Showing posts with label Kumpulan API. Show all posts
Showing posts with label Kumpulan API. Show all posts

PAGI YANG BEST APABILA DI'MENTION' OLEH ROCKSTAR

PAGI YANG BEST APABILA DI'MENTION' OLEH ROCKSTAR

Selamat pagi guys,

Amacam dah breakfast ke blom?Sebelum tu sila baca entri ni dengan frekuensi positif dan tanpa prejudis. Saya takde niat nak menunjuk ataupun berlagak.Paling senang korang anggap jelah saya seditikit jakun sebab perkara ni tak pernah berlaku dalam hidup Bean Moreno seorang blogger cap kentang putar yang baru nak belajar cara blogging.hoho...

Minggu ni saya terharu bila ada artis melayan karenah saya di twitter.Pergh sebelum-sebelum ni memang agak sukar saya nak dapat RT ataupun di'mention' oleh mereka.Bukan takat RT lah nak reply tweet pun agak sukar beb.Saya tetap positif dengan beranggapan bahawa mereka sibuk mengalahkan Prime Minister.hak3...Since Sabtu until semalam saya rasa dihargai bila mereka membalas tweet saya.Contohnya macam ni ...





Tu dari Altimet,siapa tak kenal rappers berlirik pedas.Saya ada review lagu iaitu Maafkan Kami.Actually itu lahir secara tiba-tiba dan lagipun memang saya suka dengar lagu & lirik dia.




Yang ni dari Klubbkidd.Wah dia ni rockstar blogger woo!Siapa tak kenal mamat ni sekali dia review memang kow!Actually ni kesinambungan RT dia RT dari satu lagi artis.Saya ada jumpa dia ni beberapa kali kat event Nuffnang.One of Project Alpha blogger.




Ni RT asal dari artis yang asal (pergh bapak berbelit).Dem memang teruja siot bila dia RT balik tweet saya yang ber bit.ly.haha...Actually tak harap pun.Saya one of Butterfingers fan dulu (even kepala botak dan pakai Dr Marten).Ni semua gara-gara terpengaruh dengan phreakID masa sekolah dulu.Ces kau merosakkan aku phreak.haha...Bila tengok API perform masa AJL dia punya opening mengingatkan saya zaman-zaman Butterfingers tengah up dulu.


Anyway thanks a lot kat Loque, Altimet & Klubbkidd yang sudi RT entri saya.Entri-entri tu bukan nak bodek or apa it is just my perception dan apa yang saya rasa tengtang karya diorang.Tapi....


Bila Ana Raffali nak reply tweet saya ni!haha...


p/s :


* Bila diorang dah RT korang faham-fahamlah kan apa yang terjadi?
* Korang pernah tak di RT oleh Artis?Siapa & Apa perasaan?
* Adakah RT dari artis dapat membantu blogger?

AKSI KUMPULAN API & FAIZAL TAHIR DI AJL 25

AKSI KUMPULAN API & FAIZAL TAHIR DI AJL 25

Salam guys, 

Still lagi mood AJL 25 sebab saya rasa puas dengan performance artis-artis semalam.Kalau nak ikutkan saya just nak tengok performance dari dua artis je iaitu Kumpulan API dengan Faizal Tahir.Serius saya emamng kagum dengan dua artis ni sebab diorang memang talented tapi saya takde apa masalahpun dengan Kemenangan Ana Raffali sebab lirik dia pun agak best dan dia juga merupakan penyumbang traffik terbanyak dalam blog ni.So sekali lagi Tahniah Ana Raffali sebab menang semalam.Ana Uhibbu Anta...

So entri kali ni saya nak review persembahan dua artis ni :

Faizal Tahir - Hanyut :






Faizal Tahir - Hanyut

Komen Bean Moreno :

* Mamat ni memang berani mati punya dan kedua-dua performance dia memang kreatif dan simbolik.

* Memang gempak dan tak dapat bayangkan macam mana dia boleh nak berenag kat dalam air kolam tu buatnya kena letrik tak pasal-pasal kejung dalam tu.

* Nak cita pasal vokal memang vokal dia pergh terangkat beb tapi apasal dia boleh kalah dengan Hafiz?Mungkin sebab semalam Alex ferguson turunkan Rafael main lawan Liverpool.


Kumpulan API - Pelita :




Kumpulan API - Pelita


* Band ni bagi saya satu band project indie yang berjaya.Berjaya menggabung kan beberapa band seperti Butterfingers, Hujan, One Buck Short, dan Meet Uncle Hussein.

* Lirik lagu dia memang simbolik dan boleh menaikkan semangat kita time kita down.

* Gabungan vokal Noh Hujan dan Lan memang harmoni.Noh dengan suara malas bangun tido dia dan Lan dengan suara halau pontianak.Memang kow!

* Saya tak pernah tengok diorang perform tapi bila tengok semalam even simple tapi ada maksud dalam performance diorang.

p/s :

* Hope Malaysia dapat lahirkan ramai lagi artis talented macam dioarng ni...
* Apa pendapat korang tentang persembahan AJL 25 semalam?

KUMPULAN API


Hye selamat pagi,saya baru sampai office.Selsema dah elok datang pulak sakit perut.Mungkin saya ada salah makan masa breakfast tadi.So tak dapat nak buat apa lah kan.Takkan nak peram je betul tak?Saya rasa pelung untuk dapat duit Project Alpha minggu ni pun agak suram memandangkan saya terlambat beberapa peserta.Saya ingatkan benda tu baru je keluar rupanya bila saya nak paste permalink kat FB Project Alpha dah 54 orang dah.Maka tamatlah riwayat kesan degil.Terima jelah Bean kasi chance kat blogger lain.Asyik2 ko je dapat...


Hari ni entri pertama saya nak buat satu entri santai.Entri pasal band dan rasanya dah lama saya tak review pasal band indie Malaysia.Last sekalipun pasal Bunkface.Saya bukan nak jadi reporter percuma ataupun blogger hiburan macam Beautifulnara tapi sebenarnya saya memang muzik.Kalau betul2 saya nak buat entri pasal hiburan saya dah tulis pasal bekas laki Nora Danish bagi surprise kat Fasha Sanda.Gila datang naik Helikopter beb.Ni persoalannya adakah artis akan cair dengan kita kalau kita ada helikopter?Lu fikirlah sendiri.Nak tau lebih lanjut bacalah Harian Metro.

Korang pernah dengar tak nama band API.Band ni takde kaitan langsung dengan abang2 bomba atapun tokey kilang mercun.Apa yang best sangat kumpulan ni.Dah tentulah lagu dia.Korang pernah dengar tak lagu Pelita?Saya rasa pernah post dalam entri Piala Thomas hari tu.Kumpulan API ni adalah gabungan pemuzik indie di Malaysia.Ahli Kumpulan API :

Noh (Hujan)
Lan (Azlan & The Typewriter)
Din Homaove ( Estranged)
Imran (OBS)
AJ (Pop Shuvit)
LoQue (Butterfinggers)

Kalau tengok lineup diorang kita dah tau yang band ni memang akan hasilkan lagu yang best2.Setahu saya baru satu single je diorang keluarkan tak tau pulak kalau ada lagu lain yang saya tak tau.Kalau nak suruh saya komen lagu ni.Saya akan cakap paduan suara Noh Hujan & Lan memang kena.Satu low note satu lagi high note.Lirik diapun best dan memang saya suka dengar.

Kalau korang nak dengar nah dengarlah saya tak marahpun :






LIRIK LAGU KUMPULAN API - PELITA :

Tak pernah sesaat daku meragui
Apa yang telah daku temui selama ini
Tak pernah sesaat daku menyesali
Apa yang telah aku nikmati
Apa ku alami
Selagi hayat dikandung badan

Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Kan ku pancarkan cahaya seperti pelita
Ke serata dunia yang gelap gelita
Sehingga hembusan nafas yang terakhir


Tak pernah sesaat aku mencurigai
Apa yang telah aku kecapi setakat ini
Tiba saatnya kan ku tangisi
Pada yang pergi takkan kembali
Kembali lagi
Selagi hayat dikandung badan

Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Kan ku pancarkan cahaya seperti pelita
Ke serata dunia yang gelap gelita
Sehingga hembusan nafas yang terakhir

Selagi jasadku belum terkubur
Selagi tubuhku belum ditimpa uzur
Pantang datuk nenek moyangku berundur

Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Akan ku pancar cahaya seperti pelita ke seluruh dunia
Akan ku pancar cahaya seperti pelita ke serata dunia
Seperti cahaya



Hope korang enjoy dengar lagu ni sebab maksud dia memang mendalam dan muzik dia memang harmoni.

p/s :
- Kesian Kak Ina Kl kena panggilan hangit.Jangn GTO buat gila kenakan saya dah la.Mau jebat mengamuk kat Melaka...
- Kalau korang nak dengar live silalah datang ke Youth10 nanti sebab API akan perform

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails