Showing posts with label SEO Tips. Show all posts
Showing posts with label SEO Tips. Show all posts

TERIMA KASIH ATAS BACKLINK KORANG SEMUA...SAYA GUNA BLOGPULSE UNTUK USHA BACKLINK

TERIMA KASIH ATAS BACKLINK KORANG SEMUA...SAYA GUNA BLOGPULSE UNTUK USHA BACKLINK



Salam guys,

Hari ni nak share satu platform yang berguna untuk korang berblog.Sayapun actually baru tau benda ni daya saya sepatutnya berterima kasih pada Kak Jie atas ilmu yang berguna ni.So tak silap kalau saya katakan ilmu itu harus dicari tak kira tempat, masa dan cara.

Update ni pendek je sebab saya nak share cara untuk korang check dari mana datangnya backlink korang.Macam yang korang tau backlink ni adalah satu element yang boleh membantu boost traffik blog korang dan sila jangan kedekut backlink.Pernah dengar Blogpulse?
Ok Blugpulse ni adalah satu platform yang korang boleh gunakan untuk search backlink yang diberi oleh blogger lain kepada korang.So korang boleh dapat tau samada ramai yang mengutuk korang ataupun suka pada korang senang cerita apa-apa backlink or keyword korang boleh guna blogpulse untuk check.

Apa yang korang boleh buat dengan blogpulse :

1. Check Backlink - Korang boleh search ikut URL,Topic & Keyword
2. Tengok Highlight - Korang boleh usha apa highlight (cite best untuk hari tersebut)
3. Check Top Link - Korang boleh check top sites
4. People - Diorang ada featuredkan individu yang menjadi carian
5. Top Video - Kalau korang nak cari video yang tengah hot kat Youtube boleh jugak usha sini
6. Top Blog Post - Nak usha blogpost paling hot kat dalam dunia
7. Top Blog - untuk Usha blog paling top dalam dunia untuk hari tu
8. Key Phrase - Untuk Keyphrase yang tengah meletop
9. Top Stories - Yang ni untuk korang tengok apa berita yang tengah hangat 
10. Top Source - Punca korang boleh dapat berita

Amacam?Dengan benda ni tak mustahil korang bukan dapat bagi penghargaan kepada blogger yang kasi backlink tapi mungkin boleh tolong korang dalam permainan SEO.Harap apa yang saya share ni berguna untuk korang.


Persoalan :


* Apa yang korang guna untuk check dari mana & siapa bagi backlink kat korang?


p/s :


* Terima Kasih pada blogger yang tak kedekut bagi backlink pada saya.
* Nak layan DVD dengan aiensepet...


Sila share entri ni kalau korang rasa patut diketahui orang lain kalau nak menderma tanpa keluarkan duit sila klik ini sebagai tanda support korang atas penulisan saya.

Iklan :

- Dah register Heartbeat?  SIla register sebab income dia lebih laju dari Nuffnang...hak3..
Buat duit dengan Twitter dan Facebook.  Jom Churp sekarang...

APA ITU PAGERANK DAN PENTING SANGATKAH PAGERANK?

APA ITU PAGERANK DAN PENTING SANGATKAH PAGERANK?

Salam Readers,

Apa perkara hot yang korang terdengar dalam blogsphere sekarang tak kira lah luar or dalam Malaysia?Apa yang saya tau ramai blogger tengah dok sembang pasal PageRank (PR) blog diorang sebab kebanyakkan page telah diindeks oleh Google (ni bapak segala PR sebab PR diapun 10).First of all mesti korang terpinga-pinga dan bertanya Apa itu Pagerank?Yelah mungkin ramai yang dah tau dan ada juga just tau check je.Bagi saya pagerank hanya satu algoritma pengiraan untuk rate sesebuah blog.Saya bagi contoh gambarajah bawah ni :


Dari gambarajah ni kita dapat nampak yang pagerank itu adalah rating keupayaan bagi satu blog di mana adakah page itu berkeupayaan untuk menarik pengunjung.Saya ada satu calculation untuk PR percaya tak? :



PR(A) = (1-d) + d(PR(t1)/C(t1) + ... + PR(tn)/C(tn))

Faham tak?Saya sendiri pun tak faham dan apa yang saya tau ia melibatkan inbound link dari web/page lain.Maka saya dapat rumuskan bahawa PR akan diukur ikut inbound link ke blog kita.

Macam mana nak naikkan PR?Kalau saya ada beberapa cara yang korang boleh guna untuk naikkan PR iaitu :

1. Exchange Link 
Gunakan bloglist korang.Tapi jangan banyak sangat takut pageload jadi tinggi.

2. Bagi Backlink Kat Orang Lain
Sila jangan Kedekut Link dengan blogger lain sebab ingat 'What You Give You'll Get back'.Ingat Backlink itu tiada nilai.

3. Guna Teknik Link Dalam Entry
Kalau korang nak tau PR dihitung dari inbound link tak kira dari rource lain atau page dalam web itu sendiri.So gunakanlah link untuk menghubungkan entri-entri terdahulu.Kan itu juga dikira inbound link.

4. Guna Widget Link
Setakat ni saya just ada dua widget yang similar iaitu Linkwithin dan Outbrain.Ni kalau korang dah malas sangat nak main link atau tak tau guna 'Link' pada platform blogging korang.

5. Sila Jangan Guna Third Party Script
Jangan korang nak senang je.Blogwalking pun nak auto.Itu akan effect korang punya PR dan Alexa.Auto exchange Link pun sila lupakan sebab ia takkan membantu malas merosakkan reputasi blog.

6. Rajin-Rajin Drop Komen
Jangan nak harap orang je komen kadang-kadang kita kena komen juga.Sebab komen itu boleh bagi backlink pada kita terutama sekali blog yang ada ComLuv.Kan Komen itu juga SEO mudah.

Cukup 6 je dulu.Budak-budak tak boleh pegang tips banyak sangat nanti susah.Applikasikan 6 point ni pasti korang boleh berjaya beb.Ni tak tipu.Macam mana nak Check PR :


p/s :

* Baru dapat balik hak Pagerank (PR3) setelah ditolak sebab buat buat benda bodoh.Takpe itu pembelajaran namanya.


* Tak semestinya korang PR tinggi blog PR rendah tak boleh beat dalam SERP.Saya ada bukti

LANGKAH PERMAINAN SEO PALING PENTING IALAH SUBMIT SITE

LANGKAH PERMAINAN SEO PALING PENTING IALAH SUBMIT SITE

Salam guys,

Dah lama tak update blog ni sebab agak sibuk menjalani aktiviti harian.Ok straight to the point sebab saya akan cuba gunakan kaedah KISS (Keep It Short & Simple).Apa yang korang faham pasal SEO (Search Engine Optimization)?Bagi saya ia adalah penyenaraian blog di dalam engine carian atau paling mudah ialah 'pengindeks'an pages dalam blog di enjin carian.

Kalau korang perasan ramai yang dok cite pasal benda ni dan kalau korang nak traffik yang super dooper banyak korang kena mahir dengan permainan SEO ni.Kalau korang dah faham dengan teknik SEO ni senang je orang kata update sikitpun visitor mencurah-curah (betul ke?).

Ok sebelum korang tau benda lain dalam permainan SEO ada satu kaedah yang mana ramai orang lupa untuk buat dan bila tak buat benda ni memang effek SEO mungkin takkan dapat kat pages korang.Adakah korang familiar dengan perkataan Submit Site?Submit Site bermaksud menyenaraikan site kite di Search Engine untuk di'index'kan oleh crawler.Macam mana nak submit URL kat serach Engine?

Google - Klik Sini
Yahoo! - Klik Sini
Bing - Klik Sini

Korang try submit URL korang kat 3 serach engine terbesar dunia dulu.Tengok apa kesan dia.Ada banyak lagi tempat korang boleh submit dan benda tu nanti saya share dengan korang.

APA ITU ALEXA TRAFFIC RANK?MACAM MANA NAK CHECK ALEXA RANKING BLOG

APA ITU ALEXA TRAFFIC RANK?MACAM MANA NAK CHECK ALEXA RANKING BLOG




Salam guys,

Hari nak share sikit pasal Alexa Rank.Apa yang korang faham pasal alexa?Penerangan yang simple mengikut kepala otak saya ialah statistik web/blog dalam dunia maya di mana korang kena compete dengan berjuta-juta web/blog dalam internet.Rangking bermula dari nombor besar ke nombor kecil.Sila jangan sakit jantungkalau first time korang check Alexa Ranking tetiba keluar angka juta-juta dan jangan berangan itu angka duit dalam Maybank2u sebab itu just ranking maya.Ini bermakna lagi kecil nomber lagi bagus blog korang.

Dulu saya bermula dengan angka 3,256,412 .Amacam banyak tak?Memang disappointed beb tengok ranking tapi lepas saya start aktif maka nombor tu makin kurang dan sekarang lihatlah hasilnya ...


Dengan usaha keras saya selama 2 tahun maka dapatlah rank serendah ini.Actually belum cukup bagus tapi apa kan daya saya tak punya banyak masa untuk berblog macam dulu.Kalau nak ikutkan dulu saya pernah dapat dalam 300K tapi yang ni pun oklah.Tunggu masa saya nak buat semula blog ni.

Macam mana nak rendahkan ranking Alexa :

1. Tulis Secara Consistent
2. Maintainkan Traffik
3. Exchange Link
4. Belajar SEO 

Kalau korang nak check ranking boleh pi http://www.alexa.com/

CARA UNTUK DAPAT 200 UV | TIPS BLOGGING

CARA UNTUK DAPAT 200 UV | TIPS BLOGGING



Selamat petang.Bean Moreno baru balik dari kerja.Actually nak kongsi benda ni dah lama tapi asyik terbantut je.So sementara menunggu Megi saya kembang saya nak share sikit pasal traffik tapi saya tak mungkin akan reveal traffik blog ni sebab belum cukup bagus untuk di'reveal'.Tunggu UV saya dah maintain 13K sehari baru saya reveal (apahal tamak sangat ko ni Bean).

Ramai orang merungut pasal UV rendah.Apa itu UV?Uv ialah unique visitor yang singgah kat blog kesayangan korang tu.Actually dah ramai yang turunkan tips termasuk saya tapi ramai juga yang just baca then ignore.Sebelum korang masuk pada yang lebih detail baik buat yang ni dulu sebab yang ni basic je.Teknik ni saya panggil 'Aku Tolong Ko,Ko Tolong Aku'.Teknik ni ada berkaitan dengan blogwalking.


Sebenarnya tak susahpun nak dapat 200 UV setiap hari dengan blogwalking.Kita just guna Logaritma Blogwalking.Selalunya korang blogwalking ikut shoutbox.Betul tak?Macam mana dari Blogwalking korang boleh dapat 200 UV.Apa yang saya nampak ramai yang blogwalk just tinggalkan jejak dia je.Contohnya :

Si A Blogwalk ke Blog Si B Lepas tu tinggalkan link kat shoutbox B.Lepas tu Si B membalas kunjungan kepada Blog A - Maka 1 sahaja UV untuk setiap blog.

Apa kata lepas ni korang tukar cara blogwalking korang jadi macam ni :

Korang masuk satu blog then tinggalkan link lepas tu ambil 2 link dalam shoutbox dia untuk di jadikan kunjungan seterusnya.Buat benda yang sama pada setiap blog yang korang ambil linknya sebanyak 8 kali.Maka korang akan dapat at least 200UV sebab ...

2 x 2 x 2 x 2 x 2 x 2 x 2 x 2  = 256

Amacam senang kan.Tak perlu banyak sangat sebab nanti korang kena pergi England Optical pulak beli cermin mata.Biar slow asalkan nampak hasil.Kalau rajin korang buatlah lebih.Ni untuk blogger beginner macam saya lah yang traffik dah juta-juta sila ignore teknik ni sebab korang sememangnya dah terlalu hebat di mata blogger.hak3...

p/s :

* Kalau benda simple macam ni pun korang tak dapat buat sila jangan berangan nak main SEO sebab itu lagi susah.

3 SEBAB KENAPA BEAN MORENO SUKA REVIEW BLOG LAIN

3 SEBAB KENAPA BEAN MORENO SUKA REVIEW BLOG LAIN

Salam guys,

Sepanjang korang berblog measti ada blogwalking  betul tak?Dalam berblogwalking ada tak korang perasan blogger yang review blog orang lain?Mesti ada punya bukan sikit tapi banyak.Agak-agak korang lah kan apa faedah yang diorang dapat dari review blog orang lain?Ok entri kali ni saya nak share dengan korang kenapa Bean Moreno suka review blog lain.

1. Share Traffik

Yang ni bukan saya nak tunjuk baik ataupun apalah kan.Ni adalah hakikat kehidupan.Dalam kehidupan kita kena berkongsi apa yang kita dapat sila abaikan berkongsi isteri ye itu tak boleh tapi berkongsi suami memang dah biasa orang buat.bila kita review kita akan bagi sikit traffik kat blog yang kita review & dia akan dapat sikit traffik dari kita.Dengan traffik yang tak berapa nak banyak tu mungkin kita dapat bagi semangat kat dia untuk terus berblog.So komuniti akan berkembang.Dan kita akan dapat buat dia gembira dengan hidup.Jadi salahkah kita berkongsi traffik?Janganlah kedekut sangat...

2. Sebagai Langkah Promosi

Ini sambungan cerita dari yang atas.Ok bila orang yang kita review tu suka hati dah tentulah dia akan berterima kasih lagi0lagi kalau traffik yang dia dapat memang dia tak expect.Bila dia berterima kasih mungkin dia akan bagi backlink kat kita even satu backlink pun jadilah.Korang kena ingat satu je 'What You Give You'll Get Back'.Kalau dia link ke post je pun jadilah tapi mana tau mood dia agak ok ke contohnya time dia baca review kita tu dia baru je dapat awek baru mungkin dia akan letak link kita kat bloglist dia ke...So dari situ advertisement percuma beb...

3. Cara Untuk Elak Plagiat Dan Mood Kelaut

Dua benda ni jadi disebabkan satu perkara iaitu tiada idea.Dem itu satu benda yang memang susah nak lawan tapi bila lawan maka dua perkara di tajuk akan terjadi.Kalau korang nak sangat menulis tapi takde idea buat lah blog review.So korang takdelah terlibat dengan plagiat dan ood akan sentiasa ke tebing.Tak caya cuba buat.Tapi dengan syarat korang kenalah ikhlas.Jangan lepas review korang terus suruh dia review pulak itu dah salah beb.

Sekarang faham tak kenapa saya review blog lain.Bukan saja-saja je ada sebabnya.Bila kita bagi something berfaedah pada orang lain maka kita juga akan dapat faedah tu balik.Meh saya tunjuk sikit bukti ...



Amacam percaya tak?No lima tau dalam list jangan main-main.Kalah search engine Bing tau.Anyway thaks to Sharkox...


p/s :


* Buat benda biar ikhlas baru dapat ganjaran
* Apa pendapat korang pasal reviewing blog orang lain?Pernah buat tak?

TAHUKAH KORANG KOMEN ITU ADALAH SATU TEKNIK SEO MUDAH?

TAHUKAH KORANG KOMEN ITU ADALAH SATU TEKNIK SEO MUDAH?



Selamat pagi guys,

Wah entri kali ni tajuk dah macam National Geographic Sebelum saya cerita lebih mendalam tentang perhubungan saya dengan komen,ahaks saya nak tanya koranglah kan korang rasa drop komen kat blog lain mendatangkan faedah tak?Rata-rata akan jawab kalau nak traffik tak payah drop komen pun tak kisah.Just shout kat kotak kecik kat sidebar tuan punya blog mesti masuk balik kat dalam blog kita.Yes itu memang betul tapi korang terfikir tak blogwalking memang akan tolong kasi up sikit traffik tapi kalau kepuasan blogging itu menulis untuk dibaca manusia korang memang takkan dapat sebab orang yang membaca penuh dia akan komen.

Kenapa saya cakap drop komen tu satu teknik SEO mudah dan kalau korang ada pernah terbaca kat ebtri blogger-blogger lain diorang cakap SEO nilah kunci kepada traffik.Actually ramai yang still tak perasan bahawa bila kita drop komen kita sebenarnya telah menempatkan url blog kita kat dalam feed entri tu.Tanpa kita sedari lepas kita drop komen kat satu blog tu kita akan tarik readers lain baca blog kita.Kenapa?Simple je bila korang komen dan komen tu bernas dah tentu owner blog yang komen tu akan tertarik ko memang the bump dengan korang.So dah tentulah dia akan masuk ke blog korang melalui link comment tu.Simple je kan...Satu lagi Readers blog yang korang komen tu korang rasa takkan tak drop komen So lepas diorang komen bila ternampak nama korang komen satu benda yang memang superb maka diorang mungkin akan cair dan tertekan link blog korang...
Maksudnya kat sini link URL korang tulah akan menjadi referral link untuk tarik visitor.

Pernah tak korang terfikir yang dalam komen korang tu juga ada keyword-keyword yang boleh menyebabkan link URL blog korang tersenarai dalam carian Seacrh Engine.Korang tak tau atau memang tak nak tau ataupun saje buat-buat tak tau?Apa sahaja yang kita taip dan kat mana-mana kita taip termasuk kat facebook akan tersenarai dalam SERP.Tak percaya?Korang fikirlah eyh server Google bukan macam saiz harddisk desktop kita yang paling hebat ada 1 TB je.So setiap perkataan yang kita letak kat apa-apa platform kecuali platform bas akan masuk dalam SERP.Maka bukankah itu SEO cara mudah dan ramai di antara kita tak sedar.
So nampak tak apa yang cuba si kacak ni sampaikan?Sebab saya tengok ramai orang blogwalking termasuk diri saya tapi tak komen.Kalau takat tak komen je takpe tak pandang langsung entri blogger lain.Korang kena ingat dalam blogging ni ada satu phrase yang penting 'What You Give,You'll Get Back!'.Nak tau apa itu 'What You Give You'll Get Back!' nanti saya akan cerita.So lepas ni janganlah malas-malas komen blog lain ye.
p/s :

* Saya suka drop komen tapi sekarang ni agak busy dan orang yang saya utamakan untuk drop komen ialah orang yang komen blog saya...hak...Tapi kalau ada masa memang banyak blog yang saya akan komen...

* Nak sewa tapak iklan? Jom Test Market...

KENAPA PENYANYI KAT MALAYSIA PERLU CIPTA LIRIK SENDIRI & APA KAITANNYA DENGAN BLOGGING

KENAPA PENYANYI KAT MALAYSIA PERLU CIPTA LIRIK SENDIRI & APA KAITANNYA DENGAN BLOGGING





Selamat petang guys,

Soalan pertama sebelum saya teruskan dengan entri ni.Apa pendapat korang tentang industri muzik Malaysia?Kalau tanya saya saya akan kata maju pada peralatan tapi mundur kreativiti.Kenapa?Ada satu je sebab kenapa saya cakap macam iaitu dari segi penciptaan lirik dan penghayatan (fulamak gua cerita dan macam gua ni komposer).Dalam ayat tadi ada dua faktor penting tapi ianya berkait rapat.

Boleh dikatakan 60% daripada artis kat Malaysia ni hanya tau menyanyi tapi yang ubah muzik dan lirik bukan diorang.Diorang berbangga dengan hasil orang sebenarnya.Soalan kedua ialah kenapa korang rasa artis Malaysia punya lagu kalau meletuppun sekejap je itu pun kalau dalam satu album ada 12 lagu 2 je yang best lain semua just cukupkan syarat album je?Benda ni jadi sebab lagu-lagu tu bukan karya diorang tapi komposer.Diorang just tau melalak je.

Bagi pendapat saya yang buta muzik ni kan kalau lagu-lagu itu dicipta sendiri maka bila artis nyanyi ia akan mengundang kepada penghayatan.Sebab bila kita compose lagu dengan idea dan kreativiti sendiri maka kita akan lebih faham dan boleh dengan selamba je nyanyi.Bila lebih faham dan ada penghayatan maka lagu tu automatic (bukan autoplay ye) akan jadi sedap dan akan tinggalkan kesan pada pendengar.Bahasa yang mudah faham ialah bila lagu dicipta sendiri maka ia akan sampai pada pendengar.Ada faham?

Kita tengok macam kat luar beza beb kalau kita layan lagu Taylor Swift dengan layan lagu Britney Spears.Bila kita layan lagu Taylor Swift mungkin kita akan dapat berangan dan dapat rasa apa yang dia nak sampaikan dalam lagu dia dan Taylor Swift popular bukan takat dia lawa tapi bakat yang dia ada tu memang superb bukan sebab kontroversi ataupun tindakan liar untuk raih perhatian.Dalam Malaysia pun ada artis yang talented bukan takde.Saya bagi contoh Faizal Tahir (saya bukan kipas susah mati dia tapi just aircond remote control je), Aizat, M.Nasir dan Taja Meet Uncle Hussein.

Apa kaitannya dengan blogging?Ok dalam blogging setiap apa yang kita tulis dengan ketulusan hati dan idea kreativiti sendiri itu akan membantu kita.Bila kita dapat buat entri dengan ikhlas bukan sebab paksaan or curi-curi idea maka readers akan dapat menghayati apa yang kita tulis dalam blog kita.

p/s :

* Artis Malaysia bakat kurang tapi poyo lebih so bila lagu dah tak laku or takde komposer nak buat lagu mulalah bikin panas...contohnya tiru Lady Gaga..pergh takde imej langsung.


Sila Like or Share Entri ini...

3 NICHE YANG MEMANG SAYA AKAN JAUHI

3 NICHE YANG MEMANG SAYA AKAN JAUHI



Salam semua,

Saya mulakan entry ni dengan satu pertanyaan yang mungkin rata-rata blogger tau dan arif.Kalau dah namapun arif, saudara ariffshah mesti gempak.Apa yang korang tau pasal niche?Sila abaikan kedai pakaian Nichi sebab bukan itu yang saya cari.Bagi saya apa yang saya tau niche ialah kategori ataupun paling senang kaitan dan tumpuan blog itu ke arah apa.Sebagai contoh kita usha public blog ada yang lebih kepada tutorial blog,ada yang more to travel blog dan tak lupa berkaitan makanan.Tu yang dikatakan niche.Kalau silap tolong betulkan eyh.

Tapi kalau nak cakap pasal Niche kebanyakan dari blogger sekarang dah tak amik port pun.Tulis ikut rasa sebab tak nak rasa terkongkong.Semua dan jadikan blog diorang personal+public.Betul tak betul?Oklah saya bukan nak bercerita panjang pasal niche tapi nak cerita apa niche yang saya akan jauhi dan kenapa.

1. Politik

Topik pasal politik ni memang hot dan hari-hari mesti ada cerita baru.Blogger yang tulis pasal politik memang traffik dia tinggi dan ramai orang akan search kat Search Engine.Tapi bagi saya elok saya jauhkan diri dari tulis pasal politik sebab politik ni kotor.Kita tak tau siapa betul dan siapa salah.Kalau kita just tau umum so better janganlah.Kalau nak traffik lebih baik blogwalking dari tulis pasal politik takut salah tulis korang mungkin akan berkawan dengan pacik jual Nasi Lemak Seksyen 4 Kota Damansara nama dia ISA.Takpun kena tangkap tak pasal-pasal.

2. Gosip Artis

Bab ni memang ramai yang suka search kat internet.Nak lagi syok letak gambar artis seksi memang meletup blog korang.Saya dah pernah test dah.Sampai sekarang keyword Lana Nordin melekap kat blog ni.Dah macam blog ni personal blog Lana Nordin dah.Tapi bagi saya tak best kalau kita nak jaja cerita orang just nak sedap dan puaskan nafsu berblog.Saya lebih suka share pasal diorang yang best je.Yang negatif tolak tepi.So dari situ boleh la jugak baik-baik dengan diorang.Takut salah tulis kang tak pasal-pasal buat fitnah.Duit dapat Dosa pun dapat.

3. Lucah

Pergh yang ni serius memang kalau boleh saya akan lari.Memang kalau korang letak satu or dua perkataan lucah blog korang senang je naik.Tak payah tunggu dua tahun (macam blog ni) silap-silap sebulan korang tulis blog dengan niche ni blog korang dah beratur reader setia.haha....Tapi malangnya kalau kantoi memang mampos kena block terus.So siapa yang rugi?Dan kalau lepas dapat buffered berderet korang rasa halal tak hasil?Jawab sendirilah ye...

p/s :

* Apa-apapun saya mintak maaf pada blogger yang ada tulis berkitan niche yang saya listkan tu.Takde niat nak menjatuhkan sesiapa cuma tu yang saya pegang dan itulah prinsip saya berblog.

* Sila ada sikap tanggungjawab pada blog korang...

TERASA BEST BILA MAHER ZAIN FOLLOW TWITTER

PERSONAL : TERASA BEST BILA MAHER ZAIN FOLLOW TWITTER

Salam ahad ye guys,sayapun tak tau apa dah jadi dengan diri saya ni.Actually saya sayang gila sangat dengan blog ni.tapi mood untuk update fresh entri agak kelaut beb.So saya nak mintak maaf pada semua readers if kalau korang masuk blog ni korang terbaca entri lama-lama ataupun entri dua hari lepas.Saya dah masuk fasa di mana kalau takde mood saya takkan paksa diri untuk publish entri.Hope korang tetap support blog ni even tiada entri di dalamnya.hak3...

Sejak dua menjak ni saya lebih aktif menggunakan social media untuk memenuhi kekosongan kehidupan saya (selain aktiviti bersama aiensepet).Saya bmula mencari apa kebaikan online facebook yang dah lama saya tinggalkan dan tak lupa juga bertweet dengan kenalan maya (terutama sekali blogger).Tiba-tiba saya terasa kuasa social media ni boleh menggelamkan bakat seseorang blogger itu jika lalai walaupun sebenarnya kalau kita pandai menggunakannya ia boleh membantu pertumbuhan blog dan ia juga merupakan salah satu daripada cabang-cabang ilmu SEO..hak3...

Oklah nak cerita pasal social media.Kalau nak ikutkan saya lebih gemar bertweet daripada online guna facebook.Memanglah twitter takde kotak chatting macam facebook dan mungkin juga agak bosan dengan interface yang sama (tapi saya ada #newtwitter ye) tapi apa yang membuatkan twitter lebih best ialah jawapan yang cepat bila kita kebuntuan atau memerlukan jawapan untuk sesuatu persoalan.Bagi saya kalau saya post something kat status maka reply yang akan saya dapat mungkin lambat berbanding twitter.Mungkin alasan yang kuat mengapa keadaan ni terjadi ialah ramai pengguna Twitter yang aktif jika dibandingkan facebook.Tapi sesuatu yang agak best bila berlakunya ini :

Ok firstly saya nak bagitau yang saya takde guna apa-apa teknik photoshop untuk hasilkan gambar di atas sebab komputer saya sangat berat dan kalau buka apps Photoshop CS4 yang saya install memang akan slow.Yang kedua saya nak bagitahu memang saya ada niat nak follow twitter Maher zain  tapi saya belum follow lagi tak caya tengok button tu maknanya dia yang follow teitter saya dulu.hak3...


Actually niat saya tunjuk ni bukan sebab nak tunjuk yang saya bangga sangat Maher Zain follow tweet saya dan kalau ikutkan tak gunapun dia follow tweet saya sebab bukan dia faham pun.Apa yang saya nak tunjuk ialah perbezaan artis international dan artis Malaysia.Kebanyakkan dari artis kita memang senang kata sombong tak bertempat.Nak layan orangpun memilih.Macam diorang tu manusia istimewa je padahal sebelum jadi artis comot jugak.Kebanyakan mereka hanya akan balas tweet bila mereka rasa profile tu layak berkawan dengan diorang je.Kenapa saya berani cakap macam ni?Sebab saya dah pernah cuba bertweet dengan mereka ni.


Anyway ni bukan sesi lepas geram ke apa.Just share apa yang saya rasa je.Lagipun ni hari Ahad kalau saya taip benda-benda yang serius orang tak bape gemar so saya upkan isu-isu remeh je lah ye.Tapi apa-apapun thanks to kak jie kerana membiarkan wajah tampan & maskulin saya bertempek di entri terbarunya.hahaha...


p/s :


* Apa perasaan korang bila Maher Zain Follow blog korang or Twitter korang?
* Mungkin dia follow sebab dia terbaca entri Maher Zain Berdakwah Secara Stylo kot.Anyway thanks to Maher Zain.

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails