Showing posts with label SALT. Show all posts
Showing posts with label SALT. Show all posts

SALT

MOVIE : SALT

Selamat malam guys,arini tak dapat nak aktif sangat sebab tadi kene pergi Seremban ada outlet terbakar.Kebakaran tu takdelah teruk sangat kerana hanya melibatkan tempat ais krim.Tapi dalam perniagaan walau seposen tetap dikira rugi.Dan dalam perniagaan kalau rugi itu bermaksud gagal.Amacam panas tak isu semalam.Saya takde niat nak bikin panas lagi just nak bagi kesedaran sebab kadang2 kita terlupa asal usul.

Hari Isnin hari tu saya dapat tiket wayang free.Siapa bagi?Dah tentulah Nuffnang siapa lagi.Takkan tiba2 buka mata tiket wayang terus ada kan.Ni first time layan movie screening Nuffnang kat Midvalley sebab biasanya asal screening mesti kat One Utama takpun kat Cineleisure.Seperti biasalah datang beratur mesti sebelum pukul 9 sebab screening start pukul 9.Yang tak bestnya entri saya What If I Was A Russian Spy tak cukup gempak untuk menang kamera SOny.So terima jelah kenyataan yang entri tu still entry yang belum cukup bagus.Cuba lain kali pulak lah.

Cerita SALT ni mengisahkan salah seorang agent perisikan Russia yang berjaya masuk ke dalam CIA.Dia telah bertahun2 jadi perisik dan akhirnya tiba masa untuk semua agent Russia bangkit dan bikin onar supaya seluruh dunia membenci Amerika.So dia jalankan plan pertama iaitu misi untuk membunuh President Russia dan dia berjaya.Tapi walaupun berjaya dia telah dikejutkan dengan kematian suamianya yang ditembak depan mata dia oleh ketua perisikan Russia.Korang rasa apa yang terjadi lepas ni?
Ok takat tu je saya boleh cerita.Kalau nak suruh cerita lebih korang datang rumah saya,dan saya akan cerita dari awal sampai habis termasuk siapa sutradara dia.

ScreenShot :

nilah dia Evelyn SALT

bila kena kejar mestilah kena lari

taktik penyamaran yang bagus

cuba teka siapa agent Russia?


Hm kalau nak suruh saya bagi rating bagi saya jalan cerita dia memang best sampai saya tertipu sebab ingatkan betul2 lah si SALT ni CIA.Rupa2nya dia memang Russian Spy.So disebabkan dia berjaya tipu saya maka saya bagi rating cerita ni 4/5.Kurang 1 sebab Angelina Jolie dah tua.Kalau still muda mungkin saya akan bagi 5.hak3...

p/s :
* Cerita ni memang best tak percaya pergilah beli tiket
* Dari cerita ni saya dapat satu pepatah moden :

"Tolong jangan Evelyn Salt boleh tak?"
(Nak tau kenapa sila tonton cerita ni.

NUFFNANG AKHIRNYA TABUR ZAKAT DI SUTERABLOGGER

PERSONAL : NUFFNANG AKGIRNYA TABUR ZAKAT DI SUTERABLOGGER

Selamat malam ye dah makan ke blom?Saya tadi terperangkap di dalam jam selama hampir dua jam.Bayangkan saya gerak tadi 6.50pm dan sampai di rumah pukul 8.15pm.Nasib baik bawa kereta auto kalau tak memang longgar lutuT.Hari ni kat tempat kerja memang sibuk sebab partner saya ambil leave seminggu.Memang kow punya kena cover so dalam masa seminggu ni saya kena jaga 18 outlet kat utara.

Oklah Minggu ni adalah minggu yang best sikit bagi Suterablogger dan Bean Moreno sebab Nuffnang tabur zakat kat sini.Start dari Bulan Mei buffered earning saya tak putus.Keluar 1 masuk 3,keluar lagi 1 masuk lagi 2.So kerja saya sekarang ni ialah menaip je tanpa hiraukan buffered earning.Ada lagi ke yang tak tau apa itu buffered earning?Mustahillah sebab ramai blogger dah ceritakan mesti dah tau.



Pastu hari tu saya ada cerita yang saya dah lama tak dapat tiket free movie Nuffnang kan.Dah berapa kali tengok wayang semua keluar modal sendiri.Tapi Bean Moreno cool je beb.Sabar itu separuh daripada iman.So akhirnya kapooow!Dapat satu invitation untuk tengok cerita yang memang saya nak tengok sebab Angelina Jolie berlakon.Apa lagi kalau bukan SALT.So save RM20 untuk tiket wayang next week.So siapa2 yang dapat sila calling2 ye.Kita lepak sekali.




Sebenarnya itu je nak cerita sebab idea saya nak simpan untuk esok.Kalau tulis malam ni esok nak cerita apa.Terpaksa order kismin doa banyak2.Saya dah takkan cerita tips nak dapat buffered sebab dah banyak kali cerita.Pandai2 lah korang godeh2 blog ni.Nak belajar kan?


p/s :
* Untuk dapat sesuatu kita kena korban kan sesuatu.Itu undang2 peperangan.
* Kalau korang jenis malas sangat nak update or malas nak cari traffik sila lupakan hajat untuk bermertuakan Nuffnang ye.

WHAT IF I WAS A RUSSIAN SPY


CONTEST : WHAT IF I WAS A RUSSIAN SPY

Salam guys,dah sembahyang maghrib ke blom?Saya belum lagi sebab baru masuk waktu.So siapa yang cakap dia dah sembahyang maknanya dia tipu ataupun dia sembahyang memang ekspres rakyat.Kat Nuffnang sekarang ada contest so dalam entry ni saya nak buat story sikit.

Tiba2 lepas tengok blog Nuffnang tadi saya terbayang.Kalaulah saya seorang spy Russia.Mungkin keadaan saya macam ni :




Kalau sekali tengok memang macam Mat Sentul tapi sebenarnya dia spy.Mungkin juga ada yang cakap macam budak cleaner.Itu adalah satu cara saya sebagai spy Russia yang sepatutnya hebat dalam penyamaran. 


Macam biasalah nak jadi spy kena ada gadget.Even blogpun ada gadget tau.Untuk melancarkan pergerakan saya sebagai spy Rusia yang hebat saya perlu ada peralatan ni :




Kalau korang tengok tanpa berfikir mungkin korang akan cakap ni penyapu biasa tetapi pada hakikatnya Penyapu Cyber 367 ni dicipta oleh Mario Sharapova seorang saintis terkemuka Russia yang juga bapak pemain tenis dunia Maria Sharapova walaupun sebenarnya ia dibeli dari Tesco Mutiara Damansara.Keistimewaan penyapu ni ialah ia boleh mengesan penjahat melalui sensor tapak kaki.Tak percaya jom kita lihat :




Ada lagi satu peralatan yang sememangnya saya perlukan iaitu Penyembur Bervoltan Tinggi.Penyembur ni nampak macam Shieldtox tapi ia direka memang lebih kurang macam shieldtox sebab nak mengaburi mata penjahat.



Amacam best tak peralatan saya.Korang belum tengok efek penyembur ni.Saya dah test kat rumah dan hasilnya ialah :




Korang nampak tak?Saya cuma spray sikit je tapi kalau mata korang tajam korang akan nampak yang cermin tu retak.hak3...


Oklah kenapa saya perlukan peralatan canggih macam ni?Sebagai seorang Spy Russia saya perlu menjalankan misi yang memang susah iaitu menculik Lady Gaga.Lady Gaga dah kaya sekarang dan macam2 dia dah buat so Perisikan Russia perlu menculik dia dan mendidik dia ke jalan yang benar.


Tapi semua ni terjadi Kalaulah Saya Seorang Perisik Russia (What If I Was A Russin Spy).Pada realitinya saya cuma seorang suami yang romantis serta blogger biasa sahaja.Harap2 lah dengan angan2 saya ni saya dapat tiket wayang ni.Dah lama tak dapat tiket wayang dari Nuffnang.hoho...


p/s :
* Malam2 kalau nak ngarut memang best.hak3...
* Cerita ni mesti nak kena tengok ni sebab cite Angelina Jolie...huhu

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails