Showing posts with label Band. Show all posts
Showing posts with label Band. Show all posts

KUMPULAN API


Hye selamat pagi,saya baru sampai office.Selsema dah elok datang pulak sakit perut.Mungkin saya ada salah makan masa breakfast tadi.So tak dapat nak buat apa lah kan.Takkan nak peram je betul tak?Saya rasa pelung untuk dapat duit Project Alpha minggu ni pun agak suram memandangkan saya terlambat beberapa peserta.Saya ingatkan benda tu baru je keluar rupanya bila saya nak paste permalink kat FB Project Alpha dah 54 orang dah.Maka tamatlah riwayat kesan degil.Terima jelah Bean kasi chance kat blogger lain.Asyik2 ko je dapat...


Hari ni entri pertama saya nak buat satu entri santai.Entri pasal band dan rasanya dah lama saya tak review pasal band indie Malaysia.Last sekalipun pasal Bunkface.Saya bukan nak jadi reporter percuma ataupun blogger hiburan macam Beautifulnara tapi sebenarnya saya memang muzik.Kalau betul2 saya nak buat entri pasal hiburan saya dah tulis pasal bekas laki Nora Danish bagi surprise kat Fasha Sanda.Gila datang naik Helikopter beb.Ni persoalannya adakah artis akan cair dengan kita kalau kita ada helikopter?Lu fikirlah sendiri.Nak tau lebih lanjut bacalah Harian Metro.

Korang pernah dengar tak nama band API.Band ni takde kaitan langsung dengan abang2 bomba atapun tokey kilang mercun.Apa yang best sangat kumpulan ni.Dah tentulah lagu dia.Korang pernah dengar tak lagu Pelita?Saya rasa pernah post dalam entri Piala Thomas hari tu.Kumpulan API ni adalah gabungan pemuzik indie di Malaysia.Ahli Kumpulan API :

Noh (Hujan)
Lan (Azlan & The Typewriter)
Din Homaove ( Estranged)
Imran (OBS)
AJ (Pop Shuvit)
LoQue (Butterfinggers)

Kalau tengok lineup diorang kita dah tau yang band ni memang akan hasilkan lagu yang best2.Setahu saya baru satu single je diorang keluarkan tak tau pulak kalau ada lagu lain yang saya tak tau.Kalau nak suruh saya komen lagu ni.Saya akan cakap paduan suara Noh Hujan & Lan memang kena.Satu low note satu lagi high note.Lirik diapun best dan memang saya suka dengar.

Kalau korang nak dengar nah dengarlah saya tak marahpun :






LIRIK LAGU KUMPULAN API - PELITA :

Tak pernah sesaat daku meragui
Apa yang telah daku temui selama ini
Tak pernah sesaat daku menyesali
Apa yang telah aku nikmati
Apa ku alami
Selagi hayat dikandung badan

Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Kan ku pancarkan cahaya seperti pelita
Ke serata dunia yang gelap gelita
Sehingga hembusan nafas yang terakhir


Tak pernah sesaat aku mencurigai
Apa yang telah aku kecapi setakat ini
Tiba saatnya kan ku tangisi
Pada yang pergi takkan kembali
Kembali lagi
Selagi hayat dikandung badan

Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Kan ku pancarkan cahaya seperti pelita
Ke serata dunia yang gelap gelita
Sehingga hembusan nafas yang terakhir

Selagi jasadku belum terkubur
Selagi tubuhku belum ditimpa uzur
Pantang datuk nenek moyangku berundur

Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Akan ku pancar cahaya seperti pelita ke seluruh dunia
Akan ku pancar cahaya seperti pelita ke serata dunia
Seperti cahaya



Hope korang enjoy dengar lagu ni sebab maksud dia memang mendalam dan muzik dia memang harmoni.

p/s :
- Kesian Kak Ina Kl kena panggilan hangit.Jangn GTO buat gila kenakan saya dah la.Mau jebat mengamuk kat Melaka...
- Kalau korang nak dengar live silalah datang ke Youth10 nanti sebab API akan perform

KENAPA BAND INDON LAGI BEST DARI BAND MALAYSIA


Selamat malam,sekejap je dah pukul 9.Sekarang masa dah tak tunggu kita kejap je saya rasa umur saya dah 21 (ooops...).Saya tengah tunggu aiensepet balik sebab saya ada dua kerja satu hari.Siang menjadi IT support dan malam menjadi driver puan sri.hak3...Lepas baca entri sebelum ni mesti ramai yang cakap saya nak kipas Nuffnang.Owh tidak ye tuan2 & puan2.Bean Moreno tak tau pakai kipas2 Hang Lipo ni,saya terus pakai aircond Panasonic yang nyaman macam berada di dalam hutan.Kalau lah saya ni hebat kipas dah tentu sekali cash out RM15K tapi balik2 cashout Rm2..

Oklah biar saya tanya korang.Kalau diberi CD free antara Kumpulan Dewa 19 dan Kumpulan Newboyz mana yang korang ambil?Kalau tanya saya terus terang saya cakap saya akan ambil CD Dewa 19.Kenapa?Ok ni saya bagi pendapat saya kalau orang lain cakap lain itu bukan masalah saya.Bagi saya ada beberapa faktor yang menyebabkan band Malaysia kureng kalau nak dibangdingkan dengan band indon.

1) LIRIK

Kalau kita tengok band indon lirik dia memang macam kita pulak yang rasa.Padahal kadang2 dia tulis apa yang berlaku dalam diri dia.Lirik dia kita dapat nampak ikhlas dan bukan buat2.Kebanyakan band2 Malaysia buat lirik macam terpaksa buat.Mesej tak sampai kat pendengar.Macam buat lagu untuk duit je bukan untuk menghiburkan orang.

2) MELODI

Bila kita dengar je lagu indon melodi yang diorang buat memang menusuk kalbu.Kita dengar  banyak kalipun takkan bosan.kod2 gitar yang diorang susun memang teratur.Kira memang syoklah.Band Malaysia pulak buat melodi kebanyakannya serabut

3) LIRIK DAN MELODI TAK SYNCHRONIZE

Kebanyakan band Malaysia tak tau nak gabungkan irama dan lagu macam dah lupa pesanan P.Ramlee irama dan lagu tak dapat dipisahkan.Semua buat ikut dan je untuk keluarkan album.Muzik ke mana lirik ntah apa2. 

Entri ni bukan nak kondem.Cuma pendapat peribadi saya je.Tak bermaksud takde pemuzik ataupun penyanyi kat Malaysia.Apa yang saya maksudkan ialah kebanyakan.Bagi saya Malaysiapun ada band2 yang best macam Hujan,Bittersweet,Meet Uncle Hussein & Pesawat.Ramai jugak penyanyi2 yang best2 dan boleh buat lirik yang bagus macam Faizal Tahir & Aizat.Tapi bagi saya kan saya suka dengar lagu yang dicipta oleh Taja Meet Uncle Hussein (ni bukan sebab dia pakai nama papa saya ye).Lirik dia memang sampai dan mendalam.Kita kena dengar betul2 baru faham.

p/s :
- Kalau ditanya Liyana Jasmay boleh menyanyi ke tak.Saya akan kata pergi jelah dik berlakon...
- Lagu Wali Band pun walaupun ada unsur lawak tapi saya tak bosan dengar banyak kali

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails