Showing posts with label Widget Gengblogger. Show all posts
Showing posts with label Widget Gengblogger. Show all posts

SIAPA KATA TIADA SHOUTMIX TAK BOLEH BLOGWALK

SIAPA KATA TIADA SHOUTMIX TAK BOLEH BLOGWALK

Salam guys,

Entry kali ni saya nak share satu benda tentang blogwalking.  Macam yang dah terbiasa bila sebut je blogwalk orang mesti ingat shoutbox ataupun kotak jeritan.  Dan bila masuk satu blog tu untuk blogwalk tetiba blog tu takde shoutbox mulalah claim owner blog tu sombong, kedekut traffik dan macam-macam lagi.  Saya dah dekat sebulan buang shoutbox.  Ni bukan sebab otai ke traffik tinggi ke ataupun kedekut tapi sebab orang salah guna atau boleh saya katakan vandalisme  dalam blogging.  Persoalan pertama ialah Siapa Kata Tiada Shoutbox Tak Boleh Blogwalk?  Meh saya tunjuk satu cara saya blogwalk dalam blog saya ...

1. Widget GengBlogger

Siapa perasan kehadiran widget ni dalam blogsphere?  Kalau korang tak perasan silalah pi masuk gengblogger godeh-godeh.  Kesian Kong bikin widget tapi korang buat dek je.  Bagi saya widget yang Kong buat ni memang berguna untuk kita.  Ada dua sebab kita terhindar dari SPAM, SCAM dan sebagainya disamping boleh tau siapa yang jejak blog kita tapi dengan syarat orang tu adalah ahli GengBlogger.  Kalau nak dibandingkan Widget ni lebih ringan dan tak de masalah setakat ni.  Kalau ada masalah sila refer Kong.



2. Iklan Dalam Suterablogger

Yang saya tau memang agak berat orang nak buat sebab perasaan malas support orang lain tu masih menebal dan mungkin ada jugak yang still ada budaya 'Aku Hebat' dalam diri.  Apa lah salahnya kalau blog tu takde shoutbox korang pi masuk blog-blog yang diiklankan dalam blog tersebut.  Ada rugi ke?  Rasanya sikit pun korang tak rugi sebab korang dah tolong blogger tu layan iklan diorang.  Kan tolong menolong tu amalan mulia.  Mungkin hari ni kita tolong dia mana tau esok lusa dia tolong kita balik.  Siapa tahu?

Tahniah kepada Kong di atas kekreatifan dia kita dapan buat something yang mudah.Tak rugikan mencuba...

p/s :

* Kalaulah dapat berguru dengan Kong...
* Tahniah kepada adik beradik blogger yang kreatif iaitu Yied & Daus Pozi yang telah berjaya buat satu widget.Angpa memang Dasaaaaattttt!!!

MACAM MANA NAK UBAH SAIZ WIDGET GENG BLOGGER

MACAM MANA NAK UBAH SAIZ WIDGET GENG BLOGGER 

Salam guys,

Entri ni keluar sebab ada yang bertanya pasal widget ni.  Saya tau ramai yang dah terpengaruh dengan dakyath widget ni hoho... Tapi masalah utamanya ialah saiz dia.  Ok jom saya tunjuk cara dia.  Kalau tak silap dulu Kong ada buat satu tab untuk ubah saiz dia dan bilangan liast dalam box tapi setelah lama tak godeh-godeh saya terlupa kat mana tab tu.  So untuk ubah saya rasa kita ubah manual jelah dan kita just boleh ubah lebar dan tinggi dia je.

1. Copy Coding Tu Masuk Notepad
2. Check Lebar Sidebar Korang
3. Ubah Saiz Pada Coding

4. Paste Kat Blog Korang

Kalau tak silap lepas kita ubag tinggi dia mungkin list akan jadi lebih panjang.Ini belum terbukti lagi sebab saya tak suka list yang panjang so saya tak cuba.  Lagi satu kalau korang nak list yang panjang tapi body dia pendek korang boleh buat setting pendek then tukar scrolling tu kepada YES.


Senang je kan tapi kalau korang tak boleh buat bagitau jelah nanti saya try usha apa yang boleh saya tolong ye.  


'Malique Angkat Tangan...'

CARA NAK PASANG WIDGET GENGBLOGGER KAT BLOG

CARA NAK PASANG WIDGET GENGBLOGGER KAT BLOG

Salam guys,

Macam mana sihat?  Oklah saya rasa saya nak bikin satu entri informasi yang pendek dan orang faham.  Ni sambungan dari entri siapa kata tiada shotmix tak boleh blogwalk.  Disebabkan ramai yang mintak so saya keluarkan satu tutorial pasal macam mana nak pasang widget gengblogger kat blog.Benda ni simple je ...

1. Login Gengblogger
2. Pergi kat 'rumah'
3. Pergi ke Widget Pelawat (kalau nak yang bulan punya pilih link yang bawah).



4. Copy Coding
5. Paste kat Sidebar blog korang






Harus diingatkan kat sini yang widget ni ada 3 style untuk pilihan.  Sila pilih ikut kehendak hati bukan sebab ikut orang...  Tak susahkan nak pakai widget ni so sekarang sila ucap terima kasih pada Kong.


p/s :


* Mari sama-sama benteras SPAM di shoutbox.

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails