Showing posts with label Untuk apa jadi follower. Show all posts
Showing posts with label Untuk apa jadi follower. Show all posts

TIPS : KENAPA UBAT GIGI DARLIEPUN DIPANGGIL COLGATE?ITULAH BRANDING

TIPS : KENAPA UBAT GIGI DARLIEPUN DIPANGGIL COLGATE?ITULAH BRANDING





Hari ni saya nak share pasal BRANDING atau dalam Bahasa Melayu "Penjenamaan". Korang pernah alami tak situasi ni :

"Abang tolong belikan colgate,apa2 brand pun takpela janji ada hadiah..." 

ataupun

"Abang beli Maggie yang tak bisa bohong tu...Nampak cam sedap..."

Nampak tak apa yang saya nak cerita?Walaupun nama2 tu sebenarnya satu JENAMA tapi kita tetap sebut untuk tujukan pada satu barang.Yelah calculation dia akan jadi macam ni :

Ubat gigi = Colgate      Mee Segera = Maggie


Diorang brandingkan product diorang sampai jadi ingatan dan sebutan.Ok apa kena mengena dengan blogging?Simple je dalam blogging pun kita kena

"branding"kan blog kita supaya orang ingat dan sebut.Kalau kita asyik buat something yang sama dengan orang maka kita akan dapat nasib macam mee segera Mamee dan Ubat gigi Darlie.Sebagai contoh saya tunjukkan pada blog yang memang saya suka baca.

Blog Melz - Dia buat branding pada nama dia.Bila kita sebut Melz kita terus akan ingat domain melromeo.com dan tak lupa tips2 yang dia kasi.

Blog Eyriqazz - Disamping nama domain dan nick bila kita sebut terjah mesti kita akan teringat Eyriqazz dan akan sentiasa berhati2.

Blog Kak Ina KL - Bila nak memasak je or tengah buntu cari resipi kita akan teringat masakan dia yang wow!!!

Beautifulnara - Bila kita nak tau pasal artis kita dah tau mana nak tuju. Walaupun banyak lagi blog hiburan kita tetap ingat Beautifulnara.

Farenova - Nak tutorial?Nak buat design cun2 so saya tak perlu susah2 just masuk blog kak Farenova mesti ada.

KuehTart - blog ni saya suka baca sebab isu dia pelik2.then dia branding blog dia dengan tulis CEO Kueh Tart.Kreatifkan sayapun tak terfikir nak buat.

Korang nampak tak apa yang saya nak sampaikan sebenarnya.Bila kita ada satu benda pelik dalam blog kita yang mana takde di blog lain so itu akan jadi branding dan orang akan ikut.hak3...Bila kita ada buat branding untuk blog kita visitor tak payah cakap la memang senang2 je.Then korang akan dapat follower yang betul2 follow blog korang bukan disebabkan budaya "I follow you follow me back".Kalau tak caya cuba la buat.

p/s :


- Tengah fikir apa yang boleh di"Branding"kan untuk blog ni...


"Korang google lah info skit buat assignment..."

TIPS : FOLLOWER JUGA BOLEH MENJATUHKAN MORAL BLOG OWNER


Salam semua,Dah lunch ke blom?saya baru balik lunch ni tgh tunggu boss kasi dana untuk beli software.So lepas je saya dapat dana tu saya dah takde depan pc sebab kena pergi Low Yatt angkat barang.Saya tak sempat nak baca surat khabar dan kalau baca pun isu bukan2 je keluar contohnya Suami Toreh Kemaluan Istreri,Nenek Kene Tikam Denga Cucu, dan banyak lagi berita yang boleh buat kita fikir negatif.Jadi buat masa ni saya akan kurangkan baca surat khabar.Sehingga pihak akhbar tukar berita headline yang menggembirakan.

Chan Ho Nam ramai follower.Tapi cuba bayangkan kalau bila dia perlukan follower dia buat dek je 

Mungkin entri ni pendek je sebab actually just nak tunjuk kat korang maksud follower sebenarnya.Benda ni saya dah pernah tegur dua kali dan ni masuk kali yang ke-3 (yelah lepas dua memanglah 3).Ramai di antara kita yang still tak sedar maksud follower dalam blogging.Betul2 memang syok kan "I follow,you follow" tapi sedarkah kita dengan cara itu ia akan bagi blog owner down.Ye memang betul pada mata kasar bila follower kat blog itu ramai readers lain akan terpengaruh dan beranggapan blog itu paling best la konon nak lagi jelas sila baca sini.Oklah biar saya terangkan maksud follower dulu yek.

Follower - pengikut yang sering mengikuti perkembangan atau penulisan blog yang di"follow"

Ok bila kita dah follow blog itu tanggungjawab kita seterusnya ialah mengikuti apakah yang di"update" oleh penulis.Jadi untuk apa kita follow sesuatu jika kita tak minat dengan apa yang dia ada?Sila jawab ye blogger.Kalau korang tak sanggup nak buat sedemikian sila jangan follow.Ok sekarang saya akan cerita kenapa follower boleh buat blogger itu down.

Secara logiknya bila blog itu ada follower yang banyak ia juga boleh mempengaruhi traffik yang dijana ke blog tu.Macam mana?Senang je sebagai contoh Suterablogger ni yang tak berapa nak banyak follower dan traffiknya.Follower kat blog ni cuma ada 521 orang.Secara logiknya juga kalau follower itu genuine maka sekali update traffik yang sepatutnya masuk ke Suterablogger akan bersamaan dengan >200.Dan kalau semua followers menjalankan tanggungjawab maka traffik blog ni akan menjadi 521 unique sehari (ni kalau follower semua online,tak sakit perut or sebagainya).Itu kalau kita ambil Bean Moreno kena migrain dan publish entri satu je sehari.Betul ke tak?Sila jawab...

Tapi kalau Bean Moreno tetiba hari tu makan kismis doa lepas tu tetiba pulak otak jadi cargas maka dia akan update 3 kali.Jadi perkiraannya akan jadi 521 x dengan 3.Tolong jawabkan berapa?So sekarang korang nampak tak apa yang terjadi?Adakah susah nak dapat traffik tinggi kalau semua follower beri kerjasama.Disebabkan inilah juga moral seorang blogger itu akan down.Bila follower di blog nya itu banyak tetapi bila check stats rendah dan memang tak masuk akal.Contohnya Follower 600 tapi traffik 60 atau paling tinggi 150 apa perasaan blogger tersebut?Sila jawab?Itu satu bab,lagi satu bab ialah follower ramai tapi komen ciput.Ni tak boleh nak buat apalah kan kalau dia sendiri susah nak letak komen kat blog orang lain.

Jadi silalah bertindak bijak.Bukan saya nak larang tapi dah banyak blogger yang saya baca entrinya masa blogwalking merungut traffik sikit tapi saya tengok follower pergh banyak gila.Dan kalau korang fikir2 balikkan ,kalau semua follower buat apa yang patut selaku seorang follower kita dah tak payah nak pakai system yang generate traffik macam easyhitz dan macam2 lagi.So think wisely.Enjoy blogging.

p/s :
- Sanggupkah kita tengok seorang blogger tutup blog sebab give up dan puncanya adalah kita.Renung2kan dan selamat beramal...
- Alamak panjang jugak entri ni...

TIPS : FOLLOWER DALAM BLOGGING


Pagi ni datang ke office dengan blur2 di kepala.Ntah tak tau apahal.Perutpun dah mula menunjukkan belang tarung.Semalam agak kepenatan sebab membuat wiring network kat blok kolej yang lagi satu.Nasib baik ada orang nak tolong kalau tak saya terpaksa menghadap struktur bangunan old school tu seorang diri.Apa eyh isu sensasi sekarang.Macam takde je.Tapi kita tunggu dan lihat pasti ada isu yang akan diketengahkan.hak3...



Hari ni saya nak bercerita tentang followers.Saya merupakan blogger yang tak taksub pada followers dan taksub pada visitors.hak3..Bagi saya kalau orang nak follow blog saya biarlah sebab dia ikhlas dan bukan meminta saya supaya mem"follow" blog dia semula.Ok,sekarang saya nak cerita kenapa saya berpendapat macam tu eyh.Saya akan follow blog tersebut jika saya nak baca entri dia.

First of all,kenapa kita perlu follow dengan hati yang ikhlas.Bagi saya bilangan follower tak semestinya akan menyebabkan saya semangat sebab tak semua follower kita akan membaca entri kita.So that's why kita tengok follower beratus2 tapi traffik cuma 50 je.Adakah korang berpuas hati dengan situasi macam tu.Kalau ditanya saya,jawapannya pasti tidak.Lainla kalau follower beribu dan traffik seharipun beribu.Kan tally kan...Contohnya macam blog Melz,CikEpal,Miss Lolly, or Ynaa kita tengok follower seribu lebih dan traffik diaorangpun kita tau memang seribu lebih.So berbaloi la dan apa yang saya tau diorang tak gunakan taktik "You Follow,I Follow".Saya tak cakap tak boleh tapi mungkin taktik ni tak disenangi je...


Yang keduanya,tujuan kita follow blog tu kena bersih dan tiada niat tersembunyi.hak3...Apa saya melalut ni...Ok kadang2 eyh saya akan follow satu blog tu disebabkan nak bagi semangat kat blogger tu.Yela korang pun pernah rasa jadi newbie.Baru sehari buka blog then nak motivation untuk teruskan blogging.So bagi saya, saya akan follow blog tuh supaya owner blog tuh semangat untuk menulis.Contohnya macam dulu sebelum saya kenal mel.Saya just pernah dengan nama & baca entri pasal dia.Tapi tetiba satu hari nama dia muncul kat chatbox saya.Blogger cap ayamz macam saya ni mestila teruja tambah2 lagi time tu abangnara plak komen blog saya.Bertambah teruja la kan.Sebab tak salah kita nak bagi semangat kat blogger yang baru je ada blog untuk teruskan blogging sebab kitapun macam dia jugak dulu.Saya tak boleh nak klasifikasikan diorang newbie sebab saya pun newbie.

p/s :
- Ni pendapat saya je kalau korang tak setuju itu adalah pendapat korang.Sebab isu ni subjektif.Tiada jawapan objektif.
- Thanx to mana2 blogger yang support blog ni dan saya harap korang follow sebab ikhlas

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails