Showing posts with label campaign. Show all posts
Showing posts with label campaign. Show all posts

BLOGGING AKAN JADI BEST JIKA NIAT BETUL



Selamat malam,baru balik dari KL badan terasa penat tapi masih nak "up"kan entri.Memang tadi pergi kerja dengan keadaan diri yang tak ikhlas langsung sebab sekejap dia cakap lain pastu boleh plak berubah sekelip mata.Dah macam magik pulak.Letih lah saya nak ikut rentak macam tuh.Memanglah saya kuli tapi saya juga punya perasaan.

Oklah walaupun takde mood untuk bekerja saya tetap gembira dengan kehidupan saya hari ni.Tetiba plak saya mendapat mood untuk blogging semula.walaupun hari ni just sempat update blog pada malam hari.So hari ni saya nak promote satu kempen Youthsays.Kempen tu bersempena World cup yang bakal berlangsung pada Hari jadi saya iaitu bulan Jun nanti.Kempen ni dianjurkan oleh New Straits Times.Dan kempen ni naka ajak korang join contestlah apa lagi.So kalau sapa2 yang berminat nak join kontest World Cup ni boleh la klik link ok.Menang dapat tiket pergi tengok match dan korang akan dapat tengok Sepanyol menang dengan bergaya.Ni poster dia :






Lupa plak.Tadi masa saya tengah siap2 nak balik dari kerja saya dapat satu panggilan dari Nuffnang.Semalam pun dapat tapi pasal Slurpee dan nantilah saya tag team ngan Kak Tash utnuk buat Video tuh.Harap2 menang.Tadi Mandy (rasanyalah) ada kol inform saya pasal satu benda yang best & benda ni saya anggap hadiah kepada saya untuk menaikkan semangat saya supaya menulis lagi.Saya rasa inilah satu benda yang membuatkan penulisan saya dihargai.Pergh rasa tak sabar plak nak pergi Gatsby.So kalau korang nak tau apa benda tuh tunggu masa n lepas Gatsby.Doakan saya berjaya ye kawan2.


p/s :
- Macam yang saya pernah cakap kat entri sebelum2 ni.Nak blogging jangan fikir duit sangat sebab itu pengalaman sebelum ni.Bila kita nak sangat duit maka kita takkan rasa dan nampak benda tuh.Tapi bila kita rileks kita akan nampak jalan dia
- So blogging akan jadi best kalau kita pasang niat yang betul

MOVIE : WHEN IN ROME



Selamat pagi guys,masih lagi menjadi fulltime blogger sebab cita2 saya memang nak jadi blogger best macam Melromeo (Mel aku bukan bodek ko eyh...hak3). Duduk goyang kaki kat umah,makan roti gardenia tambah telur.Wah nikmat eyh hidup macam tu.So selama 14 hari saya akan habiskan masa dengan jadi fulltime blogger (disamping menjadi driver kepada aiensepet sementara je).

Oklah nak cerita pasal semalam.Saya dapat invitation pergi tengok cerita "When in Rome".Apa2pun (uiks ni ayat Alex Raja Lawak),thanks to ChurpChurp sebab kasi peluang tengok cerita best ni.Untuk pengetahuan korang (yang mana tak tahu) ChurpChurp ni merupakan anak syarikat Nuffnang tapi perjuangan (wah ayat puitis la) diorang lebih kepada pengguna Twitter.So semalam pergi dapatlah ni :

Credit to ChurpChurp untuk tiket

Oklah sebelum saya melalut dengan lebih serius rasanya lebih elok kalau saya review dulu movie ni.Kang bendasing lebih banyak dari isi yang nak disampaikan.Sebelum tu saya kasi korang tengok poster dia dulu eyh :

Sinopsis cerita "When In Rome":

Movie ni menceritakan tentang kisah hidup seorang perempuan (Beth) yang terlalu pentingkan kerja dia sampai takde boyfriend.Satu hari dia ada berniat kalau dia berjaya jumpa satu lelaki yang boleh buat dia rasa cinta itu lkebih penting dari kerja dia maka dia akan berkahwin dengan lelaki tu.Pada masa yang sama adik berkahwin di Rome so si Beth ni kena jadi pengapit dan semasa majlis tu berjalan dia ada jatuh hati secara tak sengaja dengan seorang mamat handsome bernama Nick tapi cinta itu punah disebabkan salah sangka.So minha ni mabuk lalu duduk di fountain of love di mana orang campak duit untuk cari jodoh.

Sebelum balik ke USA Beth telah mengambil beberapa syiling dalam kolam tu dan menyebabkan beberapa orang lelaki yang merupakan tuan punya syiling tu jatuh cinta kat Beth.So bermulalah kisah hidup Beth yang penuh kelakar disebabkan dikejar lelaki2 misteri yang dia tak kenal tapi dalam masa yang sama Nick pun jatuh hati kat Beth.Nak tau cerita selanjutnya korang pergi beli tiket dan tengok ye sebab cerita ni memang lawak (Romatik Komedi).

Screenshot :

Beth berucap & Nick Translate dalam bahasa Italy (memang lawak)

Tuan2 punya syiling yang dicuri

Dikacau lelaki magik.Bapak saiko beb

Akhirnya

Bagi saya cerita ni menarik walaupun ada unsur2 tahyul (itu kepercayaan diorang kita tak boleh nak buat apa2kan).Memang lawak dari awal sampailah ke akhir.So tak rugi kalau korang gi cinema beli tiket RM8.hak3...

RATING - 4/5 BINTANG

p/s :
- Best cerita ni rugi kalau tak tengok.Saya takpe tengok free je
- Malam ni ada Screening cerita Date Night
- Gambar credit to Mr Google

YOUTHSAYS : NOKIA "THE ROOKIE"

Selamat petang guys...Best la plak cuti2 ni.Saya terasa macam nak cari kerja lain la.Rasa cam environment kat sana dah tak best.Memang tak best kalau saya dah kerja teruk2 tapi yet takde appreciation langsung.Terasa bukan staff tapi dah macam slave dah.So siapa2 yang ada lubang2 kerja yang sesuai untuk saya sila info ok sebab saya takde teropong laksmana DoReMi.hak3...


Oklah asyik nak feeling2pun tak best jugak.Kalau korang still ingat saya ada promote Next Levelkan dulu.Kali ni saya nak promote pasal event or program yang akan dianjurkan oleh NOKIA (bukan COKIA ataupun CSL ye).NOKIA akan launch satu program realiti TV yang dipanggil "The Rookie"






Apakah itu "The Rookie" :


The Rookies adalah satu program realiti yang dibuat oleh NOKIA untuk mencari sesiapa yang bergelar usahawan.The Rookies ingin mencari 12 orang peserta untuk bekerja di 4 buah high profile company (sayapun tak tau company apa).Dengan berbekalkan NOKIA E72 (mesti benda ni dapat Free2 je), NOKIA Messaging dan juga kepintaran peserta dikehendaki menyelesaikan beberapa cabaran dan pemenang bakal mendapat RM10,000 dari NOKIA.


So sesiapa yang rasa layak untuk jadi "The Rookie" dan berminat untuk join program ni sila register dengan klik link.Dapat RM10,000 tau.So jangan lepaskan peluang eyh.Bak kata pemuda "Siapa Tamak Dia Kaut Untung".


p/s :
- Rasa2 saya layak tak masuk kontest ni.Macam menarik je.Terasa macam nak cubalah.Mana tau rezeki...
- Kalau tak nak masuk tapi still nak kasi sedekah kat sayapun boleh...just klik je link tuh sebab ia tak dikira FRAUD klik ye tuan2 & puan2






YOUTHSAYS : iTALK WHOA!!

Hye guys,hari ni kena publish entri awal sebab petang ni banyak keje.Dah tengok tadi schedule saya memang mengalahkan mat bangla.Kena check inventori plak petang ni.Sebelum apa2 saya nak mintak maaf kalau ada sesiapa yang terasa dengan teguran.Kira elok la kan saya tegur dengan budi bahasa tak memaki.




Macam biasalah saya ada kempen baru untuk korang tengok dan klik (kalau ikhlas la kan).Sebagai Duta Youthsays saya kena promote kempen ni kalau tak saya akan dibuang kerja sebagai Duta.hak3 xdela saya gurau2 je.Semalam saya promote Black Eyed Peace kan.Tapi cam tak dapat sambutan.Mungkin sebab Fergie dah kahwin so punah harapan korang nak tengok dia seksi2 kan.Atau mungkin korang semua dah berubah arah dengar nasyid.hak3...






Kali i saya nak promote iTalk WHOA!.Pernah dengar tak?Sayapun tak pernah.So kita sama2lah kenalkan diri dengan benda ni.Oklah mengikut decribetion yang diberikan ITalk WHOA! ni adalah satu produk ITalk di mana kita boleh buat free internet calls (uiks YM pun boleh apa).Korang jugak boleh bersosial dengan Facebook ,Twitter , dan macam2 social network lain dengan benda ni tanpa login ke akaun berlainan tapi dengan satu page sahaja.Wow!!!So apa lagi jomlah check apa yang ada dengan ITalk WHOA!!!Sebab kat dalam ITalk WHOA! ni semua ada.Saya tak tipu saya dah try dah...Jomla register...


p/s :
- Laparla nak gi makan ni...
- InsyAllah kalau xde aral melintang maybe saya dapat beberapa project buat website.Doakanlah saya ye kengkawan.

ASEAN LOGIC CAMPAIGN

 


Morning semua.Adus satu kejutan berlaku hari ni di mana pagi2 saya dah produce entri baru.Ini bukanlah satu yang biasa saya buat selaku blogger.Kalau ada pun mungkin sebulan 2 kali perkara pelik dan ajaib ini akan berlaku.hak2.

Semalam saya ke kelas bahasa Jepun bersama Serizawa selama dua jam setengah.Memang cerita tu best giler.Bagi saya kalau nak buat cite gaduh2 xperlu ada heroin sebab akan mencacatkan pergaduhan tersebut.Saya paling tak suka kalau tengok cerita pergaduhan kongsi gelap tetiba ada pulak watak heroin.Memang stim pergaduhan akan bertukar jadi stim lain plak.huh! membosankan. Daripada cerita Crow Zero saya belajar bahawa dalam pergaduhan kita perlu kecoh(ke kongsi gelap jepun memang kecoh!) untuk saiko lawan.Sebab apa sepanjang pergaduhan diorang mesti akan menjerit seperti seorang yang ditinggalkan kekasih.Kadang2 diorang nak pegi makan pun kene menjerit.Mungkin sebab diorang nak order diorang cepat sampai kot.


Oklah apa plak saya melalut pagi2 ni.Just nak share pagi ni bila saya bukak email saya terpanggil untuk buat satu kempen untuk Youthsays.Kempen ni nama dia ASEAN LOGIC iaitu ASEAN Students Engaging Action for Local and Regional Contribution to Society.Mari saya terangkan skit apa dia kempen ni...


Ia merupakan satu forum di mana semua belia ASEAN boleh menyuarakan pendapat dan bertukar ilmu pengetahuan.Forum ni dianjurkan oleh WAWASAN CLUB University Islam Antarabangsa dengan kerjasama Japan-ASEAN Solidarity Fund dan Kementerian Pelajaran Tinggi malaysia.Korang jangan plak ingat ni komuniti untuk blogger macam gengblogger plak ye(No..No..No..jangan salah anggap ye).So saya diberi amanah(wah besar pangkat) untuk mencari supporter bagi merealisasikan forum ni.Sebab objektif kempen ni ialah untuk mencari 5000 klik(unique tau) pada webpage ASEAN LOGIC ni.So jom kita bergabung tenaga untuk support benda ni.APA YANG PENTING!!!..korang tolong jawab ye...

Oklah xboleh nak melalut sangat sebab saya kat umah mak saya dan objektif saya berada di sini adalah untuk membantu mak saya mengmas rumah dan berpindah ke rumah baru.Yeay!!!Perut pun dah lapar dan mak saya dah masakkan makanan yang saya suka iaitu LONTONG GORENG...Wah besh giler...

p/s :
- Kalau korang support saya tolong la support kempen ni dengan mengklik link ASEAN LOGIC tu ye.
- Keperihatinan kita mungkin akan dapat merubah masa depan(uiks ada kene mengena ke???)
- Maaf kali ni takde gambar yang diedit sebab laptop adik saya takde photoshop...

YOUTH TIGER CAMPAIGN

Sekarang saya berada di Muar,Johor(ada ke orang nak tau???).Saje nak bagitau kat korang manalah tau ada yang nak ajak lepaj share2 pasal blog(owh NO!!!aku bukan otai!!!).Wah cuaca kat sini agak panas lebih panas daripada biasa ibarat kata orang la kalau kite biar ayam mentah siap boleh masak la.Tapi apa kita boleh buat sebab semua hutan dah kene tebang.So kadar pengeluaran oksigen kurang dan ozon semakin menipis.

Actually malam ni ada kenduri untuk sambut anak saudara saya yang baru lahir.Jadi separuh masa dari blogging akan dibahagikan untuk event ni.Macam yang kita tau tahun ni CNY adalah tahun Harimau.Kita juga tau harimau merupakan satu haiwan yang comel tetapi ganas.Saya juga pernah terdengar di dalam golongan kongsi gelap ada satu "rank" yang mana seseorang itu digerlar "TIGER" yang membawa maksud general.Tapi adakah kita tau bahawa populasi harimau kian PUPUS???Mesti tak tau kan...
Korang pernah dengar Youthsays???Apa tak pernah!!!nak tau klik link tuh.Takpun pernah korang dengar WWF(owh bukan world wrestling federation ye...).Sekarang ni diorang tengah anjurkan satu kempen.Kempen yang diorang buat ni bertajuk "Double the Number of Tiger".Bertujuan untuk menyedarkan kita bahawa kita kene selamat kan haiwan ini.

Apa yang perlu korang buat :
1- Klik link yang saya kasi tu
2- Jadi member
3- Tulis pendapat korang

Kalau korang ahli Youthsay lagi bagus sebab korang akan dapat point yang boleh ditukarkan kepada RM(bukan redmummy ye itu isteri silman xboleh ditukar2).
 
p/s :
- Kenapa golongan pondan suka pakai pakaian yang bertemakan bulu harimau???
- Adakah mereka kelihatan vogue memakai itu walaupun suara garau macam tong yang diketuk.

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails