Showing posts with label Blog. Show all posts
Showing posts with label Blog. Show all posts

CHURP-CHURP DAH BERMUKA BARU BUKAN BERMUKA-MUKA YE... JOM BELAJAR GUNA CHURPCHURP! PART 1

CHURP-CHURP DAH BERMUKA BARU BUKAN BERMUKA-MUKA YE... JOM BELAJAR GUNA CHURPCHURP!



Salam & selamat malam,

Apa yang korang tau berlaku pada ChurpChurp?Atau paling senang korang tau tak apa itu ChurpChurp?Actually saya dah join lama benda ni tapi disebabkan kemalasan dan kesibukan diri maka saya tak dapat nak fokus dengan ChurpChurp.Yelah blog ada dua so saya lebih banyak buang masa kat blog je.

Kalau dulu apa yang kita tau dan buat ialah share advertorial kat tweet je.Betul tak?Bukak web Churpchurp then taip keyword yang dia nak kat twitter then tweet kat followers kita dan kita tak perlu tunggu number of click untuk dapat pulangan.Apa yang kita fikir ialah lagi ramai follower lagi banyak schedule tweets yang kita dapat dan lagi besar nilai yang kita akan dibayar.Betul tak?Ye memang betul itulah realiti dalam ChurpChurp yang perlu kita hadapi.Fuh ayat tak boleh blah.Jadi selama apa yang kita boleh bayangkan ialah ChurpChurp wujud hanyalah untuk twitter sahaja dan sesiapa yang takde twitter tak boleh earn duit online.hak3...

Tetiba hari ni tergerak hati saya nak bukak ChurpChurp saya,manalah tau dapat schedule tweet ke kan.Saya terkejut sedikit dengan perubahan yang telah berlaku pada interface Churpchurp.Tetiba je dia jadi macam ni :


Amacam,naik tak ghirah korang untuk join ChurpChurp!Interface dah makin kemas dan interactive.Korang jangan marah-marah kalau loading page dia agak slow ye maklumlah blog ni bernilai juta-juta.Bagi yang tak tau ChurpChurp ni jugak merupakan satu anak syarikat Nuffnang so tak perlu risau pasal payment (even payment saya agak lambat bulan ni).


Kalau dulu kami hanya berharap pada income schedule tweet je tapi sekarang dah ada 2 fungsi baru.Yelah takkan interface je tukar baru yang lain tetap sama kan.Actually diorang dah plan benda ni lama sebab tu kalau korang perasan dulu dia ada suruh korang integrate facebook korang dengan ChurpChurp.Jom kita tengok apa yang ada :


1. SOCIAL SHARING


Fungsi yang ni ialah untuk kita share kempen yang ada guna social media yang kita ada contohnya teitter,facebook,stumble upon dan juga jangan lupa blog.Setiap kempen akan diberi satu link khas dan kita just sharekan link tersebut kepada friendlist dan juga follower kita.Kita akan dibayar mengikut bilangan klik yang kita dapat.Ini bermakna lepas ni kita dah boleh gunakan Facebook untuk earn duit online.


2. SOCIAL SEEDING




Yang ni pulak ibarat macam Nuffnang punya advertorial.Kita akan diberi task oleh advertiser then kita tweet ataupun update status facebook mengikut keyword yang telah diberi.Kita kena submit permalink tweets or status facebook tu.Kadang-kadang ada jugak yang mintak kita submit draft dulu sebelum publish.


3. SCHEDULE TWEETS


Fungsi ni memang dah biasa bagi churpers.Kita akan dapat beberapa keywords dan kita mesti letak keywords tu dalam tweet kita.Tweet tersebut adalah auto publish mengikut tarikh dia.So lepas publidh kat ChurpChurp korang akan kena tunggu sampai tweet tu approve.Satu tweet akan dibayar ikut bilangan followers dan hanya kepada pengguna twitter je.


So cukup tak penerangan saya tentang ChurpChurp ni.Rasa-rasa korang faham tak apa yang saya cuba sampaikan?Kalau faham apa lagi registerlah.FREE je...

MALU RASANYA BILA DILAMAR TAPI!

MALU RASANYA BILA DILAMAR TAPI!

Selamat petang.Kan best kalau petang-petang macam ni dapat kopi panas dengan goreng pisang Mak Lijah.Memang terangkat beb.Tak payah makan apa-apa dah gerenti layan.Bila dah lama tak update memang akan terasa tak best bila nak bawak keluar entry.So petang-petang macam ni tulis benda lagha la jawabnya.

Tadi check mail saya dapat satu email yang agak menarik dan merupakan satu lamaran untuk saya (chewah bunyi macam ada orang meminang kan).Mula-mula rasa teruja lah kan sebab gila terkejut ada orang nak tumpang ads kat dalam blog cap ayam ni.Mail dia lebih kurang macam ni :


Saya ********* salah seorang dari pengurus akaun dari *******. Setakat ini, rangkaian pengiklanan online kami telah memperolehi jumlah tontonan sebanyak 2.1 billion untuk lebih 2,000 pengiklan dari 93 negara setiap bulan, dan ianya semakin bertambah.Kami menyediakan platform periklanan berlandaskan prestasi untuk pengiklan dan publisher untuk membantu meningkatkan pulangan pelaburan mereka. Kami komited untuk membantu klien kami meningkatkan bisnes mereka melalui periklanan online dan membolehkan mereka mempunyai kempen pemasaran online yang efektif di Asia dan di seluruh dunia.

Tapi yang paling bikin saya cair ialah bila terbaca ni : 


Basically kami beroperasi dengan berpandukan revenue share basis of 70/30 (publisher akan dapat 70%, dan kami 30%) dengan 30 hari terma pembayaran melalui paypal atau wire transfer.And for your info, the minimum payout for publisher is USD $50.

Amacam cair tak?Sapa tak cair beb 70/30 beb!Kalau saya ni Bean Moreno yang dulu dah memang saya tak berfikir lagi memang sauk je beb.Duit tu tapi sekarang saya dah berubah,saya dah tak macam dulu dah sebab saya dah jumpa satu jata kunci yang best dalam blogging iaitu 'Loyalty'.Saya dah dengan Nuffnang dekat 3 tahun so dah banyak dah saya rembat hasil Nuffnang.Rasanya dah berapa ribu Nuffnang habis kat saya.


Lagipun saya merupakan salah seorang pioneer dalam GliteratiPlus jadi tak mungkinlah saya akan belot.Bak kata malik jika belot maut!Jadi saya mintak maaf banyak-banyak sebab saya tak dapat nak join company ni walaupun tawaran tu agak best tapi saya memang loyal dengan Nuffnang dan tak pernah nak tukar.Lagipun saya dah serik kene tipu dengan ads company yang lain sebab kebanyakannya menipu.Jadi :



Nuffnang Bean Moreno




P/S :

* Saya dah puas dah blogging...Selagi tiada loyal dalam hati maka korang takkan rasa puas!Trust me...

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails