Showing posts with label Entri Jumaat. Show all posts
Showing posts with label Entri Jumaat. Show all posts

BILA SUDAH DI ATAS MANUSIA AKAN LUPA ASAL USUL.ITU LUMRAH DUNIA

BILA SUDAH DI ATAS MANUSIA AKAN LUPA ASAL USUL.ITU LUMRAH DUNIA

Salam guys,

Hari ni tiada tips blogging dan saya takde mood nak share apa-apa tips sebab mood agak ke laut dan mungkin terlupa beli 'whisper' hak3...Saya ada satu persoalan iaitu apa yang korang rasa bila korang ada kelebihan sedikit dari orang lain?Dem mesti rasa best dan rasa diri agak besar.Jalanpun akan mendada dan hidung akan setinggi KLCC.Itu adalah sifat manusia yang mana kita tak boleh elak.

Kita dijadikan sebagai manusia dan dikurniakan satu sifat yang mana semua orang ada iaitu ego yaang ber'level'.Faham?Kalau tak faham sila usha gambar bawah ...



Gambarajah atas ni nampak macam lawak tapi ada kebenaran dia.Serius.Ok kalau still tak faham meh saya terangkan.Level of ego ni sebagai contoh macam ni.Kita ambil contoh dalam pekerjaan.Kita masuk sebagai kerani itu adalah pangkat paling cikai dalam office tu.Bila ada apa-apa kerja yang disuruh kita mesti kena buat.Selagi air 100 plus boleh bagi tenaga kita tetap akan buat sebab kita level paling rendah ma...Lepas ker ja sebulan naik satu pangkat senior kerani.Kita tetap akan buat dan terima pandangan orang atasan.Pesoalannya kat sini adakah kita nak dengar arahan ,ooop soory bukan arahan pandangan kerani yang ada bawah kita?Sila jawab sendiri.Even pandangan itu betul kita tetap susah nak dengar.Ini baru cite pasal pandangan belum cerita pasal pertolongan.Sekarang nampak tak?


Kalau korang follow facebook saya korang akan nampak status yang agak tak best dari saya.Sebab apa?Sebab saya dah muak dengan karenah orang yang egonya berlevel ni.Dah banyak saya jumpa dan kebanyakkannya semua akan berubah bila dapat sesuatu.Saya ingat dulu lah kan saya pernah lepak dengan satu member saya dialog dia macam ni ...


Member Bean : Weh bro bro ni memang cool,gua rasa macam nak ikut dia lah.Gua akan respect dia gila-gila punya.


Bean Moreno : Bro tu memang gangster bro...Tapi gua kurang berminat ah...


Itu ayat masa awal-awal mamat tu belum ikut bro yang jadi idola dia tu.Tapi bila mamat tu dah ada crowd then nama pun dah sedap nak dengar dialog dia jadi macam ni ...


Member Bean : Macam haram lah bro tu.Gua rasa macam nak langgar je dia..Lu rasa macam mana bro?


Bean Moreno : Itu kan idol ko.Ko dah ikut dia bertahun apasal tetiba hari ni ko nak langgar pulak.


Nampak tak apa yang saya nak sampaikan.Manusia akan terlupa asal-usul kejadian dia.Manusia akan sombong bila ada sikit kelebihan.Tapi apa yang kita boleh buat?Kita hanya mampu diam dan lihat sahaja.Bila kita ada lebih sikit kita hanya akan patuh pada orang yang di atas dan sepak orang yang di bawah (dah macam sistem piramid plak).


p/s :


* Sifat Ego Berlevel ni semua orang ada cuma kita kena tau cara nak control dia je.


* Saya bukan jenis manusia yang senang lupa kawan-kawan.


"Allah ciptakan manusia itu memerlukan antara satu dengan yang lain.Mungkin hari ni dia perlukan kita tapi kita tak tau bila pula kita perlukan dia...So jangan riak sangat dengan kehidupan."

BUAT DUA BENDA DAPAT PAHALA BERTERUSAN

BUAT DUA BENDA DAPAT PAHALA BERTERUSAN

Salam guys,

Pagi ni saya nak bikin satu entri tazkirah.Hari Jumaat bagus kalau kita share pasal keagamaan sebab kebanyakan dari kita pun fikir hari Jumaat je hari yang dia nak buat pahala.Ok bagi saya ada dua benda yang saya nak buat kalau berpeluang dan benda ni simple je tapi boleh bagi kita pahala berterusan.

1. Pelihara Binatang

Saya terasa macam nak bela ikan kat rumah.Orang biasa bela kucing tapi saya seorang yang mempunyai kepekaan hidung yang amat tinggi maka saya akan lupakan niat nak bela kucing.Bagi saya bela ikan dah cukup sebab orang kata bela ikan boleh bagi ketenangan pada si pembela (uiks aya apakah ini).Dulu saya ada bela ikan nama dia Ghani tapi Ghani cuma hidup 4 bulan je lepas tu dia terapung.Aduh sayang betul...So lepas ni saya nak pi beli satu ikan baru (bukan anak ikan ye) kat Tropicana Mall dan namakan dia Tony pulak.Kalau ada rezeki saya nak beli dua.haha...

2. Jaga Tumbuhan

Saya bukan nak jadi gardener dan masa darjah satu tiada dalam listpun nak jadikan tukang kebun sebagai satu cita-cita.Tapi saya nak letak pokok bunga depan rumah.So setiap pagi saya dapat tengok benda hijau dan at least dia boleh kasi saya oksigen.Buat masa ni saya just ada satu je pokok hijau.Itupun Digi bagi masa saya pi event Green Digi dulu dengan Che Arm.Pokok tu still hidup dan setiap pagi saya bagi dia minum.Nanti nak pi beli baja pulak.

Untuk pengetahuan korang kedua-dua benda ni kalau kita buat betul-betul ia merupakan satu meditation untuk otak.Yang paling penting korang kena tau ialah Setiap ciptaan Allah akan berzikir dan berdoa setiap masa.So kalau kita jaga dia betul-betul dia akan doakan kesejahteraan kita disamping dapat bagi kita pahala extra dan berterusan.

p/s :

* Kalau jadi gardener mesti pahala banyak kan even gaji sikit.
* Korang rasa apa lagi benda yang boleh bantu kita buat pahala?
* Ni just benada sunat je yang wajib jangan lupa ye...

BUKTI ALLAH DI MANA-MANA DAN DALAM 3D

ENTRI JUMAAT : BUKTI ALLAH DI MANA2 DAN DALAM 3D

Assalamulaikum saya Hafiz calon Imam Muda anda.Halamak sesuai lah nama tu dengan Imam Muda (saja nak perasan jap).Memandangkan satu dunia dah tau nama saya yang diberikan oleh mak bapak saya so saya tulis je lah.Jangan tanya macam mana boleh kantoi.Ini disebabkan semalam saya terlupa makan kismis doa then tak blurkan nama pada kertas KFC tuh.Lepas ni memang NorIman Nasuki dan Abang Azhar Ramli akan serang saya kow2.Itupun kalau diorang baca blog ni.Rasanya diorang tak baca sebab blog ni bukan top blog pun.Bukan tak bangga dengan nama tu tapi blog lebih sesuai kita gunakan nama pena (ni apahal masuk tips pulak ni).Gila tak bangga maksud nama saya Hamba Allah yang maha mengingat (walaupun sekarang terpaksa makan kismis untuk kuatkan ingatan.hak3).

Oklah sekarang ni semua filem yang keluar wayang ada version 3D.Tak kiralah wayang tu cerita kartun ke ataupun cerita real.Bila wayang tu dalam version 3D kita akan puas sebab rasa benda tu real je dan ada depan mata.Kalau kita tengok cerita hantu memang kita akan rasa nak lari keluar je dari hall sebab nampak hantu tu macam ada depan mata.So kesimpulannya memang puas!Tapi yang tak bestnya bila kena pakai spec warna2 tuh.Bagi saya memang annoying sebab saya rimas bercermin mata.

Tapi korang pernah tak rasa yang Allah ada di mana2 dan sentiasa perhatikan kita?Pernah tak kita rasa yang Allah sentiasa ada dekat dengan kita untuk kita berdamping dan merintih.Kebanyakan kita kadang2 tak rasa benda2 tu.Kenapa saya cakap macam tu.Sebab kalau kita rasa yang Allah itu ada di mana2 makan kita takde lah percaya yang kubur boleh bagi kita ramalan nombor ekor.Kalau kita percaya yang Allah tu ada kat mana2 takdelah kita buang bayi.Betul tak?Ok hari Bean Moreno nak share something special dan mungkin ramai yang dah tau benda ni.So thank kepada Jeman Beragas sebab benarkan saya ambil artikel ni dan ditulis dalam lenggok Bean Moreno.Pernah tak tengok gambar ni :



Apa yang korang kena buat ialah tumpukan perhatian dan pandang pada 3 titik tersebut selama 10 saat kalau nak buat lebih masa (Over Time pun boleh).Selepas itu kalau dah puas korang cuba pandang dinding.Apa yang korang nampak?Alamak instruction ada kat atas pulak tapi sebab saya dah tulis panjang2 saya biarkan jelah.


So ini adalah satu cara kita nak rasakan yang Allah itu ada di mana2 dan Allah sentiasa ada untuk kita.So jangan takut jangan segan nak mintak pertolongan dari Allah sebab dia Maha Berkuasa.Jadi bila terasa macam nak sangat berjumpa Allah tengok gambar ni dan kita akan rasa DIA ada dekat dengan kita tak payah susah2 beli spec mata 3D.


p/s :
* Benda2 macam ni boleh buat kita sedar yang kita ni bukan hebat sangat dan segala apa yang kita ada itu cuma pinjaman dari Allah bukan dari bank.

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails