Showing posts with label Menulis dengan Bagus. Show all posts
Showing posts with label Menulis dengan Bagus. Show all posts

TIPS : BLOG PERSONAL BOLEH UP KE?

BLOG PERSONAL BOLEH UP KE? | TIPS BLOGGING

Persoalan pada tajuk entri ni.Ramai jugak yang tanya soalan ni sebenarnya.Kalau nak ikutkan akal fikiran dan darah muda saya memang tak dapat nak jawab.Ramai yang cakap,jenis-jenis blog yang boleh up adalah di kalangan blog-blog hiburan, ataupun public blog.Ada pulak yang cakap kalau nak up kan blog senang je tulis je tips dengan tutorial.Ya itu adalah sebab-sebab kenapa blog itu boleh naik.

Jadi persoalannya adakah personal blog tak boleh naik?Betul ke blog-blog yang bergenre (halamak dah macam artikel ROTTW plak) personal ni susah naik?Korang rasa susah ke senang?Jawapannya kalau nak dibuat perbandingan dengan public blog memang susah sikit Personal blog nak lawan sebab personal blog agak kurang keyword.Tetapi jangan terlalu negatif ye.Sebenarnya ada cara yang kita boleh guna untuk jadikan personal blog tu meriah dengan traffik dan orang kenal.

Korang nak tau macam mana kan?Senang je.Kalau sayalah kan saya akan buat macam ni :

1) KAITKAN ENTRI PERSONAL DENGAN READERS

Walaupun kita tulis pasal personal,pasal apa yang kita makan,apa yang kita minum ataupun kita pergi bersiar-siar tak semestinya kita tak boleh kaitkan dengan readers lain.Yelah kalau kita tulis meleret je then readers tak dapat feel macam mana diorang nak baca.Cuba korang bayangkan budak2 AF8 menyanyi lagu sedih tapi kat muka diorang happy then senyum sampai nampak gigi apa yang korang rasa?Ada tak rasa macam nak bagi tendangan gaya pengemis peringkat ke-8?Jadi pandai2 lah eyh.Satu lagi sila wujudkan persoalan dalam entri tersebut.Ada faham?

2) UBAH GAYA PENULISAN

Sebab tu ramai orang2 yang dah berjaya dengan Nuffnang cakap tumpukan pada penulisan dan duit akan datang kemudian.Walaupun kita tulis pasal apa yang kita buat harian tapi gaya korang tulis entri tu best tak mustahil ada yang baca.Tak semua readers baca entri untuk cari info,kadang2 diorang stress bekerja diorang nak jugak baca entri yang santai or kisah hidup orang.Yang lebih menariknya kalau ramai Ahli Mesyuarat Tingkap (AMT) memang keje diorang baca entri personal je.Jadi dengan gaya penulisan yang tak berat mungkin korang boleh attract diorang baca.

3) USHA KEYWORD PANAS

Ni satu teknik yang best.Korang nak buat entri personal dengan keyword panas pun tak jadi masalah tapi kalau boleh elakkan guna bahasa lucah ye.Alim Ulama kata tak berkat.Macam mana korang nak masukkan keyword panas?Simple je tak semestinya korang nak dapat hits pasal AF8 korang kene tulis satu entri AF8.Cuba dalam entri korang selitan sikit perkataan tu.Tengok mesti ada traffik yang drive ke blog korang.sebagai contoh ayat ni :

"hari ni saya pergi ke The Curve tetiba ada seorang mamat ni nak mengorat saya.Muka Hensem macam Iwan AF8 tapi suara memang foul.Taulah saya ni memang cantik macam Adira AF8"

Tu contoh jelah.Korang pandai-pandai lah olah ayat sendiri.Yang penting jangan kutuk--kutuk tak baik ye...

4) BUAT BLOG TU JADI CHAM

Ni bukan nak cerita pasal kumpulan lawak Cham tu.Cham maksudnya campur.Apa,tak pernah dengar?Korang betul-betul bukan mat rempit sejati lah.Ni adalah cara terakhir kalau korang tak nak buat 3 cara di atas.Maksudnya korang pelbagaikan entri dalam blog.Kadang-kadang cerita pasal personal,kadang-kadang buatlah entri open yang mana orang tengah cari or boleh dibincangkan.

Ni jelah yang saya nampak buat masa ni.Nak kasi banyakpun nanti korang muak nak baca.Takut ada pulak yang masuk ICU termuntah sebab baca entri dalam blog ni.Saya ni takde bagus sangatpun cuma sharing apa yang saya nampak dan buat.Terpulang pada korang nak buat ke tak?

p/s :

* Sorry ni entri lama saya modify sikit sebab hari ni agak busy so nak share benda yang dah ada tapi korang malas godeh.hak3...


Sila share entri ni kalau korang rasa patut diketahui orang lain kalau nak menderma tanpa keluarkan duit sila klik ini sebagai tanda support korang atas penulisan saya.

Iklan :
- Dah register Heartbeat?  Sila register sebab income dia lebih laju dari Nuffnang...hak3..
- Ada terfikir nak pakai HTC Desire HD?  Mydeal nak kasi free...
- Iphone 4 anda kesunyian? Mai langgan iDigi

TIPS : ATTITUDE YANG PERLU ADA UNTUK MAJU DALAM BLOGGING.ANDA MAHU JADI TOP BLOGGER?

TIPS : ATTITUDE YANG PERLU ADA UNTUK MAJU DALAM BLOGGING.ANDA MAHU JADI TOP BLOGGER?


Hari ni takde tips untu lajukan traffik or income nuffnang ye.Tengah mengkaji teknik ni.Kalau saya berjaya saya akan kongsikan dengan korang.Sekarang setiap hari kita akan jumpa blog baru.Paling sikitpun sepuluh blogger ataupun blog baru akan muncul.Tapi adakah kita sedar kita perlu ada attitude atau sikap2 seorang blogger untuk jadikan kita bagus dalam berblogging.Takkan la nak main tulis je kan.Itulah kesilapan saya dulu.


 (Simple Artwork from Bean Moreno)

Saya nak kongsi sikit apa attitude yang perlu ada pada seorang blogger untuk membolehkan dia survive dalam dunia blogging ni :

1) Mencari Kesalahan Sendiri Bukan Kesalahan Oran Lain

Maksudnya ialah kita sentiasa cari salah sendiri.Sebelum kita nak komen penulisan orang lain kita kena baca apa salah kita.Sepanjang saya menulis saya akan tulis ikut kesalahan saya.Apa yang membuatkan saya tak boleh pergi jauh.Dan segala entri yang saya tulis adalah berkisar pasal pengalaman saya.Contohnya macam entri autoplay ataupun gaya penulisan yang saya tulis dulu.Itu bukan untuk kondem orang lain tapi adalah untuk memperbetulkan diri sendri sebab itu adalah kesalahan lampau saya.Kira macam bertaubat dalam blogginglah...Boleh eyh macam tuh.Kalau kita niat nak kondem orang lain maka kita takkan dapat betulkan kesalahan kita.

2) Berkongsi Pengalaman Dengan Orang Lain

Untuk bagi orang lain kenal kita,kita kena tunjuk contoh yang baik baru orang akan ingat kita.Jangan tulis entri yang nampak macam nak "up"kan diri sendiri. Kita patutnya tulis entri untuk perkongsian.Bila niat kita untuk berkongsi orang akan lebih menghargai apa yang kita tulis.Kita jangan fikir sesuatu untuk diri kita je.Tolong orang lain yang memerlukan sebab tak rugi kalau kita up sama2.

3) Jangan Berlagak "Diva"

Maksud saya dengan DIVA adalah bukan gaya tapi perbuatan.Dalam blogging kita tak boleh nak anggap diri kita terlalu bagus sebab last2 orang akan benci.Sebagai contohnya saya tunjukkan,korang nak traffik tapi korang tak nak masuk blog orang lain atau bahasa senangnya blogwalking.Korang asyik berharap orang lain je yang kena masuk blog korang.Mana boleh...Memang itu adalah berfikiran positif tapi tak bertempat.Korang nak dapat komen berjuta2 tapi korang masuk blog orang lain tak drop komen.Boleh ke macam tu?Apa kata start hari ni kita drop komen kat blog yang kita masuk.Baru Nampak menghargaai blogger lain kan.

4) Bercampur Dengan Orang Yang Berpengalaman (Bukan Orang Tua Kedai Kopi)

Sekiranya kita baru.So kita kenalah cari alternative untuk belajar dari orang yang ada pengalaman.Kalau tak memang sampai kiamatpun korang takkan maju.Saya kasi contoh.Kalau saya tak invite Melz & Eyriqazz pergi gath kat Mines hari tu,mungkin sampai sekarang saya akan duduk kat level yang sama.Kalau saya tak tebalkan muka belajar dengan Nara mungkin sampai sekarang visitor saya tetap 50 unique je takkan berubah.Setiap orang ada kelebihan dia.So jangan malu2 untuk bertanya diorang tak gigit korang punya.

5) Jangan Taksub Kejar Earning

Benda confirm ada bagi seorang blogger.Sayapun ada tapi dah kurang sebab dah faham konsep blogging.Banyak la saya tengok kat blog lain pasang iklan berlambak2.Apa motif?Ok kalau korang blogging dengan niat kejar earning memang satu hari nanti blog korang akan mati macam tu je.Saya pernah alami benda tu.At last blog saya hancus dan Suterablogger ni hampir hancus.Tapi bila saya dah faham yang blogging itu adalah menulis untuk kepuasan then saya put aside niat tuh.Akhirnya saya ber "dot com".Memangla sapa yang tak nak duit.Tapi korang kena ingat bila korang set target earning then tak dapat perasaan give up akan menghantui.So biarkan Law of Attraction berjalan.

Jadi tepuk dada tanya iman ye (wah dah macam ustad dah...).Kalau korang nak maju buat sesuatu untuk diri korang dan bukan sebab terpaksa buat.


TIPS : SHOTRCUT JALARAYA ADA GUNANYA TAPI SHORTFORM TIADA GUNANYA


TIPS : SHOTRCUT JALARAYA ADA GUNANYA TAPI SHORTFORM TIADA GUNANYA

Kali ni saya nak kongsi sikitlah dengan korang pasal penulisan.Alamak saya pun sebenarnya takdelah bagus sangat dalam penulisan dan sebab tulah dan cakap KONGSI bukan AJAR.Ni pun salah satu kesilapan saya dahulu kala masa baru sehari dua menekan keyboard untuk menaip entri.Apa pendapat korang pasal penggunaan shortform yang kerap dalam penulisan?

Bagi saya shortform tak dapat membantu korang dalam penulisan.Kenapa?Sebab dia terlalu mudah dan secara logik nya kita akan dapat tangkap kenapa.Tak payah masuk dalam2 sehingga memikirkan pasal SEO ataupun result untuk search engine.Antara sebab2nya ialah :

1) PENULISAN AKAN JADI SYOK SENDIRI

Kalau kita tulis terlalu banyak shortform dalam penulisan,makanya readers tak semua akan faham apa yang kita nak sampaikan.Sebab kadang2 shortform yang kita taip tu kita reka sendiri dan tak semua orang tau.Keadaan ini akan menimbulkan konflik dalam kepada diri pembaca (mak aiyh dah macam doktor saiko dah) yang mana bila dia tak faham maka butang x akan ditekan.Jadi korang baca lah blog korang sendiri.hak3...

Sebagai contoh ayat ni :

Ak prg mkn ns -> apa maksud ayat ni?

2) HILANG PENGHAYATAN

Untuk apa kita menulis?Dah tentulah untuk orang baca kan.Kalau setakat untuk baca sendiri janglah cari traffik.Privatekan je blog.Bila kita terlalu guna banyak sangat shortform readers yang baca tulisan kita akan hilang penghayatan masa membaca.Jadi tak bestlah kan.Cuba korang bayangkan novel cinta yang banyak guna shortform.Best tak nak baca?

3) SEO SUSAH NAK JALAN

Bila korang taip shortform terlalu kerap,maka crawler search enginepun susah nak detect wording korang.Sebab kebanyakan internet user akan taip perkataan penuh kat search engine contohnya Google.Jadi kalau korang taip pendek2 maka tak match lah dengan apa yang orang cari.

Sebagai kesimpulannya kalau kita nak guna shortform guna je time SMS (Short Message System).Yang ni lagi pendek lagi bagus sebab memang tak boleh panjang2 pun.Ni tak time SMS punyalah panjang berjela2.Selain SMS gunalah shortform ni time ber"twitter" sebab twitter ada limit character.Ada faham?

p/s :
- Saya time sms pun tulis penuh tau.Teringat time2 couple ngan aiensepet dia tulis nama sayapun shortform HFZ...hak3...
- Apa pendapat korang plak?

TIPS : MAU JADI BLOGGER BEST - BUAT NAMA




Hari ni saya nak cerita dan kongsi macam mana korang nak jadi seorang blogger yang memang orang suka dan akan masuk blog korang.Topik ni ada kena mengena dengan cara penulisan korang.Untuk jadikan blog korang best dan ada visitor benda yang pertama korang kena buat ialah buat nama dulu.Ini adalah satu cara untuk promosi selain blogwalking.Buat nama maksudnya kenalkan diri.

Kenapa korang kena kenalkan diri?Simple je kalau orang tak kenal nama korang macam mana nak sapa korang kan.Banyak cara yang korang boleh guna untuk bagi orang kenal korang.Antaranya :

1) GUNA NAMA (NICK) YANG CATCHY DAN SENANG INGAT

Yang ni antara penyebab visitor masuk.Bila nama tu agak pelik dan unik tambah pulak senang ingat maka diorang akan ingat blog korang.Dengan cara ni tak kira apa yang korang tulis diorang tetap akan masuk sebab itu yang diorang ingat.Teknik ni diguna pakai oleh Mel,Eyriqazz, Kak Jie dan ramai lagilah.

2) JENIS ENTRI

Wah yang ni agak bahaya sikit.Kenapa?Sebab jenis atau genre entri ni kalau kita salah buat akan menyebabkan kita dibenci dan blog terus takde visitor.Yelah sebagai contoh kalaulah kita asyik menulis sesuatu yang kita je faham kita akan kerugian visitor.Contohnya nak traffik banyak korang buat lah blog hiburan memang senang top.Takpun korang buat blog pasal politik tak mustahil traffik korang boleh cecah 5K unique.Tapi risiko dia memang besar,salah tulis maybe korang ke dalam.Contoh macam Aduka Teruna,dia buat nama dengan tulis benda yang boleh mendatangkan kemarahan orang.Tak mustahil kalau dia buat blog lain dengan gunakan nama yang sama traffik dia akan naik sebab dah ada nama.

3) GAYA PENULISAN

Yang ni pun selalu orang terlepas pandang.Kita asyik menulis tapi itu bukan diri kita sebenarnya.Kita terikut2 dengan gaya blogger lain menulis.Yang ni bahaya sebab bila kita terlampau terikut2 dengan gaya orang maka penulisan kita akan jadi teruk dan berterabur.Saya akui dulu masa awal2 tulis entri BM saya terikut cara Mel tapi sekarang saya dah ada cara saya sendiri (Yelah dulu Johny English ma.. tetiba tukar jadi Encik Bendul).Lagi satu,kita menulis secara pura2 ataupun saya panggil Entri Lakonan bermaksud apa yang kita tulis dalam entri tu tak sama dengan keadaan kita.Mood kita tengah sedih tetiba nak buat satu entri yang happy.Memang boleh tapi dengan cara tu tak mungkin kita akan dapat sentuh hati readers.So tulislah ikut keadaan dan jangan push2.

Kita ibaratkan buat nama dalam blog ni sama macam player bola buat nama.Dalam bola sepak kalau nama player tu tak lah gah maka dia tetap akan bermain untuk pasukan kerdil sampai tua.Maka diorang akan berlatih dan bermain bersungguh2 untuk bagi kelab2 besar tau kewujudan diorang.Berlatih setiap petang untuk cari skill.Contohnya Sergio Aguero,dulu saya tak pernah dengarpun nama dia tapi lately nama dia asyik disebut2 sebab bakat dia dan banyak kelab2 gergasi eropah yang nak beli dia termasuk Chelsea.

p/s :

- Buat nama tu penting tapi jangan buat nama macam artis yang dapat nama sebab rampas laki orang (uiks)

TIPS : JANGAN KEDEKUT LINK KAT BLOG KORANG

TIPS : JANGAN KEDEKUT LINK KAT BLOG KORANG


Assalamualaikum & selamat pagi...

Dah seminggu saya pergi kerja naik bas.memang susah sebab kena bangun awal tapi takpe mungkin ada hikmah disebalik kereta rosak ni.Hari ni saya nak share dengan korang pasal link kat dalam blog.Saya tengok ramai antara kita yang takut nak kasi link kat blogger lain sebab takut traffik hilang pergi ke blog lain.Itu satu yang salah.Cuba ubah pemikiran blogging kolot yang macam tu.Kita jangan lah kedekut sangat kasi link kat blogger lain.Korang nak tau tak kenapa?Ok ni adalah sebab kenapa korang tak patut kedekut link dalam blog :

1) TRAFFIK DARI SEO

Simple je.Bila korang kasi link kat blogger lain secara tak langsung korang akan dapat sikit tempias traffik dari blogger tu.Kita ambil contohla kan,dalam dunia internet ramai orang yang ada sikap malas.Diorang biasanya akan guna Search Engine untuk search.Contohlah eyh dia search SUTERABLOGGER kat Google (sila lihat gambarajah ) :

klik untuk tumbesaran sempurna

memang banyak yang keluar pasal SUTERABLOGGER tapi cuba korang scroll ke bawah,maka hasilnya akan jadi

klik untuk tumbesaran sempurna

Korang nampak tak itu entri bukan saya yang punya tapi Aus yang punya jadi tak mustahil kalau ada entri yang tersangkut disebabkan link dengan SUTERABLOGGER.

Contoh lain cuba taip Bean Moreno :

klik untuk tumbesaran sempurna

Sekarang korang nampak tak atas memang banyak artikel yang bean moreno keluarkan tapi yang anak panah tu entri sape?Siap ada entri baru kutuk saya lagi.Ces cikhel memang kejam...

2) FOLLOWER KITA TAK SEMESTINYA SAMA

Bila korang kasi link kat blogger lain.Tak mustahil korang akan dapat follower and visitor baru.Sebab apa?Mungkin ada sesetengah daripada follower kita orang yang sama tapi tak semua.Jadi dengan pendedahan kita untuk blogger lain or kasi link tak mustahil diorang pun akan bagi link kat kita.So bila dia kasi link kat kita mungkin ada follower dia yang tak kenal blog kita akan cuba masuk.So dah dapat traffik kat situ.Yang lagi best kalau follower dia jadi follower setia kita.So traffik berganda.Contohnya macam kes hari ni.Eyriqazz terjah saya then dalam entri ni saya banyak letak link dia.So win-win situation untuk kitorang.Sekarang faham tak?Kitakan orang Melayu,orang berbudi kita berbahasa.Cuma saya tak boleh la nak buat segmen terjah nanti ada orang cakap saya copycat idea Eyriqazz pulak.

Kesimpulannya janganlah kedekut link kat blogger lain.Tak jatuhpun pagerank korang kalau kasi link or buat review pasal blog orang lain.Setiap apa yang kita bagi kat orang lain akan dapat balasan setimpal.

p/s :

* Alamak panjanglah pulak entri ni.Tapi ilmukan takkan nak pendekkan nanti korang tak faham.So tolong baca dengan teliti

APA KATA LEPAS GADUH-GADUH LAYAN LAGU MISS NINA


Hye selamat hari Ahad.Sekejap je dah malam dan saya bru je lepas ambil Datin Seri aiensepet dari kerja.Hari ahad adalah satu hari yang slow bagi setiap blogger kecuali blogger yang top & pandai SEO.Saya tak heran langsung kalau traffik saya teruk hari ahad sebab memang macam tu.Kalau nak traffik best kena lah rajin sikit.Memang tak boleh nak buat apa2 sebab hari Ahad memang saya nak updatepun malas (abis ni bukan update ke?).

Malam semalam saya dapat buat blogwalking guna blogged.my.Kat sana lebih kurang macam gengblogger jugak banyak blog yang boleh kita baca (blog sendiri pun boleh.hak3).So macam2 ceritalah yang kita boleh tau sebab dah macam baca surat khabar & banyak reporter percuma kat situ (termasuk Bean Moreno).So terbacalah satu blog ni yang agak tak berpuas hati dengan blogger lain.Hehe ini cerita best jarang nak tengok kes2 hangat macam ni.So saya mentelaah semua entri2 dia.Apa yang pentingkan saya suka cara penulisan dia.Cool beb (tak semestinya saya sokong apa yang dia buat).Sampaikan terkeluar bahasa baru iaitu "Tuhan Traffik" wah sungguh advance gitu.


Sebelum ni pun kita ada dengar isu pasal blogger gaduh dengan blogger.Dua2 blogger ni memang top dan semua orang kenal tapi puncanya saya tak tau.Sampai kes saya dengar nak bawak ke court (bukan Courts Mamoth,itu sayapun benci).Owh boleh jadi sampai gitu eyh pergh...Saya bukan nak jadi batu api or apa2 lah kan.Saya ambil jalan tengah dan dua2 blog tu saya tak letak komen.Saya just baca je.Sebab kang tak pasal2 saya kena tuduh pembodek kan. padahal saya masuk blog yang lagi satu tu pun ibarat hari raya.Saya juga tak nak digelar blogger talam dua muka so cukuplah saya bagi pandangan je eyh.

Sayapun tak faham sekarang ni kalau ada pergaduhan antara blogger dah semua berani keluarkan link dan tuju terus kat orang tu.Lepas tu mula balas2 then melibatkan orang lain.Sedar tak kita benda ni akan mewujudkan puak2 antara blogger2.So bila blogger cap ayam macam saya ni blogwalking nak drop komen pun takut.Yelah takut bila kita drop komen nanti ada pulak pihak2 puak Baju Merah marah.Bila drop komen kat puak Baju Merah,kena tembak pulak dengan puak Baju Kuning.Jadi walau apapun yang kita buat satu je yang kita kena ingat,blogging itu adalah subjective sebab tak semua yang kita buat itu orang suka dan tak semua yang orang lain buat kita akan suka.

Daro korang gaduh2 kan apa kata korang buat gath dapat jugak beramas2 kan.ataupun susah sangat layan lagu Miss Nina dengan Colby O'donis ni :




p/s :
- Saya tak sokong Baju Merah dan saya tak sokong Baju Kuning tapi saya sokong Selangor...amacam gerek tak?
- Sayapun pernah juga tak puas hati dengan blogger lain tapi takde sampai keluarkan link dia sebab saya buat entri tu pun atas dasar kawan dan nasihat
- Artis Malaysia dah ramai yang buat feat dengan artis luar...memang baguslah diorang ni

TIPS : ARGHH...AKU DAH BOSAN!!!ASYIK2 BENDA SAMA JE!!!


Selamat malam,Bean Moreno masih di sini dan menulis dan actually saya penat gile sebab pergi ke Low Yatt tadi.Jangan ditanya kenapa saya pergi Low Yatt.Itu soalan yang seolah2 mintak penampar.hak3...Start semalam memang saya kekeringan idea tapi tadi lepas dapat satu komen dari blogger Lumut saya tersedar dari khayalan yang hebat akibat menelan Eramin 5.Jadi terima kasih dan kredit saya berikan kepada Lumut sebab bagi satu komen yang membolehkan saya keluarkan dua entri.

Tajuk entri di atas takde kena mengena dengan perasaan marah ataupun sedih.Dan harus diingatkan ini bukan entri EMO.Saya just nak tunjuk bahawa dalam penulisan tak kira blog ataupun artikel pengulangan tiada masalah.Kenapa?Meh sini saya kasi tau reason dia :


1) BILANGAN BLOGGER
Kita kena tahu yang dalam dunia blog ni setiap hari ada je blog baru dan yang penting blogger baru.Jadi dengan wujudnya blogger baru maka dia tak tau apa yang orang lain dah tau.Maka dengan peringatan berkali2 mesej tu sampai.


2) CARA PENYAMPAIAN BERBEZA
Setiap blogger ada cara penyampaian berbeza.Tak percaya...Cuba korang baca blog atau entri saya dengn Cik Epal.Samakah cara kami?Tak kan.Dan kalau terjadinya cara yang sama mungkin saya telah bertudung dan Cik Epal telah bermisai.Hak3...Kita kena tahu yang tak semua orang membaca untuk cari info.Ada yang bacauntuk hilangkan tekanan.


3) DIFFERENT POINT OF VIEW
Mungkin tajuk sama tapi point yang lain.Contohnyalah kan contoh kita nuat entri pasal Taylor Swift.Saya kata dia cantik tapi ada orang lain buat entri yanag akan cakap suara dia macam chipmunk.So pandangan yang berbeza.


Ok sekarang korang faham tak apa yang saya nak sampaikan.Sekarang kita tengok apa benda yang sama tetapi masih dilakukan berulang2 dalam kehidupan.




1) MAKANAN
Korang nampak tak gambar apa kat atas ni?Ya gambar nasi lemak.Kalau kita tengok kat kedai Kak Jah ada jual,Kak kedai makcik temah pun ada,Nasi lemak antarabangsa lagilah dan tak ketinggalan Restoran Nasi Kandar.Benda yang sama tapi yang membezakannya adalah ramuan yang diletak dalam nasi lemak.Walaupun ada di mana2 dan pada setiap hari tapi orang tetap cari tanpa bosan.Got it?




2) KENDERAAN
Kenderaanpun tak terlepas dari pengulangan.Sebagai contoh gambar kat atas.Itu adalah model terbaru.Sebelum model ni dah ada 3 model VIOS.Cuma yang membezakan ialah tempat duduk dan bumper depan je.Tapi korang rasa Toyota rugi tak.Untuk pengetahuan korang Toyota semakin untung dengan pengulangan ni.Sebab ada perubahan dan penambah baikan.




3) MUZIK
Yang lagi ketara.Banyak lagu yang diremake balik.Sebagai contoh lagu "Can't Take My Eyes Of You".Penyanyi asal dia Negro.Tapi Muse bawak balik lagu ni dengan cara diorang then jadi makin hit.Tak payah jauh.Lagu P.Ramlee "Madu 3" rasanya lagu ni korang pun hafal lirik dia sampai dalam bilik airpun nyanyi(oops kantoi).Tapi Ahmad Dhani pun ada bawak lagu ni.Orang still dengar je.




4) MOVIE
Korang pernah tengok Adnan Sempit.Dahla ada movie sekarang keluar pulak the series.Cerita berulang je dan sama.Tapi ada tokok tambah.Walaupun berulang2 tapi orang tetap tengok Adnan sempit the series walaupun dah 50 kali tengok wayang.


Oklah cukup lah 4 je.Dah malam saya ada tanggungjawab kedua jika berada di rumah.Saya harap dengan penerangan yang saya bagi korang dapat nampak yang pengulangan itu digalakkan sebab ia dapat membina point yang nak disampaikan.Sebab lain orang lain cara dan citarasa.


p/s :
- Saya tak marah tau saya nak bagitau je
- Saya seorang yang open sebab tu saya tak letak moderate pada komen saya
- Komen penting untuk seorang blogger so dia dapat tau apa pandangan readers or blogger lain.Thanks sebab dengan selamba mak nyah je komen blog saya ye
- Pengulangan = remake

TIPS : BEAN MANA KO DAPAT IDEA TULIS ENTRY?


Dah petang dah.Sekejap je masa berlalu.Saya baru lepas tukar lampu untuk office ni.Asyik2 terbakar je bikin hati ini terbakar jugak.ces!Hari ni saya balik lewat sikit sebab aiensepet ada OT.so kena lah tunggu.Orang kata Suami Mithali kan (padahal baru lepas kena sound).Hari ni Hari jadi Kak Tash yang ke....Oooops itu rahsia.Nak tau tanya puan badan ye.Oklah Kak Tash Selamat hari jadi dan moga dimurahkan rezeki eyh.Saya tak dapat nak kasi hadiah la.Bagi yang tak kenal Kak Tash ni lah dia :

Adakah saya kelihatan ayu dengan posing yang macam ni?

Oklah saya tau korang memang nak sangat benda ni.Apa dia?lagi mau tanya ke kawan?Korang nak tips kan.hak3...Oklah dengan rela hatinya saya nak dedahkan rahsia saya.Tetiba ada orang tanya soalan macam ni :

"Bean otak ko ni diperbuat dari apa eyh?Ada je entri ko tulis."

Untuk pengetahuan korang saya adalah robot yang boleh generate idea.hak3...Takde lah sebenarnya idea tu datang secara tiba2 tanpa saya panggil.Kadang2 masa saya tengah gosok gigipun idea datang dan takkan saya nak menulis time gosok gigi.yelah tangan ada 2 je beb.Kalau tangan ada lebih saya dah tulis dah.

Sebenarnya ada macam2 cara yang saya guna untuk dapatkan idea so takdelah blog tak update (kecuali disebabkan internet yang lembab + masa yang pack).Antara cara2 yang saya guna :

1) BLOGWALKING

Ramai yang rajin buat blogwalking tapi adakah kita blogwalking just nak panggil owner blog tu datang balik (kasi traffik) ataupun blogwalking dengan membaca.Tanya diri korang dulu.Kalau korang just masuk blog lain just bagi traffik itu adalah satu kesilapan.Sebab selain blogwalking untuk kasi traffik kita juga boleh dapat idea untuk menulis.Dengan syarat janganlah plagiat dan kalau kita rasa artikel tu best lepas tu nak ambil petikan sila beri link.Sebab plagiat ni umpama cetak rompak CD/DVD.

2) BACA MEDIA MASA

Alamak bahasa surat khabar la beb saya pakai.Kita baca artikel then kita akan dapat idea so tinggal nak olah ikut ayat sendiri je.Contoh kalau kita minat bola,just terus ke muka belakang surat khabar so kita akan dapat bahan apa yang kita nak tulis.Tengok apa isu yang best.

3) PEKA DENGAN PERSEKITARAN

Saya banyak tulis pasal apa yang saya nampak dan alami.Contohnya kalau saya pergi satu tempat tu memang best saya akan tulis apa yang best kat tempat tu.Contoh lain macam kita pergi makan kat satu restoran tu ada je yang tak kena so tulis tapi pandai2 la cover.Yang baik2 kita letak nama yang tak baik kita cover2 (takut kena saman.Cukup ke duit Nuffnang nak bayar saman?).

4) GUNAKAN SOCIAL NETWORKING

Yang ni memang saya suka.Banyak benda yang saya join untuk dapatkan idea contohnya Youthsays, Blogadvertisingstore, Linkwoth dan macam2 lagi.Dari sini kita just pilih topik je.Tapi untuk BAS dan Linkwithin semua dalam English.Jadi jangan terkejut kenapa tiba2 entri saya bertukar jadi Johny English.

5) BERGAUL DENGAN BLOGGER

Ok benda ni simple je.Tak semestinya apa yang kita fikir kita akan tulis.Kenapa?sebab tak semestinya apa yang kita fikir tu adalah minat kita.Kalau kita menulis sesuatu yang kita tak minat maka penulisan akan jadi SUCKS...Jadi bila kita communicate dengan blogger lain mungkin diorang akan kasi idea.So just tulis.Tak salah kalau kita bincang lepas tu tulis topik yang sama.Google takkan hantar email marah2 korang sebab tulis benda yang sama.Percayalah...

Jadi dengan hadirnya entri ni di alam maya korang dapatlah idea sikit kan.Ni cuma apa yang saya lalui tak sama dengan apa yang blogger lain buat.Sebab citarasa berbeza.Kalau citarasa sama dah ramai blogger nak kahwin dengan aiensepet (faham tak?kalau tak faham buat2 faham jelah).

p/s :
- Alamak tak nak panjang pulak entri ni.Takpelah kalau korang rajin bacalah sebab entri ni best (ada ke blogger nak cakap entri dia SUCKS...hak3)
- Lepas baca entri ni harap korang percayalah yang Bean Moreno adalah manusia

TIPS : BIAR TRAFFIK JATUH JANGAN MORAL JATUH


Morning guys,Bean Moreno masih hidup dan bernafas untuk menulis entri.Saya mula rindukan penulisan.Saya masih rindukan domain dan saya masih rindukan masa yang tepat untuk post entri.Sekarang masa untuk post entri terhad tu yang tak dapat nak buat apa2.Yelah saya bekerja dengan orang mestilah tak boleh nak ikut tekak sendirikan.Jadi kalau dah dicorakkan saya sebagai pekerja asing yang ada Mykard,saya terpaksa ikut walaupun saya terpaksa kerah kesemua tenaga saya untuk siapkan kerja.Itulah nasib pemakan gaji macam saya.


Bila dah post entripun tak kena masa,maka pergerakan platlet blog pun akan terjejas.Kalau terjejas dan menghasilkan gempa bumi traffik syok juga tapi setakat asap kepul2 macam kat Iceland habis semua penumpang lari takut dan menyebabkan kerugian kepada syarikat penerbangan.Alamak apa la yang saya merepek pagi2 ni.Saya nak mintak maaf kepada pengunjung sebab tak dapat nak tunaikan tanggungjawab saya.Tapi saya berjanji mulai hari ni lepas sahaja saya ambil P1 wimax dari mama,saya akan aktif semula di arena bola sepak ni (uiks!).

Dulu mungkin saya akan terasa sangat tak best bila check Nuffnang je tengok traffik sikit.Check Nuffnang je takde buffered.Tapi sekarang semua tu perkara no 3 or 4.Saya semakin syok menulis entri.Saya dah tak peduli pasal traffik,saya dah tak peduli pasal earning.Ni bukan nak cerita poyo eyh,kalau setakat nak dapat earning bagi saya tak susahpun.Tapi nak dapatkan idea untuk menulis itu adalah sesuatu yang susah.Yelah biarkan duit tu datang sendiri kat kita sebab lagi dikejar lagi dia lari.Samalah macam pencuri.Kalau polis tak kejar dia takkan lari.Dia akan tetap mencuri.Cuba kalau polis tangkap pencuri secara diam2 tanpa mengejar mesti dapat.hak3...Jadi fokus pada penulisan itu penting.

Bila kita terlalu pandang earning maka stress akan sampai bila tak dapat.Tapi bila kita fokus pada penulisan kita akan tetap mencari idea walaupun rambut dah beruban (saya belum lagi ye).So dalam masa yang sama kita tak perasan apa yang kita tulis itu mengandungi Keyword2 yang orang cari.Dan traffik itu akan datang dengan sendiri.Korang kena fikir positif tak semestinya apa yang kita tulis hari ni itu lah benda yang akan dibaca orang.Mungkin benda tu akan dibaca lagi seminggu ke,sebulan, or mungkin setahun.Jadi positif je dalam diri.Yakin pada blog dan ingat "Law Of Attraction".

Oklah masa dah sampai.Saya nak jadi orang Korea yang bekerja tepat pada masanya.Kalau sempat saya akan up satu tutorial untuk korang.Ni tutorial tentang apa yang saya dah buat semalam.Harap2 bersabar ye dan doakan saya berjaya untuk menulis hari ni.

p/s :
- Sorry eyh tak dapat nak upload gambar banyak2 sebab blogspot macam nak cari gaduh dengan saya
- Doakan saya berjaya dalam hidup eyh
- Thanks to eyriqazz sebab mention nama saya dalam post dia.Nak baca klik sini
- Maafkan saya kalau saya tak sempat nak blogwalk sejak kebelakangan ini ye...

TIPS : GAYA PENULISAN...ANDA BERBLOGGING ATAU MAIN MYSPACE???




Ada sesuatu yang pelikkan kat sini?Ya betul tetiba saya beralih arah untuk tulis dari kiri ke kanan.Selalu tulis dari center kan.Tapi ia akan jadi pelik kalau saya tulis dari kanan ke kiri.Mesti ada antara korang akan cakap macam ni :

"Sekali dia tulis arab da...."

Hak3...Saya nak ubah gaya penulisan saya sebab tetiba dapat ilham tulis macam ni.Mana la tau dengan tulis macam ni buffered bertambah2kan.Jadi tak salah kalau kita mencuba.Ini adalah hasil saya blogwalk.Saya cuma nak tengok adakah dengan gaya penulisan macam ni boleh menambah keselesaan saya untuk menulis dan keselesaan korang membaca blog ni.

Kenapa saya cakap macam tu.Sepanjang saya blogwalk kan,ramai antara kita (termasuk sayalah...tapi itu dulu...) yang buat kesalahan dalam penulisan. Kalau tak silap saya saya ada terbaca entri melz pasal ni.Ok meh saya tunjuk apa kesalahan yang kita buat tapi kita tak sedar yang benda tu akan menjadikan readers tak selesa.

1) TULISAN TERLALU KECIL

Sebagai contoh :
"Bean Moreno seorang yang kacak lagi macho.Dia sering kali di"ngorat" oleh awek2 cun.Tapi dia tak layan...hak3..."

Selesa tak korang baca ayat tuh.Kesalahan ni saya pernah buat tapi Eyriqazz tegur saya.So lepas ditegur terus saya buat tulisan besar.Baru senang nak baca.So tak salah kita berubah untuk kebaikan.

2) TULISAN ALA2 ADNAN SEMPIT

Sebagai contoh :
"BeaN MoREnO sEOraNg YaNg KaCAk,MaCho LaGi HenSem"

Tulisan dah nampak,tapi yang membuatkan readers kurang selesa bila tulisan tu sekejap kecil sekejap besar.Bak kata pepatah Adnan Sempit :

"Gua Tengok Lu Kecik Besar Kecik Besar je Der"

Kita nak bacapun kene pemerhatian yang tinggi sebab takut salah huruf.hak3... Bagi orang yang biasa takpelah cuba bayangkan orang tu rabun.Pergh boleh gugur rambut dia nak fahamkan apa yang korang tulis

3) TULISAN ASTRO CERIA 611

Sebagai contoh :
"Bean Moreno tu dahla kacak...Muka bawa rezeki...Handsome plak tuh..."

 Wah memang ceriakan,tapi sebenarnya korang tau tak benda ni la yang buat korang hilang visitor.Sebab tak semua orang suka colourful then korang kena ingat yang menulis blog tak sama dengan social network lain contohnya myspace.

Oklah tu je kot yang boleh di"share"kan dengan korang.Kalau korang nak ubah ke tak nak bukan masalah saya sebenarnya.Saya just kongsi je.So fikir2 kan lah something yang boleh buat blog kita maju then share ngan orang lain.

p/s :

- Berubah kepada kabaikan itu satu yang tuntut tapi berubah kepada kejahatan itu dikutuk.Uiks apa ke hei nye yop...hak3...
- Terharu bila baca entri kak tash yang latest...Actually saya ajar dia skit je...hak3...Mak aiyh sifu lagey...takut siot...Untuk tak mengecewakan dia saya letak artwork yang dia buat untuk saya thanx eyh kak tash...Kacak tak saya?



TIPS : FOLLOWER DALAM BLOGGING


Pagi ni datang ke office dengan blur2 di kepala.Ntah tak tau apahal.Perutpun dah mula menunjukkan belang tarung.Semalam agak kepenatan sebab membuat wiring network kat blok kolej yang lagi satu.Nasib baik ada orang nak tolong kalau tak saya terpaksa menghadap struktur bangunan old school tu seorang diri.Apa eyh isu sensasi sekarang.Macam takde je.Tapi kita tunggu dan lihat pasti ada isu yang akan diketengahkan.hak3...



Hari ni saya nak bercerita tentang followers.Saya merupakan blogger yang tak taksub pada followers dan taksub pada visitors.hak3..Bagi saya kalau orang nak follow blog saya biarlah sebab dia ikhlas dan bukan meminta saya supaya mem"follow" blog dia semula.Ok,sekarang saya nak cerita kenapa saya berpendapat macam tu eyh.Saya akan follow blog tersebut jika saya nak baca entri dia.

First of all,kenapa kita perlu follow dengan hati yang ikhlas.Bagi saya bilangan follower tak semestinya akan menyebabkan saya semangat sebab tak semua follower kita akan membaca entri kita.So that's why kita tengok follower beratus2 tapi traffik cuma 50 je.Adakah korang berpuas hati dengan situasi macam tu.Kalau ditanya saya,jawapannya pasti tidak.Lainla kalau follower beribu dan traffik seharipun beribu.Kan tally kan...Contohnya macam blog Melz,CikEpal,Miss Lolly, or Ynaa kita tengok follower seribu lebih dan traffik diaorangpun kita tau memang seribu lebih.So berbaloi la dan apa yang saya tau diorang tak gunakan taktik "You Follow,I Follow".Saya tak cakap tak boleh tapi mungkin taktik ni tak disenangi je...


Yang keduanya,tujuan kita follow blog tu kena bersih dan tiada niat tersembunyi.hak3...Apa saya melalut ni...Ok kadang2 eyh saya akan follow satu blog tu disebabkan nak bagi semangat kat blogger tu.Yela korang pun pernah rasa jadi newbie.Baru sehari buka blog then nak motivation untuk teruskan blogging.So bagi saya, saya akan follow blog tuh supaya owner blog tuh semangat untuk menulis.Contohnya macam dulu sebelum saya kenal mel.Saya just pernah dengan nama & baca entri pasal dia.Tapi tetiba satu hari nama dia muncul kat chatbox saya.Blogger cap ayamz macam saya ni mestila teruja tambah2 lagi time tu abangnara plak komen blog saya.Bertambah teruja la kan.Sebab tak salah kita nak bagi semangat kat blogger yang baru je ada blog untuk teruskan blogging sebab kitapun macam dia jugak dulu.Saya tak boleh nak klasifikasikan diorang newbie sebab saya pun newbie.

p/s :
- Ni pendapat saya je kalau korang tak setuju itu adalah pendapat korang.Sebab isu ni subjektif.Tiada jawapan objektif.
- Thanx to mana2 blogger yang support blog ni dan saya harap korang follow sebab ikhlas

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails