Showing posts with label Macam mana nak blogging. Show all posts
Showing posts with label Macam mana nak blogging. Show all posts

TIPS : ATTITUDE YANG PERLU ADA UNTUK MAJU DALAM BLOGGING.ANDA MAHU JADI TOP BLOGGER?

TIPS : ATTITUDE YANG PERLU ADA UNTUK MAJU DALAM BLOGGING.ANDA MAHU JADI TOP BLOGGER?


Hari ni takde tips untu lajukan traffik or income nuffnang ye.Tengah mengkaji teknik ni.Kalau saya berjaya saya akan kongsikan dengan korang.Sekarang setiap hari kita akan jumpa blog baru.Paling sikitpun sepuluh blogger ataupun blog baru akan muncul.Tapi adakah kita sedar kita perlu ada attitude atau sikap2 seorang blogger untuk jadikan kita bagus dalam berblogging.Takkan la nak main tulis je kan.Itulah kesilapan saya dulu.


 (Simple Artwork from Bean Moreno)

Saya nak kongsi sikit apa attitude yang perlu ada pada seorang blogger untuk membolehkan dia survive dalam dunia blogging ni :

1) Mencari Kesalahan Sendiri Bukan Kesalahan Oran Lain

Maksudnya ialah kita sentiasa cari salah sendiri.Sebelum kita nak komen penulisan orang lain kita kena baca apa salah kita.Sepanjang saya menulis saya akan tulis ikut kesalahan saya.Apa yang membuatkan saya tak boleh pergi jauh.Dan segala entri yang saya tulis adalah berkisar pasal pengalaman saya.Contohnya macam entri autoplay ataupun gaya penulisan yang saya tulis dulu.Itu bukan untuk kondem orang lain tapi adalah untuk memperbetulkan diri sendri sebab itu adalah kesalahan lampau saya.Kira macam bertaubat dalam blogginglah...Boleh eyh macam tuh.Kalau kita niat nak kondem orang lain maka kita takkan dapat betulkan kesalahan kita.

2) Berkongsi Pengalaman Dengan Orang Lain

Untuk bagi orang lain kenal kita,kita kena tunjuk contoh yang baik baru orang akan ingat kita.Jangan tulis entri yang nampak macam nak "up"kan diri sendiri. Kita patutnya tulis entri untuk perkongsian.Bila niat kita untuk berkongsi orang akan lebih menghargai apa yang kita tulis.Kita jangan fikir sesuatu untuk diri kita je.Tolong orang lain yang memerlukan sebab tak rugi kalau kita up sama2.

3) Jangan Berlagak "Diva"

Maksud saya dengan DIVA adalah bukan gaya tapi perbuatan.Dalam blogging kita tak boleh nak anggap diri kita terlalu bagus sebab last2 orang akan benci.Sebagai contohnya saya tunjukkan,korang nak traffik tapi korang tak nak masuk blog orang lain atau bahasa senangnya blogwalking.Korang asyik berharap orang lain je yang kena masuk blog korang.Mana boleh...Memang itu adalah berfikiran positif tapi tak bertempat.Korang nak dapat komen berjuta2 tapi korang masuk blog orang lain tak drop komen.Boleh ke macam tu?Apa kata start hari ni kita drop komen kat blog yang kita masuk.Baru Nampak menghargaai blogger lain kan.

4) Bercampur Dengan Orang Yang Berpengalaman (Bukan Orang Tua Kedai Kopi)

Sekiranya kita baru.So kita kenalah cari alternative untuk belajar dari orang yang ada pengalaman.Kalau tak memang sampai kiamatpun korang takkan maju.Saya kasi contoh.Kalau saya tak invite Melz & Eyriqazz pergi gath kat Mines hari tu,mungkin sampai sekarang saya akan duduk kat level yang sama.Kalau saya tak tebalkan muka belajar dengan Nara mungkin sampai sekarang visitor saya tetap 50 unique je takkan berubah.Setiap orang ada kelebihan dia.So jangan malu2 untuk bertanya diorang tak gigit korang punya.

5) Jangan Taksub Kejar Earning

Benda confirm ada bagi seorang blogger.Sayapun ada tapi dah kurang sebab dah faham konsep blogging.Banyak la saya tengok kat blog lain pasang iklan berlambak2.Apa motif?Ok kalau korang blogging dengan niat kejar earning memang satu hari nanti blog korang akan mati macam tu je.Saya pernah alami benda tu.At last blog saya hancus dan Suterablogger ni hampir hancus.Tapi bila saya dah faham yang blogging itu adalah menulis untuk kepuasan then saya put aside niat tuh.Akhirnya saya ber "dot com".Memangla sapa yang tak nak duit.Tapi korang kena ingat bila korang set target earning then tak dapat perasaan give up akan menghantui.So biarkan Law of Attraction berjalan.

Jadi tepuk dada tanya iman ye (wah dah macam ustad dah...).Kalau korang nak maju buat sesuatu untuk diri korang dan bukan sebab terpaksa buat.


TIPS : SHOTRCUT JALARAYA ADA GUNANYA TAPI SHORTFORM TIADA GUNANYA


TIPS : SHOTRCUT JALARAYA ADA GUNANYA TAPI SHORTFORM TIADA GUNANYA

Kali ni saya nak kongsi sikitlah dengan korang pasal penulisan.Alamak saya pun sebenarnya takdelah bagus sangat dalam penulisan dan sebab tulah dan cakap KONGSI bukan AJAR.Ni pun salah satu kesilapan saya dahulu kala masa baru sehari dua menekan keyboard untuk menaip entri.Apa pendapat korang pasal penggunaan shortform yang kerap dalam penulisan?

Bagi saya shortform tak dapat membantu korang dalam penulisan.Kenapa?Sebab dia terlalu mudah dan secara logik nya kita akan dapat tangkap kenapa.Tak payah masuk dalam2 sehingga memikirkan pasal SEO ataupun result untuk search engine.Antara sebab2nya ialah :

1) PENULISAN AKAN JADI SYOK SENDIRI

Kalau kita tulis terlalu banyak shortform dalam penulisan,makanya readers tak semua akan faham apa yang kita nak sampaikan.Sebab kadang2 shortform yang kita taip tu kita reka sendiri dan tak semua orang tau.Keadaan ini akan menimbulkan konflik dalam kepada diri pembaca (mak aiyh dah macam doktor saiko dah) yang mana bila dia tak faham maka butang x akan ditekan.Jadi korang baca lah blog korang sendiri.hak3...

Sebagai contoh ayat ni :

Ak prg mkn ns -> apa maksud ayat ni?

2) HILANG PENGHAYATAN

Untuk apa kita menulis?Dah tentulah untuk orang baca kan.Kalau setakat untuk baca sendiri janglah cari traffik.Privatekan je blog.Bila kita terlalu guna banyak sangat shortform readers yang baca tulisan kita akan hilang penghayatan masa membaca.Jadi tak bestlah kan.Cuba korang bayangkan novel cinta yang banyak guna shortform.Best tak nak baca?

3) SEO SUSAH NAK JALAN

Bila korang taip shortform terlalu kerap,maka crawler search enginepun susah nak detect wording korang.Sebab kebanyakan internet user akan taip perkataan penuh kat search engine contohnya Google.Jadi kalau korang taip pendek2 maka tak match lah dengan apa yang orang cari.

Sebagai kesimpulannya kalau kita nak guna shortform guna je time SMS (Short Message System).Yang ni lagi pendek lagi bagus sebab memang tak boleh panjang2 pun.Ni tak time SMS punyalah panjang berjela2.Selain SMS gunalah shortform ni time ber"twitter" sebab twitter ada limit character.Ada faham?

p/s :
- Saya time sms pun tulis penuh tau.Teringat time2 couple ngan aiensepet dia tulis nama sayapun shortform HFZ...hak3...
- Apa pendapat korang plak?

TIPS : MAU JADI BLOGGER BEST - BUAT NAMA




Hari ni saya nak cerita dan kongsi macam mana korang nak jadi seorang blogger yang memang orang suka dan akan masuk blog korang.Topik ni ada kena mengena dengan cara penulisan korang.Untuk jadikan blog korang best dan ada visitor benda yang pertama korang kena buat ialah buat nama dulu.Ini adalah satu cara untuk promosi selain blogwalking.Buat nama maksudnya kenalkan diri.

Kenapa korang kena kenalkan diri?Simple je kalau orang tak kenal nama korang macam mana nak sapa korang kan.Banyak cara yang korang boleh guna untuk bagi orang kenal korang.Antaranya :

1) GUNA NAMA (NICK) YANG CATCHY DAN SENANG INGAT

Yang ni antara penyebab visitor masuk.Bila nama tu agak pelik dan unik tambah pulak senang ingat maka diorang akan ingat blog korang.Dengan cara ni tak kira apa yang korang tulis diorang tetap akan masuk sebab itu yang diorang ingat.Teknik ni diguna pakai oleh Mel,Eyriqazz, Kak Jie dan ramai lagilah.

2) JENIS ENTRI

Wah yang ni agak bahaya sikit.Kenapa?Sebab jenis atau genre entri ni kalau kita salah buat akan menyebabkan kita dibenci dan blog terus takde visitor.Yelah sebagai contoh kalaulah kita asyik menulis sesuatu yang kita je faham kita akan kerugian visitor.Contohnya nak traffik banyak korang buat lah blog hiburan memang senang top.Takpun korang buat blog pasal politik tak mustahil traffik korang boleh cecah 5K unique.Tapi risiko dia memang besar,salah tulis maybe korang ke dalam.Contoh macam Aduka Teruna,dia buat nama dengan tulis benda yang boleh mendatangkan kemarahan orang.Tak mustahil kalau dia buat blog lain dengan gunakan nama yang sama traffik dia akan naik sebab dah ada nama.

3) GAYA PENULISAN

Yang ni pun selalu orang terlepas pandang.Kita asyik menulis tapi itu bukan diri kita sebenarnya.Kita terikut2 dengan gaya blogger lain menulis.Yang ni bahaya sebab bila kita terlampau terikut2 dengan gaya orang maka penulisan kita akan jadi teruk dan berterabur.Saya akui dulu masa awal2 tulis entri BM saya terikut cara Mel tapi sekarang saya dah ada cara saya sendiri (Yelah dulu Johny English ma.. tetiba tukar jadi Encik Bendul).Lagi satu,kita menulis secara pura2 ataupun saya panggil Entri Lakonan bermaksud apa yang kita tulis dalam entri tu tak sama dengan keadaan kita.Mood kita tengah sedih tetiba nak buat satu entri yang happy.Memang boleh tapi dengan cara tu tak mungkin kita akan dapat sentuh hati readers.So tulislah ikut keadaan dan jangan push2.

Kita ibaratkan buat nama dalam blog ni sama macam player bola buat nama.Dalam bola sepak kalau nama player tu tak lah gah maka dia tetap akan bermain untuk pasukan kerdil sampai tua.Maka diorang akan berlatih dan bermain bersungguh2 untuk bagi kelab2 besar tau kewujudan diorang.Berlatih setiap petang untuk cari skill.Contohnya Sergio Aguero,dulu saya tak pernah dengarpun nama dia tapi lately nama dia asyik disebut2 sebab bakat dia dan banyak kelab2 gergasi eropah yang nak beli dia termasuk Chelsea.

p/s :

- Buat nama tu penting tapi jangan buat nama macam artis yang dapat nama sebab rampas laki orang (uiks)

TIPS : ADA APA DENGAN MEMBALAS KOMEN



Huit,morning guys.Mesti pelik tetiba je Bean Moreno ada update Suterablogger waktu pagi.Jangan pelik sebab saya dah dapat spot untuk online di office tapi bersyarat iaitu kena datang kerja awal dan sememangny sejak dulu saya tak pernah lambat masuk kerja (itupun lepas kahwin.hak3).So lepas ni kalau nak baca Suterablogger saya akan cuba update di waktu pagi time2 macam ni ye.Dah lama saya tak keluar tips untuk blogging.Actually bukan tips pun saja mengada2 cakap tips sebab saya bukannya bagus sangatpun dalam blogging dan saya juga tak se'famous' Angelina Jolie untuk harapkan traffik yang tinggi (uiks ada kena mengen ke?).

Oklah apa yang korang fikir pasal komen.Bagi sesetengah dari kita komen adalah penting dan setiap kali lepas kita update mesti kita nak ada orang komen.Betul ke tak?Cakap jelah betul sebab saya tau.Kan sayapun blogger jugak.So jangn tipu2.Ada di antara kita nampak komen tu sebagai penaik semangat untuk menulis.Ada jugak yang fikir komen tu untuk tau 'feedback' dari readers tentang entri kita kan.Tapi pernah tak kita fikir lepas dapat komen apa yang kita buat?Ramai yang biarkan je orang komen sampai bertimbun2 tapi 'No Respond'.Betul tak?

Oklah sempoi je.Kita anggapkan komen ni macam SMS.Bila kita dapat komen itu bermakna blog kita ada reader dan mereka baca entri kita (walaupun tak habis.hak3).Jadi bila ada komen kita dapat lah 'feedback' mereka.Kebanyakan komen akan ikut topik entri dan ada juga yang komen just tanya khabar (yang ni sila buat di 'shoutbox' ye).Bila diorang komen,diorang pun ada niat untuk dapatkan feedback dari korang.So jika diorang dah penat2 komen dan bagi feedback tapi korang buat dek je mungkin lepas tu diorang fed up dan takkan komen lagi.Yelah cuba korang bayangkan,korang SMS awek korang tapi 10 SMS yang berbalas cuma 1.Apa perasaan korang?Mungkin ada yang positif cakap & faham yang korang bz tapi kalau tak mungkin korang akan cakap awek korang ada BF lain.hak3...Samalah macam komen.Readers akan 'fed up' dan buat dek je dengan entri korang.

Dengan baca & reply komen jugak korang akan dapat idea untuk menulis.Dalam masa yang sama korang akan buat readers yang komen tu terasa dihargai.Bila diorang rasa dihargai diorang akan komen lagi di entri yang lain.Korang bayangkan kalau korang nak ngorat awek.Banyak kali belnja makan tapi takde respond.Itu bermakna dia tak suka lah kan.Jadi bila korang tak 'reply' komen orang yang komen akan rasa korang macam tak suka diorang komen.Jadi...Faham2 sendiri jelah ye dek non (apahal aku dah jadi Azwan Ali pulak ni?).

Banyak lagi sebab kenapa korang kena reply komen readers.Tapi sebab saya dah lapar so sikit dah le ye.Kepada pengkomen korang jugak kena ingat bahawa sila baca entri sampai habis sebelum komen.Sebab manalah tau blogger tu kutuk korang,tapi disebabkan korng tak baca sampai habis maka korangpun ye kan je apa yang diorang cakap (ini dah pernah terjadi ye.hak3).Oklah nak pergi makan & malam karang saya update lagi ye...

p/s :
* Saya nak mintak maaf kalau saya tak sempat nak 'blogwalking' ye.Tapi jangan takut saya akan tunaikan tanggungjawab saya sebagai seorang blogger bila ada masa.

TIPS : APA YANG KORANG KENA TAU PASAL STATUS GLITERATI




Oklah tiba masa untuk saya share sedikit tips pasal Nuffnang.Mungkin ramai yang dah tau tapi dalam Malaysia sahaja ada beribu2 blogger dan statistik menunjukkan setiap hari akan wujud 2 blog baru (yang ni saya main pajak je).Mungkin juga ada blogger yang tak perasan pasal status glitterati diorang atau mungkin dengan penerangan ini ramai blogger yang tak guna Nuffnang akan berhijrah (ooops) ataupun ramai yang lain nak jadi blogger (alamak,Bean jangan larikan niat blogging orang boleh???!!).

Sebelum apa2 biar saya bagitau korang apa itu status Glitterati.Kalau ikut Nuffnang Glitterati ialah :

"Blogger yang hanya menggunakan ads service dari Nuffnang dan tidak meletakkan codes ads company dari SEA (asia tenggara)"

Macam mana nak dapat status ni :

"Just place ads dari Nuffnang then jangan letak code ads company lain"

Apa advantage yang korang dapat dari status Glitterati :

1) Nilai Cost Per Click

Kalau ordinary member korang just dapat RM0.15 je untuk satu klik ads.Tapi bila Glitterati korang akan dapat RM0.25.Beza seposen.Memang tak nampak banyak tapi seposen pun duit.Itu kalau satu klik cuba kalau seratus?

2) Payment Terms

Yang ni memang ramai akan mengeluh.Asyik2 dapat check lambat.Tapi tak tau status korang.Kalau ordinary korang akan receive payment dalam 60 hari.Tapi kalau Glitterati dalam masa 30 hari.Jadi kepada ordinary member jangan merungut kalau dapat payment korang lambat.

3) Advertorial

Advertorial ni memang agak susah nak dapat tapi tak mustahil.Korang just perlu usaha lebih sikit.Advertorial adalah entry khas yang korang buat untuk advertiser.Kira macam iklan besarlah.Korang perlu tulis apa yang advertiser nak sahaja ikut spec.Yang penting bayaran dia mahal dan lumayan.

4) Event

Saya dah banyak kali cerita pasal event Nuffnang ni.Dan dah banyak yang saya join.Dalam event ni je korang dah boleh dapat macam2.Nak tau lebih baca [ini].

5) Kontest

Yang ni pun agak best.Kalau korang perasan banyak kontest yang ada kat Nuffnang.Ada yang menang dapat hadiah & ada yang menang dapat duit.Bukan cikai2 tau.Semua best2.Just check je kat side bar blog Nuffnang sebelah kanan.

6) Innit

Yang ni ramai Nuffnanger lupa.Korang bukan takat boleh ping entri kat Gengblogger je.Kat innit pun boleh tapi kene ada Glitterati kalau ordinary member mintak maaflah ye.Pergi cari alternative lain.

Tulah serba sedikit penerangan apa itu status Glitterati.Yang penting korang kena tau apa yang boleh membuatkan status tu tetiba je kena tarik.Korang akan terasa macam pengawas yang kena lucutkan jawatan (saya pernah rasa).Apakah sebab yang membolehkan status ni ditarik oleh Nuffnang.Satu je sebab dia ialah bila korang letak ads dari company competitor.Siapa?Faham2 sendirilah.

Oklah nak tau penerangan dalam English korang boleh tengok kat blog atau baca kat [sini].Lepas blogwalking tadi baru saya tau dan perasan bahawa Youthsays juga dikira sebagai competitior Nuffnang.So berhati2lah ye...

TIPS : BULAN APRIL UNTUK SUTERABLOGGER


Pergh agak kepenatan hari ni rasa macam na "Guring" sekejap.Alamak terkeluar pulak bahasa ibunda banjarku hari ni.Kantoi sudah.Banjarpun banjarlah janji rock.Tadi saya baru balik dari kenduri kahwin kawan baik saya "Jepun" ingat tak saya ada promote diorang dalam blog ni.Tak tau...Baca sini.Dah jadi laki orang dah eyh.Tak boleh nak lepak2 lagi dah lepas ni (bajet bujang...)

Dah lama kan saya tak post pasal traffik dan apa yang terjadi kat blog ni.Bukan tak nak kongsi tapi atas nasihat pihak2 tertentu saya tak nak post traffik.Nak tau sebabnya apa :

1) TAKUT BLOGGER2 LAIN PATAH SEMANGAT
2) TAKUT ADA BLOGGER CAKAP NAK MENUNJUK

Jadi disebabkan dua major reason yang saya rasa boleh membawa padah,saya takkan post pasal traffik tapi jangan risau saya nak kongsi apa yang terjadi kat Suterablogger sepanjang bulan April (sekejap je dah masuk Mei).Mula2 kita tengok dari segi keyword.Apa yang drive traffik ke Suterblogger :

klik untuk tumbesaran sempurna

Takde lah hebat sangat,sikit je.Tapi kira oklah kan ada jugak traffik percuma dari search engine.Kalau Deydeq berjaya dapat 1k untuk entri Arwah Achik Spin (wah boleh geng ngan Nara dah) saya just beberapa je.hak3...Tapi still oklah.Saya just nak tunjuk yang tak kisah apapun yang kita taip mesti ada traffik yang akan datang.Tapi kene kasi masa sikitlah.Takdelah taip then publish terus boleh dapat traffik.So usaha tangga kejayaan.Dalam blogging apa yang kita kena ada ialah kesabaran.

Apa kata kita terus tengok refferal yang banyak hantar traffik ke Suterablogger :

klik untuk tumbesaran sempurna

Ok,referral pun taklah hebat sangat kan cukup2 makan je.Tapi saya happy jugak dengan apa yang saya dah dapat.Apa kesimpulan dari rajah di atas (hak3 dah macam bahasa buku teks KBSM dah) :

1) Kalau korang nak dapat visitor dari blogger lain yang korang tak kenal silalah gunakan Gengblogger.Jangan berlagak diva ok.Kita blogger picisan je gunakan kemudahan.hak3...

2) Jangan kedekut link dengan blogger lain.Nak tau kenapa?sila baca sini eyh...

3) Gunakanlah kemudahan social networking yang ada macam Twitter,Facebook dan jangan lupa Nuffnang.Korang tak pelik ke macam mana tetiba ada traffik dari Nuffnang.Nak tau kenapa baca sini.

Cukuplah tu,panjang sangat pulak.Sebenarnya saya taklah hebat sangat sama je macam korang.Taip entry,blogwalking dan masih belajar pasal blog ni.Kalau saya dikategorikan sebagai seorang berjayapun semua sebab korang jugak reader2,blogger2 dan kawan2 yang support saya.Apa yang saya tau dan saya rasa sesuai untuk share saya akan share.Sebab ilmu itu milik semua.

p/s :
- Thanks eyh korang sebab bagi support kat saya dan blog ni.Tanpa korang tak mungkin Suterablogger boleh bertapak sampai hari ni.
- Nak kuar jap dating dengan Emmy,jangan jeles ye.

TIPS : APA YANG SAYA BELAJAR DARI NUFFNANG


Selamat malam guys,mungkin ni entri akhir untuk malam ni.Saya baru je balik dari jumpa client kat McD.Terpaksa tinggalkan aiensepet sekejap untuk mencari rezeki.Bukan sebab saya tak romantik tapi sebenarnya romantik itu tak semestinya ditunjuk dengan harta mahupun wang ringgit.Cuma aiensepet je yang tau betapa romantiknya saya.

Oklah macam yang korang nampak kat sidebar,header dan juga atas post saya.Semuanya Nuffnang yang dah berhenti menari.Adakah saya meratapi pemergian tarian iklan.Owh tidak lagi sekarang sebab itu perkara yang kurang penting dan ia membuatkan saya ingin belajar lagi.Semakin kurang tarian semakin saya mencari cara (bukan terkejar2 ye).Entri kali ni saya nak cerita sepanjang dua tahun saya ngan Nuffnang apa yang saya belajar :

1) BERSABAR
Ramai orang yang tak sabar.Semua nak income cepat termasuk saya.Yelah sekarang takde duit macam mana nak tempuh hari esok.Ramai orang bila pasang iklan Nuffnang nak earning naik cepat.Hari ni pasang esok dah harapkan dapat RM50 untuk cashout.Hm,tak boleh macam tuh.Tapi adalah cara dia macam mana nak dapat duit dengan Nuffnang.Kita kena ingat ni bukan bisnes jual Bio_Aura ok.So perlukan kesabaran untuk earning.Pastuh ada pulak yang dah cashout tak sabar nak dapat tiket.Bila tak dapat cakap Nuffnang SCAM.Hoho...Jadi kata kuncinya ialah SABAR.

2) KERJA KERAS DAPAT BANYAK KERJA SIKIT DAPAT CIPUT
Benda ni memang penting.Kat mana2pun sama je termasuk alam pekerjaan.Sebagai contoh,korang buat marketing so maknanya korang kena;ah jumpa orang.Lagi ramai lagi banyak sale.Sama dalam blogging nak hasil yang best kenalah kerja keras sikit.Dalam Nuffnang kalau korang nak buffered bukan takat hantar email then berharap je.Kita kena menulis bila kena ngan Keyword baru dapat buffered.Ok,ada faham?


3) KESETIAAN MEMANG BERBALOI
Sebelum ni saya asyik terfikir yang paste coding Nuffnang amat menyakitkan hati.Sebab duit naik perlahan.Then mula cari ads company yang masyuk skit.Tapi tak berjaya.Tapi bila stay lama sikit ngan Nuffnang baru saya nampak cara sebenar dia.Dia ibarat macam kita guna Celcom BLUE.Ada bonus SETIA bak kata Rita Rudaini.Lagi lama kita guna lagi best.Yelah ada ke ads company lain yang kasi adiah,tiket wayang, dan event.Ada innity kasi semua tu.Takde der.Jadi apa kejadahnya saya nak tukar.Lupakan yang lain.Ramailah yang dulu blah dari Nuffnang tapi sekarang terhegeh2 paste coding Nuffnang balik.Apasal tukar?Tanya tuan punya badan.hak3...


So rasa 3 cukup kot.Banyak lagi sebenarnya tapi memandangkan hari sudah larut malam mata makin kuyu.Bila dah kuyu bantal asyik sebut nama manja saya je ajak bersantai.So renung2kan dan selamat berblogging.


p/s :
- Ingat tujuan asal kenapa korang semua berblogging maka akan jumpa lah apa yang korang cari
- Kalau traffik jatuh just biarkan sebab kalau korang dah usaha tapi still tak dapat apa yang korang cari itu ketentuan

TIPS : BIAR TRAFFIK JATUH JANGAN MORAL JATUH


Morning guys,Bean Moreno masih hidup dan bernafas untuk menulis entri.Saya mula rindukan penulisan.Saya masih rindukan domain dan saya masih rindukan masa yang tepat untuk post entri.Sekarang masa untuk post entri terhad tu yang tak dapat nak buat apa2.Yelah saya bekerja dengan orang mestilah tak boleh nak ikut tekak sendirikan.Jadi kalau dah dicorakkan saya sebagai pekerja asing yang ada Mykard,saya terpaksa ikut walaupun saya terpaksa kerah kesemua tenaga saya untuk siapkan kerja.Itulah nasib pemakan gaji macam saya.


Bila dah post entripun tak kena masa,maka pergerakan platlet blog pun akan terjejas.Kalau terjejas dan menghasilkan gempa bumi traffik syok juga tapi setakat asap kepul2 macam kat Iceland habis semua penumpang lari takut dan menyebabkan kerugian kepada syarikat penerbangan.Alamak apa la yang saya merepek pagi2 ni.Saya nak mintak maaf kepada pengunjung sebab tak dapat nak tunaikan tanggungjawab saya.Tapi saya berjanji mulai hari ni lepas sahaja saya ambil P1 wimax dari mama,saya akan aktif semula di arena bola sepak ni (uiks!).

Dulu mungkin saya akan terasa sangat tak best bila check Nuffnang je tengok traffik sikit.Check Nuffnang je takde buffered.Tapi sekarang semua tu perkara no 3 or 4.Saya semakin syok menulis entri.Saya dah tak peduli pasal traffik,saya dah tak peduli pasal earning.Ni bukan nak cerita poyo eyh,kalau setakat nak dapat earning bagi saya tak susahpun.Tapi nak dapatkan idea untuk menulis itu adalah sesuatu yang susah.Yelah biarkan duit tu datang sendiri kat kita sebab lagi dikejar lagi dia lari.Samalah macam pencuri.Kalau polis tak kejar dia takkan lari.Dia akan tetap mencuri.Cuba kalau polis tangkap pencuri secara diam2 tanpa mengejar mesti dapat.hak3...Jadi fokus pada penulisan itu penting.

Bila kita terlalu pandang earning maka stress akan sampai bila tak dapat.Tapi bila kita fokus pada penulisan kita akan tetap mencari idea walaupun rambut dah beruban (saya belum lagi ye).So dalam masa yang sama kita tak perasan apa yang kita tulis itu mengandungi Keyword2 yang orang cari.Dan traffik itu akan datang dengan sendiri.Korang kena fikir positif tak semestinya apa yang kita tulis hari ni itu lah benda yang akan dibaca orang.Mungkin benda tu akan dibaca lagi seminggu ke,sebulan, or mungkin setahun.Jadi positif je dalam diri.Yakin pada blog dan ingat "Law Of Attraction".

Oklah masa dah sampai.Saya nak jadi orang Korea yang bekerja tepat pada masanya.Kalau sempat saya akan up satu tutorial untuk korang.Ni tutorial tentang apa yang saya dah buat semalam.Harap2 bersabar ye dan doakan saya berjaya untuk menulis hari ni.

p/s :
- Sorry eyh tak dapat nak upload gambar banyak2 sebab blogspot macam nak cari gaduh dengan saya
- Doakan saya berjaya dalam hidup eyh
- Thanks to eyriqazz sebab mention nama saya dalam post dia.Nak baca klik sini
- Maafkan saya kalau saya tak sempat nak blogwalk sejak kebelakangan ini ye...

MOOD KERJA KE LAUT...TAPI MOOD BLOGGING MASIH DI TEPIAN PANTAI


Salam guys,late entri dari Bean Moreno sebab tetiba bos panggil saya untuk bekerja hari ni (uiks bukan digantung 14 perlawanan ke?).Takpelah at least ada kerja lagi kan.Saya jadi pelik bila dia panggil saya datang balik kerja.Jadi disebabkan saya dah lama bercuti (baru 4 hari lah Bean),maka mood bekerja masih kelaut macam nelayan gi cari rezeki.Ombak (bukan Ong Bak ye) kemalasan mengganggu emosi saya semasa bekerja.Tapi saya mesti siapkan kerja saya semua.

Mood blogging masih hangat tapi berada di tepian pantai sebab kerja dan blogging adalah satu benda yang berbeza.Lebih2 lagi bila dah cashout (ooops pecah rahsia sudah).Yang best earning untuk "Project Alpha" saya dah received semalam.Makanya saya masih boleh cashout lagi next week sebab dapat earning Gatsby hari isnin depan (wah senangkan jadi blogger).So siapa yang masih belum check earning "Project Alpha" week 6 sila check ye.Yang tak dapat jangan ambil hati dan jangan putus asa sebab saya tau perasaan putus asa itu sama macam perasaan putus tunang (uiks ye ke?).

Pada yang terasa ngan entri saya semalam saya mintak maaf sebab saya takde niat nak sakitkan hati siapa2.Itu just peringatan untuk saya dan korang je bahawa kalau kita tak usaha tapi berangan je lebih memang takkan jadi.Yelah nak jadi macam Redmummy bukannya senang kalau kita just cakap je.Awal2 dalam blogging memang kita kena buat something special untuk blog kita,kalau tak memang kita takkan nampak result.Yang penting biar lambat naik, janji rock (oops!!!).


Nak cerita pasal awal2 saya blogging.Saya start dengan zero knowledge.Nak tengok earning Nuffnang naik sebulan sekalipun susah.Bila buka akaun Nuffnang je perasaan ingin bunuh diri selalu menganggu emosi.hak3...Patuh nak dapat visitro mak aiyh punyalah susah.Setiap hari check mesti bawah 50 unique.Tapi sekarang tidak lagi.Tiap2 minggu dah boleh cash out.Visitor ada lebih sikit la kan.Perbezaan Bean Moreno sekarang dan dulu ialah Bean Moreno yang sekarang dah faham apa itu "Blogging".Dan takkan stress dengan visitor mahupun earning sebab semua tu adalah rezeki dan hasil usaha.Macam hari ni saya update lambat dan tak konsisten,hasil dia memanglah visitor sikit.So redha jelah.

Jadi kepada blogger lain jangan terlalu taksub sangat dengan earning sebab tu semua bergantung pada hardwork korang dan strategi yang korang pasang untuk blog korang.kalau malas so faham2 jelah ye.Jadi kalau korang pasang angan2 nak jadi Redmummy the second jadilah macam dia sebelum Redmummy tu famous.Ingat What You Give You Get Back


p/s :
- Saya tak nak jadi Redmummy tapi saya nak jadi Kenny Sia.Boleh?

BLOGGING BOLEH BUAT AKU KAYA!!!



Selamat petang semua,cuba teka saya ada kat mana sekarang ni?Best,lepak kat sini...Saya bersiaran langsung dari umah blogger popular Haslina Harun.Kalau korang tak kenal silalah kenal2kan diri sebab "Kakak" ni sudah bertukar domain.Yaey!!!Tahniah Kak Ina dengan domain barunya.Apa yang bestnya ialah saya boleh buat macam rumah sendiri dan kak ina masak untuk saya...Sedap.Umpama Upin & Ipin nampak ayam goreng...hak3...

Oklah hari ni tersebarlah rahsia semua blogger dan ramai orang tau yang blogging boleh buat duit.Mesti lepas ni kakitangan kerajaan terutama askar berhenti kerja dan duduk rumah tulis blog.Yelah kalau tulis blog dah boleh buat RM10K buat apa lagi nak duduk office dan berkawad tengah panas.Betul tak?hak3...Habis siapa nak pergi berperang?

Redmummy sekali lagi masuk surat khabar dan headline dia "Jadi Mewah Tulis Blog".Bila keluar je artikel tu ramai yang sibuk2 nak update blog padahal sebelum ni update setahun sekali (itupun just masukkan gambar raya).Lepas Redmummy keluar surat khabar je ramai blogger yang sibuk hias2 blog padahal sebelum ni template selekeh grunge je.Dan yang bestnya bila Redmummy keluar surat khabar ramai orang yang sebelum ni tak tau apa itu blogging dan bukak akaun blogspot semuanya sebab nak jadi macam Kak Red.

Semua orang nak jadi macam Kak red.Semua orang nak dapat duit macam Kak Red.Padahal dulu mengutuk blogger cakap buat blog itu sia2.Saya tak salahkan korang kalau korang ada impian nak jadi macam Kak Red sebab itu tak mustahil.Tapi sebelum korang berkata yang korang nak jadi macam dia adakah korang tau : 

1) Apa yang dia dah buat sampai dia boleh jadi macam tu?
2) Berapa lama dia ambil masa untuk build & brand kan nama Redmummy?
3) Apa effort yang dia dah buat?

Apa yang orang nampak ada Redmummy sekarang adalah usaha dia yang tak pernah kenal erti susah dan masih berusaha sampai sekarang.Sanggup ke korang nak update sehari sampai 3 or 4 entri.Kalau tak sanggup so lupakan jelah eyh.Sebab orang yang update blog selalupun masih terkial2 nak dapatkan check dari Nuffnang.So kata kunci kat sini kalau korang nak jadi macam dia,korang kenalah buat apa yang dia buat sebab dalam blogging memang takde short cut.

Memang flow chart blogging akan jadi macam ni :

1) Budak sengal yang baru pandai taip entri
2) Blogger cap ayam yang blogwalk dan update entri untuk kasitau dia tu blogger
3) Blogger biasa yang sedang belajar Blog + Idea = DUIT
4) Blogger matang yang menaip entri,berkongsi dan mencari popularity
5) Blogger popular yang sentiasa bersama advertiser
6) Blogger hebat yang ada income

Kita memang kena lalu flow kat atas kalau kita nak jadi macam Redmummy.Kalau korang ada jalan pintas sila bagitau saya sebab sayapun nak try.Manalah tau berjaya boleh kaya sama2.Betul tak?Maka dengan akhirnya entri ni harap2 korang boleh berfikir apa yang patut korang buat.Sebab angan2 tanpa usaha memang takkan menjadi.So Stop Dreaming Without Action.

p/s :
- Congrats to Kak Red sebab berjaya buka mata umum
- Sayapun teringinlah jadi macam Kak Red yang berjantinakan lelaki.hak3
- Tips dari Kak Red boleh refer sini

KORANG SEMEMANGNYA SEORANG BLOGGER ROCKSTAR KALAU...

Malam yang sungguh bosan sebab saya sendiri tak faham apa yang saya rasa.Saya masih keliru apa yang ada dalam hati sekarang ni.Serius rasa macam nak belah dada ni bawak keluar hati.Ntah tetiba rasa cam hidup ni kosong. Apa2pun semua takde rasa...Bosan...Saya dah cuba tenangkan dengan semua ilmu yang saya ada tapi tetap kosong walaupun baru lepas dapat payment dari Nuffnang.Allah je yang tau...


Oklah berbalik pada topik asal."Blogger Rockstar" yang nak saya cerita.Ingat "rockstar" dan "otai" berbeza."Otai" adalah satu perkataan untuk yang perasan bagus.hak3...Oooops I am sorry...Korang sememangnya seorang Blogger Rockstar kalau :


1) ENTRI KORANG BOLEH MENYENTUH READERS
Menyentuh di sini bukan bermaksud "Touch My Body" bak kata Mariah Carey tapi boleh bermain dengan redaers.Maksudnya bila korang tulis sesuatu yang lawak ia boleh buat readers ketawa dan bila korang express kesedihan korang melalui entri diorang akan rasa sedih jugak.Ni tak termasuk adegan buat2 nangis ye.Itu dah jadi gediks santai.


2) ENTRI KORANG BERINFORMASI DAN BERMANFAAT
Berinformasi ada banyak ye jangan salah faham.Blog porno pun penuh dengan informasi tau.Tak caya pergi masuk.Yelah informasi pasal benda2 lucah.Betul ke tak?Sebab tu saya tambah bermanfaat.So readers baca entri korang untuk dapat info yang berguna.Bukan cerita tentang kehebatan diri sendiri ataupun menceritakan kekurangan orang lain.


3) ENTRI KORANG BOLEH BUAT ORANG KETAGIH
Orang akan tertunggu2 bila korang nak publish entri baru dah macam mat gian tunggu dadah.Kalau korang tak publish je diorang akan rasa something diorang tak buat.Macam ada je yang tak kena.Bermakna tanpa penulisan korang, readers tak tentu hala.Kadang2 ada yang kasi mail paksa suruh tulis entri.


4) ENTRI KORANG DI"VIEW" OLEH READERS YANG SAMA BANYAK KALI
Tahap keseronokan readers membaca entri korang sampai bila korang tak update diorang ulangkaji entri2 lepas macam study ambil final exam.Semua entri korang diselongkar semula sampai naik hafal dah.Itupun tak puas hati lagi.


5) KORANG BOLEH BERINTERAKSI DENGAN READERS 
Ini tak bermakna korang kena mintak no phone dia (terutama kalau readers or blogger tu cun macam Cikepal..hak3).Ini bermaksud semua comment korang boleh balas.Balas kunjungan visitor korang.Dan kalau ada yang diorang nak tanya,jawablah dengan ikhlas.Join gath ke...Lebih kurang cam tulah.


Jadi Kesimpulannya kalau nak jadi seorang blogger yang hebat,kaji dan belajar cara penulisan yang betul.Saya banyak belajar cara menulis dengan beberapa blogger.Walaupun Kureng skit la kan dari blogger2 yang ajar saya tapi saya rasa puas sebab menulis ni best.


p/s : 
- Screen laptop jahanam so kene pakai desktop yang ber"screen"kan warna tone hijau.Menulis entri menggunakan monitor yang rosak sungguh menyakitkan.
- Tak dapat nak upload gambar check Nuffnang sebab xde camera.Saya tak tipu betul.Tak percaya esok saya upload
- Tiada gambar sebab mata dah sakit & xde mood nak edit gambar

TIPS : UNDANG-UNDANG PENULIS 12


Saya tengah menggodeh modem Huawei maxis cousin saya.Kepala hampir biol sebab saya dah try setting yang emmy kasi tapi tak berjaya.Ades apahal la maxis ni kedekut sangat gi lock.Hm,bilala saya boleh dapat pakai balik Digi 3G turbo tuh.Saya memerlukannya bila berada di kampung.

Oklah saya nak buat undang2 penulis 12.Jadi yang ke-12 adalah "Learn To Tell Both Side Of The Story".Ok maksudnya kita kene pandai mengolah sesuatu tu dengan baik.Uiks yeke?Anggap je betul..hak3..Kalau entri yang kita tulis tu amatlah serius kita kena pandai neutralkan dia.Maksudnya olah jadi benda tuh happening.Sebagai contoh,kita tulis pasal personal.Walaupun benda tu emo kita cuba jangan kasi reader kita emo jugak.Try buat ayat yang boleh membuat readers selesa.

Kesalahan kebanyakan dari kita ialah cume bercerita bagi pihak kita dan kita tak fikirpun reader yang baca or blogwalk tu suka ke tak?Memangla blog tu adalah milik kita dan kita berhak tulis apa yang kita nak.Tapi persoalannya adakah itu untuk kita tulis syok sendiri atau tatapan umum(wah dah macam wawancara jangan tidur lagi dah ni).Kalau korang niat just untuk korang baca je jangan cari traffik sebab nanti orang lain akan baca.betul tak apa yang saya cakap ni.??Kita boleh tulis pasal personal tapi make it simple and reader selesa.Kalau tak sia2 je tulis tapi orang tak baca n komen.hak3...So pandai2 la korang ye...

Alamak Undang2 penulis dah habis,so kenela cari idea lain.Kene cari traffik tapi macam mana killer psot dah habis...hak3...Tapi sekarang senang nak jadi popular.Kita just pergi GB then masuk forum pastu komen yang membina diri sendiri pasti boleh cepat popular...hak3...I am Sorry...

p/s :
- Nak balik,perut dah lapo...
- Tengah berdoa duit jatuh dari langit...boleh ke??

TIPS : UNDANG-UNDANG PENULIS 11


Hye guys,seperti yang dijanjikan saya nak sambung balik entri berkenaan dengan undang2 penulis.So entri kali ni saya nak share yang no 11.Alamak nak dekat habis dah.Maknanya saya kene cari idea baru untuk dikongsi next time.Tapi jangan takut.Pengalaman mengajar kita so kita gunakan lah pengalaman tersebut untuk berkongsi.



Untuk undang2 yang ke- 11 saya nak share pasal "Don't settle On Just One Style,Try Something New".Wah dalam maksud ayat ni.Bagi saya ayat ni memberitahu bahawa dalam penulisan kita tak sepatutnya tumpukan pada satu cara menulis je.Sebelum saya buat entri ni saya pergi blogwalk ke blog2 yang best2 macam redmummy,beautifulnara,forfeetnine,dan sixthseal. Korangpun tau yang blog diorang ni memang top.So apa yang saya dapat dalam blog diorang ialah diorang memperlbagaikan cara penulisan diorang.Ye memang simple tapi cara penyampai lain.

Dalam satu entry kita boleh mempelbagaikan cara penulisan dan dalam satu blog kita boleh mepelbagaikan entri.Contohnya kalau la kita tulis pasal personalkan jangan la asyik nak tulis pasal emo je.Takpun cerita harian yang sama.Sebagai contoh :

Isnin
9.00 am - sarapan
10.00 am- tulis entri
11.00 am - buat report kolej
12.00 pm - makan tengahari


Selasa
9.00 am - sarapan
10.00 am- tulis entri
11.00 am - buat report kolej
12.00 pm - makan tengahari

Rabu 

9.00 am - sarapan
10.00 am- tulis entri
11.00 am - buat report kolej
12.00 pm - makan tengahari


Apakata kalau kita ubah sikit :


Isnin
9.00 am - sarapan
10.00 am- tulis entri
11.00 am - buat report kolej
12.00 pm- makan tengahari


Selasa
9.00 am - Bincang pasal kawen
10.00 am- repair pc
11.00 am - blogwalking
12.00 - ngorat awek


Rabu
9.00 am - sarapan dengan awek russia
10.00 am- tulis entri sambil minum kopi
11.00 am - buat report kolej bersama awek russia
12.00 pm - makan tengahari dengan boss

Faham?kalau tak faham macam ni lah.Yang simplenya jangan tumpu pada satu topik je.Buat banyak sikit or pelbagaikan cara penulisan dan juga jenis2 entri kecuali kalau kita memang dah betul2 dapat niche yang sememangnya kita boleh buat traffik yang bagus contohnya macam Beautifulnara & Kak Ina KL. Yela kalau kita asyik2 tulis benda yang sama readers akan senang bosan dan dah tau apa yang korang akan tulis.So loyal readers akan berkurangan. Akibatnya korang tak dapat nak maintain visitors. 

Itu jelah kot untuk entri tips kali ni.So ingat yang paling penting jangan cedok entri orang sebab nanti jadi hal plak.Cuba buat tulisan sendiri sebab lagi seronok orang nak baca & readers mungkin akan lebih menghargaai dan menunggu entri korang.Tak caya try la buat.

p/s :
- Akhirnya isu plagiat dah settle.So it's not a big deal
- Thanx to readers yang selalu masuk blog ni ye...

TIPS : UNDANG-UNDANG PENULIS 10



Salam guys,Dah petang dan seperti biasa hari ni memang bz skit sebab hari ni hari Isnin.Dah best2 dan semangat saya siapkan komputer bila time nak hantar je hujan.fuh!!Tapi oklah pc dah siap tinggal nak pasang je kat tempat awek Russia.Cair beb dengar suara dia.hak2.

So entri yang ni saya nak sambung pasal Undang2 Penulis.Wah sekejap je dah sampai 10.Maknanya tinggal lagi 2 je.Ok yang ke-10 ni stated "Go For Walks,Dance,Pull Weeds,Do the Dishes Write About It".Maksudnya tak kisahla apapun yang kita buat kalau nak tulis just tulis.Dalam blogging takde batas untuk menulis selagi tak melanggar undang2(bukan undang2 penulis).Kalau korang nak tulis pasal korang sakit perut pun takde hal.Tak semestinya korang tulis pasal sakit perut then pergi tandas tak boleh mendatangkan manfaat.Mungkin korang sakit perut pasal gastrik ke,salah makan ke...So korang boleh tulis sebab benda tu readers akan baca kalau berfaedah.Nak buat entri lucah...Boleh tapi jangan direct sangat kasilah double meaning skit.



Korang nak tulis Tutorial takde hal,tapi pastikan korang dah try & praktik baru boleh publish.Jangan korang blogwalk pastu nampak tutorial best2 terus copy paste.Tak elok camtu sebab korang pun tak tau pasal tutorial tuh & tak feel pastu just copy paste.Sebab tak semua coding html boleh ngam ngan semua tutorial widget or apa2 tutorial blog.So korang pandai2la.Lagi satu kalau korang nak tulis pasal politik.Takde masalah cuma korang pandai olahla.jangan jadi Aduka Taruna dahla..So dalam blogging takde had penulisan ye.Jangan pandai2 cakap kita cuma boleh tulis pas something yang kita hebat je.Tulis pasal personalpun salah satu daripada cabang penulisan tapi make sure kene tulis something yang interesting.

p/s :
- pendekkan entri ni.Saya rasa ada kekurangan tapi apa boleh bikin ada orang kacau tadi.hak3...
- Dah nak balik...lapo la...cheeeeowwww...

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails