Showing posts with label Gatsby Deodorant Street Fair. Show all posts
Showing posts with label Gatsby Deodorant Street Fair. Show all posts

TIPS : APA ADA DENGAN NUFFNANG


Selamat petang,baru settle separuh kerja.Ni tgh berehat sebentar bersama kitkat sebab otak semak.Lagi beberapa jam saya akan dapat berehat dengan tenang.Terasa macam lambat pulak nak pukul 6.Hari ni macam2 cerita saya baca dari blog prang lain.Berita yang menggemparkan ialah Kak Tash dah disahkan ada baby di dalam perut.Wah satu perasaan yang sungguh best.Atas desakan Kak sumi maka ter"submit"lah entri Digi tu.Nak baca sila ke [sini].Entri Pizzahutpun dah publish dan saya dah suruh manager tu baca.Manalah tau kalau dia nak suruh saya edit kan.Kalau korang terlepas sila baca [sini].

Hari isnin iaitu semalam saya ada terpandang kat chatbox,ada blogger mintak tips untuk naikkan duit Nuffnang.hoho...bukan tak nak bagi tapi saya sendiripun tak boleh dan tak tau tips untuk naikkan duit dalam akaun Nuffnang.Check2 yang datang ke mailbox sayapun sebenarnya sayapun tak tau macam mana boleh jadi amount cam tuh.Saya cuma boleh kasi knowledge je kat korang pasal Nuffnang.Kalau saya ada cara senang nak naikkan income Nuffnang dah tentu saya dah keluarkan e-book (tak yah perasan eyh Bean).

Sebelum tu meh saya cerita sikit apa yang ada dalam Nuffnang.Kat Nuffnang korang boleh dapat :

1) MOVIE

Antara movie yang saya dah pergi ialah Sherlock Holmes,Paranormal Activity,Valentine Day,Date Night & banyak lagi.Cara nak menang tiket senang je kadang2 kena buat entry pasal tiket dan kadang2 just komen je kat blog Nuffnang.

2) KONTEST

Banyak kontest sebenarnya dalam blog Nuffnang.Korang try je luck korang.Mana tau menangkan.So far kontest yang saya menang ialah review pasal KDU Open Day.Dari kontes2 ni korang boleh jugak dapat duit dan macam2 hadiah yang best2.

3) EVENT

Nuffnang jugak banyak buat event best2 dan boleh dapat hadiah tau.Bukan takat tu je,kalau korang buat entri pun kadang2 boleh dapat duit.Antara event yang dah saya pergi ialah Digi Internet Pimp My Day,Astro Beyond Launching,Samsung Corby & yang paling latest ialah Gatsby Deodorant Street Fair.Korang kena fikir something di luar kotak kawalan mental korang.Jangn fikir pergi event balik dengan tangan kosong itu rugi.Bagi saya sebenarnya tidak.Walaupun balik tangn kosong,tapi kita dapat member baru.Dengan itu maka akan berlaku gegaran platlet traffik pada blog korang.

Oklah 3 benda yang saya bagitau kat atas memang takde pada ads company yang lain (tak perlulah saya mention ye).Hanya Nuffnangers yang ada Gliterati je boleh dapat benda ni.So tak payah kita nak fikir buat team klik2 sebab bila dah tau cara duit tu akan masuk.Tak puas hati lagi.Ok rahsia yang lain ialah bila korang buat entri untuk "ProjectAlpha".Satu minggu dapat RM20 sekarang dah 10 minggu.Kalau tiap2 minggu korang buat dah berapa rasanya duit korang?RM200 kan.Tak banyak ke?

Untuk knowledge pasal Nuffnang korang boleh baca entri2 kat bawah ni :


Kalau korang nak lagi puas dan nak tau sangat rahsia2 atau knowledge pasal Nuffnang boleh masuk blog Eyriqazz,Melz,ataupun Dahlia.Diorang lagi hebat.Yang penting ialah tolong jangan kejar sangat duit.Belajar menulis dengan baik then korang akan nampak duit tu kejar korang sampai korang tertonggeng2 lari.

CULTURE : BAGUS KALAU KITA ADA IDEA TAPI...


Hye geng,entry pantas sebab pukul 4 saya nak kena siapkan kerja sikit.Ni berehat setelah pergi buat ukuran kat bangunan lagi satu.Sebelum apa2 saya nak ucap terima kasih kat readers & follower (termasuk blogger2) yang masuk blog ni & support.Ni yang Kak Nita sayang semua sampai kiamat ni.Hati ada senang lepas dapat komen ni :


comment Aus

Tanpa perasaan was2 terhadap ke"halal"an comment ni saya terus terjah je Murai.Saya macam tak percaya sebab mamat ni memang suka hangitkan orang.Jadi result dia :

muka saya depan sekali?gila ke apa?hak3...

Macam tak percayalah gambar saya posing maut macam Lana Nordin masuk Murai.Tak tidur malam lah saya macam ni.Ni time buat Live Blogging hari tu bersama2 Jai,Aidi,Eyriqazz dan Zaid.Amacam style tak?

Oklah masuk balik topik perbualan hari ni.Apa pendapat korang pada orang yang banyak idea dan suka bagi idea?Mesti korang rasa dia ni bagus kan.Sayapun suka bagi idea.Tapi idea yang saya bagi kat orang lain itu adalah idea yang memang saya boleh buat dan tak melibatkan sesiapa yang lain.Yang tak boleh blah nya bila ada jenis orang yang memang suka bagi idea tapi idea tu dia sendiri tak tau nak settlekan dan mengharap orang lain untuk selesaikan.

Saya bagi contoh kat korang apa yang saya maksudkan.Dalam satu organisasi memberi pandangan itu perlu.Tapi janganlah korang berniat bagi idea just untuk korang dapat nama.Kalau idea yang nak diluahkan itu memerlukan orang lain untuk melaksanakan korang bincanglah dulu dengan pihak berwajib.Ni tak idea berketul2 tapi diri sendiri tak boleh nak buat lepas tu pas kat orang lain.Adus sakit otak bila jumpa orang macam ni.Kenapa saya cakap boleh buat sakit otak?Simple je,idea korang bagi then pas kat orang suruh buat.Then kasi lagi idea lepas tu pas lagi kat orang.Ni akan membebankan orang yang korang pass kerja tuh?Nak jadi main con ke apa?hak3...Yang paling tak bestnya lembu punya susu Britney dapat nama.Ces!

Dah banyak kali dah saya kena macam ni.Bukan dalam alam pekerjaan je dalam pergaulan pun ada.Kasi idea then bagi order je.Bila project tu jalan cun dia yang lebih2 bangga sampai nak kene belikan spender baru sebab terlalu kembang.Tapi bila benda tu tak jalan yang jalankan ni kena maki.What Da!!!So harap korang faham apa yang saya nak sampaikan ni.Nak kasi idea tu tolong fikirkan samada korang boleh buat ataupun korang nak pass kerja tu.Kalau takat kasi idea sebab nak nama itu adalah perbuatan kurang pintar dan tak sepintar telefon pintar iPhone.hak3..


p/s :
- Tugas saya selaku "Mat Bangla" memerlukan ketangkasan dan tenaga maksima jadi kadang2 sakit belakang.Nasib baik ada panadol Extend (ada gaya2 iklan Bong tak?)

BEAN MORENO = DARKBATMAN - MUNGKIN TIDAK


Selamat petang,entri nasib2 ni saya sempat publish sebelum balik kerja.Setelah saya settlekan masalah laptop PUAN.Semakin dekat masa semakin penat dan banyak kerja macam dah faham2 je apa akan terjadi di akhir bulan.Saya tak sabar untuk merasa kebebasan dalam hidup.

Sebenarnya saya nak publish benda ni semalam tapi sebabkan sifat lupa tu tetap ada pada manusia walaupun banyak makan kismis doa (ni cerita betul tau).Semalam saya terbaca kat satu blog kalau tak silap blog Ellis yang dia selalu konfius antara saya dan Darkbatman.Hm,sama ke saya ngan Darkbatman.Apa yang rasa adakah Bean Moreno yang tampan ini sama dengan Darkbatman.Ok untuk mengesahkan lagi tanggapan si Ellis ni apa kata kita lihat berapa saat Gaban perlukan utnuk menukar baju kalis api :

Gambar saya rembat dari blog Darkbatman

Sekarang korang dah nampak tak perbezaan yang ketara antara Bean Moreno yang kacak versus Darkbatman yang handsome?Banyak seyh beza.Macam mana si Ellis boleh konpius antara saya dan Darkbatman.Ok meh saya cerita dan kasi tunjuk perbezaannya :

1) KETINGGIAN
Kalau dari segi ketinggian dalam gambar memang korang nampak Darkbatman lebih tinggi dari saya.Tapi hakikatnya saya lebih tinggi dari dia dan masa ambil pic ni dia pakai kasut tapak tebal dan berjengket lagi.Tak percaya tanya dia (hak3...saya tipu je)...Saya lagi rendah dari dia.Mamat ni tinggi dari saya tapi tak se"King Kong" Melz.

2) KEBESARAN SEROMBONG KAPAL
Ooops,kantoi.Ye betul kalau korang tengok betul2 serombong kapal saya lebih besar dan boleh mengeluarkan asap dengan banyak sebab tulah bila hisap rokok saya akan cepat habis.Tapi kalau nak ikut kan ada awek cakap hidung saya macam Fernando Torres.Betul ke?

3) KE"SASA"AN BADAN
Korang tengok betul2 antara saya dan Darkbatman siapa lagi sasa.Kalau dari mata kasar memang Darkbatman lebih sasa tapi cuba korang gunakan pancaindera ke-6 mesti korang akan nampak saya lebih sasa dari dia.Masa ambil gambar ni Darkbatman pakai sponge kat dalam baju.So jangan tertipu (saya tipu lagi...hak3).

4) MACHO
Yang ni saya berbukti.Memang tak dapat nak ditepis saya memanglah macho dan benda ni disokong dengan kenyataan Darkbatman.Ini memang macho betul bukan control macho macam kebanyakan pria2 kat luar sana eyh.Kalau korang tak percaya boleh baca entri Darkbatman yang ni.

Jadi selepas ni jangan tersalah lagi.Dengar cerita awek Darkbatman cun.Ha,kalau itu tersalah nampak takpe.Hak3...(just kidding bro).Gila ke apa?Memang kena lempang bertubi2 dengan aiensepet.Oklah masa untuk pulang.Lapar nak celebrate Birthday Aiensepet.Chiow...

p/s :
- Malam ni ada pengambaran video.Esok saya upload ok...
- Dah vote video slurpee saya ke blom?Vote sekarang kat sini.

GATSBY DEODORANT STREET FAIR - LAST PART (MAKSUDNYA EPISOD AKHIR)


Selamat tengah hari,sorry lambat lagi up entri sebab hari ni "Mat Bangla" ni agak sibuk kene kemas barang kat MidValley.Ni baru sampai depan pc.It Support buat kerja cleaner ada ke patut.Korang jangan pulak anggap saya dah tak nak update lepas nama blog kene up kelmarin.Owh tak mungkin.Saya tak mungkin dapat melupakan blog ni cuma masa je yang menentukan.Tapi yang pasti mesti ada satu entri akan saya upkan dalam satu hari.Itu janji pendekar saya kepada korang semua.

Kenangan semalam memang best sebab dah lama tak jumpa Melz menuntut ilmu (selain menghiburkan hati melz yang akan merajuk kalau tak lepak).Kalau tak dia mesti keluarkan ayat2 sedih dia.Jadi lepas event kitorang gather2 kira macam small gath la kan.Ok ni saya nak tunjuk aktiviti makan2 sebelum masuk aktiviti "Lepaking" kitorang :


Ko usha apa tu Sendra...Nak ngorat Cikhel ke apa?

Uiks nak usha Fateha pulak.Nak kena taruk ngan Hairi ke?

Lepas makan kamipun teruskan dengan aktiviti kegemaran Melz iaitu BOLING!!!


 Aus ko nak makan bola boling ke?Lapo eyh?

Apa yang saya dapat pergi event ni.Korang nak tau ke?Memanglah saya tak dapat menang lucky draw (gile...hadiah 20 orang je dapat tapi kene berebut 518 orang...peratusan menang 13%...hak3).Walaupun Blackberry akhirnya Aidi-Safuan yang menang,tapi at least kami dapat melepak dan dapat kenal blogger2 yang lain.

p/s :
- Sorry kalau ada terkurang dalam entri ni sebab dibuat dalam keadaan tergesa2
- Kalau saya tak update blog sila datang jugak ke blog ni support eyh sebab P1 saya dipinjam mama saya

GATSBY DEODORANT STREET FAIR MEMANG BEST...BLOGGER BLOGSPOT BUAT KEJUTAN...MANA PI BLOGGER2 YANG OTAI SANGAT TUH!


Hye cukuplah kita bersedih dengn pemergian Achik Spin.Nak buat macam mana Allah lebih sayangkan dia.Sebagai peminat saya harap keluarga Arwah bersabar dengan pemergian bintang tanah air tu sebab ajal dan maut itu sudah ditentukan.Kita manusia cuma menunggu giliran untuk berjumpa dengan PENCIPTA suatu hari nanti dan apa yang kita boleh buat hanya berdoa untuk arwah Achik Spin agar dia ditempatkan di antara golongan hamba yang beriman.

Ok lets move on & cerita benda2 happy.Sekarang kita sambung balik pasal event semalam (memang cerita ni hot & mau berminggu2 cerita ni akan ditulis).Macam yang korang tau semalam seramai 518 orang lbogger datang untuk bersuka ria kat "Gatsby Deodorang Street Fair" dan ini merupakan perjumpaan terbesar blogger di Malaysia setakat ni yang mencipta rekod dalam Malaysia Book Of Rekod (wah saya termasuk tau).

Timothy(Nuffnang Boss) & Malaysian Book of Record

Apa yang ada kat event "Gatsby Deodorant Street Fair" ni semalam :

GOLF DRIVING RANGE
Alamak apa ko bikin tu Bean Moreno

BOLING KELAPA
Tengok bola gua laju tak laju.PASTI strike

BULL RIDING
Kalau gua naik ni mesti terpelangting jauh.hak3..

ELECTRIC POWER (BETUL KE SAYA TULIS NIH)
 Ini Barang memang susah.Dua kali main tangan kosong

DAN YANG PALING SYOK :

LIVE BLOGGING
First time Owwwhhh buat kerja2 macam ni

Cukuplah eyh saya kasi tau permainan kalau nak letak semua masak plak nak tulis memang berjela2.Masa tengah syok main mainan ni (alamak dah macam budak2 dapat masuk Fun Fair tau) sempat lagi kitorang bergambar2 (macam bintang felem tau - ayat saloma) :

Alamak sorry eyh sape2 yang ada kat dalam gambar ni kalau saya tak link sila kasi komen nanti saya modi balik :


Diorang nipun blogger yang saya rasa best & saya baca blog diorang :

Dex,Aiensepet (Saya sayang dia ni),Emy

Ada lagi gambar2 lain tapi takde kat camera DSLR Canon Powershot saya (perasan lebih la Bean) saya.Nanti saya buat Part 2 eyh lepas dapat gambar.Yang best event ni kan First Time dalam sejarah nama Suterablogger di announce kat stage (pergh bangga gila seyh).Thanks to all followers,Bloggers,dan kawan2 yang support blog saya eyh.Memang teruja beb.Adakah saya akan menjadi seperti Kennysia,Redmummy dan sebagainya?(oops sorry perasan sekejap eyh.hak3).Dan antara nama2 blog yang femes di announce semalam ialah :


Dan Yang masuk TV 9 ialah :


Dulu saya ada terbaca satu blogger buat statement yang blogger BLOGSPOT adalah blog SAMPAH!Mak aiyh saya rasa semua blogger yang ada kat atas termasuk blog saya guna hosting blogspot rasanya lah kan.Hoho...Mana Blogger yang top sangat tuh?Mana Blog dia?cerita je pandai kot.Lain kali kalau agak2 nama dah nak jatuh jangan suka2 buat statement SAMPAH ok!Dan dulu mana perginya nama2 yang OTAI sangat tuh?Geli la gua nak dengar nama blog lu orang.Buek malu yo.Maleh den nak link kan.Sebab gaya je lebih dan lebat.Memang kitorang blogger2 baru naikkan tapi at least kitorang ada rasa hormat pada yang lain.So belajar2 lah hormat orang lain.

Oklah nanti petang sikit saya sambung pasal event ni eyh.Saya nak mandi dan nak makan,Laparlah pulak...hak3...Apa2 pun thanks to Nuffnang & Gatsby for the great invitation.Ni yang buat gua sayang Nuffnang nih.hak3...

p/s :
- Korang yang tak pergi semalam memang rugi sebab macam2 ada
- Kalau kota dah kat atas sila ingat yang ada kat bawah sebab mereka lah kita berada di atas

PERGINYA ACHIK SPIN MENINGGALKAN KITA


Hye selamat pagi semua,Sorry ye semalam saya tak sempat nak update apa2 selepas event Gatsby.Saya ingatkan nak buat entri yang agak best untuk korang tapi malangnya sejurus sampai je kat umah saya landing dan terus dibuai mimpi indah kerana keletihan.hak3...Memang penat sebab semalam saya dan aiensepet  bertungkus lumus mengumpul point masa Gatsby Event semalam.Thanks to Nuffnang & Gatsby yang menjemput kitorang.Nanti saya akan review sikit pasal event.



Sememangnya berita ni adalah lapuk tapi saya tetap nak tulis.Memang saya terkejut bila terbaca akhbar dan blog mengatakan Achik Spin yang popular dengan lagu "Bola2 Api" meninggal akibat kemalangan jalan raya.Bukan kemalangan biasa tau kemalangan yang ngeri.Memang saya sedih sebab saya ada jugak minat lagu2 Spin macam "Mengusung Rindu".

Ni petikan dari blog UTUSAN MALAYSIA :

SEREMBAN 17 April – Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini petang ini.
Allahyarham, yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas dan terbakar, meninggal dunia di tempat kejadian.
Pada masa ini, polis dan anggota bomba masih lagi berada di lokasi nahas dan difahamkan mayat Allahyarham akan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini malam ini.
Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Polis (ASP) Abd. Halil Abd. Hamzah mengesahkan kejadian tersebut

Jadi kita yang sempat bergembira ni harap2 dapatlah sedekahkan al-Fatihah kepada arwah dan berdoa semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

GATSBY DEODORANT STREET FAIR LIVE BLOGGING


Hye guys,morning eyh pagi ni saya update luar biasa sikit sebab guest what?I am doing "Live Blogging" for Gatsby Deodorant Street Fair.Satu penghormatan untuk saya selaku blogger baru (uiks baru ke?hak3).Korang mesti pernah dengar pasal event ni kan saya pernah buat entri pasal event ni kan?Kalau tak pernah boleh refer sini.Bestkan kalan nak jadilah blogger.Siapa kata jadi blogger sia2.jadi blogger boleh jadi Kenny Sia tau.hak3. projek ni dan disebabkan itulah.

Ini adalah gathering terbesar bagi semua kami blogger sebab lebih daripada 400 orang blogger terlibat (dan baru tadi diumumkan 518 blogger terlibat) untuk projek ni.Dan disebabkan itulah nama projek ni "Projek 400" yang mana sayapun pada awalnya tak percaya(tak percayapun hantar gak reply email.hak3).Korang tau tak event ni adalah sejarah dimana kita mencatat rekod baru untuk Malaysia Book of Record.Oklah first of all saya nak perkenalkan semua blogger yang terlibat untuk "Live Blogging" :



Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails