Apa perasaan korang bila orang yang korang sayang,orang yang korang suka tetiba je sakit?hak3...Sorry entri ni agak personal sikit la...Sebenarnya macam ni,semalam saya dihubungi seorang kawan saya melalui facebook dan mintak tolong saya.Dia ni bolehla nak dikatakan rapat dengan saya.Dulu sebelum dia kahwin kitorang memang suka buat benda2 jahat bersama.Ni la dialog dia dengan saya :
Kawan A : bro,sorry kacau.Lu bz ke bro?
Bean Kacak : takdela ok je kenapa?
Kawan A : gua nak mintak lu advice wife gua la.Makin lama,makin teruk...
Bean Kacak : Alamak bab2 rumahtangga ni gua agak susah skit la bro nak campur.Ni apahal lagi.Kalau lu nak ajak gua rembat budak gua suka.hak3...
Kawan A : Alamak gua serius ni bro.Lagi 10 minit gua datang amik lu...
Itu sebahagian dialog.Oklah yang membuatkan saya taknak campur sebab bini dia ni memang garang.Saya yang samseng ni pun memang takut.Tapi jangan anggap dia ni takut bini.Bini yang tak takut dia...hak3..Kalau saya melawan silap2 boleh berkicap muka bini dia.Setelah 10 minit dia sampai.Saya ingatkan sorang tapi sekali dengan bini dia.Adus...So saya diculik sebentar dan dibawa ke satu tempat makan yang dirahsiakan...
Pada awalnya semua berjalan lancar dan dia bagi alasan dia bawak saya sebab nak bincang hal bisnes (Wah bisnes gitu..!).Sampai ada kejadian yang tak disangka2 terjadi bila dialog ni terkeluar dari mulut :
Kawan B : Bang esok pergi shopping boleh.Nak beli baju n handbag baru...
Kawan A : Alamak sayang,bulan ni agak short sikit la.Banyak benda nak buat...
Kawan B : Ko ni semua tak cukup!Menyesal aku kahwin dengan ko la macam ni!
Kawan A : Apa ni?!!!
Si isteri menengking suaminya di hadapan orang ramai.Tanpa memikirkan maruah suaminya.Semua orang yang datang pandang ke arah kami.Sayapun jadi malu jugakla sebab saya ada kat table ni.Jadi saya ambil langkah yang bijak skit.Saya pun mula kan perbualan dan tarbiah dengan sungguh dedikasi memandangkan semalam adalah hari kematian Arwah Din Beramboi...
Bean Kacak :
Kawan B : Yang ko ni kenapa tetiba nak masuk campur cerita pasal Din Beramboi?Boleh jangan sibuk tak?
Bean Kacak :
Tu je yang saya cakap.Dengan tiba2 wife dia menangis dan senyap.Kamipun habiskan makanan dan saya suruh kawan saya tu hantar saya balik.Masa kawan saya hantar dia hantar saya sampai pintu rumah.
Kawan A : Bean thanx a lot sebab lu tolong gua.Sebab tu lah gua sanggup datang amik lu malam2 even pukul 2 malam sekalipun
Bean Kacak : Takde hal bro.Kita dah lama kenal dan kita sama2 pernah jahat dulu bro.Orang jahat akan faham apa yang orang jahat fikir.Jadi kalau lu susah guapun susah sebab kita adalah "SAMA".
Kawan A : Tapi bro macam mana lu boleh tau yang gua tengah sakit?Apa ilmu lu pakai?
Bean Kacak : Memangla lu kan tengah sakit ati..Gua tau la bro...
Kawan A : Tak bro sebenarnya gua memang tengah sakit.Badan gua dah tak kuat.Memang tak macam dulu.Tapi tak sorangpun yang tau.Lu orang pertama yang tau bro.Harap lu simpan benda ni jangan kasitau yang lain ye.
Bean Kacak :Lu jangan buat main boleh tak bro?
Tanpa buang masa dia peluk saya dan terus beredar.Saya tergamam dengan perbuatan dia.Menitis air mata saya sebab dia adalah orang yang terapat dengan saya.Harap2 itu cuma gurauan.So kesimpulannya kat sini saya nak ekspress bahawa tolonglah hormat suami atapun isteri anda.Kalau korang dah terima dia maka terimalah kekurangan dia.Sebab kadang2 ada satu rahsia yang tak korang tau.Saya agak pelik banyak jugalah pasangan yang suka bergaduh dan nak tunjuk pergaduhan tu kat khalayak ramai.Suka menjatuhkan air muka pasangan masing2.So fikir dan berubahlah sebelum terlambat.Jangan menyesal ok...
p/s :
- Saya semakin pelik,di manakah taraf seorang suami sekiranya isteri dah boleh tinggikan suara (nasib baik aiensepet tak macam tu).Tak ke korang sedar bahawa syurga korang ada di tapak kaki suami?
- Sorry entri ni agak emo dan untuk pengetahuan saya menagis ketika menulis entri ni.Abaikan perasaan saya sebab tak pentingpun.
- Entri tak bergambar sebab mood ke laut.
- Andai kata saya tak menulis lagi untuk masa akan datang harap semua dapat maafkan semua kesalahan saya dan apa sahaja penulisan saya yang menyinggung perasaan mana2 pihak.
Share