Showing posts with label Beautifulnara. Show all posts
Showing posts with label Beautifulnara. Show all posts

NAK DAPAT BUFFERED EARNING TAK PERLU TRAFFIK YANG BANYAK.BETUL KE? PENDEDAHAN PERIBADI BEAN MORENO

NAK DAPAT BUFFERED EARNING TAK PERLU TRAFFIK YANG BANYAK.BETUL KE? PENDEDAHAN PERIBADI BEAN MORENO

Selamat pagi,

Wah sekarang ni saya dah agak rajin untuk publish entri seawal pagi.Bukan nak kejar traffik tapi tanggungjawab blogger adalah sampaikan info kepada readers.Betul tak betul.Nampak gayanya Melromeo dah berubah dari skema kepada bentuk asal kejadiannya.hak3...Saya pun tak pasti kenapa ramai yang send formspring & email tanya saya pasal Buffered Earning.Apa korang ingat saya yang bagi BE kat blogger ke ataupun korang ingat saya ni sedara mara Nuffies.haha...Saya just Pioneer GPlusMY je beb.

Ok first of all saya nak tegaskan kat sini korang takkan jadi kaya dalam blogging sekiranya korang just harapkan klik pada blogger lain dan BE.Kenapa?Simple je,saya bagitau pendedahan pertama.Korang rasa blog ni selalu dapat BE ke?Untuk pengetahuan korang dah 2 bulan BE tak masuk blog ni dan last week baru dapat dua.So bermakna kalau traffik tinggi menggunung belum tentu korang boleh dapat BE itu benar tapi adalah mustahil bagi sesebuah blog bertraffik juta-juta tak dapat BE sekiranya dia update survey dan letak keyword-keyword yang ada kena mengena dengan advertiser.Saya dah banyak kali cerita pasal benda ni.

Korang rasa berapa lama saya blogging baru dapat BE?Ok ini pendedahan berani mati yang kedua.Suterablogger start kat maya DIS 2008 dan first BE saya dapat pada MEI 2009.Cuba korang kira berapa bulan?6 BULAN!Apasal cap ayam sangat blog ni!Itu pun lepas saya kaji kenapa tak muncul.BE yang saya dapat pun hanya jadi meterd pada tahap RM0.75 sahaja.Banyak tak?Lepas tu terus tak dapat, sampai saya pi menuntut dengan Mel & Nara baru dia muncul balik.Then BE muncul lepas du nilai dia ada lebih sikitlah sampai sekarang.

Persoalannya sekarang betul ke nak dapat BE tak perlu traffik yang tinggi?Jawapannya memang betul...Kalau tengok history blog ni memang tarffik sikitpun confirm boleh dapat earning BE.Tapi kita perlukan Traffik yang TINGGI diperlukan untuk menjana BE.Kenapa?Logiklah eyh kalau traffik korang takat 20 Unique sehari berapa sen jelah korang dapat!Nak beli biskut Hup Seng satu tin pun tak lepas.Tapi kalau traffik korang main riban-riban tak mustahil satu buffered korang RM200++.Korang kena tau satu konsep.Dalam BE perkiraan dia adalah mengikut impression dan klik adalah bonus.maka formula dia ialah :

More traffik MORE money

Korang cuba letakkan diri korang selaku advertiser.Agak-agaknya lah kan korang nak tak labur duit kat blog yang hanya generat 10 unique sehari.Mungkin korang bagulah tapi atas dasar kesian so kasilah RM0.15 satu buferred SEBULAN!KAYAKAH ANDA?Dalam entri sebelum ni pun saya just cakap untuk dapat BE apa yang penting ialah maintain traffik dan untuk syok dengan BE traffik yang tinggi diperlukan.Betul tak?Tak caya sila selak balik...Kalau tak caya jugak silalah tanya semua yang pernah lepak dengan saya.


Maksudnya keyword di sini ialah :

* Traffik tinggi itu penting untuk BE
* Korang kena bersabar jangan gopoh sangat beb

Oklah perut dah sakit,nak pi toilet nak tunaikan permintaan lagu sat.Harap korang faham.Sila jangan salah anggap tujuan saya bukan nak kondem sesiapa tapi menjawap pertanyaan orang di formsrping dan juga email sebab saya jarang dapat komen annon dan tak taulah dengan kemunculan entri ni mungkin akan mengundang annon yang bersifat penakut!

p/s :

* Alamak panjang seyh entri ni...Takut ada yang muntah je lepas baca!

M RAJOLI SAH MENINGGAL DUNIA AL-FATIHAH


M RAJOLI SAH MENINGGAL AL FATIHAH


Selamat malam,tadi entri sebelum ni saya cakap yang M. Rajoli sakit tenat kan.Sekarang saya dapat berita yang M Rajoli dah Meninggal dunia malam tadi jam 10.45 malam.Mayat arwah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat, Kuala Lumpur sebelum solat Zuhur, Sabtu.Jadi kita yang masih hidup ni sedekahkanlah al-fatihah untuk arwah dan berdoa semoga di ditempatkan di antara golongan orang yang beriman.


p/s :


* Credit to beautifulnara untuk berita ni.
* Kadang-kadang terfikir kita hidup ni dah tak lama.

METAFIZIK : 3 ZON MASA...ANDA AKAN KEPENATAN KALAU FIKIRAN MELAYANG PADA ZON YANG SALAH


Selamat petang,bak kata aida be@rdot kalau time2 cuaca sejuk ni dapay makan goreng pisang dengan kopi o memang bestkan.Tapi malangnya lori goreng pisang makcik yang selalu saya beli tu hari ni takde.Mungkin cuti bersalin kot (pepandai je ko ni).Bila mata ternampak jam dah pukul 5.30 pm maka hati akan memaksa saya jadi pemalas dan hanya tunggu masa untuk balik rumah bermanja2 dengan aiensepet (dah macam orang gov pulak).Tadi lepas siap kerja saya terbaca satu komen kat blog saya.Komen dia macam ni :

"entry tuk en bean yang baik hati...

http://aidabeardot.blogspot.com/2010/05/kantoi-lagi.html"

Ingatkan nak bagitau saya ada orang tengah kutuk2 saya ke apa.Sebab tajuk dia kantoi lagi.Last2 tengok rupanya kasi credit.Wah memang terharu saya sampai kena beli tisu kat 7 e tadi.hak3...Anyway thanks a lot sebab membuat entry khas untuk blogger cap ayam ni.Saya just share apa yang saya tahu je.Yang tak tau tu kalau ditanya memang saya akan jawab tapi tak sepantas kereta Fairlady 350z.

Dah lama saya tak cerita banyak pasal Metafizik.Ok hari ni saya nak cerita pasal 3 zon masa yang kita lalui.Rasa saya pernah bukak sikit kat entri lepas.Entri yang dah berkurun rasanya tahun 2008.Kalau nak baca sila ke [sini].Time saya tulis ni saya baru2 je nak belajar apa itu penulisan.Cara menulispun agak lain.Jadi jangan ketawa bila baca ye.

Ok saya recap balik apa itu zon masa.Zon masa adalah zon dimana kita akan lalu,belum lalui, dan yang dah lepas.Bila kita tak tau membezakan apakah itu zon masa kita akan terlupa yang kita akan terjerumus dengan satu penyakit yang dinamakan kekeliruan minda (pergh Bean ko dah macam Fadhilah Kamsah pulak).Menurut apa yang saya belajar zon masa adalah satu platform di mana kita boleh menghadkan pengeluaran tenaga berlebihan.Ini tiada kaitan dengan tenaga elektrik yang korang kena bayar bulan2 ye.

Sebagai contoh hari ni 21 Mei 2010.Itu zon masa yang sedang kita lalui dan yang patut kita selesaikan.Kebanyakan kita bila berada contohnya pada 21 Mei 2010 tapi pemikiran kita selalu nak advance ke depan.Mungkin untuk esok,lusa or yang lagi hebat fikir benda yang akan terjadi untuk bulan depan.Dah macam nujum dah.Ni contoh situasi kita dalam menghadapi zon masa :

"Alamak lusa boss nak jumpa aku...Mesti kene marah lah aku...apa nak buat ni"

Kita selalu fikir benda yang kita tak tau apa yang terjadi padahal pada masa yang sama kita ada kerja yang nak kena buat.Kita asyik berfikir dan berfikir dan berfikir (banyak betul dan).Tapi adakah dengan memikirkan apa yang belum terjadi itu kita dapat selesaikan masalah?Apa kata kita settlekan apa yang patut kita buat pada zon masa yang kita duduk tu.So bila settle then tunggu je hari tu tiba.Mungkin benda positif akan jadi.Tapi kalau kita asyik fikir apa je yang belom berlaku maka selalunya kita akan fikir benda negatif maka itu yang terfikir mesti boss akan marah.So bila kita tak settlekan kerja pada zon masa yang sepatutnya boss pun marah kita.Kan Negatif kan.

Kita juga tak kan lari daripada memikirkan suatu perkara yang telah lepas.Tak kisah lah benda tu happy ataupun sedih.Tak salah kita nak kenang benda yang lepas bak kata The Official - Remember Our Root.Tapi bila kita fikir dan fikir dan fikir.Adakah kita dapat ubah benda yang lepas.Tak mungkin melainkan Doreamon itu benar2 wujud dan boleh pinjam mesin masa untuk ke belakang.Contoh situasi zon lepas :

"Bro boss suruh kita organize makan2 tapi 2 tahun lepas kita buatpun tak ramai datang...Macam mana eyh,aku takut jadi macam last time je"

Tengok tu,benda dua tahun lepas nak cerita.Benda tu dah lama lepas,adakah dengan fikirkan benda tu kita dapat selesaikan masalah ataupun ubah sejarah dua tahun lepas tu?Takkan,so apa kata kalau kita buat planning untuk event tuh.Jadi tak jadi itu lain hal janji kita berusahakan.Kita analyze apa yang tak jadi dulu tu sebagai rujukan bukan memikirkan kegagalan lepas.

Oklah masapun dah time (hak3),saya kena balik rumah kalau ada mood or tak letih saya akan pergi Midvalley sokong Nara.Ingat bila kita tak berfikir mengikut Zon masa yang betul kita akan bazirkan tenaga kita yang sepatutnya kita gunakan ke jalan yang betul.

p/s :
- Lapar jap lagi nak pergi beli goreng pisang
- Fikir kedapan tak salah tapi jangan sampai jadi Tukang tilik tau...

KUMPULAN API


Hye selamat pagi,saya baru sampai office.Selsema dah elok datang pulak sakit perut.Mungkin saya ada salah makan masa breakfast tadi.So tak dapat nak buat apa lah kan.Takkan nak peram je betul tak?Saya rasa pelung untuk dapat duit Project Alpha minggu ni pun agak suram memandangkan saya terlambat beberapa peserta.Saya ingatkan benda tu baru je keluar rupanya bila saya nak paste permalink kat FB Project Alpha dah 54 orang dah.Maka tamatlah riwayat kesan degil.Terima jelah Bean kasi chance kat blogger lain.Asyik2 ko je dapat...


Hari ni entri pertama saya nak buat satu entri santai.Entri pasal band dan rasanya dah lama saya tak review pasal band indie Malaysia.Last sekalipun pasal Bunkface.Saya bukan nak jadi reporter percuma ataupun blogger hiburan macam Beautifulnara tapi sebenarnya saya memang muzik.Kalau betul2 saya nak buat entri pasal hiburan saya dah tulis pasal bekas laki Nora Danish bagi surprise kat Fasha Sanda.Gila datang naik Helikopter beb.Ni persoalannya adakah artis akan cair dengan kita kalau kita ada helikopter?Lu fikirlah sendiri.Nak tau lebih lanjut bacalah Harian Metro.

Korang pernah dengar tak nama band API.Band ni takde kaitan langsung dengan abang2 bomba atapun tokey kilang mercun.Apa yang best sangat kumpulan ni.Dah tentulah lagu dia.Korang pernah dengar tak lagu Pelita?Saya rasa pernah post dalam entri Piala Thomas hari tu.Kumpulan API ni adalah gabungan pemuzik indie di Malaysia.Ahli Kumpulan API :

Noh (Hujan)
Lan (Azlan & The Typewriter)
Din Homaove ( Estranged)
Imran (OBS)
AJ (Pop Shuvit)
LoQue (Butterfinggers)

Kalau tengok lineup diorang kita dah tau yang band ni memang akan hasilkan lagu yang best2.Setahu saya baru satu single je diorang keluarkan tak tau pulak kalau ada lagu lain yang saya tak tau.Kalau nak suruh saya komen lagu ni.Saya akan cakap paduan suara Noh Hujan & Lan memang kena.Satu low note satu lagi high note.Lirik diapun best dan memang saya suka dengar.

Kalau korang nak dengar nah dengarlah saya tak marahpun :






LIRIK LAGU KUMPULAN API - PELITA :

Tak pernah sesaat daku meragui
Apa yang telah daku temui selama ini
Tak pernah sesaat daku menyesali
Apa yang telah aku nikmati
Apa ku alami
Selagi hayat dikandung badan

Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Kan ku pancarkan cahaya seperti pelita
Ke serata dunia yang gelap gelita
Sehingga hembusan nafas yang terakhir


Tak pernah sesaat aku mencurigai
Apa yang telah aku kecapi setakat ini
Tiba saatnya kan ku tangisi
Pada yang pergi takkan kembali
Kembali lagi
Selagi hayat dikandung badan

Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Kan ku pancarkan cahaya seperti pelita
Ke serata dunia yang gelap gelita
Sehingga hembusan nafas yang terakhir

Selagi jasadku belum terkubur
Selagi tubuhku belum ditimpa uzur
Pantang datuk nenek moyangku berundur

Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Akan ku pancar cahaya seperti pelita ke seluruh dunia
Akan ku pancar cahaya seperti pelita ke serata dunia
Seperti cahaya



Hope korang enjoy dengar lagu ni sebab maksud dia memang mendalam dan muzik dia memang harmoni.

p/s :
- Kesian Kak Ina Kl kena panggilan hangit.Jangn GTO buat gila kenakan saya dah la.Mau jebat mengamuk kat Melaka...
- Kalau korang nak dengar live silalah datang ke Youth10 nanti sebab API akan perform

PROJECT ALPHA : BEAUTIFULNARA FOR THE ADIDAS OLE KO CHALLENGE


Hye Bean Moreno masih di sini menulis walaupun saya demam dan pening kepala.Tak tau kenapa tiba2 je badan lenguh2 dan tak larat.Rasa macam nak pergi kerja tapi takut tak boleh commit dengan kerja then nanti akan menyusahkan orang lain.Jadi Doakanlah saya sembuh cepat ye.Kalau tak sihat nak tulis benda happy2 memang susah sikit sebab kepala berat.

Ok,korang tau tak pada 21 May ni ada Pertandingan Futsal one-on-one Adidas OLE KO Challenge antara Blogger2 Project Alpha season 1 & season 2.Korang rasa siapa yang menang?Bagi sayakan yang menang pasti Beautifulnara.Korang jangan ingat dia beatiful tapi tak hebat main bola.Dia ni memang ada tokoh untuk main bola kat Old Trafford.Kalau korang nak tau dia pernah dalam dilema samada nak main untuk Man U ataupun tulis blog.Tapi dia terpaksa tolak offer Alex Ferguson sebab terlampau minat dengan dunia blog.

Walaupun team dia kalah main paintball dengan team saya masa Samsung Corby tapi bab2 bola ni jangan buat main.Setakat Shaolin Tiger tu selamba je dia gentel (tapi tak tau la gentel apa kan...persoalan di situ).Apa2pun saya mesti sokong mamat ni sebab dia adalah salah seorang sifu ataupun senpai saya dalam dunia blog ni (kira bodek sikit lah ni).Harap2 dia menang lah kan boleh open table.hak3...

Yang paling penting kepada semua peserta tolong jangan lupa ye.Bersukan tetap bersukan tapi kebersihan diri mesti mau jaga.Kalau tak duit ribu2 pun takde guna.So gunakanlah product Adidas ni :


JOM LAYAN VIDEO PROJECT ALPHA SEASON 2 :

EPISOD 18 :






EPISOD 19 :






EPISOD 20 :






EPISOD 21 :



Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS. Catch the Project Alpha bloggers at the Adidas Ole KO road show at Centre Court, Mid Valley Megamall, Friday 21 May at 7.30pm!

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails