Showing posts with label tips blogging. Show all posts
Showing posts with label tips blogging. Show all posts

LAGU BEST TAK SEMESTINYA PERLU LIRIK YANG BEST YANG PENTING SEMPOI

LAGU BEST TAK SEMESTINYA PERLU LIRIK YANG BEST YANG PENTING SEMPOI



Salam guys,
Pada pendapat korang apa yang menyebabkan sesuatu lagu itu jadi best dan orang suka dengar.  da orang cakap lirik tu main peranan untuk bagi orang faham apa yang nak disampaikan dalam lagu,  ada jugak yang cakap melody tu penting untuk tarik mood.  Bagi saya sebenarnya dua-duapun penting tapi yang paling best ialah lagu itu SEMPOI.

TIPS : BLOG PERSONAL BOLEH UP KE?

BLOG PERSONAL BOLEH UP KE? | TIPS BLOGGING

Persoalan pada tajuk entri ni.Ramai jugak yang tanya soalan ni sebenarnya.Kalau nak ikutkan akal fikiran dan darah muda saya memang tak dapat nak jawab.Ramai yang cakap,jenis-jenis blog yang boleh up adalah di kalangan blog-blog hiburan, ataupun public blog.Ada pulak yang cakap kalau nak up kan blog senang je tulis je tips dengan tutorial.Ya itu adalah sebab-sebab kenapa blog itu boleh naik.

Jadi persoalannya adakah personal blog tak boleh naik?Betul ke blog-blog yang bergenre (halamak dah macam artikel ROTTW plak) personal ni susah naik?Korang rasa susah ke senang?Jawapannya kalau nak dibuat perbandingan dengan public blog memang susah sikit Personal blog nak lawan sebab personal blog agak kurang keyword.Tetapi jangan terlalu negatif ye.Sebenarnya ada cara yang kita boleh guna untuk jadikan personal blog tu meriah dengan traffik dan orang kenal.

Korang nak tau macam mana kan?Senang je.Kalau sayalah kan saya akan buat macam ni :

1) KAITKAN ENTRI PERSONAL DENGAN READERS

Walaupun kita tulis pasal personal,pasal apa yang kita makan,apa yang kita minum ataupun kita pergi bersiar-siar tak semestinya kita tak boleh kaitkan dengan readers lain.Yelah kalau kita tulis meleret je then readers tak dapat feel macam mana diorang nak baca.Cuba korang bayangkan budak2 AF8 menyanyi lagu sedih tapi kat muka diorang happy then senyum sampai nampak gigi apa yang korang rasa?Ada tak rasa macam nak bagi tendangan gaya pengemis peringkat ke-8?Jadi pandai2 lah eyh.Satu lagi sila wujudkan persoalan dalam entri tersebut.Ada faham?

2) UBAH GAYA PENULISAN

Sebab tu ramai orang2 yang dah berjaya dengan Nuffnang cakap tumpukan pada penulisan dan duit akan datang kemudian.Walaupun kita tulis pasal apa yang kita buat harian tapi gaya korang tulis entri tu best tak mustahil ada yang baca.Tak semua readers baca entri untuk cari info,kadang2 diorang stress bekerja diorang nak jugak baca entri yang santai or kisah hidup orang.Yang lebih menariknya kalau ramai Ahli Mesyuarat Tingkap (AMT) memang keje diorang baca entri personal je.Jadi dengan gaya penulisan yang tak berat mungkin korang boleh attract diorang baca.

3) USHA KEYWORD PANAS

Ni satu teknik yang best.Korang nak buat entri personal dengan keyword panas pun tak jadi masalah tapi kalau boleh elakkan guna bahasa lucah ye.Alim Ulama kata tak berkat.Macam mana korang nak masukkan keyword panas?Simple je tak semestinya korang nak dapat hits pasal AF8 korang kene tulis satu entri AF8.Cuba dalam entri korang selitan sikit perkataan tu.Tengok mesti ada traffik yang drive ke blog korang.sebagai contoh ayat ni :

"hari ni saya pergi ke The Curve tetiba ada seorang mamat ni nak mengorat saya.Muka Hensem macam Iwan AF8 tapi suara memang foul.Taulah saya ni memang cantik macam Adira AF8"

Tu contoh jelah.Korang pandai-pandai lah olah ayat sendiri.Yang penting jangan kutuk--kutuk tak baik ye...

4) BUAT BLOG TU JADI CHAM

Ni bukan nak cerita pasal kumpulan lawak Cham tu.Cham maksudnya campur.Apa,tak pernah dengar?Korang betul-betul bukan mat rempit sejati lah.Ni adalah cara terakhir kalau korang tak nak buat 3 cara di atas.Maksudnya korang pelbagaikan entri dalam blog.Kadang-kadang cerita pasal personal,kadang-kadang buatlah entri open yang mana orang tengah cari or boleh dibincangkan.

Ni jelah yang saya nampak buat masa ni.Nak kasi banyakpun nanti korang muak nak baca.Takut ada pulak yang masuk ICU termuntah sebab baca entri dalam blog ni.Saya ni takde bagus sangatpun cuma sharing apa yang saya nampak dan buat.Terpulang pada korang nak buat ke tak?

p/s :

* Sorry ni entri lama saya modify sikit sebab hari ni agak busy so nak share benda yang dah ada tapi korang malas godeh.hak3...


Sila share entri ni kalau korang rasa patut diketahui orang lain kalau nak menderma tanpa keluarkan duit sila klik ini sebagai tanda support korang atas penulisan saya.

Iklan :
- Dah register Heartbeat?  Sila register sebab income dia lebih laju dari Nuffnang...hak3..
Ada terfikir nak pakai HTC Desire HD?  Mydeal nak kasi free...
- Iphone 4 anda kesunyian? Mai langgan iDigi

2 PERKARA YANG MEMANG TAK BOLEH HILANG DALAM BLOGSPHERE

2 PERKARA YANG MEMANG TAK BOLEH HILANG DALAM BLOGSPHERE



Selamat malam,

Hari ni takde apa yang menarik selain dapat makan masakan aiensepet.Meletop beb Bawal Power pun tak leh lawan.Saya ada satu soalan sebelum kita teruskan dengan entri kali ni.Apa yang korang belajar daripada blogging?Tadi saya cuba membiasakan diri dengan Facebook.Yelah dah lama saya tak guna facebook asyik dengan twitter je dan status facebook saya semua update direct from twitter.


Sekarang ada satu group yang tengah hot kat facebook iaitu Sahabat Blogger.Dah ramai members dah pun dan ia diasaskan (wah dah macam produk kecantikan) oleh BroFramestone kalau tak silap.Wah rajin kome buat benda-benda alah ni bro.Saya nak kata aktif tak juga tapi suka tengok apa yang dibincangkan so saya buat satu conclusion dari perjalanan saya di Sahabat Blogger.Setakat ni ada dua benda tak best yang tak boleh hilang dalam blogsphere kita.


1. Aktiviti Plagiat


Yang ni tak payah sebut memang orang tau.Budaya ctrl A + ctrl C + ctrl V.Shortcut untuk berjaya dalam blogging yang ramai buat.Dan ada yang mengamuk last 2 weeks sebab entri dia kene cilok.Kalau yang cilok tu blog cap ayam macam blog ni tu boleh di'consider'kan lagi lah.Tapi yang plagiat entri tu blog yang femes dan ada UV tinggi.Mungkin sebab plagiatlah blog tu naik ranking kot.Apa yang saya boleh rumuskan ialah korang plagiat korang takkan dapat belajar apa-apa dan kalau korang nak sangat publish tapi nak ambil hasil orang silalah gunakan kaedah krdit.Ni pinjam duit boleh plak pi syarikat kredit tanpa lesen..Kalau nak blogging korang kena tau cara nak elak diri dari plagiat tapi entri tetap di'publish'.Nak blogging kena ada etika beb...


2. Blogger Otai Sombong


Wah ini issue 2 tahun lepas tapi still ada jugak yang nak cerita macam ni.Korang nak tau tak kenapa issue ni tak boleh hilang?Benda ni jadi sebab adanya status ataupun kasta dalam blogging.Disebabkan wujud perkataan 'blogger otai' maka korang akan rasa diri korang kecil dan bila korang bergaul korang akan rasa tak selesa.Cuba buang perkataan itu korang akan rasa selesa dengan semua orang.Kalau nak diikutkan kebanyakan blogger yang ada kat luar sana semua ada kelebihan sendiri dan meraka akan cuba layan korang tapi sila faham kalau diorang tak layan itu bukan sebab diorang tak mau kawan dengan kita (ini ayat budak sekolah) tapi diorang ada life diorang.


Mungkin ada lagi perkara-perkara lain tapi saya nak highlight kan 2 ni je sebab selama saya blogging (tak perlu tahu sejak bila) 2 benda ni lah yang asyik-asyik jadi issue kat entry blogger-blogger luar sana tak kira baru atau lama.So rasanya kita perlu tau etika dalam blogging sebelum kita start nak daftar kat blogspot.hoho...


p/s :


* Nak Tips Blogging sila pi sini



Sila share entri ni kalau korang rasa patut diketahui orang lain kalau nak menderma tanpa keluarkan duit sila klik ini sebagai tanda support korang atas penulisan saya.

Iklan :
- Dah register Heartbeat?  SIla register sebab income dia lebih laju dari Nuffnang...hak3..
Buat duit dengan Twitter dan Facebook.  Jom Churp sekarang...
- Iphone 4 anda kesunyian? Mai langgan iDigi


TIPS | 5 BENDA YANG PERLU ADA PADA BLOGGER UNTUK SURVIVE


TIPS | 5 BENDA YANG PERLU ADA PADA BLOGGER UNTUK SURVIVE


Enrti kali ni khas untuk diri saya dan semua yang bergelar blogger.Semalam kawan adik saya ada datang ke rumah.Tetiba masa diorang nak balik seorang tiba-tiba tegur saya dan cakap macam pernah nampak saya.Terasa bangga sikitlahkan sebab dia cakap depan family saya termasuk cousin-cousin saya.Rupa-rupanya dia blogger dan pernah nampak saya kat Gatsby Blogger Gath.Ingat dia nak cakap yang muka saya macam Brat Pitt ke kan...hak3..

Dalam dunia ni semua orang boleh jadi blogger.Bukan susahpun.Korang register blog then tulis je apa korang suka korang dah boleh bergelar blogger.Tapi korang rasa berapa lama korang boleh survive?Berapa lama blog korang mampu ada dan dibaca oleh readers.Ataupun paling senang berapa lama korang boleh menulis blog & survive selaku Blogger?Siapa boleh jawap soalan ni.Cuma korang je yang boleh.Entri kali ni saya nak share sikit 5 elemen yang perlu ada pada blogger untuk survive.

1) IDENTITI
Apa yang korang faham pasal identiti dalam blog?Bagi saya ada beberapa elemen yang kita boleh refer untuk kenal identiti penulis contohnya cara penulisan,nick (unik),template blog dan niche blog.Owh semua ni penting sebab tanpa identiti blogger tu takkan diingati beb.Memang sekali masuk je readers dah tak mau masuk lagi sebab lupa.Bila korang ada identiti maka readers tak kan segan nak taip terus url korang tak browser & jadikan rutin.

2) ORIGINALITY
Menulis blog ni macam compose lagu beb.Korang nak entri korang meletup korang kena compose sendirilah.Dulu isu paling syok layan ialah Plagiat.Ramai blogger yang nak naik dan kasi blog diorang popular plagiat entri orang lain.Copy & paste bulat-bulat.Ye memanglah korang boleh cakap ala isu kita boleh ambil sama sebab diapun ambil kat surat khabar.Tapi janganlah sampai nama blogger tu pun korang copy paste.Ayat pun sama.Apa kata korang cuba ambil isu je ayat korang olah sendiri.Lagi bagus kalau korang bikin isu lain.Kat situ baru korang dapat respect dari readers.

3) RESEARCH
Korang ingat ahli makmal je ke buat research.Bloggerpun kena buat research untuk blog.Apa contoh research?Simple je,contohlah Bean Moreno ni blogger baru.Dah tentulah dia tak tau apa kejadahnya SEO.So dia kenalah merayap kat net cari apa itu SEO then cuba kat Suterablogger yang baru ni.Yang paling ok ialah bila korang cuba satu-satu ilmu yang ada dalam net pasal blogging.Korang akan jadi macam Einstein beb!

4) SHARING
Lepas korang dah buat research,dah dapat banyak ilmu dan dah cuba.Mana yang jadi or bagus korang sharelah dengan blogger lain.Tapi kenalah tunjuk bukti yang korang dah buat sebab nanti takut orang cakap korang tipu pulak.Jangalah ada ilmu simpan je tak best sebab ilmu itu perlu dikembangkan.Bila korang dah berjaya sila ingat orang yang memerlukan.Janganlah bila traffik korang dah meletup korang mula nak 'merak' pulak.

5) BERANI
Bab yang ni saya dah tulis dalam entri lepas.Siapa tak tau sila godeh-godeh entri sebelum ni ye jangan malas sangat dan nak suap je.Kalau tak jumpa silalh berani gunakan formspring saya tu.Korang tolong saya dan saya tolong korang.Bak kata pepatah 'Blogger Help Blogger'.Apa yang saya tau saya akan jawab dan jangan takut saya tak makan orang ye.

Oklah cukuplah 5 yang lain korang buatlah research sendiri.Kalau rajin saya akan buat entri cerita satu per satu beserta contoh.Itu kalau rajinlah ye.

p/s :
* Jadi blogger memang best tapi hati,mata,dan telinga kena kental beb!



Sila share entri ni kalau korang rasa patut diketahui orang lain kalau nak menderma tanpa keluarkan duit sila klik ini sebagai tanda support korang atas penulisan saya.

Iklan :
- Dah register Heartbeat?  SIla register sebab income dia lebih laju dari Nuffnang...hak3..
Buat duit dengan Twitter dan Facebook.  Jom Churp sekarang...
- Iphone 4 anda kesunyian? Mai langgan iDigi

TERIMA KASIH ATAS BACKLINK KORANG SEMUA...SAYA GUNA BLOGPULSE UNTUK USHA BACKLINK

TERIMA KASIH ATAS BACKLINK KORANG SEMUA...SAYA GUNA BLOGPULSE UNTUK USHA BACKLINK



Salam guys,

Hari ni nak share satu platform yang berguna untuk korang berblog.Sayapun actually baru tau benda ni daya saya sepatutnya berterima kasih pada Kak Jie atas ilmu yang berguna ni.So tak silap kalau saya katakan ilmu itu harus dicari tak kira tempat, masa dan cara.

Update ni pendek je sebab saya nak share cara untuk korang check dari mana datangnya backlink korang.Macam yang korang tau backlink ni adalah satu element yang boleh membantu boost traffik blog korang dan sila jangan kedekut backlink.Pernah dengar Blogpulse?
Ok Blugpulse ni adalah satu platform yang korang boleh gunakan untuk search backlink yang diberi oleh blogger lain kepada korang.So korang boleh dapat tau samada ramai yang mengutuk korang ataupun suka pada korang senang cerita apa-apa backlink or keyword korang boleh guna blogpulse untuk check.

Apa yang korang boleh buat dengan blogpulse :

1. Check Backlink - Korang boleh search ikut URL,Topic & Keyword
2. Tengok Highlight - Korang boleh usha apa highlight (cite best untuk hari tersebut)
3. Check Top Link - Korang boleh check top sites
4. People - Diorang ada featuredkan individu yang menjadi carian
5. Top Video - Kalau korang nak cari video yang tengah hot kat Youtube boleh jugak usha sini
6. Top Blog Post - Nak usha blogpost paling hot kat dalam dunia
7. Top Blog - untuk Usha blog paling top dalam dunia untuk hari tu
8. Key Phrase - Untuk Keyphrase yang tengah meletop
9. Top Stories - Yang ni untuk korang tengok apa berita yang tengah hangat 
10. Top Source - Punca korang boleh dapat berita

Amacam?Dengan benda ni tak mustahil korang bukan dapat bagi penghargaan kepada blogger yang kasi backlink tapi mungkin boleh tolong korang dalam permainan SEO.Harap apa yang saya share ni berguna untuk korang.


Persoalan :


* Apa yang korang guna untuk check dari mana & siapa bagi backlink kat korang?


p/s :


* Terima Kasih pada blogger yang tak kedekut bagi backlink pada saya.
* Nak layan DVD dengan aiensepet...


Sila share entri ni kalau korang rasa patut diketahui orang lain kalau nak menderma tanpa keluarkan duit sila klik ini sebagai tanda support korang atas penulisan saya.

Iklan :

- Dah register Heartbeat?  SIla register sebab income dia lebih laju dari Nuffnang...hak3..
Buat duit dengan Twitter dan Facebook.  Jom Churp sekarang...

BUKTI KOMEN ITU SATU CARA DAPAT TRAFFIK

BUKTI KOMEN ITU SATU CARA DAPAT TRAFFIK

Salam guys,

Dalam berblog ni kan kita akan rugi kalau kita tak drop komen.  Dulu saya ada bongkar rahsia pasal Komen itu juga SEO mudah kan.  Siapa tak percaya sila angkat tangan dan blah.hak3...  Ni serius saya tak tipu punya.  Ramai yang tak percaya dengan komen itu penyumbang traffik.  Nah saya kasi satu bukti ...



Sekarang korang percaya tak yang komen itu boleh bagi traffik kat blog.  So amatlah rugi bagi seorang blogger yang hanya suka drop jejak sahaja pada blog lain sebab dengan drop komen impak dia lebih besar dari blogwalking.  Bukan saya nak suruh korang stop blogwalking tapi tak salahkan komen dan tinggal jejak sekali gus.

APA ITU PAGERANK DAN PENTING SANGATKAH PAGERANK?

APA ITU PAGERANK DAN PENTING SANGATKAH PAGERANK?

Salam Readers,

Apa perkara hot yang korang terdengar dalam blogsphere sekarang tak kira lah luar or dalam Malaysia?Apa yang saya tau ramai blogger tengah dok sembang pasal PageRank (PR) blog diorang sebab kebanyakkan page telah diindeks oleh Google (ni bapak segala PR sebab PR diapun 10).First of all mesti korang terpinga-pinga dan bertanya Apa itu Pagerank?Yelah mungkin ramai yang dah tau dan ada juga just tau check je.Bagi saya pagerank hanya satu algoritma pengiraan untuk rate sesebuah blog.Saya bagi contoh gambarajah bawah ni :


Dari gambarajah ni kita dapat nampak yang pagerank itu adalah rating keupayaan bagi satu blog di mana adakah page itu berkeupayaan untuk menarik pengunjung.Saya ada satu calculation untuk PR percaya tak? :



PR(A) = (1-d) + d(PR(t1)/C(t1) + ... + PR(tn)/C(tn))

Faham tak?Saya sendiri pun tak faham dan apa yang saya tau ia melibatkan inbound link dari web/page lain.Maka saya dapat rumuskan bahawa PR akan diukur ikut inbound link ke blog kita.

Macam mana nak naikkan PR?Kalau saya ada beberapa cara yang korang boleh guna untuk naikkan PR iaitu :

1. Exchange Link 
Gunakan bloglist korang.Tapi jangan banyak sangat takut pageload jadi tinggi.

2. Bagi Backlink Kat Orang Lain
Sila jangan Kedekut Link dengan blogger lain sebab ingat 'What You Give You'll Get back'.Ingat Backlink itu tiada nilai.

3. Guna Teknik Link Dalam Entry
Kalau korang nak tau PR dihitung dari inbound link tak kira dari rource lain atau page dalam web itu sendiri.So gunakanlah link untuk menghubungkan entri-entri terdahulu.Kan itu juga dikira inbound link.

4. Guna Widget Link
Setakat ni saya just ada dua widget yang similar iaitu Linkwithin dan Outbrain.Ni kalau korang dah malas sangat nak main link atau tak tau guna 'Link' pada platform blogging korang.

5. Sila Jangan Guna Third Party Script
Jangan korang nak senang je.Blogwalking pun nak auto.Itu akan effect korang punya PR dan Alexa.Auto exchange Link pun sila lupakan sebab ia takkan membantu malas merosakkan reputasi blog.

6. Rajin-Rajin Drop Komen
Jangan nak harap orang je komen kadang-kadang kita kena komen juga.Sebab komen itu boleh bagi backlink pada kita terutama sekali blog yang ada ComLuv.Kan Komen itu juga SEO mudah.

Cukup 6 je dulu.Budak-budak tak boleh pegang tips banyak sangat nanti susah.Applikasikan 6 point ni pasti korang boleh berjaya beb.Ni tak tipu.Macam mana nak Check PR :


p/s :

* Baru dapat balik hak Pagerank (PR3) setelah ditolak sebab buat buat benda bodoh.Takpe itu pembelajaran namanya.


* Tak semestinya korang PR tinggi blog PR rendah tak boleh beat dalam SERP.Saya ada bukti

SIAPA KATA TIADA SHOUTMIX TAK BOLEH BLOGWALK

SIAPA KATA TIADA SHOUTMIX TAK BOLEH BLOGWALK

Salam guys,

Entry kali ni saya nak share satu benda tentang blogwalking.  Macam yang dah terbiasa bila sebut je blogwalk orang mesti ingat shoutbox ataupun kotak jeritan.  Dan bila masuk satu blog tu untuk blogwalk tetiba blog tu takde shoutbox mulalah claim owner blog tu sombong, kedekut traffik dan macam-macam lagi.  Saya dah dekat sebulan buang shoutbox.  Ni bukan sebab otai ke traffik tinggi ke ataupun kedekut tapi sebab orang salah guna atau boleh saya katakan vandalisme  dalam blogging.  Persoalan pertama ialah Siapa Kata Tiada Shoutbox Tak Boleh Blogwalk?  Meh saya tunjuk satu cara saya blogwalk dalam blog saya ...

1. Widget GengBlogger

Siapa perasan kehadiran widget ni dalam blogsphere?  Kalau korang tak perasan silalah pi masuk gengblogger godeh-godeh.  Kesian Kong bikin widget tapi korang buat dek je.  Bagi saya widget yang Kong buat ni memang berguna untuk kita.  Ada dua sebab kita terhindar dari SPAM, SCAM dan sebagainya disamping boleh tau siapa yang jejak blog kita tapi dengan syarat orang tu adalah ahli GengBlogger.  Kalau nak dibandingkan Widget ni lebih ringan dan tak de masalah setakat ni.  Kalau ada masalah sila refer Kong.



2. Iklan Dalam Suterablogger

Yang saya tau memang agak berat orang nak buat sebab perasaan malas support orang lain tu masih menebal dan mungkin ada jugak yang still ada budaya 'Aku Hebat' dalam diri.  Apa lah salahnya kalau blog tu takde shoutbox korang pi masuk blog-blog yang diiklankan dalam blog tersebut.  Ada rugi ke?  Rasanya sikit pun korang tak rugi sebab korang dah tolong blogger tu layan iklan diorang.  Kan tolong menolong tu amalan mulia.  Mungkin hari ni kita tolong dia mana tau esok lusa dia tolong kita balik.  Siapa tahu?

Tahniah kepada Kong di atas kekreatifan dia kita dapan buat something yang mudah.Tak rugikan mencuba...

p/s :

* Kalaulah dapat berguru dengan Kong...
* Tahniah kepada adik beradik blogger yang kreatif iaitu Yied & Daus Pozi yang telah berjaya buat satu widget.Angpa memang Dasaaaaattttt!!!

LANGKAH PERMAINAN SEO PALING PENTING IALAH SUBMIT SITE

LANGKAH PERMAINAN SEO PALING PENTING IALAH SUBMIT SITE

Salam guys,

Dah lama tak update blog ni sebab agak sibuk menjalani aktiviti harian.Ok straight to the point sebab saya akan cuba gunakan kaedah KISS (Keep It Short & Simple).Apa yang korang faham pasal SEO (Search Engine Optimization)?Bagi saya ia adalah penyenaraian blog di dalam engine carian atau paling mudah ialah 'pengindeks'an pages dalam blog di enjin carian.

Kalau korang perasan ramai yang dok cite pasal benda ni dan kalau korang nak traffik yang super dooper banyak korang kena mahir dengan permainan SEO ni.Kalau korang dah faham dengan teknik SEO ni senang je orang kata update sikitpun visitor mencurah-curah (betul ke?).

Ok sebelum korang tau benda lain dalam permainan SEO ada satu kaedah yang mana ramai orang lupa untuk buat dan bila tak buat benda ni memang effek SEO mungkin takkan dapat kat pages korang.Adakah korang familiar dengan perkataan Submit Site?Submit Site bermaksud menyenaraikan site kite di Search Engine untuk di'index'kan oleh crawler.Macam mana nak submit URL kat serach Engine?

Google - Klik Sini
Yahoo! - Klik Sini
Bing - Klik Sini

Korang try submit URL korang kat 3 serach engine terbesar dunia dulu.Tengok apa kesan dia.Ada banyak lagi tempat korang boleh submit dan benda tu nanti saya share dengan korang.

TIPS | PR YANG KORANG KENA TAU DALAM BLOGGING

TIPS | PR YANG KORANG KENA TAU DALAM BLOGGING

Apa yang korang tau pasal PR?Entri ni saya nak kasitau pasal PR.Penting sangat ke PR dalam blogging ni.Perlu sangat ke kita maintain PR dalam blogging?Lamak apasal saya banyak tanya pulak ni?Oklah dalam blogging ada beberapa PR yang korang kena tau :


1) PAGE RANK

Sayapun masih belajar benda ni.Orang kata Page Rank ni penting untuk sesebuah blog atau website.PR tinggi menandakan blog/website itu mempunyai pengunjung yang tinggi.PR jugak menentukan kedudukan blog/page tu dalam permainan SEO (bola sepak tak termasuk).Tapi saya masih belajar lagi apa yang kita boleh buat dengan PR ni.Sebab saya ada pulak terbaca yang tak semestinya PR kita rendah kita tak boleh beat web yang mempunyai PR tinggi.Pernyataan ini membuatkan saya semakin biol dengan SEO.hoho...Cara2 nak naikkan PR ialah :

* Tulis Entri
* Cari Niche
* Guna Keyword Best2


2) PUBLIC RELATION

Jangan salah faham sebab statement PR di atas ni tiada kena mengena dengan pekerjaan di kelab malam seperti GRO dan kawan2 baiknya yang lain.Public Relation bermaksud cara korang kendalikan blog dan cara korang handle visitor korang.Dalam blogging kalau korang sombong dan asyik bersikap angkuh takde siapa nak support.Mungkin korang boleh naik tapi mungkin dengan SEO tak dikalangan blogger lain or readers yang dah tau sikap korang.Antara teknik2 yang korang boleh guna dalam Public Relation ialah :

- Gaya Penulisan
Korang janganlah tulis terlalu straight.Biarlah ada bengkang bengkok.Kenapa orang lebih suka baca Komik Ujang berbanding buku sejarah KBSM tingkatan 5?Tolong jawab ye...

- Komen
Penat readers komen entri korang tapi korang buta dek je.Macam takde apa2 berlaku.Tak semua pengkomen nak bagi pendapat,kadang2 diorang saja2 je drop komen nak tgk korang layan tak diorang.So bila korang terlalu DIVA sangat maka.CHIOW!!!

- Blogwalking
Ini penting sebab nak tunjukkan rasa kasih korang pada blogger lain.Bila korang blogwalking ke blog lain maka diorang akan terasa seperti kucing yang dimanjakan dengan FRIESKIES.Cuba korang bayangkan bila raya,korang ajak kawan2 datang rumah tapi bila time diorang buat open house korang tak datang.Apa cer?


p/s :
- Sedang built up PR dalam blog ni...

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails