Showing posts with label Event. Show all posts
Showing posts with label Event. Show all posts

3 TERIMA KASIH UNTUK 3 PERKARA BERBEZA

2 TERIMA KASIH UNTUK 2 PERKARA BERBEZA

Assalamulaikum dan selamat petang...

First of all saya nak mintak maaf kat readers sebab up kan entri lama-lama.Semua tips yang saya up kan baru-baru ni adalah entri yang telah saya publish awal tahun lepas cuma saya remake.Ada sebab kenapa saya republish entri lama.Yang pertama adalah sebab saya tengah buat satu research untuk blogging.Yang kedua adalah atas permintaan sesetengah blogger yang mintak tips tapi takkan saya nak taip semula padahal benda tu memang dah ada dalam blog ni.Membazir je.Sayapun tak tau kenapa diorang tak nak usha tab TIPS BLOGGING kat atas ni.

Entri kali ni saya just nak ucap terima kasih untuk dua perkarta yang berbeza.Semalam saya saya ada up pasal Penjaga Kaabah Meninggal Dunia.Memang terus terang saya cakap saya tak pernah tau siapa yang jaga Kaabah dan baru semalam saya terbaca.Jadi lepas publish dah tentu ada komen sebab agak pelik kalau blog aktif tapi takde pengomen kan.So saya ada receive komen dari seorang yang bergelar non tipikal yang tertulis :

Maaf, jika saya agak menongkah arus dalam hal ini. Dan saya tangguhkan al-Fatihah untuk arwah hingga kebenaran sejati dapat saya temukan.Apakah mungkin arwah ini berketurunan Rasulullah SAWW atau sebaliknya?Bukankah tugas menjaga kebajikan Kaabah dan para pengunjungnya adalah menjadi amanah ke atas anggota keluarga Nabi Ibrahim A.S. dan juga keturunannya hinggalah kepada Nabi Muhammad SAWW. Ketahui dan akuilah bahawa nasab keturunan di antara kedua Rasul Allah SWT itu terputus walau di tengah-tengah, kerana merekalah yang diumpamakan sebagai Siratul Mustaqim di dunia ini.Jika arwah bukanlah salah seorang anggota keluarga daripada jalur keturunan Rasulullah SAWW, maka di manakah dia waris Baginda SAWW yang haq?Tahukah kalian, apabila kita berpeluang ke Tanah Suci, terdapat sebuah tandas besar berdekatan Masjidil Haram, dan tandas besar itu adalah satu-satunya yang terbina di kawasan suci tersebut? Dikhabarkan oleh mereka yang bersangkut paut dengan keluarga Rasulullah SAWW, bahwa tandas tersebut dibina di atas bekas tapak rumah keluarga Rasulullah SAWW bersama isteri yang pertama, Saidatina Khadijah R.A.Jika benar akan khabar di atas, apakah tindakan si penjaga Kaabah selama ini untuk menjalankan tanggungjawab mempertahankan dan memulihara kesucian keluarga Rasulullah SAWW?Makam-makam para syuhada Badar & Uhud serta para ahli keluarga Baginda SAWW di Jannatul Baqi' juga menerima nasib malang apabila diruntuhkan sekitar 200tahun dahulu oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.Seruan saya, sama-samalah kita menyelidiki lebih lanjut akan sejarah berkaitan waris keturunan suci Rasulullah SAWW dan ahlul bait baginda kerana merekalah sebenar-benarnya yang berhak mewarisi kesucian kurniaan Allah SWT dan bakal menjadi penyelamat kita di akhirat kelak berkat syafaat Baginda SAWW, insya-Allah.
Panjang tau dia komen dah macam satu entri dah.Selalunya annon akan komen benda mengarut betul tak?Dan sepanjang saya blogging saya gelarkan annon ni 'people with no ball and brain'.Kali ni Cik Non Tipikal ni memang buat saya tabik spring kete.Apa yang dia komen actually mungkin betul saya tak dapat nak cakap apa-apa sebab saya serius tak tau pasal benda-benda yang sia bagitau ni.So nampak sangat dia pernah ke tanah suci dan memang tau.Cuma saya nak cakap sikit je even sebesar mana pun kesalahan manusia itu kita selaku manusia tak boleh nak menghukum sebab itu semua kuasa Allah.Dan tak salah kita sedekahkan al-fatihah kepada si mati walaupun dia bukan penjaga Kaabah sekalipun.

Yang kedua saya nak ucapkan terima kasih kepada MAS sebab offer saya jadi reviewer untuk kapal terbang terbarunya iaitu B737-800.Tapi malangnya saya terpaksa reject offer tu.Bukan sebab demand payment murah ke apa cuma ada sebab yang tak dapat saya elakkan.Secara tiba-tiba saya mungkin kena pi outstation ke Kuantan pada tarikh tersebut so takkan saya nak bagi alasan naik 'belon' untuk apply cuti kan sebab kerja harus diutamakan.So lepas ni kalau ada jet pejuang baru or kapal selam baru (ooops) boleh lah jemput saya review sebab time tu saya dah confirm kat tempat kerja & mungkin cuti pun dah banyak.hak3...Mungkin lain kalilah kalau ada rezeki bolehlah bagi saya tiket untuk honeymoon ye sebab saya dengan aiensepet belum pergi honeymoon lagi.

Yang ketiga ucapan terima kasih pada Nuffnang.Petang tadi tetiba call invite gi event Digi esok.Untuk pengetahuan yang tak tau esok ada launcing apps music dari Digi so maybe esok lepas kerja saya akan pergi event tu.Ni lah kelebihan jadi GPlusMY.Tak payah buat entripun dapat invite.haha!Anyway thanks again Nuffnang for the invite sampai tak cukup masa saya nak reschedule masa saya.Harap-harap esok ada ramai amoi cantik-cantik untuk dibuat pencuci mata.hoho...

p/s :

* Esok akan ke Zouk Club,untuk event bukan untuk cucuk langit ye!
* Mau tips macam mana nak tarik advertiser panggil jadi reviewer?bayar RM200 dulu hahaha...



STANDARD CHARTED BREEZE BLOGGER MEET UP | EVENT

STANDARD CHARTED BREEZE BLOGGER MEET UP | EVENT


Selamat malam guys?Dah makan malam?Bean Moreno jap lagi masak sebab tunggu aiensepet masak.Kesian dia balik-balik kerja je dah kena masak.Saja suruh dia masak sebab masakan dia sedap.Apa yang korang fikir tentang saya lepas tengok gambar kat atas?

1) Kaki clubbing
2) Kaki Perempuan
3) Suka bung duit

Jawapannya bukan ketiga-tiga sebab saya masuk kelab ni sebagai reviewer.Maaf mama anakmu yang skema ni masuk club menjalankan tugas penting.hak3...Semalam ada invitation dari Nuffnang untuk gi meet  up beberapa staff Standard Charted Singapore.Gila tak nak pergi Sponsor Liverpool tu.Invitation ni untuk perkenal Breeze iaitu product online diorang.Saya bukan nak cerita pasal Breeze sebab itu akan saya review next entri.



Time ni Mr Aman (kalau tak silap) dari SC Singapore bagi brifeing apakah itu Breeze dan kegunaannya.Ada dalam 17 blogger rasanya yang ada.Korang jangan tanya saya kenapa ada gambar-gambar tu sebab time ni saya tengah bergosip dengan Kak Red.Yang paling best semua blogger sibuk dengan camera masing-masing (biasalah blogger) korang tgk Sha sibuk dengan camera baru dia (kelamrin beli).Yang paling best ialah makanan (yelah sapa suka pergi conference kalau makanan tak best) :


Ini pembuka mulut je

Ni set makan malam


Set cuci mulut


Amacam?terliur tak tengok makanan dia.Memang syok wo!Dah lama tak makan dishes yang sedap macam ni (selain masakan mama & aienspet).Nak tau blogger yang datang semalam :

Yang ni kalau tak kenal memang korang penipu!Sapa lagi kalau bukan Redmummy

Sumijelly , Ceeramoon & Jemah(Viruspadu)


Rabi dengan camera dia


Sha dengan gaya seorang kapla #gplusmy


Anak ikan terbaru Sumijelly iaitu Darkbatman


Jejai tengah cerita pasal BB Fasha Sandha yang hilang


Actually ada beberapa blogger yang saya takde gambarnya macam Jen , Hongkiat dan lain-lain sebab tak sempat nak ambik.So mana-mana yang takde harap korang maafkan saya tapi jangan takut sebab saya ada ini :



p/s :


* Dah lama tak join aktiviti Nuffnang sebab operation.
* Kak Red saya dah pandai cari permalink tweet.hak3...Nanti saya belanja ice blended ye...

ENTRI MENENANGKAN JIWA RAGA


Demam masih menyerang diri ini.Badan masih lemah tetapi Bean Moreno masih pergi kerja sebab nak kena buat Handover.Dengan internet yang lembab ni memang susah nak blogwalking.HSBB still tak boleh pasang sebab pihak yang bertanggung jawab kata kena drill fiber ke bangunan dulu baru boleh.Tapi sampai sekarang takde panggilan dari diorang.Biasalah kompeni monopoli memang macam tuh.

Hari ni satu lagi berita best yang diberitahu oleh Kak Sumi (saya peminat fanatik Sumijelly!!!).Actually benda ni dah lama tapi saya baru tahu.Event tu bulan 1 kalau tak silap saya.Nanti saya reconfirm balik dengan scandal maya saya.Korang masih ingat tak yang team saya ada menang hadiah masa Digi Internet Pimp My Day event.tadi baru Kak Sumi bagitau muka kitorang ada dalam avengalist Digi.

gambar ni kenangan seyh.Team kitorang boleh menang pulak

Bila tengok gambar ni teringat pulak kat team member yang lain.Sekarang tinggal sorang je yang aktif iaitu Cikhel.Lagi dua bz dengan hal masing2 dan blog mereka bersawang sebab terlalu rapat dengan Spiderman.Disebabkan mamat bertopi tu lah kitorang menang modem sebab kehebatan dia meyumpit bull eye.

Hari ni tak dapat nak ping kat GB sebab mungkin kong sakit perut.Saya langsung tak boleh nak buka page GB.Adakah sebab mereka dah tak perlukan blogger cap ayam macam saya.hak3...Tapi blogger cap ayam ini memerlukan GB untuk ping entri.TOLONG!!!

Oklah Bean Moreno nak pergi lunch.Perut dah berbunyi macam muzik disco dah.Jap lagi kalau tak bz saya akan update lagi.Tapi Tolong!!!GB kenapa tak nak terima blogger ini!!!???

p/s :
- Kalau sesiapa nak masuk Event Digi sila ke sini.
- Bila tengok gambar event lama2 barulah saya dapat rasa yang persahabatan itu lebih penting dari wang ringgit

KAMI MENANG HADIAH RM12K


Alamak rasa macam terlambatlah pulak kasi up entri.Check Nuffnang analytic baru bapa visitor je.hak3...Saya baru balik ni dari satu event kat Sungai Wang tadi.Penat lah pulak.Tapi takpe sebelum saya keluar makan dengan aiensepet saya akan up entri.

Tadi atas jemputan dan rasa seorang adik saya datang support Kak Sumi pergi ke "Keep Slim Amb Hunt".Apa bend ni ?Own ni adalah contest untuk pilih ambasador baru Keep Slim.Pernah dengar tak?Ambasador sebelum ni ialah Raja Azura.Memang best lah.Saya pergi kat sana dengan cara yang agak pelik bagi diri saya.Jangan salah sangka eyh saya tak naik kereta lembu sebab KL tiada perkhidmatan kereta lembu tapi tak taulah pulak kalau Rapid KL nak buat service yang macam tuh.hak3...Hari ni selepas beberapa tahun saya naik PUTRA & MONORAIL.Nasib baik saya bertanya pada yang pakar kalau tak dah tentu saya tersesat ke Nilai.

Tiket sehala Putra.last sekali saya naik Putra 3 tahun lepas

Stesen perhentian menunggu Helenalatisha

Saya pergi ke kontest tu bersama kekasih gelap saya Cikhel sebab saya sempat ajak dia je dan tak tau berapa tiket yang kak sumi pegang.So kami berjumpa di KL Sentral dan terus pergi ke Sg Wang.Kat sana berjumpa plak dengan Blogger lain iaitu Lily dan Aidi-Safuan (mamat ni memang sporting).Ni first time saya hangout dengan Aidi.Tak kenal sape Aidi.Ala blogger yang menang Blackberry Bold masa Gatsby last week.

Ni lah Muka2 blogger yang support Sumijelly hari ni

Pentas berentap

Makanan yang menyelerakan

The Judges - Cuba teka sape?

Peserta2 yang berebut nak jadi embasador

Kami sokong kamu Kak Haney (Dr Haney)

Kitorang datang dengan semangat waja untuk kasi sokongan kat salah satu peserta kontest ni.Sampai2 je kitorang dapat goodie back dan dapat macam2 voucher.Best beb ada voucher Bonita,Antioni,Bontyon,BUM,Diesel,UnionBay, dan Bumcity.Apa yang best kitorang menang Voucher Keep Slimming bernilai RM2k.hoho...Bestkan,lepas ni boleh hantar aiensepet gi Keep Slimming.

Vocher Keep Slimming RM2K

Saya tak tipu tau.Memang kitorang menang hadiah RM12K.Yelah kalau saya sorang dapat vocher ni dah RM12 then group kitorang semua berjaya dapat jawab soalan dengan betul so 6 orang dapat voucher tak ke RM12K.hak3...Bestkan,lepas ni final harap2 Kak Sumi ajak kitorang lagi sebab lepas ni kat Golden Horses plak.Yelah saya tak pernah jejak kaki kat hotel tu.
Lepas je kitorang dah bersuka2 kat event ni Cikhel ajak gi Karok kat Imbi.Pergh masing2 nak kasi keluar suara.Tapi baru saya tau yang Aidi ni ada minat Backstreet Boy.

Gaya Nick Carter Budak Belakang Jalan

Hoho ni Whitney Houston Malaysia

Dan ini penyanyi headwind.hoho

Lepas Karok je kitorang gi makan then balik.Memang fun gila lepak ngan blogger2.Saya akan dapat lupakan stress bekerja.Then boleh share2 pengalaman berblogging sesama.Sebab ilmu kena share kalau tak kita rugi.Kak Sumi jangan lupa eyh upload gambar cepat sikit.Nanti orang tak percaya kita menang.hak...Oklah saya nak mandi sebab nak kuar makan.Bye...

p/s :
- Panjangkan entri ni nasib ar...taknak baca gi masuk blog Eyriqazz.

GATSBY DEODORANT STREET FAIR LIVE BLOGGING


Hye guys,morning eyh pagi ni saya update luar biasa sikit sebab guest what?I am doing "Live Blogging" for Gatsby Deodorant Street Fair.Satu penghormatan untuk saya selaku blogger baru (uiks baru ke?hak3).Korang mesti pernah dengar pasal event ni kan saya pernah buat entri pasal event ni kan?Kalau tak pernah boleh refer sini.Bestkan kalan nak jadilah blogger.Siapa kata jadi blogger sia2.jadi blogger boleh jadi Kenny Sia tau.hak3. projek ni dan disebabkan itulah.

Ini adalah gathering terbesar bagi semua kami blogger sebab lebih daripada 400 orang blogger terlibat (dan baru tadi diumumkan 518 blogger terlibat) untuk projek ni.Dan disebabkan itulah nama projek ni "Projek 400" yang mana sayapun pada awalnya tak percaya(tak percayapun hantar gak reply email.hak3).Korang tau tak event ni adalah sejarah dimana kita mencatat rekod baru untuk Malaysia Book of Record.Oklah first of all saya nak perkenalkan semua blogger yang terlibat untuk "Live Blogging" :



BLOGGING AKAN JADI BEST JIKA NIAT BETUL



Selamat malam,baru balik dari KL badan terasa penat tapi masih nak "up"kan entri.Memang tadi pergi kerja dengan keadaan diri yang tak ikhlas langsung sebab sekejap dia cakap lain pastu boleh plak berubah sekelip mata.Dah macam magik pulak.Letih lah saya nak ikut rentak macam tuh.Memanglah saya kuli tapi saya juga punya perasaan.

Oklah walaupun takde mood untuk bekerja saya tetap gembira dengan kehidupan saya hari ni.Tetiba plak saya mendapat mood untuk blogging semula.walaupun hari ni just sempat update blog pada malam hari.So hari ni saya nak promote satu kempen Youthsays.Kempen tu bersempena World cup yang bakal berlangsung pada Hari jadi saya iaitu bulan Jun nanti.Kempen ni dianjurkan oleh New Straits Times.Dan kempen ni naka ajak korang join contestlah apa lagi.So kalau sapa2 yang berminat nak join kontest World Cup ni boleh la klik link ok.Menang dapat tiket pergi tengok match dan korang akan dapat tengok Sepanyol menang dengan bergaya.Ni poster dia :






Lupa plak.Tadi masa saya tengah siap2 nak balik dari kerja saya dapat satu panggilan dari Nuffnang.Semalam pun dapat tapi pasal Slurpee dan nantilah saya tag team ngan Kak Tash utnuk buat Video tuh.Harap2 menang.Tadi Mandy (rasanyalah) ada kol inform saya pasal satu benda yang best & benda ni saya anggap hadiah kepada saya untuk menaikkan semangat saya supaya menulis lagi.Saya rasa inilah satu benda yang membuatkan penulisan saya dihargai.Pergh rasa tak sabar plak nak pergi Gatsby.So kalau korang nak tau apa benda tuh tunggu masa n lepas Gatsby.Doakan saya berjaya ye kawan2.


p/s :
- Macam yang saya pernah cakap kat entri sebelum2 ni.Nak blogging jangan fikir duit sangat sebab itu pengalaman sebelum ni.Bila kita nak sangat duit maka kita takkan rasa dan nampak benda tuh.Tapi bila kita rileks kita akan nampak jalan dia
- So blogging akan jadi best kalau kita pasang niat yang betul

ORANG TAMAK SELALU UNTUNG BAGAIKAN KUCING DENGAN IKAN.PERCAYA TAK?



Mornign guys,awal seyh datang kerja hari ni.Saya terasa macam saya akan bergaduh dengan seseorang hari ni sebab badan saya panas je walaupun berada di dalam aircond.hak3...Tapi takpe hadap je.Yang penting saya tak buat salah dan saya dah tau apa nak jawab.Sebab bayangkan kasi laptop suruh saya betulkan hari isnin pastuh nak siap cepat2 dah la laptop lama.Internet bukan main slow plak tuh.Tambah task2 "bangla" yang dia kasi.Nak laptop siap cepat.


Kita selalu dengar yang orang tua2 cakap "Orang Tamak Selalu Rugi".Yeke?Saya macam dah tak percaya je pepatah tu.Sekarang kita jangan pakai PETUA sebab itu untuk orang2 tua je.Kita pakai PEMUDA sebab saya masih muda berseri sesuci Safi.hak3.Kalau ikut PEMUDA "Orang Tamak Akan Kaut Untung".Tak caye?Cuba kita tengok orang kaya2 kat dunia ni.Semua tamak.Sebab tu diorang boleh hidup senang lenang.Tamak pulak ada dua maksud.Pertama tamak untuk diri sendiri je lagi satu tamak dalam erti kata pandai merebut peluang.Sekarang ni kita kena cuba setiap benda yang dinamakan peluang.Kalau tak cuba kita takkan dapat result.Bila kita dah cuba itu maksudnya kita ada usaha.


Kenapa saya cerita pasal ni.Semalam saya dapat mail dari churp2 mengatakan saya dapat invitation gi tgk screening cerita When In Rome pada 12 April ni.Wah memang best.Nuffnang dapat tiket,Churp2pun dapat tiket.Save duit poket bulan ni.untuk tengok wayang.Hopefully screening untuk date night dapat la sebab saya memang nak gi tgk cite tuh.


Ni bukti invitation tuh :


klik untuk tumbesaran sempurna

Saya saje je letak invite tu sebab tak nak orang cakap saya reka cerita.Dan saya taknak disamakan dengan satu top blogger ni yang sangat anoyying yang bercakap tanpa bukti.Cerita setakat sembang2 je tapi bukti takde.Saya jenis kalau benda tu saya tak dapat saya akan cakap saya tak dapat bukan dok cerita yang saya dapat tapi saya tolak...Owh saya bukan jenis begitu ye. hak3...Hari ni ada event Nuffnang so boleh la jumpa blogger2 lain n layan movie.Selalu yang saya jumpa muka2 yang sama balik2 Nara,Kakred,Kak Ina,Eyriqazz,Kak Sumi,Jard, Aus,Deydeq.Owh ada ke saya tertinggal nama top blogger tuh?Rasanya tinggalpun takpe sebab saya memang tak pernah jumpa dia kat mana2 event Nuffnang.OOOps...

p/s :
- Biar tamak berhasil jangan tamak makan diri dahle...
- Sifat mencuba tu perlu sebab dalam 10 kita cuba tak semestinya semua sangkut dan berjaya kadang2 ada jugak yang gagal sebab itu lumrah kehidupan.Dan disebabkan tu lah eyriqazz menang macam2 dari Nuffnang.
- Bercakap atau menulis kena ada bukti baru orang percaya,kalau takat cakap semua orang boleh buatlah "otai"!

SAYA HAPPY,ANDA HAPPY,SAYANG NUFFNANG

Owh tidak,semakin ramai yang saya lihat mendapat buffered tapi saya...satupun tak dapat.Tapi tak kisah la...Dah biasa dapat so sekali sekala tak dapat tak rasa kecik hatipun.Mungkin sebab keyword tak berapa nak best or advertiser tak minat nak baca blog saya...hak3...

Walau apapun terjadi saya tetap tidak akan membiarkan earning Nuffnang saya kering kontang.Walaupun baru lepas cash out.So setiap minggu saya mencuba untuk hantar entri "project alpha".Tanpa saya sedari kedua2 entri "project alpha" saya approved.Yeay!!!Tadi baru dapat email dari diorang :


Wah syok wo!!!Betul2 hao liao...So esok diorang akan creditkan RM20 ke dalam akaun Nuffnang saya.That's mean saya dah collect RM40 untuk "project alpha".Tak rugikan kita mencuba.

So pada yang dapat buffered tu,jangan malas2.Korang ingat dapat buffred senang nak dapat earning.Bila korang dapat buffered tu lah korang kene kerja lagi keras untuk upkan traffik korang.Sebab setahu saya buffered bukan CPC So good luck la ye.

Another one thing yang buat saya tersenyum adalah email ni :

(Click untuk "tumbesaran" sempurna)

Sebenarnya sebelum lunch tadi saya baru berbincang ngan Melz pasal benda ni.Yela tak confirm kan sebab saya takut saya kerja then tetiba dapat invitation kan ke rugi saya buat post best2 hari tuh(RM50 tuh).So dengan hadirnya email ni maka terjawablah persoalan tentang event ni.Yeay saya dapat go Event Gatsby...Yela saya akan jadi pelik kalau saya tak dapat sebab saya susah nak miss event Nuffnang ni.hak3...Bukan nak cakap saya ni rockstar tapi saya suka bersosial dan bergaul.Kalau ada rezeki mungkin nasib saya baik macam event Digi & Samsung dulu pulang dengan buah tangan yang best2.. 

p/s :
- Hopefully korang jangan salah sangka.Saya buat entri ni nak kasi korang semangat berblogging dan bukan untuk tunjuk2.Kalau saya nak tunjuk2 baik saya terus letak earning je kan baru best nak riak...

- Pada yang tak berjaya rileks...ini bukan penamat ye...
- Yang saya tau Melz ngan Eyriqazz pun dapat so ada gengla nak mengorat awek2 hak2...

THANK YOU NUFFNANG...LOVE YA!!!

TERASA JAKUN BILA DAPAT ADVERTORIAL


Selamat malam guys,apa cer?Hari ni saya terlalu banyak idea tapi tak dapat nak tulis sebab terlalu banyak kerja dan terlalu sibuk.Biasa la kuli tak mungkin boleh goyang kaki macam boss.Dapat tak korang maafkan orang lain.Cuba dulu baru tau nikmat dia.Even semalam saya rasa macam nak bunuh orang tapi perasaan tu sekejap je.Saya sedang menaip sambil menonton "Senja Permai"(perlukah saya cerita...)

Hari ni hari happy saya dan juga hari jakun.Kenapa?Sebab saya dapat dua email dari nuffnang.Email apa?Ok ni email yang saya received dari nuffnang :



Cukupla korang kenal saya sebagai Bean Moreno a.k.a Serizawa ye.Yang penting ada nama blog saya eyh Suterablogger...Lepas saya dapat mail ni saya terus bukak nuffnang punya blog then bukak akaun saya.Saya nampak ada benda baru dalam menu...

So sayapun memberanikan diri untuk klik jadi ganjaran dia adalah :

Sebenarnya ada lagi step2 untuk penuhkan advertorial.Tapi disebabkan saya terlalu jakun so saya terlupa nak print screen.Sorry ye...Kalau nak tau step2 dia boleh la pergi kat blog Fateha dia ada print screen.Hak2...Jadi saya happy teramat sangat sebab dua2 advertorial saya untuk "Project Aplha" approved.Walaupun nilai dia tak banyak tapi RM40 sape nak kasi.

The other things yang buat saya happy ialah berita yang saya dapat semalam.Saya kene buat blog post pasal Project400 Nuffnang a.k.a Gatsby Event.Itupun kira advertorial jugak tuh.Kenapa advertorial?Sebab dia bayar RM50 untuk post tu sahaja.Dan itu jugak syarat untuk pergi Event besar nuffnang & gatsby tuh.So ni email ketiga untuk advertorial dan juga event gatsby.Diorang reply macam ni :


So tu je kot yang mampu saya ekspress untuk kali ni.Congrats pada blogger yang dapat sepertimana saya dapat.Yang tak dapat tuh macam saya cakap semalam jangan minum racun tikus ye...

I LOVE NUFFNANG
p/s :
- Entri ni bukan untuk menunjuk2 tapi untuk berkongsi.Sebab kadang2 kita akan terlepas pandang benda2 kecik macam buat post untuk advertorial.
- Kalau ada orang nak cakap saya jakun...Ye memang saya jakun... yela saya ni newbie je dah dapat advertorial mestila best...hak3...

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails