tanpa menyedari yang budak itu akan mebuat kejutan apabila dia sudah besar.Budak itu bernama Prince Dastan.Apabila sudah besar Dastan telah menjadi seorang panglima perang yang hebat dan bijak dan berjaya menakluki Alamut.Idea menakluki Alamut adalah adalah idea Nizam dan mereka berjaya.Tujuan menakluki Alamut adalah untuk merampas satu senjata yang dinamakan Dagger Sand of Time dimana ia boleh mengubah masa silam.So macam2 berlaku dalam pengembaraan Prince Dastan untuk membuktikan kebenaran dan jatuh cinta pada Princess Tamina (lawa tuh).Dan akhirnya dia mendapat tahu yang Nizam inginkan Dagger itu untuk mengbah sejarah supaya dia dapat menjadi King Of Persia.Adakah dia berjaya?Korang pergi beli tiket baru tau.


Apa yang boleh saya cakap ialah cerita ni memang best sebab ada action,love & comedy.Memang terbaiklah dan korang takkan ngantuk walaupun baru balik dari kerja.hak3...So pergi lah tengok Prince Of Persia - Sand Of Time sebab tiket RM10 je (tulah lain kali appy tiket free dengan Nuffnang ye).Yang penting saya dapat ngorat Princess Tamina percaya tak?Meh saya tunjuk bukti :






I WANNA WATCH TOYS STORY 3


Korang nampak tak gambar apa kat atas tuh?Itu adalah gambar cerita kartun 3D yang memang top kat dalam dunia iaitu Toy Story 3.Cerita ni start kalau tak silap masa saya form 3 dan masa tu saya kat MRSM Terendak yang sememangnya susah nak dapat tengok video.Dulu saya minat tengok cerita ni sebab banyak barang2 mainan yang cute2 (saya juga salah seorang peminat game Digimon.OOOpps).

Apa yang menariknya cerita ni ialah gambar dia memang cantik.Saya tak suka sangat yang terlalu nampak real macam Christmas Carol.Toy story ni nampak je macam untuk budak tapi moral value dia memang banyak terutama sekali pasal Friendship.


Dalam banyak2 watak saya meman suka watak Buzz Lightyear.Memang cool sebab perwatakan dia agak sombong dan cool.pastu colour diapun agak menarik kalau nak dibandingkan dengan watak2 kartun lain.Gadget2 yang dia pakaipun memang best.

So saya nak share sikit pasal watak baru yang saya rasa macam best dalam Toy Story 3 ni.Saya akan tunjuk gambar kat korang untuk korang tengok ye.Ni lah watak baru yang saya minat tengok :


Kenapa saya minat watak ni.Sebab dia kelihatan comel dan nakal.Rasanya dia ni watak ganas dalam Toy Story 3 nama dia Sparks (bukan Spark Remp-IT).Apa pendapata korang?Korang suka tak tengok cerita ni?kalau suka jangan lupa gi apply tiket dari Nuffnang ye.Nak apply baca [sini]

PROJECT ALPHA : MY WIGGY DESIGN (DESIGN YOUR IDEAL WIGGY)

Selamat malam semua,Bean Moreno bukak j3 blog tetiba ternampak banyak blog yang owner dia dah jadi desiner untuk P1 Wimax.Jadi untuk tidak terlepas peluang Bean Moreno menggunakan kebijaksanaan dan juga kekreatifan akal dan minda untuk buat satu design wiggy.Kalau ditanya saya design apa yang saya nak buat untuk P1 Wimax Wiggy saya nak design yang simple tapi cun.Kalau ikut kepala otak saya yang agak gila ni saya nak letak gambar naga (ooops terobses pulak).

Jadi selepas bertafakur saya terfikir nak buat design binatang jugak.Binatang nipun ganas dan melambangkan keberanian dalam hidup.Ia jugak pantas dan memberi maksud yang Wiggy ni mampu memberikan kepantasan kepada pengguna,maka saya nak letak :


Maka Lepas menggabungkan element di atas saya hasilkan wiggy saya sendiri :


Amacam cun tak design Bean Moreno.Ni baru edit photoshop yang tadi outbrain tuh printsceen direct,hehehe..oklah jom layan video Project Alpha :












Project Alpha is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

TIPS : APA ITU BUFFERED EARNING & METERED EARNING


Salam,selamat hari jumaat semua (dah macam wakil rakyat dah.hak3).Masih lagi terasa seperti bekerja di dalam peti ais sebab terlalu sejuk.Boleh pulak terlupa nak bawa baju kebal kalis ais.So hadap lagi sehari tanpa rasa panas.Ni belum lagi hujan kalau hujan dengan otak2 jadi beku.Sekejap je dah hari Jumaat.Malam ni ada Adidas Pure Game Ole KO antara top2 blogger Nuffnang.So sapa nak menang dua ribu silalah hadirkan diri ke MidValley.Saya tak tau lagi boleh pergi ke tak.Tengok keadaan.

Sebut pasal Nuffnang,pagi tadi saya dapat satu pertanyaan dari somebody melalui Formspring.Soalan dia lebih kurang macam ni :

"boleh x cik bean terangkan sikit macam mane kita nak jadikan campaign tu kepada buffered/metered earning ya??? sori la kalo soalan bodoh..i dah try googles n paham kan dalam blog2 senior n blog bean tp still kabur..macam paham..tp xpham sgt. tlg.."

Hehe,saya ada tulis pasal cara saya dapatkan buffered dari Nuffnang.Terus terang saya cakap dulu senang2 je kita boleh dapat buffered sebab bilangan blogger tak seramai hari ni.Even traffik kita ciputpun kalau kena keyword memang akan dapat buffered berderet.Tapi sekarang bilangan blog dah bertambah so advertiser akan decide blog mana akan dapat buffered.

Sebelum tu meh saya cerita sikit perbezaan Buffred & Metered.

Buffered earning - Impression yang dibeli oleh advertiser pada sesebuah blog itu bergantung pada traffik blog tersebut.Lagi tinggi traffik blog tersebut mungkin akan menarik advertiser untuk letak bil iklan (impression).

Metered earning - Himpunan ataupun jumlah nilai kempen buffered yang telah tamat tarikhnya.

Bila kita dapat buffered apa yang penting adalah kita dapatkan traffik sebab earning buffered bukan macam kempen ads biasa dimana nilai earning ditentukan melalui klik sebab buffered bukanlah satu kempen CPC (cost per click).Dan biasanya nilai earning dalam buffered ditentukan melalui nilai impression yang diberi oleh advertiser.Mungkin 1000 or mungkin 10000 bergantung pada traffik blog tu.Kalau ada klik pada kempen buffered itu maka ia adalah Bonus CTR iaitu 0.2% dari nilai buffered.Jadi bila buffered ni dah habis dan tamat impression nilai buffered earning akan dicampurkan dengan nilai CTR so bertukar menjadi metered.

Mak aiyh panjang berjla dah.Sekarang korang faham tak apa itu buffered apa itu metered.Bila korang dah faham kan so boleh saya proceed ke acara yang seterusnya iaitu cara2 untuk dapatkan buffered.Korang boleh fahamkan kat [sini] ataupun kalau tak faham saya terangkan lagi sekali.Apa yang penting dalam mengejar impian korang mendapatkan buffered ialah :

1) Update Survey Profile

Ni adalah profile korang sebagai Nuffnangers.Advertiser akan tengok benda ni dulu.Untuk korang menarik perhatian diorang supaya tabur zakat kat buffered earning korang perlu tulis something yang best2 pasal diri korang.Apa yang membuatkan korang unik dari orang lain.

Nak update profile survey macam ni :

Dashboard -> Edit Survey -. tulis apa yang korang suka

2) Update Blog Survey

Yang ni kedua terpenting.Benda ni menetukan hala tuju buffered tu ke arah mana.Adakah mencapai sasaran Perdana Menteri ke Wawasan 2020 ke tak.Dalam survey ni korang kene pilih betul2 apa yang ada dalam blog korang.Kalau korang banyak tulis pasal makanan maka pilihlah food dan kalau korang banyak tulis pasal personal pilih personal.Jangan pilih ikut mood dan ikut suka sebab kalau tak kena Niche macam mana advertiser nak kasi korang buffered.

Nak Update Blog Survey macam ni ;

Dashboard -> Blog manager -> Update Survey -> Jawab soalan tu

Tu dua yang penting.Lepas dah buat benda2 kat atas tadi silalah beramah mesra dengan blogger lain.Bila korang beramah mesra maka traffik akan datang ke blog korang.Tapi korang kenalah tulis something yang best2 barulah traffik tetap akan datang ke blog.

p/s :
- Sorrylah saya tak letak gambar sebab kom ni terlalu perlahan dan internetpun boleh tahan sampai saya yang penyabar ni boleh jadi incredible hulk.
- Yang penting kalau dah buat tak dapat jugak buffered anggap je tiada jodoh antara korang ngan buffered so cuba lagi mengorat advertiser sampai diorang cair.

TIPS : MACAM MANA BEAN MORENO DAPATKAN BUFFERED DENGAN SUTERABLOGGER


Hye guys,selamat petang.Cuaca nampak gaya macam nak hujan.memang berhinguslah saya sampai malam.Tak sabar nak tengok movie screening.Saya tengah tunggu orang Unify diorang kata nak start kerja hari ji tapi dah pukul berapa tak siap lagi.Hari post saya banyak cerita pasal entertainment je kan.Amacam best tak?Sendra tak suka saya tulis pasal tips or something yang ada kene mengena dengan blog.hak3...

Saya tau korang mesti nak tips je kan.Oklah biar saya kasi ilmu sikit sebelum balik dan berpoya2 dengan aiensepet kejap lagi.Ramai yang tanya macam mana nak dapat buffered.Oklah2 saya jawab.Tapi ni style saya ok.Ada cara yang betul2 punya tapi saya tak ikut.So terpulang pada koranglah nak ikut cara saya ke tak.Sebab sepanjang saya buat memanjang lekat je buffered kalau tak satu mesti lebih.

1) TENTUKAN OR ISIKAN SURVEY DALAM SURVEY NUFFNANG

Inilah satu benda yang penting sebenarnya.Kalau korang tak isi betul2 macam mana Nuffnang nak kasi korang iklan.Ada kes lain yang mana diorang main bo je letak kategori.Mana boleh kalau blog korang cerita pasal kereta takkan korang nak letak dalam kategori seluar dalam.Betul tak?Mana boleh minyak 2T moto masuk kat enjin kereta kan.So fikir betul2 apa content korang then letak lah kategori yer.

Cara update survey :

blog manager -> pilih blog (kalau ada lebih) -> update survey


2) LETAK UNIT ADS TU KAT TEMPAT YANG BETUL

Teori dia senang je.Advertiser buat iklan untuk viewer tengok.Buat apa diorang nak invest ads kat blog yang viewer tak boleh nampak iklan.Betul tak?So kalau boleh jangan bagi ads korang terhalang.Letak kat tempat yang mana readers boleh tertarik dan nampak.

cara nak ambil coding ads :

Add ads -> copy codes -> paste kat blog

3) BOLDKAN KEYWORDS

Boldkan keywords korang ikut survey yang korang isi.Contohnya bila korang dah letak food sebagai kategori maka banyakkan keywords pasal food ataupun namakan (letak) nama advertiser itu kat dalam entri korang.Sebagai contohnya sekarang buferred or kempen yang tengah jalan ialah Pizzahut.So dalam entri korang cuba masukkan nama tersebut dan kemudian boldkan.Kenapa kena buat macam ni?Itu semua SEO punya kerja.

Macam mana nak tau apa buffered yang akan jalan :

1) Blogwalking
2) Check kat sidebar blog Nuffnang

Rasanya itu jelah cara saya tarik buffered.Just berkongsi.Tak semestinya apa yang saya tulis ni betul.Ni cara saya dan apa yang saya nampak.Kalau korang ada cara yang lagi best sila bagitahu so kita boleh belajar sama2.Saya ni just blogger gila yang mencari kepuasan berblogging dengan cara saya sendiri.Apa yang penting kita mencuba.

p/s :
- Dah try baru boleh cakap jadi ke tak?selagi tak try jangan nak komen bukan2
- Apa yang penting dalam buffered earning ialah traffik sebab traffik yang akan tentukan nilai earning klik hanya sampingan sahaja
- Saya dedahkan benda ni supaya blogger2 lain kat luar sana slowkan aktiviti klik2 ataupun fraud klik ye.

PROJECT ALPHA : WHO WILL WIN THE WORLD CUP


Selamat malam,saya masih selsema dan situasi ini menimbulkan komplikasi dan kesukaran dalam menghasilkan satu entri yang korang tungu2 (fulamak keluar bahasa kedoktoran pulak).Hari tu saya tak dapat payment untuk Project Alpha 10 (b).Ni balik2 je dah nampak kak ina buat.So saya mesti buat secepat mungkin.

Kalau ditanya pada saya siapa yang akan menang World Cup tahun ni dah tentu saya akan cakap Sepanyol.Kenapa saya pilih Sepanyol eyh.Menurut analisis bola sepak yang telah saya jalankan sepanjang musim (hoho ko ingat ko Sherby ke?) Sepanyol merupakan pasukan yang mempunyai pakej lengkap sebagai satu pasukan bola sepak.Kenapa bukan England?Sebab player England adalah bintang yang kejar popularity dan juga penuh dengan masalah ketagihan seks.hak3..

Kita tengok dari barisan pertahanan,Sepanyol kebanyakannya boleh dan pernah jaringkan gol dalam liga contohnya Carles Puyol dan Sergio Ramos.Gaya diorang pertahankan gol memang best.Nak cerita pasal pemain tengah Sepanyol ada Xabi Alonso,Xavi,Iniesta,dan Fabregas.Itu kira nama2 besar dalam bola sepak yang mempunyai skill dan rebatan yang agak gila.Kat depan pulak tak payah fikir memang Torres dengan Villa dah cukup dah nak hancurkan Gol Keeper lawan.Jadi apa lagi yang korang nak untuk tunjukkan yang team tu kuat.Lagipun Sepanyol Juara Eropah tau.Faktor lain ialah kebanyakan player Sepanyol kacak2 macam saya.

Ni adalah satu produk baru dari Adidas.Cubalah beli siap ada diskaun lagi tau :


Korang tau tak yang P1 ada buat promo untuk pakaej internet diorang?Tak tau korang boleh pergi tengok kat [promo P1].Oklah disebabkan dah promote P1 apa kata kita layan video Project Alpha season 2 :











Project Alpha is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS

BILA DAPAT BERITA BAIK TU MUNGKIN PETANDA BERITA TAK BAIK


Selamat petang semua,saya Bean Moreno baru lepas mengangkat cpu2 yang sepatutnya telah dibuang sebab cpu2 lama tu zaman Chin Peng pun dah tak dipakai.Memang kerja macam ni boleh membuat bisep saya naik tanpa perlu angkat dumbbell,pumping 100x mahupun main tumbuk punch bag.So kalau siapa nak jadi kuat mari bekerja di office saya.Korang jugak tak perlu beli stock Milo cuma kena beli stock Tongkat Ali Power Root je. 

Saya ada dua berita baik untuk dikongsikan dan satu berita buruk.Yang mana korang nak dengar dulu?Ok senang macam nilah berebut nak tau kan.Saya bagitau berita baik dulu sebab ada dua kan.Berita baik pertama ialah "Steven Gerrard" ni akan berpindah ke tempat baru dan dah tanda tangan contract tadi.Yang kedua,saya boleh terlupa saya ada apply untuk tiket wayang.Tetiba dapat email tadi saya boleh blur dan tanya diri sendiri macam mana saya boleh dapat tiket ni :

klik untuk tumbesaran sempurna

Oklah sekarang tiba untuk berita sedih.Harap korang jangan nagis dan jangan buat keputusan untuk terjun bangunan tingkat 14 ok.Terima keputusan ini seadanya.Sebab benda yang perit harus kita terima dengan tenang walaupun itu akan buat kita kecewa.Cuba korang baca ni :

klik untuk tumbesaran sempurna

Tak dapat pulak.Susah2 je saya hantar memanglah lambat sikit tapi beza 2 orang je pun.Tak berperi kemanusiaan lah Project Alpha ni.Tapi takpe saya tetap takkan mengaku kalah.Mesti cuba dan cuba lagi.Walaupun diorang selamba maknyah reject entri saya.Jangan takut saya akan try lagi.Macam tu jugak korang jangan tak dapat sekali terus give away up (feewit Bean pangkah word lagi lah).Disebabkan korang tak mengerti apa itu putus asa saya nak korang dengar.Yang putus asa pun boleh dengan termasuk putus cinta dan juga putus hubungan....



KUMPULAN API - PELITA

P/S :
- Lagu ni jugak saya nak tujukan kepada pemain Badminton Negara untuk Piala Thomas.Pemain Piala Uber mintak maaf kamu mengecewakan saya.Harap boleh pergi final

PROJECT ALPHA : HOW MANY WIGGIES


Waduh2 apahal makin susah nak dapat duit Project Alpha ni.Dulu senang2 je buat entri dapat sekarang dah macam masuk kelas Add Math pulak.Mungkin cabaran kali ni lagi susah daripada belajar Trigonometri.Minggu ni nak kene mengira bilangan Wiggies.Macam tau2 je saya baru balik dari P1stop.Dah lah Bean Moreno ni ada migrain kasi task yang banyak guna penglihatan dua alam (wah cerita DR Rozmi tuh).



jadi dalam keresahan saya teka benda ni ada 220 (aceh...mana dah tau kan saya meniru).Jadi kali ni terpaksa saya plagiat jawapan orang yang dah hantar.Terima kasih ye siapa yang hantar dulu...hak3...

Dah puas layan Wiggies kan jom layan Project Alpha Video pulak :

EPISOD 22 :




EPISOD 23 :




EPISOD 24 :






EPISOD 25 :





Amacam dah puas tengok si Cheesie tuh.Kalau nak ngorat kena jadi top earner cam Kenny Sia Ok.Kalau takat duit Nuffnang just macam saya je jangan mimpi.


Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS

BEAN MORENO BIKIN PANAS SAMA NUFFNANG


Hye selamat tengahari,Bean Moreno baru lepas bersiap nak pergi klinik dan ke Office Nuffnang.Untuk apa ke klinik?Dah tentulah saya nak pergi beli sparepart kete itu pasal saya ke klinik.hak3...Takde lah saya nak gi check up.Untuk apa saya ke Office Nuffnang?hoho persoalan itu besar dan terlalu rumit untuk dijawab.Korang tak tau ke Timothy tu kawan saya masa sekolah.Saja2 je ajak dia lunch.hak3...taklah nak gi ambil hadiah Project Alpha.So lepas ke office Nuffnang nak gi usha handphone untuk Aiensepet.

Semalam Bean Moreno bikin panas sama Nuffnang.Hak3...Dah dua kali nama saya naik.Korang jangan salah faham,saya takde pun mengorat Fourfeetnine.Kalau saya mengorat si Fourfeetnine dah tentu semua income Nuffnang saya kene block dengan Timothy.Gila ke apa?Aiensepet lebih comel dari dia tau.

Adakah korang twiterer?kalau korang rajin buka twitter mesti ada follow Nuffnang kan?Kalau korang follow Nuffnang ada tak perasan benda ni :



Korang rasa senang ke nak masukkan entri dalam twitter Nuffnang?Tak susah beb senang je.Kalau susah takde dua kali nama & entri saya naik kat twitter diorang.Bukan nak berlagak korang jangan salah faham eyh.Saya cerita sebab nak kasi mood blogging korang yang dah ke laut datang semula.Kalau blogger cap ayam macam saya ni dengan selamba je boleh bikin hal dengan Nuffnang.Korangpun mesti boleh.So Usaha Tangga Kejayaan.

p/s :
- Oklah nak gerak Chow!!!

TIPS : APA ADA DENGAN NUFFNANG


Selamat petang,baru settle separuh kerja.Ni tgh berehat sebentar bersama kitkat sebab otak semak.Lagi beberapa jam saya akan dapat berehat dengan tenang.Terasa macam lambat pulak nak pukul 6.Hari ni macam2 cerita saya baca dari blog prang lain.Berita yang menggemparkan ialah Kak Tash dah disahkan ada baby di dalam perut.Wah satu perasaan yang sungguh best.Atas desakan Kak sumi maka ter"submit"lah entri Digi tu.Nak baca sila ke [sini].Entri Pizzahutpun dah publish dan saya dah suruh manager tu baca.Manalah tau kalau dia nak suruh saya edit kan.Kalau korang terlepas sila baca [sini].

Hari isnin iaitu semalam saya ada terpandang kat chatbox,ada blogger mintak tips untuk naikkan duit Nuffnang.hoho...bukan tak nak bagi tapi saya sendiripun tak boleh dan tak tau tips untuk naikkan duit dalam akaun Nuffnang.Check2 yang datang ke mailbox sayapun sebenarnya sayapun tak tau macam mana boleh jadi amount cam tuh.Saya cuma boleh kasi knowledge je kat korang pasal Nuffnang.Kalau saya ada cara senang nak naikkan income Nuffnang dah tentu saya dah keluarkan e-book (tak yah perasan eyh Bean).

Sebelum tu meh saya cerita sikit apa yang ada dalam Nuffnang.Kat Nuffnang korang boleh dapat :

1) MOVIE

Antara movie yang saya dah pergi ialah Sherlock Holmes,Paranormal Activity,Valentine Day,Date Night & banyak lagi.Cara nak menang tiket senang je kadang2 kena buat entry pasal tiket dan kadang2 just komen je kat blog Nuffnang.

2) KONTEST

Banyak kontest sebenarnya dalam blog Nuffnang.Korang try je luck korang.Mana tau menangkan.So far kontest yang saya menang ialah review pasal KDU Open Day.Dari kontes2 ni korang boleh jugak dapat duit dan macam2 hadiah yang best2.

3) EVENT

Nuffnang jugak banyak buat event best2 dan boleh dapat hadiah tau.Bukan takat tu je,kalau korang buat entri pun kadang2 boleh dapat duit.Antara event yang dah saya pergi ialah Digi Internet Pimp My Day,Astro Beyond Launching,Samsung Corby & yang paling latest ialah Gatsby Deodorant Street Fair.Korang kena fikir something di luar kotak kawalan mental korang.Jangn fikir pergi event balik dengan tangan kosong itu rugi.Bagi saya sebenarnya tidak.Walaupun balik tangn kosong,tapi kita dapat member baru.Dengan itu maka akan berlaku gegaran platlet traffik pada blog korang.

Oklah 3 benda yang saya bagitau kat atas memang takde pada ads company yang lain (tak perlulah saya mention ye).Hanya Nuffnangers yang ada Gliterati je boleh dapat benda ni.So tak payah kita nak fikir buat team klik2 sebab bila dah tau cara duit tu akan masuk.Tak puas hati lagi.Ok rahsia yang lain ialah bila korang buat entri untuk "ProjectAlpha".Satu minggu dapat RM20 sekarang dah 10 minggu.Kalau tiap2 minggu korang buat dah berapa rasanya duit korang?RM200 kan.Tak banyak ke?

Untuk knowledge pasal Nuffnang korang boleh baca entri2 kat bawah ni :


Kalau korang nak lagi puas dan nak tau sangat rahsia2 atau knowledge pasal Nuffnang boleh masuk blog Eyriqazz,Melz,ataupun Dahlia.Diorang lagi hebat.Yang penting ialah tolong jangan kejar sangat duit.Belajar menulis dengan baik then korang akan nampak duit tu kejar korang sampai korang tertonggeng2 lari.

PROJECT ALPHA : BEAUTIFULNARA FOR THE ADIDAS OLE KO CHALLENGE


Hye Bean Moreno masih di sini menulis walaupun saya demam dan pening kepala.Tak tau kenapa tiba2 je badan lenguh2 dan tak larat.Rasa macam nak pergi kerja tapi takut tak boleh commit dengan kerja then nanti akan menyusahkan orang lain.Jadi Doakanlah saya sembuh cepat ye.Kalau tak sihat nak tulis benda happy2 memang susah sikit sebab kepala berat.

Ok,korang tau tak pada 21 May ni ada Pertandingan Futsal one-on-one Adidas OLE KO Challenge antara Blogger2 Project Alpha season 1 & season 2.Korang rasa siapa yang menang?Bagi sayakan yang menang pasti Beautifulnara.Korang jangan ingat dia beatiful tapi tak hebat main bola.Dia ni memang ada tokoh untuk main bola kat Old Trafford.Kalau korang nak tau dia pernah dalam dilema samada nak main untuk Man U ataupun tulis blog.Tapi dia terpaksa tolak offer Alex Ferguson sebab terlampau minat dengan dunia blog.

Walaupun team dia kalah main paintball dengan team saya masa Samsung Corby tapi bab2 bola ni jangan buat main.Setakat Shaolin Tiger tu selamba je dia gentel (tapi tak tau la gentel apa kan...persoalan di situ).Apa2pun saya mesti sokong mamat ni sebab dia adalah salah seorang sifu ataupun senpai saya dalam dunia blog ni (kira bodek sikit lah ni).Harap2 dia menang lah kan boleh open table.hak3...

Yang paling penting kepada semua peserta tolong jangan lupa ye.Bersukan tetap bersukan tapi kebersihan diri mesti mau jaga.Kalau tak duit ribu2 pun takde guna.So gunakanlah product Adidas ni :


JOM LAYAN VIDEO PROJECT ALPHA SEASON 2 :

EPISOD 18 :






EPISOD 19 :






EPISOD 20 :






EPISOD 21 :



Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS. Catch the Project Alpha bloggers at the Adidas Ole KO road show at Centre Court, Mid Valley Megamall, Friday 21 May at 7.30pm!

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails