Showing posts with label Gembira. Show all posts
Showing posts with label Gembira. Show all posts

TIPS : BEAN MANA KO DAPAT IDEA TULIS ENTRY?


Dah petang dah.Sekejap je masa berlalu.Saya baru lepas tukar lampu untuk office ni.Asyik2 terbakar je bikin hati ini terbakar jugak.ces!Hari ni saya balik lewat sikit sebab aiensepet ada OT.so kena lah tunggu.Orang kata Suami Mithali kan (padahal baru lepas kena sound).Hari ni Hari jadi Kak Tash yang ke....Oooops itu rahsia.Nak tau tanya puan badan ye.Oklah Kak Tash Selamat hari jadi dan moga dimurahkan rezeki eyh.Saya tak dapat nak kasi hadiah la.Bagi yang tak kenal Kak Tash ni lah dia :

Adakah saya kelihatan ayu dengan posing yang macam ni?

Oklah saya tau korang memang nak sangat benda ni.Apa dia?lagi mau tanya ke kawan?Korang nak tips kan.hak3...Oklah dengan rela hatinya saya nak dedahkan rahsia saya.Tetiba ada orang tanya soalan macam ni :

"Bean otak ko ni diperbuat dari apa eyh?Ada je entri ko tulis."

Untuk pengetahuan korang saya adalah robot yang boleh generate idea.hak3...Takde lah sebenarnya idea tu datang secara tiba2 tanpa saya panggil.Kadang2 masa saya tengah gosok gigipun idea datang dan takkan saya nak menulis time gosok gigi.yelah tangan ada 2 je beb.Kalau tangan ada lebih saya dah tulis dah.

Sebenarnya ada macam2 cara yang saya guna untuk dapatkan idea so takdelah blog tak update (kecuali disebabkan internet yang lembab + masa yang pack).Antara cara2 yang saya guna :

1) BLOGWALKING

Ramai yang rajin buat blogwalking tapi adakah kita blogwalking just nak panggil owner blog tu datang balik (kasi traffik) ataupun blogwalking dengan membaca.Tanya diri korang dulu.Kalau korang just masuk blog lain just bagi traffik itu adalah satu kesilapan.Sebab selain blogwalking untuk kasi traffik kita juga boleh dapat idea untuk menulis.Dengan syarat janganlah plagiat dan kalau kita rasa artikel tu best lepas tu nak ambil petikan sila beri link.Sebab plagiat ni umpama cetak rompak CD/DVD.

2) BACA MEDIA MASA

Alamak bahasa surat khabar la beb saya pakai.Kita baca artikel then kita akan dapat idea so tinggal nak olah ikut ayat sendiri je.Contoh kalau kita minat bola,just terus ke muka belakang surat khabar so kita akan dapat bahan apa yang kita nak tulis.Tengok apa isu yang best.

3) PEKA DENGAN PERSEKITARAN

Saya banyak tulis pasal apa yang saya nampak dan alami.Contohnya kalau saya pergi satu tempat tu memang best saya akan tulis apa yang best kat tempat tu.Contoh lain macam kita pergi makan kat satu restoran tu ada je yang tak kena so tulis tapi pandai2 la cover.Yang baik2 kita letak nama yang tak baik kita cover2 (takut kena saman.Cukup ke duit Nuffnang nak bayar saman?).

4) GUNAKAN SOCIAL NETWORKING

Yang ni memang saya suka.Banyak benda yang saya join untuk dapatkan idea contohnya YouthsaysBlogadvertisingstoreLinkwoth dan macam2 lagi.Dari sini kita just pilih topik je.Tapi untuk BAS dan Linkwithin semua dalam English.Jadi jangan terkejut kenapa tiba2 entri saya bertukar jadi Johny English.

5) BERGAUL DENGAN BLOGGER

Ok benda ni simple je.Tak semestinya apa yang kita fikir kita akan tulis.Kenapa?sebab tak semestinya apa yang kita fikir tu adalah minat kita.Kalau kita menulis sesuatu yang kita tak minat maka penulisan akan jadi SUCKS...Jadi bila kita communicate dengan blogger lain mungkin diorang akan kasi idea.So just tulis.Tak salah kalau kita bincang lepas tu tulis topik yang sama.Google takkan hantar email marah2 korang sebab tulis benda yang sama.Percayalah...

Jadi dengan hadirnya entri ni di alam maya korang dapatlah idea sikit kan.Ni cuma apa yang saya lalui tak sama dengan apa yang blogger lain buat.Sebab citarasa berbeza.Kalau citarasa sama dah ramai blogger nak kahwin dengan aiensepet (faham tak?kalau tak faham buat2 faham jelah).

p/s :
- Alamak tak nak panjang pulak entri ni.Takpelah kalau korang rajin bacalah sebab entri ni best (ada ke blogger nak cakap entri dia SUCKS...hak3)
- Lepas baca entri ni harap korang percayalah yang Bean Moreno adalah manusia

CULTURE : ORANG KATA ISNIN ITU "BLUES MONDAY"



Hye guys,selamat pagi isnin.Hari Isnin selalunya dikaitkan dengan suasana bosan,mental, dan juga mungkin tiada mood.Yups betul.Tapi bagi saya isnin adalah hari banyak kerja.Sibuk nak kena check lab.Tolong lecturer bukak pintu,check line internet,telefon supplier dan macam2 kerja la.Maklumlah pekerja Q ataupun panggilan manjanya  pekerja bangladesh yang digajikan untuk buat semua kerja walaupun berpangkat IT Manager di kolej ni.hak3...


Sayapun sama jugak macam korang manusia.Ada rasa bosan bila dah sedap2 duduk rumah goyang kaki masa weekend even weekend saya just duduk rumah main internet sambil dihiburkan dengan lagu2 orang kahwin (terutamanya lagu cari jodoh versi kelantan...hak3) sungguh terhibur dan terima kasih kepada jiran yang melangsungkan perkahwinan tempoh hari kerana berjaya mengganggu tidur saya.




Jadi,untuk menghiburkan hati yang sedang dilanda "Blues Monday" seperti biasa saya akan membuat amalan metafizik selain solat subuh.Korang masih ingat tak post saya pasal Unlock kegerbiraan dulu.Kalau tak ingat boleh masuk link tuh.Lepas buat mesti aman dan happy.Then saya akan tambah dengar lagu2 yang segar bila masuk office.Itu perkara yang first saya akan buat sebelum blogwalk or update post saya dalam suterablogger.


Macam pagi ni saya layan lagu ni :




Walaupun bunkface ni boleh la saya kategorikan sebagai band budak2 sekolah sebab muzik dia dan kebanyakan pengikut diorang terdiri dari budak2 tak cukup umur tapi kebanyakan lagu diorang memang ada motivation value.Sama juga macam lagu diorang yang lagi satu tajuk dia Through My Window.


p/s :
- Tengah cari idea nak ubah template wife saya.Baru buatkan header & tukar template basic (sorry dia agak busy sebagai Team Leader yang berpengaruh) tu yang blog tak update.
- Sambil buat lab sambil update blog.Amacam style tak???

METAFIZIK : APA ADA DENGAN METAFIZIK? - INTRO


Hye guys,saya baru lepas settlekan satu assignment ChurpChurp.Disebabkan khayal pada Nuffnang saya lupa yang saya menjaga anak nuffnang juga.So saya terlepas untuk buat 2 assignment ChurpChurp so melepasla RM2.50...hak2...


Hari ni saya tak nak tulis pasal tips blogging.Asyik2 cerita pasal blogging je muak plak korang nak baca kan.Nak tulis pasal personal plak saya takde aktiviti yang menarik.Jadi saya rasa macam nak tulis pasal ilmu yang saya belajar bersama2 dengan wiseman & Karipap satu ketika dulu.Ilmu tu ialah ilmu Metafizik.Korang pernah dengar tak???Maybe siapa yang follow blog saya dari awal dulu pernah baca artikel semacam ni.So saya nak reveal balik.Sebelum tuh saya nak cerita skit apa itu metafizik dan sutera.

credit to : forum atasbawah

Metafizik ialah satu ilmu yang digunakan untuk mengenal diri dan juga memahami konsep hidup.Bila korang faham apa yang terkandung dalam metafizik ,korang akan dapat something yang mengajar korang untuk mengurus luaran dan dalaman korang supaya jadi somebody tak lupa jugak ia juga akan membuat kita sedar wujudnya creator(ALLLAH).Sutera plak adalah satu keadaan di mana aura yang ada di sekeliling korang itu positif , lembut dan membawa ketenangan.Kalau korang ikut blog saya dari mula korang akan perasan header saya tulis "Sketching Life Within Alpha".Apakah itu alpha?Yang penting bukan "project Alpha" eyh...Alpha adalah satu alam(gelombang) di mana first human creation tercipta.Iaitu satu alam yang yang kita berinteraksi secara dalaman(ooops tiada kene mengena dengan ilmu silat anak betong ok!!!).


Sekarang korang dapat tak gambaran sikit pasal apa yang saya nak kongsi?Untuk lebih faham korang boleh bukak blog wiseman dan baca.Tapi sediakan kamus dulu eyh sebab entri dia dalam bahasa English.Apa yang saya nak kongsi adalah satu fasa dalam kehidupan di mana kita boleh gembira sebab kunci kejayaan adalah kegembiraan.Macam mana korang nak gembira???Adakah dengan membeli belah korang boleh gembira?ataupun pergi McD beli Happy Meal(owh itu makanan kanak2 ye) boleh buat korang gembira?Ataupun dengan menulis blog?Takpun adakah dengan melompat tinggi korang boleh katakan yang korang tengah happy..Owh itu semua nanti saya akan terangkan.Ni just pengenalan je dulu.Sebab saya tak nak beratkan mental korang awal2.nanti ada yang tak nak baca plak.So nak tau lebih tunggu next entri ye...

p/s :

- Saya akan sambung dengan entri seterusnya kalau korang nak baca.Kalau tak no point saya tulis tapi just untuk saya je.Ibarat penjual goreng pisang yang takde pembeli,last2 makan sendiri je.hak2

- Saya hanya berkongsi je tanpa bayaran sebab kalau korang nak belajar benda ni cost dia RM3500(itupun simple yang korang dapat).So kalau saya dapat dari orang free sayapun akan kasi FREE je.

- Saya harap bila saya berkongsi benda ni korang jangan riak dan minda korang lebih terbuka dan FREE!!!

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails