Showing posts with label Movies. Show all posts
Showing posts with label Movies. Show all posts

REVIEW MOVIE | HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA | TAHNIAH KRU ATAS FILEM LUAR DARI KOTAK PEMIKIRAN

REVIEW MOVIE | HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA | TAHNIAH KRU ATAS FILEM LUAR DARI KOTAK PEMIKIRAN




Salam guys,

Ok sebelum saya review cerita ni first sekali saya nak mintak maaf kalau apa yang saya review ni tak sama dengan apa yang blogger lain review sebab kepuasan itu adalah belianan bagi setiap manusia ciptaan tuhan.  Selain tu terima kasih pada Beautifulnara yang bagi jemputan khas untuk saya dan blogger-blogger lain so kami dapat tengok movie ni.  Apa lah gunanya kawan kalau tak dapat bagi tix free kan.hak3...  Antara blogger yang datang ialah Jejai (asyik-asyik dia), Kak Ina KL, Bro Framestone, JMR dan banyak lagi yang saya tak kenal (yelah sayapun bukan terkenal).

Sebelum saya pi cinema saya dah dilemah kan dengan beberapa entri blogger yang mengatakan Hikayat Merong Mahawangsa adalah satu cerita yang tak best.  Tapi disebabkan jemputan Nara dan KRU merupakan satu idola kekayaan saya maka saya dengan berani pi e@Curve untuk layan cerita ni.  

Sinopsis cerita :

Hikayat Merong Mahawangsa merupakan satu cerita tentang seorang anak pengembara (orang laut) yang mengembara untuk hidup.  Kegemarannya mengacau anak gadis di setipa perlabuhan.  Satu hari dia dihukum di Goa dan semasa berlawan dia berjaya membuka mata tentera Kerajaan Rome yang memerlukan pelayar untuk hantar Putera Raja menghadiri majlis Perkahwinan dengan Puteri Negara Cina.  Merong diberikan misi menghantar peutra raja tersebut di sebuah tempat bernama Semenanjung.  Tetapi sebelum majlis perkahwinan Semenanjung Emas telah diserang puak Garuda... Apakah yang akan terjadi?


Ni je sinopsis yang boleh saya bagi korang baca.  Yang dah tengok pasti tahu jalan cerita sampai habis dan mungkin tau ayat keramat Merong Mahawangsa pasal cinta.  Komen Bean Moreno :


* Satu percubaan cerita epik untuk KRU Production.  Saya tau ramai yang tak suka cerita epik Melayu tapi cuba saya tanya pasal cerita Lord Of The Ring yang sememangnya tahyul tu ramai yang cakap best.  So kalau Yusry tak start dulu buat genre macam ni kat Malaysia ramai lagilah rakyat malaysia yang masih duduk dalam kotak.


* Ya memang tak dinafikan yang banyak effek CGI dalam cerita ni kantoi.  Biasalah ni starting takkan boleh perfectkan ia adalah lebih bagus dari pengarah yang buat cerita dia je yang feel.


* Dialog dia memang biasa je tapi ada beberapa scene yang mana dialog dia boleh buat kita berfikir tentang kehidupan.


* kesan bunyi dia memang best dan kene dengan scene..


Screenshot :


Marcus & Lycius dia Goa

Serangan Garuda


Pertembungan Garuda & China


Trailer :






Rating : 4/5

Bagi saya filem ni boleh membuka mata orang luar bahwa Malaysia juga sekreatif mereka.  Dan Filem ni bagi saya ada satu jalan cerita yang menarik ni bukan saya seorang je yang cakap saya dah tanya rata-rata orang yang dah tengok cerita ni.  So kepada yang menulis tanggapan negatif dan berjaya buat mood orang lain down untuk tengok cerita ni sialalh keluar dari kotak pemikiran 'Rakyat Malaysia' yang asyik-asyik tengok cerita komedi cinta takpun cerita hantu.  Anyway Tahniah KRU sebab berjaya keluarkan produk yang mana luar dari kotak penggemar filem Malaysia.

p/s :

Tak perlulah saya nak compare dengan filem Razak Mohaideen kan... Itu sudah pasti jauh ketinggalan.  Ooops....

Sila share entri ni kalau korang rasa patut diketahui orang lain kalau nak menderma tanpa keluarkan duit sila klik ini sebagai tanda support korang atas penulisan saya.

Iklan :
- Dah register Heartbeat?  SIla register sebab income dia lebih laju dari Nuffnang...hak3..
Buat duit dengan Twitter dan Facebook.  Jom Churp sekarang...
- Iphone 4 anda kesunyian? Mai langgan iDigi

REVIEW MOVIE | RATU THE MOVIE | AKHIRNYA BEAN MORENO MENDAPAT SENYUMAN LUFYA AF

REVIEW MOVIE | RATU THE MOVIE | AKHIRNYA BEAN MORENO MENDAPAT SENYUMAN LUFYA AF



Salam guys,

Kelmarin saya dan beberapa orang blogger pi screening filem baru kat e@curve atau nama lamanya Cineleisure.  Screening ni agak luar biasa dari screening yang lain.  Bukan sebab ia menggunakan kesan khas ataupun teknik CGI yang hebat tapi dalam screening ni first time saya tonton sambil berbual (harap korang faham maksud saya.kalau tak faham tunggu komen).

Bagi yang tak tau Filem ni pengarah dia ialah Prof Dr Razak Mohaideen.  Terus terang saya cakap yang ni first time saya tengok cerita Prof kat panggung kalau tak mesti tunggu stesen TV tayang.  Kalau ditanya kenapa jawapannya senang je iaitu saya tak minat karya beliau.  Ok jom kita tengok sinopsis cerita ni :

"Ratu menceritakan tentang satu kumpulan wanita yang menyertai satu pertandingan Persona Ratu.  Pertandingan ni adalah untuk mencari seorang yang bakal bergelar 'Ratu'.  So masa pertandingan ni macam-macam perkara terjadi pada Ratu-ratu bermula dengan penyingkiran dua orang ratu pada awal pusingan"


Amacam pendek tak sinopsis?  Dah memang cerita dia macam ni je.  Kalau saya tambah-tambah kang bertambah pulak dosa saya.  Ok apa kata kita tengok apa saya nak komen pasal cerita ni.  Tapi sebelum saya komen saya nak mintak maaf kalau komen di memang ramai yang tak expect say akan tulis.  Ni komen dari seorang pembeli tiket bukan seorang seniman mahupun pengarah.

Komen Bean Moreno :

* Bagi saya cerita ni memang berani mati untuk rugi sebab dengan selamba je menampilkan ramai pelakon baru.  Ye memang lah bagus tampilkan muka baru dalam industri tapi takkan tak buat screen test beb.  Lakonan kaku habis.

* Lepas tengok cerita ni saya tak tau nak salahkan siapa.  Make up artis ke orang yang pilih pelakon.  Ok tak kisahlah lah pelakon tu tak cantik macam Maya Karin tapi kasi lah make up cun sikit.  Ni tak jerawat tak cover. 

* Dalam cerita ni facilitator dia ada 3 orang iaitu Fauziah Gaous,  Eizlan Yussof,  dan siapa ntah mamat cover macho.  Fauziah Gaous tak boleh pegang watak faci yang garang sebab muka dia muka ayu lembut.  Lain kali kalau nak garang panggilah Sabrina Ali ke, Salina Saibi ke takpun panggil je Elly Suriati barulah garang.

* Jalan cerita memang agak bosan sebab kadang-kadang kita dah tau apa akan jadi selepas tu.  So saya menghabiskan masa dalam panggung hanya main teka-teka bersama Cikhelena dan aiensepet.

* Penampilan Eizlan Yusoff dan Yusry KRU dalam cerita ni bagi saya tak bagi sikit pun impak even kalau panggil Erra Fazira pun belum tentu boleh naikkan rating filem ni.

* Totally bagi saya filem ni macam dibuat untuk tengok sendiri je atau senang cerita syok sendiri sebab ...

- Hanya penerbit & pengarah je yang faham apa yang diorang nak sampaikan.
- Pemilihan pelakon hanya ikut selera pengarah je.  saya rasa dalam banyak-banyak ratu Ratu yang nama Rina je yang sedap sikit mata nak tengok.
- Filem ratu the movie sepatutnya tajuk dia macam ni ...

"RATU THE MOVIE - PERKHEMAHAN PANDU PUTRI"

Adegan Tak Logik dalam Ratu The Movie

* Video Cam yang Ratu pakai tu memang hebat sebab boleh tahan 3 hari non stop tanpa cas (yelah dalam hutan macam mana nak cas).  Boleh tak saya nak tau jenis apa camera tu sebab menariklah bateri tahan gila.hak3...

* Kapal besar yang membawa diorang pi jalan-jalan boleh hilang sebab ribut.  Ni agak kurang logik sebab kapal tu terus hilang langsung dengan alasan dihanyutkan ombak kuat.  Dalam babak ni samada ratu-ratu tu tak boleh berfikir secara rasional ataupun pembuat script ni berfikiran cetek.  Even kalau tsunamipun tak mungkin kapal boleh hilang sekelip mata.  Apa diorang upah David Coperfield ke ?haha

* Semua ratu ada flashback masing-masing bila atau satu perkataan disebut.  Contohnya bila perkataan 'ambil kesempatan' maka ada seorang daripada ratu ter'flashback'.  Masa sebut Ombak takde pulak ter'flashback' tengok wayang cerita Ong Bak.

* Teknik menggoda untuk masuk pertandingan agak kelakar.  Takkan lah orang yang arrange gambar peserta tak perasan gambar tu dah diubah walaupun telah berjaya menakluk kewanitaan si penipu.

Trailer :






Rating : 1.5/5 ( memang tak menepati citarasa Bean Moreno)

Screen Shot : Rasanya tak perlu sebab takde yang menarik pun.

Sekali lagi saya nak mintak maaf sebab buat review yang agak negatif.  Ni adalah apa yang saya rasa dan fikir.  Tiada niat nak condemn cuma mahukan perubahan di filem yang akan datang.  But anyway thanks for the food and also goodies bag.  Ni kira ok sebab saya tak bandingkan dengan filem yang lain.

p/s :

* Wow satu review yang panjang hahaha... Saya tertipu sebab cikhelena kata Diana Amir ada datang ces! Tapi oklah at least Lufya AF senyum kat saya banyak kali.

3 IDIOTS | REVIEW MOVIE

ALAMAK SAYA TERJEBAK DENGAN HINDUSTAN...3 IDIOTS MEMANG BEST



Salam & selamat petang,

Sebelum saya start saya nak bagitau saya ni bukan peminat cerita hindustan.Dalam banyak-banyak cerita boleh bilang dengan jari berapa cerita yang saya tengok.Tadi tiba-tiba aiensepet ajak layan cerita 3 Idiots.Korang pernah tengok cerita 3 Idiots?

Sinopsis ...

Kisah student ICE yang teramat genius bernama Wangdu yang menyamar dan menggantikan anak seorang yang kaya untuk mendapatkan sijil.Masa belajar dalam kolej ni dia berjumpa dengan 2 orang kawan yang agak slow dan kurang pandai.Masing-masing ada cerita dan masalah sendiri.Macam-macam berlaku masa diorang tengah belajar kat ICE.Kat dalam college yang sama ada satu budak nerd yang cara pembelajarannya hanya pergantung pada hafalan nota.Wangdu cuba mengubah sistem pembelajaran.Pada 5 Sept diorang dah buat deal dengan budak nerd ni untuk tengok siapa yang akan berjaya 10 tahun berikutnya.So siapa yang menang?

Komen Bean Moreno :

* Satu cerita yang bagus sebab memaparkan situasi pembelejaran di institusi pembelajaran.

* Dalam cerita ni kita boleh rasa yang student akan terasa stress bila belajar tambah-tambah lagi dengan sistem yang terlalu berat.

*Saya tertarik dengan satu phrase yang Wangdu bagi pada kawan-kawan dia iaitu All Is Well yang bermaksud Semuanya akan baik.Dia mengajar kawan-kawan dia supaya Positif dalam apa jua keadaan.

* Saya belajar kalau nak buat something biar sebab minat dan bukan paksaan.Kebanyakan ibubapa sekarang ni memaksa anak untuk menjadi apa yang mereka mahu bukan dari kehendak anak itu sendiri dan ia akan menjadi bebanan pada anak itu.

* Sila jangan KEJAR kejayaan tapi ikuti kejayaan.Sebab bila kita kejar maka benda tu akan jadi halangan bukan pendorong.

Screenshot :

Inilah dia 3 Idiots


Si Pengarah Yang Garang


Awek Wangdu

Rating : 4/5

p/s :

* Sorrylah tak dapat nak tunjuk trailer sebab semua disable.Kalau nak usha jugak silalah usha kat sini...

* Ada orang kata muka saya macam Wangdu...Owh peeeelisssss.......

TRON - LEGACY | MOVIE REVIEW

TRON - LEGACY | MOVIE REVIEW

Salam guys,

Bean Moreno minggu ni agak slow sikit sebab banyak kerja.Tapi dalam busy-busy pun saya sempat jugak pi tengok screening Nuffnang.Itu pun sebenarnya saya terlupa yang saya ada confirm attendance untuk movie ni.Actually saya saja je hantar entry tu sebab dalam hati tak minatpun nak tengok cite Tron ni.Ni poster movie ni :



Apa yang korang bayangkan lepas tengok poster movie ni?Sinopsis cerita :


Cerita ni pasal seorang CEO ENCOM yang telah termasuk ke dalam satu alam yang telah dicipta oleh bapanya Kevin Flynn.Alam tersebut dipanggil Grid dimana ia dikuasai oleh Clu.Kat Grid Sam Flynn berjumpa dengan ayahnya yang dah lama tersesat kat dalam Grid.Semasa Kevin Flynn mencipta Alam Grid dia telah duplicate diri dia kepada dua iaitu Tron (creation baik) dan juga Clu (creation jahat).So bila idea Kevin Flynn tak sama dengan si Clu maka pemberontakan berlaku dan conflict antara user dan programpun bermula.
Komen Bean Moreno :


* Cerita ni memang futuristik habis dan ia diadaptasi dari cerita kartun Tron.Dalam cerita ni kita akan dapat belajar banyak perkataan cyber.


* Sebelum korang tengok cerita ni iman korang kena kuat sebab kalau korang perasan cerita ni ada berkaitan dengan Free Thinking yang mana dalam cerita ni kita dapat tengok manusia bebas mencipta apa sahaja termasuk satu kehidupan baru dan tak perlukan tuhan.


* Jalan cerita agak mengarut tapi lawak.Biasalah mana ada cerita orang putih yang tak mengarut.Betul tak?


Kalau Cite Tron ni ada maksudnya tiada lagi parking-parking haram sebab kenderaan boleh disimpan kat satu tube je.


* Kalau nak cerita pasal teknik CGI cerita ni memang fully CGI.


SvreenShot :


Team rempit Clu

Kalau Mat rempit Malaysia pakai memang confirm Sparkpun terkencing dalam seluar


Sam Flynn bersama awek cyber


Kevin Flynn Mencari ilham


Rating : 3/5




p/s :

* Dah lama tak tulis movie review terpaksa selak entry lepas-lepas...hak3

THE OTHER GUYS | MOVIE REVIEW

THE OTHER GUYS | MOVIE REVIEW

Selamat tengahari dah lama saya tak review moview padahal setiap minggu tengok movie percuma (even terpaksa tolak press conference movie untuk GPLUSMY.Serius beb join Nuffnang community memang dapat jimat duit wayang.Oklah kali ni saya nak review pasal movie 'The Other Guys'.Pernah perasan tak banner ni :

Saya tengok cerita ni last two week dan apa yang penting saya tengok cerita ni bukan takat free tapi tengok kat gold class seat.Anyway thanks to Nuffnang and GSC sebab sponsor ticket ni.


Sinopsis cerita :


Cerita ni pasal dua orang partner dalam polis yang berangan nak jadi inspector polis yang kejar penjahat padahal diorang ni polis bantuan yang hanya siasat pasal kes ringan dan salah seorang tu memang hantu buat paperwork.Diorang ni berangan nak gantikan legend polis yang mati sebab kejar penjahat dan actually legend polis ni pun takdelah hebat sangatpun.Akhirnya muncul satu kes penipuan hartanah oleh seorang billionaire terkenal Britain maka semua polis-polis bantuan dalam department tu berebut nak ambil kes ni.Maka bermulalah perjalan 'The Other Guys' ni sebagai seorang inspector polis terbilang.Macam-macam yang diorang lalui dalam menyelesaikan masalah ni.

Komen Bean Moreno :


 * Cerita ni memang lawak gila sesuai untuk ditonton oleh semua pihak di PAWAGAM.Kenapa saya cakap sesuai kat pawagam sebab ada adegan yang di potong so kalau beli CD or DVD sila jauhkan dari pandangan kanak-kanak.


* Apa yang bestnya tentang cerita ni ialah kita tertipu pada permulaan cerita kalau kita tak faham maksud tajuk cerita ni.Sebab mesti kita ingat Dwayne Johnson & Samuel L Jackson adalah hero cerita ni padahal The Other Guys cerita pasal orang lain.


* Jalan cerita tak membosankan sebab ada aksi dan stunt.Apa yang penting Toyota Prius memang cute.


* Dalam cerita ni kita dapat belajar bahawa jangan pandang seorang yang nerd itu adalah seorang yang baik tanpa menyiasat latar belakang dia.Kadang-kadang orang nerd itu ada sejarah hitam dan ingin berubah jadi baik.


ScreenShot :


Hero Bandar Yang Bodoh


Ni lah hero yang sebenar

Berjaya menangkap Billionaire


Hancur Prius dikerjakan

Trailer bukan lori :







Rating : 4/5


p/s :


* Dapat dua invitation launching iaitu Peugeot 207 dan Blackberry Torch tapi saya terpaksa tolak Blackberry Torch punya invitation sebab timing tak kena...Sorry to Nuffnang

RESIDENT EVIL - AFTER LIFE | MOVIE REVIEW4

RESIDENT EVIL - AFTER LIFE | MOVIE REVIEW


Actually dah lama nak update pasal cerita ni.Saya pergi tengok movie ni dengan cousin-cousin saya raya ke-3.Benda ni jadi disebabkan kebosanan tahap melampau dihari raya.Poster kat atas ni dah menunjukkan betapa cerita ni penuh dengan ction dan stunt.Apa lagi kalau bukan Resident Evil - Afterlife.

Sinopsis :
Cerita ni berkisar pasal satu kumpulan yang menyelidik pasal satu virus dan virus ni tersebar dan menyebabkan kebanyakan manusia bertukar menjadi zombi.Zombi-zombi ni sangat merbahaya dan boleh membuatkan virus tu merebak.Jadi si Alice (Milla Jovovich) ni ada mission untuk cari dan selamatkan manusia yang masih belum infected dan juga cari kawan-kawan team dia yang dulu sampai dia terjumpa satu team yang tersekat penjara lama dan menunggu bantuan dari Arcadia.Adakah diorang berjaya keluar dari penjara tersebut?
Komen Bean Moreno :

* Cerita ni adalah sequel dari yang lepas.So sebagai preparation korang kena khatamkan Resident Evil sebelum ni.
* Kalau korang nak tengok cerita yang memang banyak aksi,inilah cerita yang best selain dari SALT.
* Hantu-hantu dia tak susah sangat nak bunuh pakai duit syilingpun boleh mati.
* Lepas tengok cerita ni kita akan dapat satu perasaan baru iaitu Kerjasama sebagai satu team itu penting untuk terus hidup termasuk ketika membuat kuih raya.
* Effek dalam cerita ni memang best walaupun tak pakai spec warna-warna (3D).
* Cerita ni adalah 100 kali ganda lebih best dari TEKKEN.
p/s :

* Dah banyak dah filem yang diadaptasikan dari game.Saya terasa acam nak beli CD King Of Fighter.
* Semalam saya ada beli 3 DVD baru.Malam ni nak layan kat umah.

SALT

MOVIE : SALT

Selamat malam guys,arini tak dapat nak aktif sangat sebab tadi kene pergi Seremban ada outlet terbakar.Kebakaran tu takdelah teruk sangat kerana hanya melibatkan tempat ais krim.Tapi dalam perniagaan walau seposen tetap dikira rugi.Dan dalam perniagaan kalau rugi itu bermaksud gagal.Amacam panas tak isu semalam.Saya takde niat nak bikin panas lagi just nak bagi kesedaran sebab kadang2 kita terlupa asal usul.

Hari Isnin hari tu saya dapat tiket wayang free.Siapa bagi?Dah tentulah Nuffnang siapa lagi.Takkan tiba2 buka mata tiket wayang terus ada kan.Ni first time layan movie screening Nuffnang kat Midvalley sebab biasanya asal screening mesti kat One Utama takpun kat Cineleisure.Seperti biasalah datang beratur mesti sebelum pukul 9 sebab screening start pukul 9.Yang tak bestnya entri saya What If I Was A Russian Spy tak cukup gempak untuk menang kamera SOny.So terima jelah kenyataan yang entri tu still entry yang belum cukup bagus.Cuba lain kali pulak lah.

Cerita SALT ni mengisahkan salah seorang agent perisikan Russia yang berjaya masuk ke dalam CIA.Dia telah bertahun2 jadi perisik dan akhirnya tiba masa untuk semua agent Russia bangkit dan bikin onar supaya seluruh dunia membenci Amerika.So dia jalankan plan pertama iaitu misi untuk membunuh President Russia dan dia berjaya.Tapi walaupun berjaya dia telah dikejutkan dengan kematian suamianya yang ditembak depan mata dia oleh ketua perisikan Russia.Korang rasa apa yang terjadi lepas ni?
Ok takat tu je saya boleh cerita.Kalau nak suruh cerita lebih korang datang rumah saya,dan saya akan cerita dari awal sampai habis termasuk siapa sutradara dia.

ScreenShot :

nilah dia Evelyn SALT

bila kena kejar mestilah kena lari

taktik penyamaran yang bagus

cuba teka siapa agent Russia?


Hm kalau nak suruh saya bagi rating bagi saya jalan cerita dia memang best sampai saya tertipu sebab ingatkan betul2 lah si SALT ni CIA.Rupa2nya dia memang Russian Spy.So disebabkan dia berjaya tipu saya maka saya bagi rating cerita ni 4/5.Kurang 1 sebab Angelina Jolie dah tua.Kalau still muda mungkin saya akan bagi 5.hak3...

p/s :
* Cerita ni memang best tak percaya pergilah beli tiket
* Dari cerita ni saya dapat satu pepatah moden :

"Tolong jangan Evelyn Salt boleh tak?"
(Nak tau kenapa sila tonton cerita ni.

DESPICIBLE ME

MOVIE : DESPICIBLE ME

Hye kemenangan Spain menyebabkan kelayuan mata saya.Walaupun terlelap semasa player Holland kena kad merah tapi perjuangan tetap perlu diteruskan sebab time tu dah minit terkahir masa tambahan.Ramai yang cakap ref berat sebelah.Ye ke?Mungkin jugak kot tapi kalau betul pun ref berat sebelah boleh ke ubah keputusan perlawanan dan boleh ke Holland bawak balik Piala Dunia?Apa tak boleh...So kalau tak boleh sila senyap ye.Lainlahlepas wisel penamat then protes2 tetiba ref naik atas pentas jumpa Sepp Blatter dan player naik ambil cup.


Oklah tutup cerita World Cup 2010 sebab piala tu dah sampai ke Sepanyol rasanya sekarang.Nak cerita semalam saya pergi tengok wayang dengan aiensepet kat The Mines.Dan buat pengetahuan korang itu adalah tiket FREE ye.Yang penting bukan Nuffnang bagi.Sebab agak pelik kalau Nuffnang buat screening selain dari Cineleisure ataupun One Utama.Tiket tu adik saya yang bagi sebab dia tak minat tengok cerita2 kartun.So saya sebat je lah.

Korang jangan garu kepala kenapa saya boleh nak layan cerita kanak2 macam ni.Sebab pertama ialah tiket itu adalah percuma dan sebab kedua ialah menonton kartun merupakan salah satu terapi untuk hilangkan stress.Ni baru Bean Moreno tengok katun korang belum tengok bodyguard menteri layan Spongebob tau.

Sinopsis :

Cerita ni berkisar tentang kehidupan seorang villians yang bernama GRU.Korang tak tau ke apa itu villain.Saya baru tau lepas pergi Party Digi Break Free dulu. Villains tu ialah penjahat.GRU ni merupakan penjahat yang bercita2 untuk mencuri bulan.Dah macam2 benda dia curi termasuk Statue of Liberty dan Eifel Tower.Satu hari dia pergi nak pinjam duit kat Bank of Evil untuk bikin roket ke angkasa lepas.Semasa menunggu dia terserempak dengan penjahat yang nerd tapi dia tak tau yang penjahat nerd tu telah mencuri pyramid.So masa buat presentation president Bank of Evil telah bagi syarat.Kalau dia nak duit buat roket dia kena curi alat pengecutan jisim dari satu lab.Dia berjaya curi benda tu tapi dia telah disabotaj oleh Victor.So dia terjumpa tiga orang anak yatim yang bernama Margo,Edith & Agnes.Adakah GRU berjaya dalam misi dia?
Takat tu je yang boleh saya cerita sebab kalau cerita sampai habis itu bukan sinopsis namanya itu dah macam storry teller pulak kan.So nak tengok pergi beli tiket ataupun masuk kontes (yang ni untuk orang yang memang suka barang FREE je).


Screenshot :


inilah GRU

Margo, Agnes & Edith

Victor yang nerd tapi jahat

pekerja2 GRU (comelkan.itu belom dengar diorang bercakap lagi)

Oklah,masa dah time dah ni.So kepada sesiapa yang kata hati dia keras macam batu sila tonton cerita ni tengok apa yang korang rasa.Kalau tak tersentuh bila tengok cerita ni bermakna korang ada masalah dengan otak belah kiri (saya main bo je).

Rating : 4/5 star

* Lepas tengok cerita ni tetiba teringin nak ada anak (ooops)
* Nah usha dia punya trailer dulu :




CERITA JEPUN DULU KALA YANG BEST

MOVIE : CERITA JEPUN DULU YANG BEST

Salam semua,sorry lambat update.Actually saya nak update entry masa lunch tapi tetiba ada power trip so terpaksa taip balik sebab tak sempat nak save.Hari ni banyak sangat kerja so memang tak sempat nak mengular untuk publish entry.Sekalai lagi sorry sebab saya dah tak dapat nak update blog ni sebab memang takde masa.Template baru ni macam kelam sikitlah kan Cikhel kata agak suram.So saya akan modi balik malam ni.

Hari ni saje je nak buat entry mengenang zaman kanak2.Nak tulis pasal cerita Jepun masa zaman kita kecil2 (sila kecualikan Kak Ina KL sebab perbezaan umur yang sangat ketara.hak3).Korang perasan tak dulu banyak cerita yang best2 dari Jepun.Walaupun graphic dia tak sehebat CGI sekarang tapi kalau tengok banyak kalipun tetap best.Jom Bean Moreno nak share cerita apa yang saya suka tengok masa zaman dulu2 :

1) DASH YONKURO


Cerita ni pasal perlumbaan kereta mini Tamiya.Seingat saya cerita kartun ni selalu muncul hari Isnin pukul 4.30 petang.Wah memang berebut2 kitorang nak tengok cerita ni sampai habis.Masa cerita ni tengah top saya masih belajar kat MRSM Terendak.Hari Isnin petang kitorang ada perhimpunan sekolah.Masing2 tak sabar nak tunggu habis perhimpunan terutama sekali bila Cikgu Saroni Kasmani berucap.Memang lama mengalahkan Barrak Obama.Bila habis perhimpunan memang berebut kerusi kat ruangan TV.Masa tu kalau siapa terlepas satu episod memang ketinggalan zaman la orang cakap.

2) MAERO ATTACK



Korang pernah tengok cerita ni.Cerita ni pasal group perempuan yang suka main bola tampar.Awek2 yang berlakon memang lawa2 tapi tak tau lah sekarang ni mungkin ada yang dah jadi nenek kot.Cantik bukan je daya penarik cerita ni tapi awek2 tu jugak seksi dan ada power masa main bola tampar.Gaya yang paling saya ingat ialah 'sommersop' (betul ke ejaan dia ni) Berpusing.Masa cerita kampung saya kat Batu Pahat semua terpengaruh siap ketua kampung buat satu gelanggang bola tampar (ntah apa jadi dengan gelanggang tuh).

3) KICKERS


Cerita ni pasal bola sepak.Graphic memang bodph2 je tapi jalan cerita dia memang best.Saya memang tak miss tengok cerita ni.Setiap match diorang saya follow (world cup pun saya tak tengok semua).Dalam cerita ni kita boleh dapat banyak pengajaran.Yang paling utama ialah dalam bola sepak yang penting adalah kerjasama dalam pasukan dan bukannya skill individu sebab kalau nak tunjuk skill baik jangan main 12 orang main sorang2 je takpun buat Joga Bonito.


Oklah,saya nak balik sebab aiensepet dah masak kat rumah.Ni adalah apa yang saya suka mungkin tak sama dengan orang lain.Harap2 ada keluar lagi kat tv sebab kalau nak tengok Youtube memang lembab.Buat dua cawan air kopi pun belum tentu buffered siap.Apa pulak cerita jepun yang korang suka?


p/s :
* Malam ni Spain main,harap2 mata tak kuyu sebelum masa.
* Ada sapa2 nak buat template?

BACKUP PLAN

MOVIE : BACKUP PLAN

Hye selamat pagi guys,apa cer orplan untuk Sabtu.Saya macam biasalah kena kerja hari Sabtu sebab kat sini tak boleh 'alternate' macam dulu.Tapi at least saya rasa best la jugakkan eve kene kerja hari Sabtu.'Actually' hari ni idea takde so saya rasa nak tulis 'review' pasal 'movie' yang saya tengok hari Khamis hari tu iaitu cerita BackUp Plan.Yang membezakan 'movie' kali ni dengan movie2 yang sebelum2 ni ialah kali ni saya tengok 'movie' bayar sendiri bukan dapat tiket 'free' dari Nuffnang walaupun saya dah hantar comment kat blog diorang awal (owwwh kecewa siot).


Sinopsis :


Zoe (J Lo) ni merupakan seorang perempuan yang tak jumpa2 jodoh yang seseuai untuk diri dia.Jadi disebabkan keinginan yang terlalu tinggi untuk berkeluarga maka dia mengambil keputusan untuk mengandung menggunakan teknik penderma sperma.Pada awalnya dia sangat gembira sebab dia akan beranak sebab dia dah 'budget' memang tak nak 'hooked up' dengan sesiapa dah.Tanpa disedari peristiwa curi teksi telah membuahkan bibit2 cinta.So diapun 'couple' dengan mamat tuh.Maka banyak lah peristiwa yang dilalui semasa diorang bercinta sampai lah akhirnya...


Kalau korang nak tau cerita ni apa kesudahannya pergi beli tiket kat cinema.Saya boleh cerita sinpsis je dan dah nama pun sinopsis kalau cerita sampai habis baik saya buat novel.Betul tak?Tapi kan agak sukar kita nak terima bila kita baru plan nak kahwin awek kita 'pregnant'.Kalau kat Malaysia memang akhirnya jawapan kepada persoalan ni ialah tong sampah lah kan apa lagi.


Dalam cerita ni ada 3 benda bagus yang kita boleh jadikan contoh dalam kehidupan iaitu :


1) KALAU KITA SUKA ORANG TU TERIMA LAH DIA SEADAANYA


Selalunya kita hanya akan terima seseorang tu hanya bila tau kebaikan dia je tapi bila kita dah kahwin dengan dia & dah nampak keburukan dia walaupun ia cuma sebesar biji sawi kita akan salahkan dia padahal sebelum tu cakap tak kisah.Yelah time tengah panas2 bercinta semua pun tak nampak buruk kan.


2) ANAK ITU PEMBERIAN SILALAH HARGAI


Anan itu pemberian Allah silalah hargai.Ni tak bila dapat anak bagi kat orang.Takkpun kalau dah tak nak gugurkan.Apa cer?Korang yang mintak benda tu so bila dapat silalah terima dengan hati yang terbuka walaupun itu ana luar nikah.Jangan buang sebab anak akan menambahkan keceriaan dalam rumah tangga.


3) ANAK ITU REZEKI DAN MEMBUKA PINTU REZEKI


Korang pernah tak dengar orang tua2 cakap yang anak itu pembawa rezeki terutama sekali anak pertama (ehem2...contohnya saya lah).Dalam cerita ni pada awalnya boyfriend Zoe merungut bila dengar dia akan dapat anak sebab risau pasal kewangan.Tapi bila dia terima dengan hati terbuka rezeki dia bertambah.So kita anggapkan anak itu pembawa rezeki bukan beban.Mugnkin time dia kecil kita akan sakit sikit nak bela tapi bila dah besar mana tau boleh jadi Perdana Menteri.Siapa tau kan.


Oklah nak sambung kerja sebab hari ni balik awal so kena siapkan kerja dulu.Nanti petang saya akan update lagi...


p/s :
* Rating cerita ni : 3.5/5 bintang
* Bilalah nak dapat tiket lagi...
* Hargailah anak anda

MOVIE : KARATE KID


Hye selamat malam korang.Aisey man baru dapat online disebabkan tiada kemudahan dan memantg tak boleh nak online tapi at least saya rasa happy bekerja tanpa gangguan sesiapapun.Itulah salah satu yang dinamakan 'Freedom of Life'.Saya tak rasa sangat dah even saya tak dapat online sebab saya tau korang tetap akan masuk jugak blog ni (saja perasan sorang2) dan kesan SERP dan SEO pun makin buas sekarang.Semalam saya dah bagitaukan yang saya dan 'partner sparing' saya aiensepet pergi tengok movie free.Dan macam biasalah kalau 'Movie Free' tu memang datangnya dari Nuffnang takpun ChurpChurp. Saya takde source lain nak dapatkan tiket.


Kali ni memang pelik sikit dan lain dari screening sebelum2 ni.Sebabnya satu tak ramai Nuffnangers yang saya kenal dan yang kedua ialah kami di"HARAM"kan membawa masuk Telefon bimbit ke dalam.Tak kiralah korang Nuffnangers ke wartawan ke memang 'handphone not allowed'.So siapa2 yang bawak masuk handphone semalam sila samak sebab haram.hak3...

Semalam saya dapat free ticket tengok Karate Kid.Korang pernah tengok cerita Karate Kid yang sebelum2 ni?Kalau sebelum2 ni budak2 yang jadi Karate Kid ialah Mat Salleh (bukan jiran Kak Ina Kl ye) tapi kali hero nya adalah pelakon cilik kulit hitam (negro).So main actor dia ialah Jackie Chan & Jaden Smith (dia ni anak Will Smith).


Sinopsis :

Cerita ni pasal seorang budak Negro, Dre yang baru berpindah ke China disebabkan mak dia kena pindah tempat kerja.Kat China dia tak kenal siapa2 dan baru je sampai rumah dia dah kena buli dan kena belasah oleh budak2 cina sebab dia nak ngorat seorang amoi.Jadi budak2 cina tu tak berhenti membuli si Dre ni sampai dia rasa dia tak suka Negara China sampai dia bertemu dengan Mr Han (Jackie Chan) dan mengajar si Dre ni Kung Fu.Nama yang Mr Han bagipun agak style la kan iaitu 'Xiao Dre'.Untuk menghentikan si Dre ni dari dibuli dia kena masuk satu pertandingan Kung Fu.Adakah dia berjaya?Korang kena beli tiket ye.

ScreenShot :





Kesimpulan yang kita boleh dapat dari cerita ni ialah :

1) Jangan melawan cakap guru sebab dia guru.Kalau kita guru tu lain ye
2) Balik dari sekolah baju kena sangkut elok2 kalau tak mak membebel
3) Ilmu mempertahankan diri ada dalam setiap perbuatan kita

Tapikan 'ending' cerita ni ada sikit macam cerita melayu yang pasal budak belajar silat.Bila pertandingan akhir tetiba kaki dia patah sebelah dan last2 menang jugak dia dalam 'tournament' tuh.Kalau korang ingat cerita yang ada lagu "pakai baju kancinglah suasa'...hak3...

p/s :
* Kepada awek2 yang suka bergaya kan,korang kalau nak barang branded bolehlah try shopping kat vshub.Sebab sekarang ada promotion.Brand NIna In IvoryLidia from Caparros, dan macam2.



Cantikkan kasut2 tuh.Kalau korang nak beli n tengok harga boleh datang masuk ke vshub.Belom Register?So pergilah register sekarang...FREE je!!!

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails