Showing posts with label blogger. Show all posts
Showing posts with label blogger. Show all posts

PERCINTAAN ONLINE | NUFFNANG PUNCA MEREKA BERPUTIK

PERCINTAAN ONLINE | NUFFNANG PUNCA MEREKA BERPUTIK



Salam guys,
Ok fine saje bukak topik ni sebab saya tengok ramai yang berjaya harungi situasi bercinta online.  Persoalannya sekarang sekuat mana hubungan percintaan online ni?Mungkin ada ramai yang pangkah kenyataan yang cinta online ni kekal lama.  Tapi bagi saya banyak bukti yang percintaan online ni boleh sampai ke jinjang perkahwinan.


3 BENDA YANG KORANG PATUT BUAT SEBELUM PASTE CODING NUFFNANG

3 BENDA YANG KORANG PATUT BUAT SEBELUM PASTE CODING NUFFNANG

Salam guys,

Sebelum saya start dengan entry ni benda pertama yang saya nak korang buat ialah sila baca dengan penuh kekhusyukan dan pemikiran terbuka.  Bagi saya benda ni serius since asyik terbaca orang asyik salahkan ads company kenapa blog diorang tak boleh buat duit.  Saya letak Nuffnang dalam entri ni sebab most of bloggers guna Nuffnang untuk kaut duit.

Kebanyakan dari kita sebenarnya banyak buat silap sebelum tempek coding itu ke dalam blog.  saya sendiripun dulu masa zaman-zaman tak tau cara betul merungut kenapa earning saya ciput je tak macam Kak Red (wah makcik ni memang tak boleh lawan saya angkat white flag kalau jumpa dia. Tapi bahan tetap bahan).  Meh saya share apa yang patut korang buat sebelum berangan nak jadi blogger jutawan dengan tempek code Nuffnang.

1. Fahami Apa Itu Nuffnang

Korang sebelum register Nuffnang, korang tau tak Apa Itu Nuffnang?  Most of blogger main sign up je tanpa fahamkan apa itu Nuffnang.  Yang kita tau Nuffnang akan bagi kita gaji bulan (check sampai rumah).  Kalau korang berfikir macam tu baik korang buang je coding tu sebab dengan niat macam tu korang bukan takat melemahkan semangat korang malah akan mempengaruhi orang lain.  Sepanjang saya dengan Nuffnang apa yang saya dapat perhatikan dan faham ialah Nuffnang merupakan satu komuniti bukan majikan.  Ya memang korang dapat duit tapi kenapa ciput, sebabnya korang tak aktif dan tak pergi event yang depa buat.  Event itu cara korang nak bagi depa nampak yang korang serius untuk berblog.

2. Belajar Cara-Cara Menulis Dengan Betul

Paling simple yang korang kena faham dalam ayat ni ialah apa fungsi korang berblog dan juga cara korang menulis.  Persoalan untuk korang jawab (sila jawab dalam hati).  Apa yang korang dapat bila korang tau cara nak menulis blog dengan betul?  Bagi saya penulisan itu penting.  Ya kita boleh jadi serius,  kita boleh jadi gedik (jangan jadi bapok dah la),  dan kita boleh tulis ikut apa medula oblongata kita tapi gaya menulis itu boleh membawa kepada datangnya readers.  Kalau korang betul nak buat duit dengan Nuffnang bukan just harap Buffered Earning muncul.  Sila buang corak pemikiran ni.  Yang buat korang masyuk ialah Advertorial.  Benda ni dah banyak kali blogger lain ulang tapi still ada lagi yang mengharap jadi kaya dengan buffered earning.  LHDN pun tak kejar korang kalau tengok amount Buffered Earning.  Nak dapat Advertorial penulisan korang kena mantap beb baru Advertiser nak korang tulis.

3. Blog Perlu Teratur (Template dan Isi)

Ok benda ni adalah first impression untuk reader.  Tak semua readers datang dari golongan bloggers.  Ada yang datang hasil dari pencarian dari search engine.  Kadang-kadang kitapun tak expect dengan keyword yang diorang cari kalau tak caya korang ushar Nuffnang Analytic.  So amik kesempatan itu bila blog korang teratur maka tak mustahil orang yang sesat itu akan masuk semula ke blog korang.  Cuba korang bayangkan pelancong yang tersesat kat Malaysia tapi niat dia nak pi Singapore.  Dah tentulah dia akan datang lagi sebab kat Malaysia ni banyak rumah urut (ooops).  Ingat dalam Nuffnang Traffik itu Sangat penting.

Sekarang dapat tak faham apa yang saya nak sampaikan.  Yes korang takkan rasa tertekan dengan Nuffnang kalau korang dapat faham entri ni.  Ni lah yang saya buat selama saya tampal coding nuffnang kat dalam suterablogger.  Dan kalau korang buat korang takkan merungut apasal earning korang tak naik-naik.

p/s :

* Nak kata banyak earning dalam nuffnang tu taklah tapi takat ni dah berjaya jugak cash out 8 kali.

Ada tak teringin nak pakai Honda City? Sapa mau jom terima cabaran saya

BILA EYRIQAZZ MENEGUR

BILA EYRIQAZZ MENEGUR

Salam guys,

Siapa tak kenal dengan nama Eyriqazz betul tak?  Sebut je nama dia semua orang nak tutup blog tak pun buang coding Nuffnang.  Kenapa?  Ces kalau pertanyaan tu yang korang nak tanya maksudnya korang masih belum tau apa maksud blogging.  Sila jangan fikir saya nak bodek dia ye walaupun boleh la saya nak kata yang dia ni 'Sifu' saya dalam blogging ni sebab dia banyak jugak ajar saya pasal cara jadi blogger yang bagus.

Sekarang dia dok sibuk dengan segmen tegur menegur kalau tak silap lah.  jadi dengan selamba saya komen blog dia (selama ni silent readers je.yeke?haha).  Saja je nak buang masa suruh dia komen actually saya dah daoat baca dah apa yang dia nak komen.  Nak tau apa dia tegur :


Panjang beb dia tegur saya.  Anyway thanks lah Eyriqazz sebab komen dan tegur blog ni.  Bukan sennag nak suruh blogger top komen even dia sibukpun still sempat masuk blog cap kentang putar ni.  Apa yang saya boleh jawab ialah tunggu saya dapat hosting.  Akan ku tunjukkan apa itu blogging.haha.. Bukan saya tak nak tulis pasal personal tapi belum ada yang menarik lagi untuk dikongsi mungkin lepas saya jadi menteri ke artis ke boleh lah share pasal perosnal haha...

p/s :

Blog ni memang niat di hati 70% public and 25% Personal lagi 5% merapu haha...

* Nak tau kelebihan Maybankcard?  Saya ada info menarik tentang Maybankcard

BLOG REVIEW | SI KATAK PINK

BLOG REVIEW | SI KATAK PINK

Salam guys,

Waduh dah lama rasanya saya tak review blog orang lain sebab kesibukan tahap menteri.  So sebelum skill review blog ni hilang dari kotak memory DDR3 Kingston ni better saya start semula.  Malam ni saya nak review satu blog yang dipunyai oleh adik saya sendiri.  Sampai sekarang saya fikir apasal nick dia Si Katak Pink (gua geli dengan katak beb even nampak ganas).  Mesti ramai yang cakap "Alah nak kasi up adik lah tu".  Ni pun saya review setelah beribu kali dia minta.  Oklah jom start...

Interface :



Dia ni merupakan adik no 2 saya dan dia dah lama ada blog cuma saya saja buat kedekut ilmu tak nak ajar dia.  Sekarang dia dah tau apa yang patut dia buat sebagai seorang blogger even tak nampak dia punya pro lagi.


Komen Bean Moreno :


* Template ringkas, tak sakit mata tapi kalau boleh sila kemaskan lagi aturan.
* Blogger bukan macam myspace sebab blogger lebih pro so tulisan kena nampakkan kita ni faham, apa itu blogging.  Bagi saya tak sesuai kalau guna tulisan 'warna manja gedik'.


* Kedudukan iklan dalam blog itu penting so sila tukar kedudukan itu kalau header letak betul-betul kat header dan kalau sidebar letak kat sidebar sebab itu satu cara dapat buffred earning.


* Ada satu benda yang saya memang anti iaitu autoplay so sebelum saya yang buang baik buang sendiri (pergh gaya samseng plak).  kalau nak letak lagu sila jangan buat autoplay sangat menyakitkan minda.


* Sila manage size gambar sebab kalau gambar tak ngam maka akan 'makan' sidebar.


Mintak maaflah ye even adik pun kena mintak maaf sebab takut kalaulah terasa hati susah plakkan. hak3...


Blog Name : Si Katak Pink
URL : http:/sikatakpink.blogspot.com
Blogger : Fiza Si Katak Pink



p/s :


* Satu review RM5 wahai adikku haha

HEADER BARU SUTERABLOGGER YANG SEMPOI... TERIMA KASIH BRO JEJAI

HEADER BARU SUTERABLOGGER YANG SEMPOI... TERIMA KASIH BRO JEJAI

Salam guys,

19 Mac saya dikejutkan dengan satu DM daripada Bro Jejai meminta saya beri saiz header :

Actually saya memang nak design satu header baru untuk blog ni sebab header lama tu saya buat saja-saja je.  Tapi malangnya takde masa untuk buat design photoshop (alasan terbesar ialah malas).  Bila saya send je email pada Jejai maka dia send satu header yang agak menarik (bagi sayalah bagi korang kalau tak menarik itu masalah korang.hak3).  Design yang sempoi je tapi bagi saya ada masudnya :




Anyway thank to Bro Jejai sebab buatkan header ni dan kalau ada free time boleh la agaknya bikin satu template untuk blog ni.hak3...  Nilah yang dipanggil 'Kuasa Blogging' sebab dari blog kita bukan saja dapat belajar ilmu blogging tapi dapat belajar apa itu persahabatan.


p/s :


* Hari tu design gambar ni pulak header... Lepas ni kalau boleh design template  kot (just joking).
* Kamek sukak design kitak nanti kamek samak kitak naik bilon mau kak?Jangan Lupak buang Tom sekalik (eyh betul ke apa aku tulis ni. Kang tak pasal-pasal maksud lain pulak).



Sila share entri ni kalau korang rasa patut diketahui orang lain kalau nak menderma tanpa keluarkan duit sila klik ini sebagai tanda support korang atas penulisan saya.

- Dah register Heartbeat?  Sila register sebab income dia lebih laju dari Nuffnang...hak3..
Ada terfikir nak pakai HTC Desire HD?  Mydeal nak kasi free...
- Iphone 4 anda kesunyian? Mai langgan iDigi

DUIT BOLEH UBAH PENDIRIAN.SETUJU ATAU TIDAK?

DUIT BOLEH UBAH PENDIRIAN.SETUJU ATAU TIDAK?


Salam guys,

Ok hari ni dah tiba masa saya buka satu entry baru fresh dari ladang.  Sebelum ni korang yang dah lama follow and baca blog ni mesti dah tau post-post tu semua remake (yang folow sebab nak follower sorry korang takkan dapat apa-apa dari saya).  Saya sibuk sagat minggu bi so terpaksa remake je.  Tu juga cara saya nak test korang samada korang follow blog ni ikhlas atau tak.

Hari ni nak share pasal satu benda yang memang berlaku dan tak boleh kita elak.  Ni berkenaan pasal duit.  Duit ni elemen yang agak penting dalam kehidupan yang mana kalau takde duit korang just boleh buat rumah guna kotak buruk je.  Duit tu umpama nyawa dah sekarang, sebab tanpa duit korang tak boleh nak hidup dalam keadaan meterailistik hari ni.  Yang paling penting duit adalah satu kuasa yang kuat dan boleh ubah pendirian manusia.  Saya bagi korang nampak dua situasi :

1. Seorang Guru Dan Anak Murid

Benda ni tak semua orang alami dan buat tapi most of it.  Korang pernah dengar tak ayat 'Takkan Guru Nak Cari Murid,  Murid Lah Yang Kena Cari Guru'.  Ya zaman dulu mana ada guru datang rumah mengajar semua kalau murid nak belajar kena pergi rumah guru.  Saya dulupun tusyen jugak dan mama sayapun ada buat tusyen semua anak murid akan berkumpul kat rumah mama saya untuk belajar even diorang bayar fee (saya tak perlu sebab duduk rumah sekali dengan mama).  Tapi sekarang korang dapat tengok bila parents bayar duit lebih guru yang akan datang cari student.  ya salah satu faktor ialah mungkin parents sibuk.  Tapi sebab-sebab ni lah mungkin punca hilangnya respect pada guru.  Cuba fikirkan betul atau tidak...

2. Seorang Ketua Kepada Anak Buah

Ni cerita belakang tabir ye.  Hope korang tak salah faham saya buka cerita ni bukan untuk menunjuk tapi untuk menyedarkan seseorang bahawa kita tak sempurna dan kita dilihat walaupun kita ketua kongsi gelap.  Dulu saya masih ingat zaman saya baru nak berjinak-jinak dengan dunia 'kumpulan'.  Ok kita ibaratkan ketua itu captain kapal ye.  Saya pernah dapat teguran dari seorang captain kapal macam ni ayat dia:

'Takkan captain nak cari penumpang,  penumpang lah cari captian sebab diorang yang tumpang kapal'
Owh ni ayat yang pernah saya dapat dulu waktu mula-mula saya jejak kaki dalam 'kapal ' tersebut.  Tapi keadaan mula berubah bila penumpang kapal semakin ramai.  Bila penumpang kapal semakin ramai dan 'kaching' pun besar maka ayat ni bertukar macam ni :

'Takpe biar captain pi cari penumpang, ang rileks kat sana je'

Pergh... senang je kan pendirian berubah bila ada bayangan DUIT.  Terus terang saya cakap saya panas.  As a leader kita kena firm, NO means NO... Dengan benda macam ni respect itu hilang serta merta.

3. Seorang Blogger Yang Menulis Blog

Wah ini nampak ketara sekarang (termasuk diriku ini).  Dulu blog adalah tempat cetusan pendapat dan idea.  Tempat share pendapat yang mana kita boleh capai kata sepakat.  Dulu kita menulis tanpa fikir earning.  Takdepun fikir BE nak kena kumpul banyak-banyak.  Tapi sekarang tak dapat BE macam tak dapat bekalan makanan 50 tahun.hak3...  Serius tak payah pergi jauh saya sendiripun macam tu.  Adakah nuffnang yang buat kita lupa asal-usul blog atau kita sendiri yang buat-buat lupa.  Ntahla kan...  Kenapa saya cakap earning tu perosak,  sebab pasal earning kita asyik-asyik nak tulis pasal earning,  BE, Nuffnang.  Ya memang bagus sharing tapi kalau asyik-asyik kita tulis pasal BE je apa nak jadi betul tak?  Setiap kali dapat BE nak tulis sakit gak mata.  Korang still belum tengok rekod sekali dapat BE 13 berderet yang Aus pernah dapat dulu (saya tak pernah paling banyak 6 je).  Korang still belum pernah tengok setiap minggu dapat BE berbeza.  Diorang pun tak pernah reveal just perkongsian masa gath sahaja.  So fikir-fikirkanlah ye...

Oklah malas nak tulis panjang-panjang.  Ayat pendek mungkin dapat menyedarkan kita dari mengelamun yang panjang contohnya 'HOOI!'.  So inilah situasi yang saya nak share mungkin dari situasi-situasi tu korang dapat elaborate kepada situasi lain.  Kalau saya senaraikan satu-satau memang korang semua masuk ICU sebab baca entri ni.

p/s:

* Duit itu penting tapi hati perlu ikhlas untuk duit.

Sila share entri ni kalau korang rasa patut diketahui orang lain kalau nak menderma tanpa keluarkan duit sila klik ini sebagai tanda support korang atas penulisan saya.

Iklan :
- Dah register Heartbeat?  SIla register sebab banyak barang-barang best untuk buat hadiah.
- Buat duit dengan Twitter dan Facebook.  Jom Churp sekarang...

PROMO | MAHU MENANG MACBOOK JOM TRY DEALMATES.com

PROMO | MAHU MENANG MACBOOK  JOM TRY DEALMATES.com




Salam guys,

Korang pernah tak teringin nak pakai Macbook?  Ada pernah terfikir tak orang bagi korang free Macbook kat korang?  Kalau kedua-dua ni korang tak pernah alami apa kata saya bagi korang cara macam mana korang boleh menang satu Macbook dengan satu cara yang mudah dan memang korang tak pernah terfikirpun dengan cara tu korang boleh menang Macbook.



Tau tak pasal Dealmates?  Sebeleum saya bagitau cara mudah tu biar saya share apa itu Dealmates.  Dealmates ialah satu portal di mana korang boleh beli voucher untuk barang-barang, peralatan,  dan service.  Yang paling best ialah harga dia memang murah sebab ada deal tu sampai 80% amacam menarik tak?

Ok dah puas dengan khayalan meh saya ajar korang macam mana nak menang Macbook dari Dealmates.  Senang je :

1. Register Dealmates
2. Login
3. Click Pada Deal Macbook


4. Click Buy



5. Proceed Payment ( Jangan takut ni adalah deal percuma tiada bayaran dikenakan)


5. Maka korang akan dapat page ni :


6. Check Email Korang ( Sebab Dealmates akan send certificate)
7. Check Website Dealmates ( diorang akan umumkan pemenang)


Amacam,  senangkan nak menang Macbook tak perlu nak buat benda-benda susahpun.  Yang paling best ialah ia percuma lah.  So apa tunggu lagi, kalau nak menang Macbook dari Dealmates register lah sekarang.

Kalau korang tak percaya meh saya tunjuk pemenang Ipad iaitu Deal sebeleum ni.

Kenal tak siapa? Inilah blogger Chokilala.  Kalau tak kenal memang korang baru start buat bloglah sebab dia ni antara Top Blogger yang selalu menang hadiah dan cashout Nuffnang & Innity.

GRAVATAR DAN FUNGSINYA

GRAVATAR DAN FUNGSINYA



Salam guys,

Entri kali ni saya nak share satu benda yang simple dan kecil je.  Tapi benda ni kalau kita buat akan datangkan impact besar pada kita dan kalau tak nak buat takde kesan besarpun.  Korang pernah dengar pasal Gravatar tak?  Bagi saya ramai yang dah tau sebab ramai blogger yang dah guna wordpress.  Ramai jugak antara blogger blogspot yang still tak buat ni samada malas ataupun tak alert.

Saya kasi defitnition dulu ye,  Gravatar ni ialah satu service yang korang boleh guna untuk place and show gambar korang kat platform comment wordpress dan juga kalau blog tu pakai Intense Debate.  Korang perasan tak bila mana korang komen kat blog yang pakai platform wordpress gambar korang akan keluar samada rupa alien hijau ataupun logo blog tu.  Mesti korang terpinga-pinga dan pelik kenapa korang komen tapi tak keluar gambar yang korang letak kat profile Blogspot.  Jawapannya platform tak sama dik macam mana nak keluar.  So gravatar ni lah satu medium perantaraan.

Cara-cara na buat Gravatar :

1. Register dulu
2. Upload gambar
3. Pilih gambar
4. Pi komen blog

Tak susahpun kan.  Mudah je nak guna Gravatar sebab tak perlu setting yang susah.  Bila dah ada gravatar korang akan nampak impak ada blog korang.  Contoh impak ialah mungkin komen korang bertambah dan traffikpun ada peningkatanSebabnya gambar itu memainkan peranan yang penting dalam blogging tak kiralah dalam post ataupun pada profile.

p/s :

* Kalau korang just berlindung disebalik gambar lain (sendiri faham lah kan) tak perlulah guna benda ni.  Sebab gravatar ni untuk orang yang berani je (Hellioz gua tak point kat lu ok hahaha).

KEPADA YANG SUKA BERGADUH OR CARI PASAL LAGU INI UNTUK KAMU | BUNKFACE - DUNIA

KEPADA YANG SUKA BERGADUH OR CARI PASAL LAGU INI UNTUK KAMU | BUNKFACE - DUNIA

Salam guys,

Haha tetiba je terfikir nak dedicate lagu ni pada sesiapa je yang terlibat dalam pergaduhan tak kiralah dunia maya ataupun realiti.  Bagi saya kalau bergaduh untuk sesuatu yang berbaloi itu adalah KEPUASAN tetapi kalau setakat bergaduh di dunia yang mana kita sendiri tak pasti siapa yang kita back-up itu nama dia KEBODOHAN.  Kita memang akan berkata ya itu kawan aku dan aku harus betulkan keadaan tapi betulkah cara kita?  Menegur juga ada etika begitu juga dengan blog.  So sebelum apa-apa saya tujukan lagu ni pada 'Hero-hero maya' yang telah menunjukkan betapa tidak perlunya etika dalam penulisan. hak3...




BUNKFACE - DUNIA [DOWNLOAD HERE]

Kalau kita dengar lagu ni memang cool lirik dia.  Sepatutnya kita blogging kita belajar untuk matang dan mencari sumber untuk mematangkan pemikiran.  Tapi bila kita jumpa apa yang kita nak kita lupa pasal kematangan lalu menidakkan etika yang sepatutnya ada.  So kepada mereka, mereka, dan mereka yang terlibat hope dengan lagu ini kematangan dalam berblog itu akan wujud semula.

Terima Kasih - 'Malique Angkat Tangan'

p/s :

* Kita tidak perlu memaki untuk menunjukkan ketidakpuashatian cuku hanya dengan teguran bernas mungkin dapat ubah keadaan.

CARA NAK PASANG WIDGET GENGBLOGGER KAT BLOG

CARA NAK PASANG WIDGET GENGBLOGGER KAT BLOG

Salam guys,

Macam mana sihat?  Oklah saya rasa saya nak bikin satu entri informasi yang pendek dan orang faham.  Ni sambungan dari entri siapa kata tiada shotmix tak boleh blogwalk.  Disebabkan ramai yang mintak so saya keluarkan satu tutorial pasal macam mana nak pasang widget gengblogger kat blog.Benda ni simple je ...

1. Login Gengblogger
2. Pergi kat 'rumah'
3. Pergi ke Widget Pelawat (kalau nak yang bulan punya pilih link yang bawah).



4. Copy Coding
5. Paste kat Sidebar blog korang






Harus diingatkan kat sini yang widget ni ada 3 style untuk pilihan.  Sila pilih ikut kehendak hati bukan sebab ikut orang...  Tak susahkan nak pakai widget ni so sekarang sila ucap terima kasih pada Kong.


p/s :


* Mari sama-sama benteras SPAM di shoutbox.

PERMOHONAN MAAF SECARA TERBUKA KEPADA PENDEKAR BERKUDA

PERMOHONAN MAAF SECARA TERBUKA KEPADA PENDEKAR BERKUDA

Salam guys,

First of all thanks sebab nasihat-nasihat yang korang bagi rentetan dari perselisihan faham antara saya dengan Pendekar Berkuda.Mungkin ramai yang salah faham pasal kejadian hari Jumaat & Sabtu ni.So tak eloklah kalau time tembak saya buat open tapi time mintak maaf nak buat tutup kan.Kepada Pendekar Berkuda saya selaku seorang blogger picisan nak mintak maaf if entry sebelum ni boleh bikin panas satu blogsphere.So ...


Penjelasan ata apa yang terjadi :


* Ok satu kesalahan bagi saya apabila mention nama blogger lain dalan entry..Opps terlebih sudah.Saya admit itu satu kesalahan.Dan sekarang saya tebus semula dengan maaf secara terbuka.Itupun kalau diterima kan.


* Actually saya bukan marah pun tapi just nak tegas kan bahawa itu sememangnya amalan sunat dan itu sunah Rasulullah dan saya ada bagi ia dipetik dari kitab apa.So kalau still tak percaya itu terpulang pada persepsi sendiri.Takkan sunnah Rasulullah kita hanya percaya pada kahwin 4 je kan.So next time kita harus cari sebelum kondem.


* Saya cut n paste komen-komen adalah disebabkan nak tunjuk something iaitu if kita buat something yang tak best kat blog orang maka tak mustahil ada orang guna nama kita or url kita untuk komen.Dalam maya tak mustahil kita ada musuh (haters).Dan tak mustahil ada orang akan buruk-burukkan nama kita...who knows...


Harap kes ni settlelah sebab selagi saya tak buat macam ni saya tau ramai 'blogger batu api' di luar sana akan guna situasi ni untuk mereka laga-lagakan saya & Pendekar lepas ni.Bukti jelas dah nampak.Anyway thanks to Fitrihadi dan beberapa blogger lain yang bagi pandangan dan nasihat.Saya amat hargai itu semua.


p/s :


* Syukur sebab still ada di muka bumi dan dikurniakan dengan sahabat yang baik...

BEAN MORENO VS AZAM LHDN.PENJELASAN MENGENAI CUKAI ONLINE

BEAN MORENO VS AZAM LHDN.PENJELASAN MENGENAI CUKAI ONLINE

Selamat malam guys,

Tiada Mondays blues hari ni sebab saya dah mula balik aplikasikan metafizik dalam kehidupan dan dah mula nampak jalan pulang.Dah dua hari kecoh pasal Blogger buat duit satu juta dan Cukai Ke Atas Blogger.Semalam kalau korang perasan saya ada up isu pasal Cukai Blogger dan Pemilik Forum.Haripun kalau tak silap Hot Chat pasal blogger dan diorang call sendiri Kak Red.So rahsia terbongkar.haha...Media sengaja nak up kan cerita mustahillah Kak Red dapat satu juta kalau dapat dah tentu dia pakai Rolls Royce.

So disebabkan entry tu maka sepantas kilat pihak Jabatan Penerangan iaitu En Azam reply entry saya :



Ni reply dari beliau.Actually panjang tapi saya pendekkan.So ni pulak apa yang saya reply :




Terima kasih En Azam sebab bagi penjelasan yang ramai blogger tunggu-tunggu.Sayapun terkejut dengan statement dalam Facebook Jabatan Penerangan sebab tu saya nak kepastian takut saya buat andaian salah info susah pulak.Harap En Azam tak ambil hati sebab cara saya menulis memang macam tu dan saya mintak maaf kalau penulisan saya mengguris hati En Azam (fuh macam ayat awek seyh). 


Maka kesimpulannya ialah blogger yang berpendapatan RM2500 harus declare dan bayar cukai.Siapa blogger tu faham-faham sendiri lah ye takkan saya nak reveal yang penting bukan sayalah sebab saya still termasuk dalam blogger tak femes dan cap kentang putar.


p/s :


* Selamat duit Nuffnang...So lepas ni mesti ramai yang tak nak reveal dapat check dari Nuffnang.hahaha

BLOG REVIEW | JMR

BLOG REVIEW | JMR

Selamat malam guys,

Saya mau review blog siapa mau direview?Status ni wujud kat dalam facebook profile saya sebab saya terasa amat kering idea.Hanya beberapa orang sahaja yang berminat mungkin sebab traffik saya tak tinggi atau komen saya tak cukup ikhlas.hak...Ok hari ni saya nak review satu blog yang merupakan Nuffnangers dan juga seorang kawan yang support blog ni.Nama blog tu JMR (sayapun tak tau nama betul dia mungkin JAMAR BAHAR.hahah).


Interface ...



Dia ni antara blogger yang aktif pergi event dan banyak kali dapat tiket screening.Apa rahsia bro?Tapi lepas ni attendlah event aku ngan Melz.hoho...


Komen Bean Moreno :


* Interface memang kemas.Ini barulah blogging bukan serabut dengan peliharaan lain.Template kalau kita tengok memang tak sakit mata.


* Dia ni photogragher ada kamera mahal wo!!!So saya suka bila tengok gambar yang dia ambil.Ko boleh geng dengan Carlsamsudin lah bro...haha


* Sepatutnya dalam blogging kita perlukan facebook share sebab effek dia lebih hebat dari facebook like.So bro button share ko terlalu comel orang tak perasan.


* Apa kata ko tukar twitter widget yang mention punya.Satu sebab boleh nampak conversation dengan detail & dua lagi interactive sebab boleh gerak-gerak.So bila ko letak link entri kat tweet orang akan nampak interaksi.


Akhir sekali saya nak mintak maaf kalau komen saya ni ada terbuat empunya blog sakit hati.Saya komen bukan untuk menjatuhkan tapi pandangan peribadi je.Harap-harap ko tak terasa ye dan terima kasih sebab support Bean Moreno.




Blog Name : JMR23
URL : http://jmr23.com
Blogger : JaMaR BaHaR



p/s :


* Ajarkan aku menagkap photo bro!

3 FAKTA PASAL (PART 4)

3 FAKTA PASAL BLOGGER (PART 4)

Selamat petang guys,

Wah dah petang rupanya.Sekejap je jarum pendek yang ada pada jam tangan kita dah tunjuk pukul 2.Kalau Jam digital lagi senang nak nampak kecepatan masa berlari.Padahal saya tengah alihkan gambar dari kamera ke dalam pen drive je belum edit lagi.Kalau edit mesti kena tambah dua jam lagi.

Macam biasa kalau saya dah up entri bertajuk seperti di atas maka bermakna saya nak share something yang berkaitan dengan blogsphere.Mungkin ini berlaku pada saya, anda & kamu.hak3...

1. Bila Ada Blogger Maka Akan Ada Clan

Benda ni pasti berlaku dalam 'blogsphere'.Contoh ada satu blogger ni memang famous dia mesti boleh buat satu clan di mana apa sahaja yang diluahkan pasti ada pengikut dan apa sahaja yang diutarakan pasti ada feedback.Maka yang mengikut ni akan menyebabkan satu 'clan' terbentuk.Tetiba muncul pulak Blogger lain yang femes secara drastik maka dia pulak akan bikin satu 'clan' di mana apa sahaja aktiviti orang mesti nak join.Begitu juga seterusnya, maka beberapa clan akan terbentuk.Bila banyak clan terbentuk maka satu perasaan akan wujud iaitu benci.Contoh blogger fames A tak suka dengan blogger femes B maka just buat entri je so clan dia akan attack Blogger B ni dan aksi berbalik akan berlaku.

2. Ramai Antara Blogger Suka Jadi Batu Berapi

Ok ni rentetan isu di atas.Bila Blogger A dan blogger B menyatakan ketidakpuashatian mereka dalam entri maka dah tentu mereka ada penyokong masing-masing.So perang akan bermula.Penyokong masing-masing akan bawak parang, kapak dan segala senjata untuk backup serangan blogger yang bergaduh.Tapi yang tak bestnya ada separuh dari mereka ni actually batu api.Dekat comment blogger A dia cakap blogger B pakai spender koyak dan dekat comment blogger A dia akan cakap blogger A pakai spender pinjam.Dalam situasi lain, kebanyakkan blogger suka buat isu yang mana boleh mencetuskan pergaduhan dan kontroversi.Isu padahal kecil je tapi bila dia tulis dia besarkan.Sebagai contoh isu HarimauMalaya.

3. Ramai Blogger Tak Sure Arah Tuju

Korang rasa korang tau tak apa sebenarnya yang korang nak tulis.Ramai blogger yang still tak tau apa topik yang diorang nak tulis termasuk saya.Kita just publish entri just nak raih traffik.So disebabkan kita nak sangat traffik kita memaksa otak supaya keluarkan entri tak kisah ada kualiti atau tidak.Kadang-kadang kepala dah blur ni, nak tulis pasal personalpun takde mood tapi asyik terfikir bila tak update maka traffik jatuh.Alamak kalau blogging macam ni susah lah bro.Korang akan terperangkap dalam psikologi korang.Bila korang memaksa maka korang akan terpaksa then mulalah nak copycat hasil orang lain.So apa yang penting korang mesti tau apa sebenarnya yang korang patut tulis bukan main update je blog. 

p/s :

* Korang mesti pelik kenapa saya respect dengan Melromeo.Salah satu sebabnya dia buat something kebanyakannya untuk semua.Contohnya PakatanBlogger.

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails