Showing posts with label Personal. Show all posts
Showing posts with label Personal. Show all posts

TERCAPAI CITA-CITA KU

TERCAPAI CITA-CITA KU

Salam guys,

Oklah entri pendek untuk malam ni sebab saja nak buang masa.  Tahun lepas masa 31 hb 12 2010 saya ada buat satu resolusi tahun baru untuk perkara yang merujuk kepada hobi online iaitu tahun ni apa cara saya mesti beli hosting sebab ni azam tahun lepas yang saya tak berjaya tunaikan.  So dengan harga yang murah ditawarkan oleh Integricity Technology saya pun beli satu hosting yana berharga RM39 setahun. Yeay 'syabash beta!'.  

Mesti ramai yang cakap awat still dalam blogspot? Jawapannya ' takkan baru dapat hosting nak terus buat...Sabar-sabar jangan gelojoh...'.  Bagi saya belajar cara dia.  Bukan takde kawan boleh tolong tapi tak syoklah kalau mengharap kawan.  Belajar sendiri dan buat sendiri itu lebih bagus dari mengharap.  Yang penting dah ada hosting so lega skit.

Lagi satu resolusi online saya ialah nak tengok akaun twitter saya semakin maju.  Yang ni bermaksud tweets yang banyak dan bilangan followers> following.  Korang kena bezakan yang followers dalam twitter dengan followers dalam blog itu berbeza.  Followers dalam blog takkan dapat ubah income korang kalau diorang tak masuk blog korang maka tiada perubahan tapi kalau followers twitter semakin ramai ia akan membantu dalam income churp-churp.  Maka hari ni hajat saya tercapai :


Anyway thanks to korang yang sentiasa support perjalanan seni saya (haha ayat bajet artis plak).  Tapi betullah blogging dan online itu adalah seni yang hanya dapat dihayati oleh insan yang suka online.

p/s :

Macam mana dengan korang? Apa mission korang online takkan buta-buta buang duit kot...

Ketahuilah mood si manja anda. Nak tau macam mana sila belajar di sini

BILA EYRIQAZZ MENEGUR

BILA EYRIQAZZ MENEGUR

Salam guys,

Siapa tak kenal dengan nama Eyriqazz betul tak?  Sebut je nama dia semua orang nak tutup blog tak pun buang coding Nuffnang.  Kenapa?  Ces kalau pertanyaan tu yang korang nak tanya maksudnya korang masih belum tau apa maksud blogging.  Sila jangan fikir saya nak bodek dia ye walaupun boleh la saya nak kata yang dia ni 'Sifu' saya dalam blogging ni sebab dia banyak jugak ajar saya pasal cara jadi blogger yang bagus.

Sekarang dia dok sibuk dengan segmen tegur menegur kalau tak silap lah.  jadi dengan selamba saya komen blog dia (selama ni silent readers je.yeke?haha).  Saja je nak buang masa suruh dia komen actually saya dah daoat baca dah apa yang dia nak komen.  Nak tau apa dia tegur :


Panjang beb dia tegur saya.  Anyway thanks lah Eyriqazz sebab komen dan tegur blog ni.  Bukan sennag nak suruh blogger top komen even dia sibukpun still sempat masuk blog cap kentang putar ni.  Apa yang saya boleh jawab ialah tunggu saya dapat hosting.  Akan ku tunjukkan apa itu blogging.haha.. Bukan saya tak nak tulis pasal personal tapi belum ada yang menarik lagi untuk dikongsi mungkin lepas saya jadi menteri ke artis ke boleh lah share pasal perosnal haha...

p/s :

Blog ni memang niat di hati 70% public and 25% Personal lagi 5% merapu haha...

* Nak tau kelebihan Maybankcard?  Saya ada info menarik tentang Maybankcard

SKINHEAD MASIH ADA DALAM BEAN MORENO

SKINHEAD MASIH ADA DALAM BEAN MORENO

Salam guys,

Sebelum saya teruskan dengan entri ni saya nak korang set minda korang kepada positif sebab bila sebut je perkataan SKINHEAD maka segala negatif akan keluar membentuk satu persoalan.  Dalam entri ni saya tak mintak korang pi botakkan kepala ataupun pi Amcorp Mall beli Dr Marten.

Kalau sebut je SKINHEAD yang akan terkeluar dari kepala kita ialah kaki pukul, kaki mabuk dan segala yang jahat semua SKINHEAD. Ya memang betul saya bergelumang dalam SKINHEAD since 1999 sampai 2004. Tapi korang tau tak lepas saya dah tak sarung DM perwatakan yang best dalam SKINHEAD telah membentuk sikap saya sekarang.  Sebelum tu meh saya tunjuk maksud SKINHEAD yang saya masih pegang sampai sekarang.

S.K.I.N.H.E.A.D.

1. S.K. - Sharing Knowledge

Masa zaman-zaman saya sarung DM SKINHEAD time tu tengah kuat gila.  Senang kata takat nak tapaukan dak2 3 Line tu no hallah...hak3...Time zaman saya baru nak up kami share apa yang kami tau tak kisah lah dari segi knowledge untuk menjadi seorang skinhead sampai ke music.  Tak kisahlah oldtimer atau newcomer memang takde barrier.  Even saya dah tak satung DM sekarang saya tetap amalkan benda ni.  Apa yang saya tau saya akan share tak kisahlah blogging ataupun apa-apa jelah.

2. I - Individual

Individual bermaksud berdikari.  Memang kami 'unite' tapi kami akan cuba settle seorang dulu dan cuba cari jalan untuk settle dan kalau dah agak-agak tak boleh blah baru calling.  Benda ni saya still buat even saya dah tak pakai Lonsdale.  Kalau boleh saya nak tadbir hidup saya sendiri tanpa harapkan orang lain dulu.  Kenapa? Sebab kalau asyik nak mintak tolong orang even family orang tetap akan mengata. better buat sendiri dulu.

3. N - Nationalisme

Ini bermaksud sayangkan negara. Ya saya mungkin 'muka nampak lagend tapi hati kiut'.Tak semestinya kita sayangkan negara kita kena join parti politik sebab kalau nak ikutkan politik itulah yang merosakkan perpaduan. OOps...  Dulu saya fikir tak perlu mengundi sebab bagi saya semua pun sama tapi bila fikir-fikir balik kena gak mengundi untuk masa depan.

4. H - Hooligan

Ni bukan loghat Kedah ligan tau.  Itu maksudnya kejar.  Ni hooligan yang bermaksud gangster atau kitorang panggil 'King Of The Street'. Bagi saya hooligan ni tak perlulah jadi samseng pukul orang itu 3 line boleh la haha... Hooligan ni bermaksud bangun mempertahankan hak. Atau bahasa mudah tegas dalam membuat keputusan dan berani dalam kehidupan.  Saya ingat dulu sebelum saya pakai Fred Perry memang saya salah seorang budak yang kena buli je kat sekolah tapi yang penting saya bukan mat report.hoho

5. E - Ego

Ego semua orang ada.  Dalam SKINHEAD ego itu tida bermaksud sombong.  Bagi kami, kami berkawan dengan semua dan kami perlu ada ego untuk survive.  Kalau takde ego macam mana nak survive sebab orang akan pijak kepala tapi biarlah bertempat.  Saya tak sombong kalau tak percaya boleh tanya siapa je yang kenal saya. Cuma saya jenis kalau saya rasa saya betul saya tak kira itu kawan or lawan memang saya akan tegur.  Itu memang saya pegang. Dan saya pulak tak kisah kalau orang nak tegur saya alau saya salah.  nak sound dirct dan pedas pun takde hal tapi jangan pulak melenting kalau saya pulak yang bagi tepek.

6 A.D. - Anti Drugs

Yang ni saya ada langgar lah time saya jahil dulu. Itu sekejap je lepas tu saya tersedar terus saya tinggalkan.  Sekarang bukan takat dadah merbahaya nikotin pun dah tak ambil... Amacam macho tak saya tak hisap rokok.  itupun sebab sakit haha...  kalau tak sekarang still me'naga' lagi.

Ok that's all pasal pegangan SKINHEAD yang saya still ikut.  Masa zaman saya layan lagu Oi! banyak benda yang saya belajar dan antaranya menghargai kawan-kawan atau 'Brotherhood'. Sekarang ni susah nak jumpa kumpulan yang still bawak 'brotherhood' ni.  Apa yang ada ialah 'ko senang aku senang, ko susah itu masalah ko'.  Mereka akan cari kita bila kita tengah senang je tapi bila kita susah diorang tak mungkin akan tolong kita.  Benda ni dalam perjalanan 3 line memang ada.  Saya dah alami dan saya tau. Memang itulah hakikatnya.

So Jom layan lagu ni :






p/s :

'Skihead bukanlah hanya pada apa yang kita pakai tapi ia adalah cara kita untuk terus hidup'

* Nak tau kelebihan Maybankcard?  Saya ada info menarik tentang Maybankcard

MEON MARAH SAMAD TAPI PAK RAHMAN JADI MANGSA

MEON MARAH SAMAD TAPI PAK RAHMAN JADI MANGSA

Salam guys,

Mood masih terbaik dari ladang sebab saya nak cuba create harmony dalam kehidupan saya.  Maka saya dengan aktifnya mengeluarkan tweet di kala sedang stress melakukan kerja rutin.  Itu memang biasa kita lakukan sekarang ni Facebook dan Twitter memang satu medium untuk kita luahkan perasaan kita (ini termasuk perasaan marah).  Tadi ada satu kes jadi pada saya sewaktu tengah syok bertwitter.  Siapa yang follow twitter saya mesti tau punya.

Entri ni saya tulis bukan nak aibkan sesiapa dan juga bukan untuk dapatkan kontroversi tapi adalah untuk kesedaran kita sahaja dan nama orang yang terlibat saya rahsiakan. Lagipun saya ni semut merah je mana layak nak tumpangkan gajah.  Yelah kang tak pasal-pasal Melodi datang rumah saya dah satu hal plak.  Artis dah tentulah ramai follower yang follow twitter dia dan itu adalah peminat dia (ada juga haters).  So setiap tweet artis itu akan diperhatikan dan itu yang terjadi pada Fizz Fairuz masa Tsunami Jepun.

Pagi tadi saya ingat nak lah menegur satu artis ni dengan niat beramah mesra (bukan nak popular kalau nak popular saya dah letak link blog dah).  Saya rasa tweet saya cukup lembut takde pulak saya maki hamun, tak pasal-pasal saya kena maki kalau dia maki saya tak pe ni siap nenek sayapun masuk sekali.  Wah punya besar pangkat dia nak maki orang.  Ya dulu saya pernah ada perangsangka buruk pada dia tapi lepas Project Alpha saya cuba ubah sangka buruk tu.  Tapi hari ni ternyata sangka saya tu betul sama sekali.

Ya mungkin dia tengah marah dan tweet dia yang saya reply tu memang menunjukkan dia tengah marah.  Niat saya nak cool kan dia tapi adakah itu cara yang betul untuk layan emosi.  Kalau marah jangan libatkan orang lain dalam emosi korang.  Sekarang korang faham tak apa makna atau apa yang saya nak sampaikan melalui tajuk tu.  Fikir lah awak tu 'public figure' orang tengok perlakuan anda dan mungkin yang akan ikut sebab maybe anda adalah idola.  Silalah tunjuk good example lah.  Kalau hang boleh tunjuk mulut longkang janganlah pulak nanti kalau orang lain sound hang tepek hang mengelupur pulak.  Lagipun umur dah nak dekat 50 kot silalah berperangai seadanya.

Yang paling best bila saya nasihat dia, pergh nekara ke tujuh dia bagi kat saya.  Sejak bila manusia boleh tentukan kedudukan neraka untuk manusia lain tinggi sangat ke ilmu hang nak tentukan kedudukan saya kat akhirat.  Siap boleh cakap 'who are you' bila saya nasihat.  Apa artis dah tak boleh ditegur ke?  Tinggi sangatkah ilmu anda wahai artis? Oklah just nak beri peringatan je nak ikut boleh tak ikut pun boleh.  Ingat Biar kita terkenal dengan hasil kerja bukan kontroversi murahan ye!

p/s :

* People earned respect from others just because of their attitude not their status (celebrity).
* Apa lepas dah jadi artis boleh bikin suka hati ke apa?

* Nak tau kelebihan Maybankcard?  Saya ada info menarik tentang Maybankcard

APA YANG BEAN MORENO NAK BELI START BULAN DEPAN

APA YANG BEAN MORENO NAK BELI START BULAN DEPAN

salam guys,

Fuh terasa agak tertekan even masa saya kat The Store ni cuma tinggal sepuluh hari.  Bagi yang tak tau dah dapat kerja baru yang berdekatan dengan rumah.  saya berhenti di The Store bukan sebab kerja tapi sebab malas nak hadap jam.  hari ni je saya sangkut dekat dua jam.  Aduh bilalah nak berakhir situasi membuang masa macam ni.  Mana-mana pergi mesti jammed.

Ok sebenarnya masa saya duduk sorang-sorang saya terfikir dah lama saya kerja satu barang pun saya tak beli melainkan selipar Croc putih hijau je.  So start kerja tempat baru ni gaji dah naik sikit so saya ada list nak beli barang-barang.

1. Gitar Kapok

Kalau sekali tengok saya ni nampak je macam mat dangdut ataupun remaja yang terlibat dengan ghazal. Tapi pada hakikatnya saya meminati irama yang ganas.'Muka je lagend tapi hati kiut'.  Dulu saya suka main gitar then buat lirik.  Dah lama tak buat sebab Kapok saya terlibat dalam kebakaran rumah sewa di Flora Damansara masa saya bujang dulu. Jadi bulan ni saya nak beli gitar semula dapat yang murah pun jadilah.  sebab sekarang ni asyik ngadap PC je sakit mata.

2. Helikopter Mini (RC)

Benda ni dah lama dah saya nak beli.  Asyik-asyik tak cukup je budget mungkin sebab saya tak letak dalam wishlist.  Saya teringin nak lepas tension main RC kat padang.  At least kalau saya tengah resah or 'otak biol' mungkin saya boleh tenang layan helikopter.  Saya dah usha satu kedai kat Uptown Kajang memang murah dibagi kat saya.  So sebelum dia tukar fikiran makanya harus dibeli.

3. Baju Baru

Dulu masa awal-awal kahwin saya suka beli baju. Tu yang collection baju Nicole saya berlambak (saya memang suka baju Nicole).  Tapi sejak dua menjak tiga menjak ni tak dapat sebab kena dulukan benda yang lebih penting.  Kalau saya belipun beli Baju Paul Smith (wah macam orang kayakan tapi sebenarnya beli kat Uptown je.hak3). Lepas ni sebulan dapat satupun jadilah...

4. Nak Make Up kereta

Kalau siapa yang pernah tengok kereta Proton Gen2 saya mesti menangis seminggu tak berhenti.  Memang kesian beb.  Hasil kekreatifan aiensepet maka kereta tu jadi kereta yang sangat abstract. hahaha. So mungkin start bulan depan kalau ada rezeki saya nak buat siki-sikit.

5. Payung Family Makan Steamboat

Ok hajat ni dah lama saya pendam dari ia hajat kecil sekarang dah jadi besar. So first gaji kat tempat baru ni nak payung makan steamboat (aku makan steambot ke?).  hari tu dah tanya kat Tupai-tupai satu kepala RM25 so kalau 7 orang maka kena ada RM175.  No hallah sikit punya hal...Itu investment akhirat namanya.

Ni 5 dulu kalau capai 5 ni maka saya ada lagi benda besar yang akan saya beli.  SIla jangan bagitau orang,  saya nak beli DSLR ni.hak3...

p/s:

Check Nuffnang yang ke 10 is on the way!  Ada la sikit duit...

* Benda-benda ni saya akan beli selepas saya tolak duit saving owh detail tak?haha

* Nak tau kelebihan Maybankcard?  Saya ada info menarik tentang Maybankcard

HEADER BARU SUTERABLOGGER YANG SEMPOI... TERIMA KASIH BRO JEJAI

HEADER BARU SUTERABLOGGER YANG SEMPOI... TERIMA KASIH BRO JEJAI

Salam guys,

19 Mac saya dikejutkan dengan satu DM daripada Bro Jejai meminta saya beri saiz header :

Actually saya memang nak design satu header baru untuk blog ni sebab header lama tu saya buat saja-saja je.  Tapi malangnya takde masa untuk buat design photoshop (alasan terbesar ialah malas).  Bila saya send je email pada Jejai maka dia send satu header yang agak menarik (bagi sayalah bagi korang kalau tak menarik itu masalah korang.hak3).  Design yang sempoi je tapi bagi saya ada masudnya :




Anyway thank to Bro Jejai sebab buatkan header ni dan kalau ada free time boleh la agaknya bikin satu template untuk blog ni.hak3...  Nilah yang dipanggil 'Kuasa Blogging' sebab dari blog kita bukan saja dapat belajar ilmu blogging tapi dapat belajar apa itu persahabatan.


p/s :


* Hari tu design gambar ni pulak header... Lepas ni kalau boleh design template  kot (just joking).
* Kamek sukak design kitak nanti kamek samak kitak naik bilon mau kak?Jangan Lupak buang Tom sekalik (eyh betul ke apa aku tulis ni. Kang tak pasal-pasal maksud lain pulak).



Sila share entri ni kalau korang rasa patut diketahui orang lain kalau nak menderma tanpa keluarkan duit sila klik ini sebagai tanda support korang atas penulisan saya.

- Dah register Heartbeat?  Sila register sebab income dia lebih laju dari Nuffnang...hak3..
Ada terfikir nak pakai HTC Desire HD?  Mydeal nak kasi free...
- Iphone 4 anda kesunyian? Mai langgan iDigi

BEKERJA MALAM SAMBIL MAIN ANGRY BIRD

BEKERJA MALAM SAMBIL MAIN ANGRY BIRD

Salam guys,
Malam ini saya masih di office stayback untuk upgrade beberapa server outlet.  Mata dah berat tapi kerja masih berlambak jadi sementara tunggu progres outlet lain maka saya teringin sungguh nak cuba satu game yang tengah top sekarang.  Ya saya tau mungkin saya terlambat mencuba game ni sebab ramai yang dah khatam tapi mencuba itu tiada had waktu awal atau lambatkan (melainkan try awek).  So malam ni tetiba gian nak main Angry bird.  Pernah tak korang main game ni :





Korang tengok gambarpun korang dah dapat bayangkan betapa cutenye binatang dalam game ni.  Colour tone dia memang menarik belum dengar muzik dia lagi mesti korang akan ketagih mainAngry Bird ni permainan dia sangat unik sebab dia macam puzzle tau korang perlu hancurkan tempat persembunyian musuh dengan lastik dan burung yang diberi.  Korang perlu unlock stage dia dengan cuba hancurkan kubu dari stage satu...


Amacam tertawan tak dengan grafik cute ni.  memang syok beb main game ni sebab tak perlu 'graphic card kuasa kuda'.  Nak tengok macam mana cara permainan Angry Bird ni....


Tengok saya berjaya meruntuhkan rumahtangga orang sarang musuh.  Serius game ni sangat cute.  kalu korang nak tau game ni adalah adaptasi dari game iphone ( wah dah macam movie plak).  So kepada yang berminat nak main game ni kat PC korang boleh download kat blog bro Rjuna.

p/s :

* Kadang-kadang bila ada game ditempat kerja kita boleh kerja tanpa tekanan.  Boss sila enable internet kat PC saya (apa kene mengena).

Sila share entri ni kalau korang rasa patut diketahui orang lain kalau nak menderma tanpa keluarkan duit sila klik ini sebagai tanda support korang atas penulisan saya.

Iklan :

- Dah register Heartbeat?  SIla register sebab income dia lebih laju dari Nuffnang...hak3..
- Buat duit dengan Twitter dan Facebook.  Jom Churp sekarang...

KITA SAMA DAN SERUPA TIADA ISTILAH HEBAT

KITA SAMA DAN SERUPA TIADA ISTILAH HEBAT





Salam guys, 

Semalam saya belajar satu benda yang best dari parner kerja saya.  Saya belajar satu phrase iaitu 'lama atau baru kita sama'.  Itu phrase yang dia cakap pada saya.  Semalam adalah pengalaman pertama saya urus server upgrade untuk The Store Corporation.  Dengan tiada pengalaman saya merangkak belajar.  Tapi yang buat saya terharu ialah seorang dari kawan kerja saya sanggup balik lambat dan ajar saya cara yang betul.  Walaupun berlainan bangsa tapi tiada istilah perbezaan warna.  Ok apa kata dengar lagu ni dulu sebab ia related dengan entri ni ...




Lagu ni tajuk dia Who Do It Better.  Ok fine sekarang kita tak payahlah nak cerita pasal blog atau apa sebab kang ada yang menangis pulak.  Generally dalam kehidupan kita tak boleh letak yang diri kita itu HEBAT ataupun MASTER.  Wah hebat sangat kah kita sampai kita perlu ketepikan adab dan respect.  Ini nama dia perjalanan hidup ye kawan-kawan.

Perasaan 'Aku Hebat' itu tak relevant dalam perjalanan kehidupan sebab kita kena ingat satu ayat iaitu aku tidak sempurna.  Kalau kita dengar lagu ni liril Altimet memang pedas.  So kepada golongan manusia yang dalam hatinya ada perkataan 'Aku Hebat' sila buang sebab dalam perjalanan hidup kita memerlukan manusia lain untuk teruskan kehidupan sebab tak semua benda kita tau.

p/s :

* Kepada yang berkaitan sila ingat phrase ini ye ...

"B4 we act against someone plz think who they are. Respect the people who gv all the knowledge to us coz without them we are nothing!"

* Tiada guna wujudnya jurang sebab bila darah mengalir ia tetap merah bukan hijau (itu alien)

BEKERJA LEWAT MALAM

BEKERJA LEWAT MALAM



Salam guys,

Cuba teka saya berada di mana? Peneka terbetul akan mendapat hadiah iaitu tutorial blog pagi esok.  hak3...  Saya masih berada di office sebab ada upgrade program untuk outlet yang saya jaga. Start daripada pukul 7 tadi saya duduk depan pc buat support.  La ni (fulamak vakap loghat kedah beb) most of the outlet dah settle tinggal dua je lagi.  Even dah siappun saya tetap kena tunggu satu lagi kawan saya siap upgrade untuk outlet dia.

Ni adalah first time saya bekerja sampai malam tapi apa-apapun esok boleh masuk pukul 1 bermakna esok saya boleh bangun lambat dan post banyak entri hoho...Next week ada lagi satu round untuk outlet lain so apa boleh buat stayback lagi lah jawabnya.  Hopefully kawan saya ni dapat settlekan secepat mungkin sebab mata dah rabak badan dah letih.  kalau larat maybe saya akan update entri kat rumah.

p/s :

* First time bikin satu entri diari... Pergh kagum siot.haha
* terasa janggal bila buat entri gila personal macam ni?
* Pernah tak korang kerja lewat malam? Cube cite cube cite...

THANKS SEBAB FOLLOW BLOG NI.BARU SERIBUPUN NAK KECOH!

THANKS SEBAB FOLLOW BLOG NI.BARU SERIBUPUN NAK KECOH!

Selamat pagi guys,

Hari ni saya agak penat tetapi saya tak boleh nak lelap mata sebab tak mengantuk.  Hari ini hari yang agak penat sebab saya kena kerja non stop 12 jam atau mungkin lebih.  Korang kiralah sendiri kalau 8.30 am - 10.30 pm.  Saya rasa ada jugak saya setup dalam 50 biji PC untuk The Store hari ni.  Kalau bisnes sendiri rasanya malam ni dah boleh pi payung kawan-kawan makan.  Hari ni agak mewah makan sebab Boss belanja.  Thanks kat boss yang sanggup keluar duit poket untuk payung makan.

Ok berbalik pada tujuan asal.  Hari ni agak terkejut bila ternampak bilangan follower dalam blog ni.  Wah tetiba ada perasaan teruja tengok followers.  Bagi blogger-blogger top followers tu tak jadi masalah bagi diorang.  Sekali ketip 10 yang datang.  Tapi saya, dalam setahun nak dapat seratus pun susah beb.  Tapi itu takde hal sebab bukan kepuasan saya dapat follower yang banyak.  Sebab apa kalau follower makan riban tak semua follower itu adalah genuine.  Sebab saya rasa masih ramai yang still terikut-ikut 'budaya DiGi' dalam blogging ni.

Saya tak kisahlah kalau ada otai blog nak cakap saya ni jakun ke apa janji saya teruja dengan nombor 1000 itu dan kalau saya betul kejar followers angka tu takkan kekal sebab ada cara nak dapat followers ramai cuma saya tak berkesempatan nak buat dan kurang berminat.  Biarlah orang tu follow sebab apa yang saya nak sampaikan.  Anyway thanks to semua follower yang follow blog ni samada secara rela ataupun ada kepetingan peribadi. 



p/s :

Jangan lepas ni ada orang komen macam ni dah la :

" Eleh Bean baru cecah 1000 pun nak kecoh! Kitorang dah lama ada follower lebih seribu!"

KONSERT DIRAJA 2011 UKM

KONSERT DIRAJA 2011 UKM



Salam guys,

Ni cerita dua minggu lepas.  Saja je tak mau update awal-awal sebab tak mau jadi traffik hunter (uiks benda ni pun boleh main SEO ke?haha).  29 Januari hari tu saya dan aiensepet dapat invitation dari UKM untuk pergi Konsert DiRaja 2011 habis nuffnang dah tak invite pi event mana-mana so saya pi jelah konsert ni.  Bila sebut konsert je mesti ramai yang ingat bunyi yang bising dan situasi lompat-lompat.  Owh tidak ini bukan konsert Paramore Live In KL tapi konsert formal.  Disebabkan ini konsert formal maka saya pun kenalah berformal kan ...




All black tau tapi bukan player rugby.  Saya dah habis formal dah tetiba ada plak mamat pakai bajuk chikanoz kotak-kotak. Owh dem... Konsert ni memang slow sikit umpama korang pi layan lagu Kitaro. Lagu-lagu dia semuanya traditional termasuk lagu Negeri Sembilan. Ini kali pertama saya dengar lagu Negeri Sembilan.  Lagu paling hebat dan boleh masuk carta Era ialah lagu 'Makan Sireh'.Tak percaya pi tgk youtube.


Tarian Melayu Asli

Ni time lagu  Makan Sireh


Tapi saya tak pulang dengan hampa sebab saya dapat tengok satu artis yang sememangnya saya nak tengok dia perform live.  Mempersembahkan Francisca Peter ...



Suara dia memang best memang dari dulu saya admire.  Unik beb..


p/s :


* Teringin nak pi Konsert Francisca Peter tapi mahal sangat.  Kak Fran boleh tak sponsor saya nanti saya buat review.

RUMAH BEAN MORENO DAH JADI GOLD CLASS CINEMA DENGAN ASTRO FIRST

RUMAH BEAN MORENO DAH JADI GOLD CLASS CINEMA DENGAN ASTRO FIRST



Salam guys,

Sebelum saya start dengan entri sebenar maka saya nak sebarkan berita tentang pergolakan dan rusuhan di Mesir terutama sekali apa yang terjadi pada pelajar kita di sana.Berita terbaru yang saya terbaca tadi ialah TUDM dah hantar 3 pesawat untuk bawa pulang student kita kat sana.Kepada keluarga harap tenang dan sama-sama kita doakan keselamatan mereka.

Ok back to the business,korang pernah masuk Gold Class Cinema.Saya dah pernah thanks to Signature & Nuffnang sebab sponsor tiket gold class kat saya dan aiensepet.Duduk dalam gold class tengok wayang memang syok siap ada comforter tu.Tapi jangan risau kalau korang tak mau membazir duit RM50 (tu paling murah) bayar Cinema Signature korang boleh rasai perasaan tengok wayang kat Gold Class cinema macam Signature dengan Astro First.


Jom saya share macam mana korang boleh jadikan rumah korang sebagai satu Gold Class Movie Cinema dengan Astro First ...


1. Just tekan channel 480
2. Pilih Movie Yang Korang Nak Usha



Tekan Button Biru


Tekan Button Biru untuk confirm order

3. Buat Bayaran & SMS




Just tekan Yello untuk start tengok

Lepas dah tekan button 'Yellow' korang just  perlu sediakan makanan, bantal dan comforter.Harus diingatkan bahawa waktu tayangan pun lebig kurang macam GSC dan TGV mahupun Rex (ntah buka lagi ke tak) tapi tak sama dengan Colleseum.Yang penting korang just boleh tengok dalam tempoh dua hari.Maknanya korang dah save beberapa ratus di situ dan bayaran untuk satu movie dalam Astro First ialah RM15.90.Bayaran akan di cas pada bil bulanan ye.


Bendi ni lagi best kalau korang ada Astro Byond + Astro PVR sebab dahlah gambar cantik lepas tu boleh record so bayangkan penjimatan di situ...hak3...


p/s :


* Phreak gua nak pinjam Astro PVR lu...

BIG SPENDER AKAN TV MENANG LCD FULL HD

BIG SPENDER AKAN TV MENANG LCD FULL HD

Salam guys,

First of all saya nak tanya korang.Apa impression korang terhadap tajuk di atas?Saya tau mesti ada di antara korang yang yang fikir saya ni jenis pervert.Actually bukan nak melucah beb ni saya sendiri pun boleh terpesong bila terbaca ayat tu kat Giant.Korang usha gambar di bawah ...



Masa mula-mula saya nampak banner tu saya terus blur dan terfikir ada jugak contest mengarut macam ni.Memang tak terfikir yang 'Big Spender' ialah pembeli amount terbanyak.Ces iklan macam ni boleh mendatangkan keraguan bagi orang suci macam saya.haha...Kalau tak silap banyak lagi iklan-iklan yang boleh menimbulkan syak wasangka bila kita baca.Serius bila saya ternampak je iklan ni saya tergelak secara tiba-tiba.Siot tol...

p/s :

* Korang pulak ada tak ternampak iklan-iklan yang boleh mendatangkan double meaning pada first impression?


FIRST TIME ORANG TERHARU BACA ENTRY BLOG NI

FIRST TIME ORANG TERHARU BACA ENTRY BLOG NI

Salam guys,

Ok first of all thanks kat korang yang selalu masuk blog ni dan tanpa segan silu baca entry-entry dalam blog ni.Korang buat saya selalu happy dengan kemasukan traffik yang agak deras.hoho.Kalau nak tanya saya adakah saya puas blogging.Jawapannya ialah ya sebab saya dah dapat apa yang saya nak dalam blogging.Dari CPC hingga ke advertorial semua saya dah rasa (tiada niat nak poyo lebih sikit tu adalah..hak3).Yang paling penting ialah PERSAHABATAN.Saya rasa best blogging sebab dari blogging saya kenal ramai orang yang cool.





Sekarang ni takde benda lain yang best daripada FRIENDSHIP.Untuk pengetahuan korang dari saya sekolah menengah sampai lah dewasa saya jenis susah nak dapat kawan.Ini cerita serius bukan cobaan.Kalau adapun mungkin atas dasar-dasar tertentu.Tapi bila blogging saya daoat jumpa ramai orang yang ikhlas.Persoalan seterusnya benarkah blogger ikhlas?Bagi saya tak semua tapi kebanyakkan blogger yang saya kenal kebanyakkannya ikhlas terutama sekali Puan Capa (sila jangan kembang lebih ok).

Hari ni saya dikejutkan dengan satu komen dari Sendra.Bagi yang tak kenal dia memang suka kalau komen memang oleh bikin satu entry yang boleh meraih hits yang tinggi.hak3...Mau baca.Jom saya share ...



Korang tengok sendiri komen dia.Memang boleh buat satu entri.Saya buat entri ni untuk dia hanya disebabkan dia kawan saya dan saya silent reader yang tak berapa ni silent kat blog dia.Terus terang saya buat entri tu ikhlas dan tiada hidden charge macam sesetengah telco.hoho...Kalau korang tak nak anggap itu ikhlas korang boleh jugak anggap sebagai entry ketika tiada idea.hak3...


Oklah anyway Sendra thanks for the comment.Aku hargai itu dan anggaplah apa yang aku buat itu just sebagai satu pembakar semangat untuk ko yang sememangnya dah lemau.haha...


p/s :


* Saya suka tengok orang happy dengan kehidupan sebab ia akan membuatkan saya happy dengan kehidupan saya.

HARI INI AGAK TAK BEST.ADAKAH INI PENAMAT?

HARI INI AGAK TAK BEST.ADAKAH INI PENAMAT?

Salam guys,

Apa cerita hari ni?Dah lama saya tak share pasal personal saya agak-agak kalau saya share ada tak orang nak baca?First of all thanks to Jejai yang ada mention nama saya dalam entri dia.Korang dah baca ke blom?Tajuk dia bila Jejai Menulis,Fasha Sandha Boleh menangis.Saya takdelah sehebat yang dia cakap tu dan kalau saya hebat dah tentu saya dah benti kerja dan menulis kat New Straits Times atau Harian Metro (Dem saya cukup benci Harian Metro sebab berita dia banyak lucah!).hoho.Actually bro saya nak cakap sikitlah ang memang satu blogger yang best sebab ang hebat dalam SEO.Mintak tunjuk arar boleh?haha.

Semalam saya ada pi interview untuk programmer.Wah memang excited weh gila dia offer tinggi.Walaupun saya dah lama tinggalkan bidang programing ni tapi disebabkan gaji dia besar saya gagahkan gak interview tu (nampak sangat kerja sebab duit).Yang tak bestnya dia suruh saya buat satu system online (actually mudah je) beserta database (pun mudah) tapi masa dia bagi 1 jam sahaja.Saya dengan terkial-kial taip coding PHP dan buat database MySQL tapi tak sempat siap.Sebenarnya saya ada main tipu sikit.Saya ada copy paste coding contoh form then ubah ikut hati dan naluri saya yang sememangnya excited.Apa yang tak siap ialah report untuk system tu.Harap-harap saya dapat kerja tu even saya tau peratusan dia hanya 40% je haha.

Hari ni pulak first time dalam sejarah saya kerja The Store saya terasa bosan.Selama beberapa bulan saya dah kerja kat sini saya tak pernah rasa bosan.Tak tau apasal perasaan tu datang secara tiba-tiba.Mungkinkah sebab interview semalam ataupun sebab tekanan dah overload.Saya suka kerja kat sini dan saya tak pernah bagi alasan setiap apa kerja yang saya dapat tapi hari ni terasa lain macam.Hopefully saya dapat recover balik kerajinan saya dengan pantas sebab tak mungkin saya dapat siapkan kerja dengan perasaan ni.

Oklah masa untuk bekerja dah sampai.Harap-harap saya berjaya harungi hari ni dengan perngakhiran yang sempurna sebab saya tak mau bawak balik feeling ni kat rumah.

p/s :

* Saya sendiri terasa tak best dengan entri ni.Saya tak tau kenapa saya tulis entri yang memang tak best macam ni.Adakah ni penghujung bagi saya dalam blogging?Wah persoalan yang sememangnya kurang best untuk diperkatakan...

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails