Showing posts with label Gangster. Show all posts
Showing posts with label Gangster. Show all posts

TIPS : FOLLOWER JUGA BOLEH MENJATUHKAN MORAL BLOG OWNER


Salam semua,Dah lunch ke blom?saya baru balik lunch ni tgh tunggu boss kasi dana untuk beli software.So lepas je saya dapat dana tu saya dah takde depan pc sebab kena pergi Low Yatt angkat barang.Saya tak sempat nak baca surat khabar dan kalau baca pun isu bukan2 je keluar contohnya Suami Toreh Kemaluan Istreri,Nenek Kene Tikam Denga Cucu, dan banyak lagi berita yang boleh buat kita fikir negatif.Jadi buat masa ni saya akan kurangkan baca surat khabar.Sehingga pihak akhbar tukar berita headline yang menggembirakan.

Chan Ho Nam ramai follower.Tapi cuba bayangkan kalau bila dia perlukan follower dia buat dek je 

Mungkin entri ni pendek je sebab actually just nak tunjuk kat korang maksud follower sebenarnya.Benda ni saya dah pernah tegur dua kali dan ni masuk kali yang ke-3 (yelah lepas dua memanglah 3).Ramai di antara kita yang still tak sedar maksud follower dalam blogging.Betul2 memang syok kan "I follow,you follow" tapi sedarkah kita dengan cara itu ia akan bagi blog owner down.Ye memang betul pada mata kasar bila follower kat blog itu ramai readers lain akan terpengaruh dan beranggapan blog itu paling best la konon nak lagi jelas sila baca sini.Oklah biar saya terangkan maksud follower dulu yek.

Follower - pengikut yang sering mengikuti perkembangan atau penulisan blog yang di"follow"

Ok bila kita dah follow blog itu tanggungjawab kita seterusnya ialah mengikuti apakah yang di"update" oleh penulis.Jadi untuk apa kita follow sesuatu jika kita tak minat dengan apa yang dia ada?Sila jawab ye blogger.Kalau korang tak sanggup nak buat sedemikian sila jangan follow.Ok sekarang saya akan cerita kenapa follower boleh buat blogger itu down.

Secara logiknya bila blog itu ada follower yang banyak ia juga boleh mempengaruhi traffik yang dijana ke blog tu.Macam mana?Senang je sebagai contoh Suterablogger ni yang tak berapa nak banyak follower dan traffiknya.Follower kat blog ni cuma ada 521 orang.Secara logiknya juga kalau follower itu genuine maka sekali update traffik yang sepatutnya masuk ke Suterablogger akan bersamaan dengan >200.Dan kalau semua followers menjalankan tanggungjawab maka traffik blog ni akan menjadi 521 unique sehari (ni kalau follower semua online,tak sakit perut or sebagainya).Itu kalau kita ambil Bean Moreno kena migrain dan publish entri satu je sehari.Betul ke tak?Sila jawab...

Tapi kalau Bean Moreno tetiba hari tu makan kismis doa lepas tu tetiba pulak otak jadi cargas maka dia akan update 3 kali.Jadi perkiraannya akan jadi 521 x dengan 3.Tolong jawabkan berapa?So sekarang korang nampak tak apa yang terjadi?Adakah susah nak dapat traffik tinggi kalau semua follower beri kerjasama.Disebabkan inilah juga moral seorang blogger itu akan down.Bila follower di blog nya itu banyak tetapi bila check stats rendah dan memang tak masuk akal.Contohnya Follower 600 tapi traffik 60 atau paling tinggi 150 apa perasaan blogger tersebut?Sila jawab?Itu satu bab,lagi satu bab ialah follower ramai tapi komen ciput.Ni tak boleh nak buat apalah kan kalau dia sendiri susah nak letak komen kat blog orang lain.

Jadi silalah bertindak bijak.Bukan saya nak larang tapi dah banyak blogger yang saya baca entrinya masa blogwalking merungut traffik sikit tapi saya tengok follower pergh banyak gila.Dan kalau korang fikir2 balikkan ,kalau semua follower buat apa yang patut selaku seorang follower kita dah tak payah nak pakai system yang generate traffik macam easyhitz dan macam2 lagi.So think wisely.Enjoy blogging.

p/s :
- Sanggupkah kita tengok seorang blogger tutup blog sebab give up dan puncanya adalah kita.Renung2kan dan selamat beramal...
- Alamak panjang jugak entri ni...

CULTURE : APA INI???OWH BUDAK BOTAK...

Adeh badan saya masih keletihan akibat menonton perlawanan bola semalam.Tapi agak berpuas hati dapat melihat Man U dibelasah teruk.hak2..Saya memang anti ngan Man U bukan sebab diorang hebat sangat ke apa tapi player diorang kebanyakannya poyo dan coach yang cakap tak nak kalah(sama je dengan Benitez yang agak bongoks tuh).Sebenarnya entri ni dah lama terpendam.Asyik2 tulis pasal tips & tutorial meh sini abang nak cerita pasal culture plak.Ok sebelum apa2 saya nak mintak izin tukar kata nama kepada GUA ye.Tak rock ar kalau cite bende ni tapi kata nama tetap saya...huh!

Korang pernah tak terserempak or nampak diorang or spesis2 yang macam ni??


Gambar kat atas ni adalah gambar budak skinhead.Wah macam agro kan.Apa yang korang tau pasal SKINHEAD?Kalau tanya gua la kan,sememamng nya gua tau & faham sangat dengan culture dak2 kat atas ni sebab guapun dulu macam diorang tapi itu dulu la kan sekarang dah beriman skit.hak2...

Gua tak salahkan diorang kenapa diorang jadi macam ni.Gua pun still tak faham kenapa benda macam ni still ada.hak2...Gua igt lepas kes bukit bintang 2003 dulu skinhead dah abis.Tetiba gua berjalan-jalan kat Bukit Bintang terjumpa lagi clan2 ni.Gaya ganas pakai cam pengemis.Huh!Gua marah bukan sebab diorang ikut culture tu tapi gua marah sebab diorang poser.Diorang tau nak ikut2 je asal orang jadi skinhead diorang pun ikut tapi knowledge zero maaannn!!!

Sorry kalau gua tulis ni bagi sakit ati kan tapi gua sakit mata la beb tengok lu ngan clan2 lu macam tuh.Kesianpun ada..Kenapa gua cakap diorang ni poser.Diorang nak ikut culture BRITISH SKINS tapi diorang dress up macam orang mintak sedekah.Sebelum korang nak cakap korang tu pure skin la kan korang kene tau la istilah2 skinhead.Meh sini gua cite :

1- Skinhead Is Workingclass Hero
Apa maksud Workingclass Hero.Ia membawa maksud pejuang golongan pekerja yang berjuang untuk lawan penindasan golongan pekerja.Ni kat sini sekolahpun baru form 3 dah nak kata diri tu skinhead.

2- Skinhead always Smart & Tidy
Gaya pemakaian skinhead sememangnya smart dan kemas.Yang penting bukan jambu ok...Pakai benda yang branded macam Stapress,Doc Mart,Adidas,Ben Sharman dan Lonsdale.Kebanyakan yang skinhead pakai adalah pakaian yang memang smart.Ni kalau kita tengok diorang pakai dah macam pengemis mintak sedekah dah.Orang pakai Doc Mart diorang pakai boot Pua Chu Kang.Orang pakai hooded Lonsdale diorang pun pakai hooded tapi ED Hardy(itu budak hip hop yang pakai der).

3- Skinhead is a Fighter
Benda ni agak subjektif dan sensitif.Fighter ada banyak maksud.Mungkin dalam pergaduhan ataupun memperjuangkan hak mereka.Tapi apa yang lu orang buat.Keje pun takde yang lu orang tau lepak BB tunjuk kepala botak lu buat havoq kacau awek.Ces!!!Apa yang lu orang perjuangkan.

4- Skinhead is AntiDrug
Itu satu pegangan skinhead yang paling kuat.Dadah adalah musuh."Belia Benci Dadah" tau.Gua dulu  nak sentuh ganja pun kene lempnag beb.Ini tak lu orang lepak port layan pil,layan ganja.mak aih...dah macam penagih.

Jadi apa yang lu orang boleh banggakan kalau jadi skinhead pada zaman indie ni.Baik lu gi layan Band Hujan ke,Estranged ke,takpun Yuna Zarai.Masa zaman gua botakkan kepala dulu time tu memang zaman top bro.Kitorang semua unite.Lu tengok Megat pun sekarang dah jadi pendakwah.Dia yang betul2 memperjuangkan Skinhead dulupun dah tak layan lu lagi nak bawak jalan yang dah lapuk tuh.Lupakan je la yek...So korang cermin ada tak ciri2 kat atas tu sebelum lu orang nak ngaku diri tu skinhead ok...Igt Joe Hawkin pun dah mati bro...

Banyak lagi yang boleh gua ceritakan tapi akan bersambung nantilah.Ada episod sambungan untuk dak2 botak ni study.hak2.Cheeeoooowww...

p/s :
- Ini bukan edisi emo dari saya just peringatan je.Saya susah nak emo OK!!!
- Rindu zaman2 main band dulu dah 5 tahun saya tak pegang stick drum.huh!!!
- nah layan video band yang memang saya rasa otai mampos dalam skinhead :


SAMPAI UNTUK BERJUANG


Haloo saya dah sampai di rumah dan akhirnya dapat online tanpa gangguan internet yang perlahan.Rasa kurang best sekiranya saya hanya dapat kuarkan satu entri sahaja.Bukan sebab nak popular tapi bila benda yang ada dalam kepala dibiarkan kering maka migren akan datang menyerang.Jadi janji saya pada blog ni bahawasanya saya Bean Moreno yang kacak akan update blog sekiranya ada ruang.

Esok saya masih bercuti so boleh tidur lewat skit.Hajat di hati nak tengok bola live tapi macam takde match melibatkan team saya yang boleh saya anggap looser jugakla season ni.Terasa rugi plak bayar duit membership season ni.Bila fikir2 balik macam season depan saya nak sokong...OOOOPPPS tidak mungkin pasukan MANCES(MU) sebab saya bukan bomoh nak sokong setan.So better saya sokong FELDA UNITED je kot.Kalau kalahpun tak sakit hati sangat.




Sambil saya tulis entri ni saya juga berpacaran dengan DVD player sambil menyaksian DVD Crow Zero.Hak2 akhirnya saya dapat jugak cari DVD cite ni.Disamping belajar cara2 menjadi samseng saya juga sedang dan dapat belajar satu perkataan Jepun iaitu "Hait" yang bermaksud baiklah.hak2 senang je tak susahpun bahasa Jepun.Alangkah best kalau saya dapat jadi watak Serizawa.Pergh cool bapak nye.Dah la kacak.Huh!!!dalam cite ni takde heroin jadi memang kene fokus kat pergaduhan Yakuza je.


Apa yang best kat cite ialah pergaduhan di antara sekolah.Suzuran VS Houssen(pergh macam nama bapak gua).Tak tau pulak kat Jepun samseng die bodoh dan lawak.hak2 memang bestla dalam lawak2 diorang bergaduh pun tetap A.tak macam samseng Malyasia gaduh bila agak tak boleh makan gerak lari.Ada jugak yang tau kasi arahan je tapi bila gaduh maik aih menyorok ini saya pernah tengok sendiri badan je besar tapi dia punya penakut...mak aih...hak2 itu cerita lama sekarang tutup buku lama bukak buku baru.Cerita baru ialah sekarang saya seorang blogger yang menulis ikut kepala yang mereng.So sapa tak puas ati mai datang jumpa saya biar saya ajar nak susun widget macam mana...hak2.

Oklah masa untuk beri tumpuan pada pergaduhan Yakuza.Nak feeling2 rasa macam zaman jahat dulu2.Nak tau pasal cite zero crow boleh beli DVD dia murah je RM6 di Muar Johor.hak2...Kalau kat Uptown RM8 je.Gi beli...Esok saya tulis sambung tulis entri balik.Challo betta...
p/s :
- Jangan terpengaruh nak jadi samseng nnt menyesal
- Dahulu masa di sekolah saya sering dibuli sebab terlalu comel tapi sekarang tidak lagi...hak2...
- Jangan anggap saya ni jahat k...saya seorang yang romantis...

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails