Showing posts with label Ibu. Show all posts
Showing posts with label Ibu. Show all posts

SETIN BISKUT UNTUK IBU AYAH


CULTURE : SETIN BISKUT BUAT IBU AYAH

Salam dan selamat pagi semua.Hari ni Bean Moreno cuba berpuasa sebab dah lama tak berpuasa.Betullah bulan puasa ni memang banyak dugaan yang saya alami dan dugaan semua berat & besar.Tapi saya hanya hamba yang hanya mampu tadah tangan untuk minta sebab terlalu lemah.Satu2 datang dan satu2 saya hadap.


Ada baca Harian Metro tak?Tadi pagi saja je nak test market baca berita dan sebenarnya saya tak pernah nak baca frontpage sebab benda pertama yang saya akan baca ialah sukan.Oklah saya kasi sikit keratan dari Harian Metro - SETIN BISKUT BUAT IBU AYAH.

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki tidak mengenang budi apabila sanggup mengumpan ibu bapanya yang tinggal di sebuah rumah jagaan di sini, dengan setin biskut untuk memujuk mereka supaya jangan pulang ke rumah sempena Aidilfitri nanti, sebaliknya mahu mereka menyambut 1 Syawal di pusat jagaan itu.Pada mulanya, kehadiran anak lelaki berusia 40-an itu disambut gembira pasangan warga emas berkenaan kerana menyangka mahu membawa mereka pulang menyambut hari raya bersama di rumahnya, tetapi lain pula berlaku. 
Lelaki tidak mengenal budi itu sebaliknya memujuk ibu bapanya supaya beraya di pusat jagaan itu, malah enggan mendengar rintihan orang tuanya supaya tidak diperlakukan sedemikian. Pengasas Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor, Norijah Bidin, berkata kisah sedih pasangan penghuni pusat jagaan warga emas itu mengakibatkan kakitangan di situ terkilan dengan perangai lelaki terbabit. 
Menurutnya, anak pasangan berkenaan yang tinggal di luar bandar raya ini mendakwa dia sibuk pada Aidilfitri nanti sebagai alasan tidak dapat membawa pulang orang tuanya beraya di rumah.“Hanya Tuhan mengetahui kegembiraan pasangan itu apabila melihat kelibat anak yang disangka mahu menjemput mereka pulang meraikan Aidilfitri bersama keluarganya.
 Amacam,lepas baca article kat atas ni aa rasa macam nak tampar laju2 tak anak warga emas ni?Ada ke patut pancing mak bapak pakai setin biskut je semata2 tak nak bawak diorang balik.Korang pernah dengar tak pepatah ada cakap 'Seorang Ibu Boleh Bagi Makan 9 Orang Anak Tapi 9 Orang Anak Belum Tentu Dapat Bagi Makan Seorang Ibu'.Ni contoh terdekat lah yang kita boleh nampak.Kita boleh dipanggil tanggang moden la kan.


Tapi kalau kita nak analisis kenapa benda ni jadi berpandukan drama2 melayu (boleh pulak) selalunya akan jadi macam ni disebabkan isteri yang tak nak jaga mak & bapak mertua.So si anak akan terasa di tengah2.Benda ni jadi bila isteri hilang hormat pada mak mertua.Saya bernasib baik sebab aiensepet jenis cool je walaupun sedikit garang. 


Mana perginya rasa kasih sayang kita dan juga rasa hormat kita pada mak& bapak yang dah berpuluh tahun jaga kita.So ada otak kasi fikir sendiri ye.


p/s :



  • Susah bila kita terlupa asal usul dan asyik ingat kita wujud kat dunia ni tanpa ibubapa yang melahirkan.
  • Lain kali kalau nak pancingpun mak bapakpun bagilah rumah double storey yang full furnished siap dengan kereta BMW.
  • Gambar dan cerita credit to Harian Metro.

CULTURE : APA SALAH IBUMU ITU


Selamat pagi semua,so apa cerita best hari ni?Saya macam biasa datang kerja awal check wireless untuk student & reset modem.Tapi actually hari ni  hari istimewa saya sebab hari ni adalah Harijadi Aiensepet.Siapa Aiensepet?Takkanlah tak tau...Mesti lah wife saya yang comel tuh.So sempena hari Jumaat yang Mulia ni saya nak ucapkan :

"Selamat Harijadi Baby.Dah besar Baby abang ni kan.Yang penting abang nak baby tau yang abang sayang kat baby"

Mesti korang meluat kan.Mesti ada yang cakap kenapa tak cakap depan2 je dan kenapa nak kene tulis dalam blog yang tak popular ni.So saya nak tanya,adakah menyalahi akta Kementerian Komunikasi dan Multimedi ataupun MIMOS sekiranya saya mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada wife saya di dalam blog.Tak kan...Jadi jangan nak komplen.Kalau nak suruhlah orang yang sayang korang buat.hak3...

Oklah berbalik kepada tajuk entri.Selingan tak sepatutnya ditulis panjang lebar sebab nanti orang bosan.Pagi tadi saya ada terbaca surat khabar pasal seorang ibu dan isteri dipukul dan dihalau dari rumah.Hm,agak tragik jugak cerita ni.Saya seorang blogger yang memang agak sensitif pasal bab2 kekeluargaan ni.So saya baca sampai habis.Menurut surat khabar Harian Metro, cerita ni disebabkan suami perempuan ni ada perempuan simpanan (uiks,pasal perempuan murah sanggup buat macam ni?).

Si isteri yang cuba melindungi rumah tangga dipukul dan disepak oleh suaminya selama beberapa jam hanya kerana si "jalang" ni.Saya masih tak faham dengan panorama kehidupan sekarang ni.Memanglah ratio perempuan kat dunia ni semakin banyak tapi korang kena fikir,korang yang kacau rumah tangga orang lain and then sebab korang isteri yang sepatutnya dihormati dipukul.Memang takde perikemanusiaan langsung.Kalau korang nak laki orang mintak lah dengan berhemat.Tunjuk sikit yang korang ada maruah.Cuba bayangkan kalau korang beli beg tangan Louis Vuitton (yang ori ye yang tiruan takde hal) tiba2 seorang perempuan datang rampas beg tu dari korang apa yang korang rasa.?

Yang menjadikan perempuan malang ni bertambah malang apabila anak kandung dia sendiri menghalau dia dari rumah apabila si "jalang" itu bagi duit.Mak aiyh tambah tragik seyh.Anak sendiri dah berani halau mak yang membesarkan diorang sebab duit.Apa kejadahlah yang korang fikir.?Mak korang tu bukan orang lain.Korang kena ingat kalaulah mak korang dah lahirkan korang then letak korang dalam tandas,apa yang jadi kat korang?Tindakan bodoh ni memang bikin saya marah.Kalaulah saya jumpa budak2 ni memang saya kerjakan habis2.

Oklah ini senario kehidupan kita sekarang.Harap2 kita ambil ikhtibar dan jangn tiru dan apply benda ni dalam kehidupan kita.Even dulu saya ni jahil tapi saya tak pernah buat mak saya macam tu.Saya cuma tertengking sahaja.Mama maafkan diri ini yang suatu ketika dulu banyak menyakiti dan menyusahkan mama.

p/s :
- Hormatilah parents korang sebelum mereka tinggalkan kita.Itu adalah anugerah istimewa dari Allh yang tak sepatutnya kita tolak mentah2
- Salah siapakah ini?
- Untuk Aiensepet :


Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails