Showing posts with label Emosi Blogger. Show all posts
Showing posts with label Emosi Blogger. Show all posts

TIPS : ADA APA DENGAN MEMBALAS KOMEN



Huit,morning guys.Mesti pelik tetiba je Bean Moreno ada update Suterablogger waktu pagi.Jangan pelik sebab saya dah dapat spot untuk online di office tapi bersyarat iaitu kena datang kerja awal dan sememangny sejak dulu saya tak pernah lambat masuk kerja (itupun lepas kahwin.hak3).So lepas ni kalau nak baca Suterablogger saya akan cuba update di waktu pagi time2 macam ni ye.Dah lama saya tak keluar tips untuk blogging.Actually bukan tips pun saja mengada2 cakap tips sebab saya bukannya bagus sangatpun dalam blogging dan saya juga tak se'famous' Angelina Jolie untuk harapkan traffik yang tinggi (uiks ada kena mengen ke?).

Oklah apa yang korang fikir pasal komen.Bagi sesetengah dari kita komen adalah penting dan setiap kali lepas kita update mesti kita nak ada orang komen.Betul ke tak?Cakap jelah betul sebab saya tau.Kan sayapun blogger jugak.So jangn tipu2.Ada di antara kita nampak komen tu sebagai penaik semangat untuk menulis.Ada jugak yang fikir komen tu untuk tau 'feedback' dari readers tentang entri kita kan.Tapi pernah tak kita fikir lepas dapat komen apa yang kita buat?Ramai yang biarkan je orang komen sampai bertimbun2 tapi 'No Respond'.Betul tak?

Oklah sempoi je.Kita anggapkan komen ni macam SMS.Bila kita dapat komen itu bermakna blog kita ada reader dan mereka baca entri kita (walaupun tak habis.hak3).Jadi bila ada komen kita dapat lah 'feedback' mereka.Kebanyakan komen akan ikut topik entri dan ada juga yang komen just tanya khabar (yang ni sila buat di 'shoutbox' ye).Bila diorang komen,diorang pun ada niat untuk dapatkan feedback dari korang.So jika diorang dah penat2 komen dan bagi feedback tapi korang buat dek je mungkin lepas tu diorang fed up dan takkan komen lagi.Yelah cuba korang bayangkan,korang SMS awek korang tapi 10 SMS yang berbalas cuma 1.Apa perasaan korang?Mungkin ada yang positif cakap & faham yang korang bz tapi kalau tak mungkin korang akan cakap awek korang ada BF lain.hak3...Samalah macam komen.Readers akan 'fed up' dan buat dek je dengan entri korang.

Dengan baca & reply komen jugak korang akan dapat idea untuk menulis.Dalam masa yang sama korang akan buat readers yang komen tu terasa dihargai.Bila diorang rasa dihargai diorang akan komen lagi di entri yang lain.Korang bayangkan kalau korang nak ngorat awek.Banyak kali belnja makan tapi takde respond.Itu bermakna dia tak suka lah kan.Jadi bila korang tak 'reply' komen orang yang komen akan rasa korang macam tak suka diorang komen.Jadi...Faham2 sendiri jelah ye dek non (apahal aku dah jadi Azwan Ali pulak ni?).

Banyak lagi sebab kenapa korang kena reply komen readers.Tapi sebab saya dah lapar so sikit dah le ye.Kepada pengkomen korang jugak kena ingat bahawa sila baca entri sampai habis sebelum komen.Sebab manalah tau blogger tu kutuk korang,tapi disebabkan korng tak baca sampai habis maka korangpun ye kan je apa yang diorang cakap (ini dah pernah terjadi ye.hak3).Oklah nak pergi makan & malam karang saya update lagi ye...

p/s :
* Saya nak mintak maaf kalau saya tak sempat nak 'blogwalking' ye.Tapi jangan takut saya akan tunaikan tanggungjawab saya sebagai seorang blogger bila ada masa.

CULTURE : ADAKAH ORANG MEMAINKAN HUKUM ATAUPUN PROPAGANDA MEDIA



Salam guys,sorry hari ni saya lambat update macam semalam.Agak sibuk dari tadi buat last check untuk inventory software & hardware.Pening siot sebab benda dah lama so dah tak tau mana pergi serial number & report memang tak teratur sikit.Kepala dah macam nak pecah dah ni.Jangan tetiba jadi gila baling tukul kat mak bapak macam dalan surat khabar tu dah le...hak3..




Nak cerita pasal surat khabar kan saya sekarang ni macam suka baca surat khabar (kira dah tak skinhead lagi dah ni).Tapi lately banyak pulak cerita pasal ustazahlah,pasal ustazlah yang baru tadi saya terbaca ialah pasal Imam.Semua cerita2 dalam akhbar ni kalau cerita pasal kebaikan dan tunjuk ajar golongan2 ni takpela.Yelah dalam komuniti kita (komuniti Nuffnang terkecuali),golongan2 ni adalah golongan2 elit yang dihormati.Kira frontliner agamlah.

Last week kecoh pasal ustazah buat seks dengan warden sekolah.Memang siapa buat topik pasal benda ni memang dapat hit ribu2 lebih2 lagi kalau dapat letak video diorang.Tapi masa isu ni keluar apa yang dikhabarkan dalam surat khabar dan gambar tuh berbeza sama sekali.Saya rasa macam was2 sebab sekarang ni bukan kira bohsia tepi jalanpun dah pandai pakai tudung & purdah sebab nak cover kerja kan.Jadi wajarkah kita melalui penampilan dan tanpa bukti kita buat tomahan dengan selamba mak nyah yang di dalam gambar itu adalah ustazah.Tak pasal2 dapat dosa kering.

Semalam keluar pasal ustaz muda.Ustaz muda ni tipu dia boleh ubat kanser.Melalui webcam dia boleh ramal penyakit orang tu dan tahap keberapa kanser orang tu.Pergh dah macam mesin pulakkan boleh impas ikut webcam.Mungkin dia berkawan dengan transformer kot.Tapi kenapa dia dikaitkan dengan "ustaz".Adakah disebabkan dia memakai tarbus tiga abdul dia dah boleh digelar ustaz.Layakkah dia.Ramai manusia di atas muka bumi ni yang pakai serban,songkok dan jubah bagai yang hanya sebagai pakaian tanpa ikhlas di hati.So bila nampak orang jahat pakai songkok or jubah dah senang2 dapat panggilan ustaz.Dah tak payah pergi al-Azhar or pergi sekolah pondok.Tanpa ilmu pun dah boleh digelar ustaz.

Hari ni cerita baru pulak.Cerita pasal Imam Simpan Kekasih.Dari segi cerita dalam surat khabar memang ada buktilah yang mamat ni bagi ceramah agama kat surau2 dan dalam masa yang sama duduk bersekedudukan dengan teman wanita dia.uiks?Apa yang dibuat tu memang agak bijak sebab menyimpan kejahatan disebalik kealiman.Apa cer sekarang ni golongan yang bertitle imam boleh dikaitkan dengan cerita2 macam ni.Imam sepatutnya adalah ketua.Kalau orang macam saya ni buat macam tu boleh tutup sebelah mata tapi ni imam.Ye memang betul imampun manusia,tapi sepatutnya imam lebih pandai dan berilmu jika nak dibandingkan dengan saya yang agak jahil ni.

Perseoalannya sekarang ialah :

1) ADAKAH BENAR YANG BUAT KERJA2 NI FRONTLINER DALAM AGAMA DAN MEREKA SENDIRI DAH BERANI MEMPERMAINKAN HUKUM?

2) ADAKAH GELARAN TERSEBUT DIGUNAKAN HANYA SEBAGAI TAJUK UNTUK MENJADIKAN SESEBUAH AKHBAR ITU HANGAT?

Jadi mari kita renungkan apa yang terjadi dan berfikir secara waras sebelum kita membuat tindakan ataupun melemparkan tomahan pada seseorang itu.Sekiranya kita punya bukti yang betul2 kukuh dan bukti itu boleh membuat tuan punya melompat dan terjun Sungai Kelang barulah buat tuduhan.

p/s :
- Sorrylah kalau agak emosi pasal cerita2 macam ni kita sepatutnya kena fikirkan secara serius dan lebih penting dari siapa yang menang Akademi Fantasi 8.
- Mungkin lepas ni orang yang berjubah pergi merompak bank pun akan dapat gelaran Ustaz or Imam dan mungkin bapuk or pelacur yang buat projek pakai tudung akan senang2 dapat gelaran ustazah.

MALU...TERHARU...MALU....


Selamat tengahari,hye bersama saya Bean Moreno yang baik hati...hak3...Sorry ye hari ni saya lambat update sekarang baru saya free sebab tadi saya "berbayar".Esok ada MQA visit dan saya kena kerah segala apa yang ada dalam diri saya (termasuk angin2 dalam badan) untuk menyiapkan kerja.Saya akan cuba siapkan kerja sebelum pukul 6 kalau tak kena OT Free...

Minggu ni adalah satu minggu di mana saya kena pergi beli banyak stock seluar dalam sebab asal bukak blog je spender koyak.Asal blogwalk je spender koyak..Memang minggu ni syarikat pembuat pakaian dalam seperti Renoma,Crocodile dan Triumph (ooops silap pulak) akan mendapat untung besar kerana saya.hak3...takdelah saya cuma bergurau je.

Saya amat terharu bila saya blogwalking ramai yang buat entri pasal blog ni.First time dalam hidup saya rasa ada orang lain menghargaai saya dan apa yang saya buat.Semalam saya baca entri yang Sendra buat untuk blog ni.Nak baca eyh,ni entry Sendra untuk saya :


Pagi ni saya terbaca pulak Bob Redfinger buat entri pasal Suterablogger ni.Nak baca boleh klik Tajuk di bawah :


Korang semua berjaya buat saya happy sebab selama ni apa yang saya rasakan adalah sengsara dan tak siapapun yang tahu.Korang nampak saya tulis entri lawak2 dan korang jumpa saya kat event dengan dengan karektor yang happy dan ceria tapi sebenarnya saya buat korang happy untuk melupakan apa yang saya lalui sepanjang hidup saya (wah ayat macam mangsa rogol pulak).

Selama saya berjalan dengan kaki dan menyuapv makanan menggunakan tangan ni kebanyakan orang terdekat dengan saya (tak termasuk family & aiensepet) tak sedar kewujudan saya.Takde siapa yang akan admit mereka perlukan saya.Balik2 lepas saya buat kerja untuk naikkan nama diorang saya akan dicampak dan lepas tu saya tak dipedulikan lagi.

Cerita ni bukan takat alam pekerjaan je.Dalam persahabatan pun sama.Bila time saya ada kelebihan ramai orang datang keliling,ramai orang puji2 dan ramai orang yang sanggup buat apa yang saya suruh.Tapi bila nampak satu kelemahan yang sekecil biji sawi (alamak bahasa ustaz pulak) saya ditentang,dihina dan benda yang akan nampak pada saya ialah keburukan.

Tapi bila saya jejakkan kaki kat dunia blog ni saya nampak sesuatu yang berbeza.Nak tau apa perbezaannya.Perbezaannya ialah kita kuat sebagai satu komuniti dan kita berkongsi apa yang kita ada bersama.Saya bangga dengan kawan2 blogger saya yang sekarang ni nama tengah meletup2 contohnya macam Melz, Eyriqazz, Kak Tash ,CikHel ,Sendra ,Aus ,Bob ,Kak Ina, Deydeq, Fatehah dan ramai lagi (kalau nak sebut semua memang lenguh jari merahku ini ..ooops).Bagi saya korang memang best.

Oklah apa yang ingin saya sampaikan kita berusaha nak jadi yang terbaik,tapi tolong jangan ingat kita bagus sebab kita perlukan sokongan untuk dapat apa yang kita nak.Jadi apa yang penting KERJASAMA!!!

p/s :
- Kalau manusia boleh hisup tanpa bantu manusia yang lain masing2 dah ada server untuk blog sendiri tak payah pakai blogspot dah...hak3 (apa kejadahnya ni!!!)
- Terasa macam nak karok lagu Mawi - Terharu pulak...

TERLALU PENAT SAMPAI KALAU ADA MCD DEPAN MATAPUN TOLAK MENTAH-MENTAH


Salam korang,Yeay! at last saya berjaya up 2 entri untuk hari ni.Hari ni saya berjaya membazrkan masa saya berjalan2 mencari satu company yang sebenarnya tidak wujud di muka bumi.Terasa bongok gila bila pergi ke tempat tu yang dicari company hosting tapi yang jumpa adalah company jual beg SWAN.hak3....So masa terbuang dan badan letih mengadap jam.

Saya amat penat sampaikan tajuk entri kat atas memang takde kena mengena dengan apa yang saya nak tulis.hak3...Tadi saya baca banyak orang buat entri diorang dah dapat duit Gatsby.Kalau ditanya saya dah dapat ke blom...Memang saya akan jawab belum.Tapi takpelah mungkin malam2 sikit baru masukkan.Yelah 500 orang blogger dia nak kasi,so perlahan2 kayuhlah Nuffnang saya faham kesibukan anda (saja nak sedapkan hati).Yelah mana mungkin blogger yang buat live blogging tak dapatkan (gaya berlagak skit.hak3).Memang saya terus tanya Timothy je nanti.


Saya amat merindui sesuatu.Benda yang orang lain dapat tapi saya dah lama tak dapat.Saya nak Buffered la Nuffnang.Rasa2 esok boleh bagi tak kat saya.Dah la saya tak sempat buat Project Alpha takkan buffered pun tak dapat.So saya tau esok kasi saya buffered campaign untuk Toyota VIOS eyh dengan HP.Saya tak kira.Sebelum saya bawak diri tolong bodek saya eyh Nuffnang.hak3...Gurau2 je..Tak dapatpun takpe janji Check saya kasi hantar cepat sikit.Nak guna duit ni.

Semalam Liverpool menang ke kalah eyh?tak sempat nak tengok sebab terlampau penat.Ni lah dugaan pekerja rajin macam saya.Minat yang mendalam harus diketepikan.Tapi season depan saya takkan bayar membership selagi Gillet ngan Hicks tak jual Liverpool.

p/s :
- Apa mau bikin ini malam sebab rumah takde internet
- Hm,tengah tunggu aiensepet balik kerja tu yang boleh taip entri nasib ni
- Kalau rajin tolong vote video slurpee saya.Please3 kamoo jangan nakal...

SUSAH BILA ORANG TAK PANDAI BUAT2 PANDAI - ENTRI EMO


Hilang mood pagi ni.Kenapalah tak habis2 nak menyusahkan orang lain.Kalau nak investigate tak payahlah kacau orang lain.Bengang siot,Kalau betullah saya nak jual harta benda syarikat buat apa saya bagitau boss.Ada logik skit.Kalau ye pun saya nak curi harta syarikat buat apa saya kasitau HR.Yang buat tak logik apa yang saya dapat kalau curi komputer pentium 3.Saya takde la bodoh sangat sampai tahap macam tu.Adus tulah akibat kalau suka sangat syak wasangka kat orang lain.Asyik ingat diri sendiri je yang betul.


Tadi saya ada tulis pasal budak yang pandai buat benda bodoh.Ni ada plak insan yang tak tau apa2 tapi berlagak macam bagus.Sayapun tak faham apa yang dia nak.Benda kecil nak besar2kan.Saya buat atas arahan kalau lah saya tau yang benda ni nak jadi takde saya panggil supplier tu datang.Buat malu je.Kalau nak sangat komputer pentium 3 tu simpan je lah buat macam monumen bersejarah.Nak tarik costumer tapi still ke belakang.Kalau bagi free komputer pentium 3 tu sayapun tak nak.Nak install photoshop pun tak lepas. saya dah lebih 6 tahun main bidang IT takde sampai bodoh sangat.

Pastu nak inventori,saya dah cakap benda tuh ada kat pendrive staff lain tetiba tel nak mintak kat saya.Hari tu cakap saya tak boleh bawak keluar data.Then kalau staff tu dah delete itu masalah saya ke?Kalau ye pun tak suka saya kerja sana tak payah nak tuduh benda yang saya tak buat.Buang sikap berlagak pandai.Kalau betullah saya ni nak jatuhkan syarikat tuh hari tu saya bawak masuk komputer dengan software saya letak harga tinggi2.Ni saya kasi harga saya sendiri.Lain kali orang kasi report simpan,saya nak bawa balik rumah buat apa?Baik saya main photoshop kat rumah dari buat kerja.Ntah apa2 la.Saya betul2 dah muaklah dengan perangai dia.Memanglah awak tu boss tapi tak semua boss betul.Untung nak juta2 tapi invest sepuluh sen.Mana boleh der...

Boleh tak tolong janganlah menyusahkan hidup orang lain.Saya dah tolong tu kira patut berterima kasih ni lagi nak kasi saya menyampah.Owh damn...Suka bagi orang lain marah dan meluat.Dah lama saya pendam dah benda ni.Selama ni saya tak pernah nak bercerita tentang sikap kurang pandai dia ni.Tapi hari ni betul2 dah tak tahan.Perangai dia ni kalau dilayan boleh buat orang lain jadi gila.

p/s :
- sebagai majikan kita juga kena tau apa yang staff tak puas hati bukan setakat cakap apa je yang kita nak atau tak puas hati.
- Staff pun manusia juga ada perasaan bukan robot yang cuma tunggu arahan generik kod komputer
- Jangan asyik fikir staff je salah fikir kenapa ramai staff yang resign

CULTURE : GIRLS,TOLONG SAYANGI SESUATU YANG BAIK DIDEPAN MATA SELAGI IA MASIH ADA...

Morning guys,entri hari sabtu yang sangat memeritkan.Biar sakit badan jangan sakit hati sebab sakit badan boleh pergi spa urut tapi sakit ati macam mana mau urut?hak3...Harap2 hari ni kerja saya berjalan seperti biasa,lancar dan tiada gangguan.Sebab susah nak buat kerja kalau kena gangguan terutama sekali gangguan seksual.uiks?!


Apa perasaan korang bila orang yang korang sayang,orang yang korang suka tetiba je sakit?hak3...Sorry entri ni agak personal sikit la...Sebenarnya macam ni,semalam saya dihubungi seorang kawan saya melalui facebook dan mintak tolong saya.Dia ni bolehla nak dikatakan rapat dengan saya.Dulu sebelum dia kahwin kitorang memang suka buat benda2 jahat bersama.Ni la dialog dia dengan saya :


Kawan A : bro,sorry kacau.Lu bz ke bro?
Bean Kacak : takdela ok je kenapa?
Kawan A : gua nak mintak lu advice wife gua la.Makin lama,makin teruk...
Bean Kacak : Alamak bab2 rumahtangga ni gua agak susah skit la bro nak   campur.Ni apahal lagi.Kalau lu nak ajak gua rembat budak gua suka.hak3...
Kawan A : Alamak gua serius ni bro.Lagi 10 minit gua datang amik lu...


Itu sebahagian dialog.Oklah yang membuatkan saya taknak campur sebab bini dia ni memang garang.Saya yang samseng ni pun memang takut.Tapi jangan anggap dia ni takut bini.Bini yang tak takut dia...hak3..Kalau saya melawan silap2 boleh berkicap muka bini dia.Setelah 10 minit dia sampai.Saya ingatkan sorang tapi sekali dengan bini dia.Adus...So saya diculik sebentar dan dibawa ke satu tempat makan yang dirahsiakan...


Pada awalnya semua berjalan lancar dan dia bagi alasan dia bawak saya sebab nak bincang hal bisnes (Wah bisnes gitu..!).Sampai ada kejadian yang tak disangka2 terjadi bila dialog ni terkeluar dari mulut :


Kawan B : Bang esok pergi shopping boleh.Nak beli baju n handbag baru...
Kawan A : Alamak sayang,bulan ni agak short sikit la.Banyak benda nak buat...
Kawan B : Ko ni semua tak cukup!Menyesal aku kahwin dengan ko la macam ni!
Kawan A : Apa ni?!!!


Si isteri menengking suaminya di hadapan orang ramai.Tanpa memikirkan maruah suaminya.Semua orang yang datang pandang ke arah kami.Sayapun jadi malu jugakla sebab saya ada kat table ni.Jadi saya ambil langkah yang bijak skit.Saya pun mula kan perbualan dan tarbiah dengan sungguh dedikasi memandangkan semalam adalah hari kematian Arwah Din Beramboi...


Bean Kacak : ...Ko tau tak hari ni arwah din beramboi meninggal?
Kawan B : Yang ko ni kenapa tetiba nak masuk campur cerita pasal Din Beramboi?Boleh jangan sibuk tak?
Bean Kacak : ...Tuhan pinjamkan Din Beramboi kat kita sekejap je..Dia dapat buat semua orang happy tapi sekarang dah takde.Ko dapat bayangkan tak kalau tetiba hubby ko sakit or dah takde?Ada tak lagi orang yang akan dapat buat ko senyum,ketawa dan happy macam mana ko rasa sekarang...Aku kenal dia lebih daripada ko kenal dia...Aku tau perangai dia...Dan kalau bukan sebab dia sayangkan ko dah ramai dah perempuan yang boleh dia sebat.Bersyukurla,ko pun kenal aku macam mana kan?ko tau apa yang aku pernah buat dulu...So bila kitorang dah berubah ni tolong la appreciate.Kita bukannya datang dari keluarga kaya.Kita duduk KL ni cari duit untuk survive dan bukan untuk dihabiskan.


Tu je yang saya cakap.Dengan tiba2 wife dia menangis dan senyap.Kamipun habiskan makanan dan saya suruh kawan saya tu hantar saya balik.Masa kawan saya hantar dia hantar saya sampai pintu rumah.


Kawan A : Bean thanx a lot sebab lu tolong gua.Sebab tu lah gua sanggup datang amik lu malam2 even pukul 2 malam sekalipun
Bean Kacak : Takde hal bro.Kita dah lama kenal dan kita sama2 pernah jahat dulu bro.Orang jahat akan faham apa yang orang jahat fikir.Jadi kalau lu susah guapun susah sebab kita adalah "SAMA".
Kawan A : Tapi bro macam mana lu boleh tau yang gua tengah sakit?Apa ilmu lu pakai?
Bean Kacak : Memangla lu kan tengah sakit ati..Gua tau la bro...
Kawan A : Tak bro sebenarnya gua memang tengah sakit.Badan gua dah tak kuat.Memang tak macam dulu.Tapi tak sorangpun yang tau.Lu orang pertama yang tau bro.Harap lu simpan benda ni jangan kasitau yang lain ye.
Bean Kacak :Lu jangan buat main boleh tak bro?


Tanpa buang masa dia peluk saya dan terus beredar.Saya tergamam dengan perbuatan dia.Menitis air mata saya sebab dia adalah orang yang terapat dengan saya.Harap2 itu cuma gurauan.So kesimpulannya kat sini saya nak ekspress bahawa tolonglah hormat suami atapun isteri anda.Kalau korang dah terima dia maka terimalah kekurangan dia.Sebab kadang2 ada satu rahsia yang tak korang tau.Saya agak pelik banyak jugalah pasangan yang suka bergaduh dan nak tunjuk pergaduhan tu kat khalayak ramai.Suka menjatuhkan air muka pasangan masing2.So fikir dan berubahlah sebelum terlambat.Jangan menyesal ok...


p/s :
- Saya semakin pelik,di manakah taraf seorang suami sekiranya isteri dah boleh tinggikan suara (nasib baik aiensepet tak macam tu).Tak ke korang sedar bahawa syurga korang ada di tapak kaki suami?
- Sorry entri ni agak emo dan untuk pengetahuan saya menagis ketika menulis entri ni.Abaikan perasaan saya sebab tak pentingpun.
- Entri tak bergambar sebab mood ke laut.
- Andai kata saya tak menulis lagi untuk masa akan datang harap semua dapat maafkan semua kesalahan saya dan apa sahaja penulisan saya yang menyinggung perasaan mana2 pihak.

KORANG BOLEH TAK JANGAN ROSAKKAN PERIUK NASI ORANG LAIN DENGAN TABUR PASIR

Hye morning guys,sorry entry yang lambat sebab actually tadi saya dah sampai office awal tetapi ada sesi meluahkan perasaan dengan staff kolej yang lain.Duduk di kopitiam sambil dibelanja minum dan rokok.Tak sangka pendapat saya sama dengan mereka.Ramai yang bersimpati dengan nasib pekerja bangladesh yang ada Mykard macam saya (pekerja bangla pun ada perasaaan apa).


Hari ni saya nak tegur sikit pasal satu fenomena yang melanda dunia blog hari ni.Mungkin kalau korang ada perasan saya pernah tegur pasal benda ni.Tapi benda ni still lagi berlaku.Adakah dengan menegur cara baik tak diendahkan?Tapi jangan takut saya masih boleh kawal emosi semasa blogging kalau tak saya dah cakap korang semua macam sampah...OoOops...I am sorry.hak3...


Saya tak salahkankan semua yang terlibat dalam bisnes dapatwang, myspacemoney dan apa2 yang seangkatan dengannya.Itu hak masing2 dan ada jugak yang saya respect cara diorang buat duit dengan benda2 ni.Konsep sama je macam Nuffnang iaitu advertisement ataupun CPC.Tapi korang kenalah hormat kami golongan blogger yang cari side income dari blog.Mesti korang tertanya2 kenapa saya cakap macam ni.Oklah biar saya terangkan.


Kami blogger letakkan Chatbox kat sidenar bukan untuk promote barang2 or service.Kewujudan chatbox tu adalah untuk kemudahan blog owner dan blogger lain untuk blogwalking.Korang dapat bayangkan tak perasaan blogger yang tengah syok2 nak gi blog lain baca entri tetiba keluar "DapatWang".Mak aoyh berbulu beb.Kalau dia yang dapat wang sedap sikit,Tapi orang lain yang dapat wang.Korang tau law tak?Nak buat advertisement bayarlah.Kalau macam tu senanglah advertiser lain nak promote barang diorang tak payah pakai Nuffnang dah.Just letak link kat shoutbox.Free je kan.Macam tu susahlah kitorang nak cari makan sebab Nuffnangpun takde job.So fikir2kan lah akibatnya.Itu satu dari akibatnyalahkan.


Lagi satu.Korang akan buat satu benda annoying yang blogger2 lain menyumpah perbuatan tu.Yelah niat blogwalking terbantut,Lagi teruk kalau dalam shoutbox tu ada 10 nama 6 daripada tu "DapatWang" so blogger2 lain akan anggap blog tu kena SPAM so diorang akan hilang visitor.Bila hilang visitor maknanya nak dapat buffered...Lupakan jelah eyh.hak3.Tak ke korang rasa kesian kat diorang.Sebab korang orang lain habis,punah harapan.


Apa kata lepas ni korang nak promote bende tu.Korang buat satu blog guna blogspot.Free je pun.Orang lainpun sedap nak klik.Terus terang saya cakap kalau saya blogwalk kat blog tu ada letak banner "Dapatwang" memang saya klik.Ramailah blogger yang buat tapi tetap klik walaupun dah tau isi dia.So apa salahnya usaha sikit untuk promote tanpa mempergunakan orang lain.Kan manis dipandang.Comel perbuatan.hak3...Selain korang boleh dapat duit dari "Dapatwang" korang boleh try buat duit dengan blogging.So double up your money la kan.Jadi renung2kanlah dan selamat beramal...


p/s :
- Entri ni wujud dalam keadaan yang aman bukan untuk bergaduh tapi menegur
- Thanx to Sendra sebab memunculkan idea untuk entri ni
- Kesilapan amatlah dikesali.Sila telefon TNB untuk pembaikpulihan
- Tak sempat nak letak gambar sebab saya ada task penting

GUA TENGOK LU NIH KECIK BESAR KECIK BESAR JE DER




Wah nampak cam emo kan.Actually saya dalam mood yang ok je.Takde rasa marahpun just terkilan ngan segelintir readers or maybe bloggers yang tak tau apakah erti hormat dalam kamus hidup mereka.Tak habis2 nak nak "low"kan moral orang lain.Mesti korang pelik kenapa tajuk entri kali ni agak kurang ajar or tak sopan la kan.Tajuk entri ni sesuai untuk orang yang tak tahu apakah itu blogging dan kamu2 yang tak buat sila jangan terasa ye.hak3...

Setiap hari dalam dunia blog ni kita akan tengok sesuatu yang kurang best.Lepas satu,satu kes jadi tapi sebenarnya bukan jadi kat saya tapi kat kawan2 saya.Saya ingatkan blogger top macam Melz je ada yang dengki tapi pagi tadi saya dengar luahan hati sorang lagi blogger yang memang saya dah kenal lama.Korang nak tau apa jadi kat dia.Boleh baca la kat blog dia terutama sekali kat chatbox.Saya masih terfikir adakah blogging ni satu cara untuk tunjuk hebat or untuk kita mengutuk orang lain.



Korang dapat bayangkan tak perasaan seorang wanita yang tengah tunggu saat untuk "due" dan melahirkan seorang anak tetiba kena hentam benda yang tak sepatutnya.Dia cuma tulis benda yang dia lalui dalam hidup dia dan takde kacau siapa2 pun.Takde pulak sepanjang dua tahun kitorang blogging kitorang letak gambar lucah.Ada korang nampak ke?Adakah itu melanggar tatasusila sebagai seorang blogger.Saya rasa ia lebih elok dari kita menggunakan jutsu apungan(ces cerita Naruto) dalam forum gengblogger.Saya follow blog dia dah lama dan setaip entri dia saya akan baca dan saya akan komen.Jadi kenapa ada pihak yang tak berpuas hati.So bahasa mudah untuk korang yang suka sangat nak komen negatif kat blog orang lain ni :

"Korang rasa blog korang bagus sangat...Kalau tak suka baca korang boleh berambus!!!"

Saya nak jadi macam Eyriqazz berpantun pulak :

Pagi lapar telan beriyani,
Beriyani ayam beserta kuah,
Kalau korang kutuk berani,
Meh sini link gua nak terjah...


p/s :
- Kenapa still ada orang yang berfikiran kolot dan masih tak tau nak hormat orang lain.
- Puan capa, just rileks je...sebenarnya si haterz tu takut puan capa naik...kalau dia berani komen blog saya n letak link plus no phone...hak3...

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails