Showing posts with label Liverpool FC. Show all posts
Showing posts with label Liverpool FC. Show all posts

JUAL SATU DAPAT DUA | PENDAPAT BEAN MORENO TENTANG PENJUALAN FERNANDO TORRES

JUAL SATU DAPAT DUA | PENDAPAT BEAN MORENO TENTANG PENJUALAN FERNANDO TORRES

Salam Sabtu guys,

Tutup kes semalam sebab malas nak layan.Biasalah siapa nak respect blogger cap ayam macam saya kan.But anyway atas permintaan saya mintak maaf jelah kan dan saya mintak maaf bukan sebab nak komen dari dia tapi sebab saya memang di'didik' untuk minta maaf dan memaafkan orang tu je...



Ok jom masuk cerita yang agak dah lama dalam bola sepak.Pada Liverpool supporter mesti dah ramai yang tau.Saya tulis lambat sebab saya bukan SEOhunter tapi just nak kasi pendapat.Macam yang korang dah tau Fernando Torres tidak lagi bermain dengan Liverpool FC atau yang paling mudah The KOP.Sekarang dia pakai jersey no 9 kat Chelsea.So dengan perpindahan bernilai £50 juta Liverpool dah pun beli 2 player lain Luis Suarez dan juga Andy Caroll.


Komen Bean Moreno :


* Bagi saya Fernando Torres merupakan satu player yang ada seni.Kira boleh kita cakap worldclass player.Tapi dia perlu satu support dari midfield dan macam yang kita tau midfield Liverpool hanya bergantung pada Gerrard.


* Torres mungkin perlu menunggu untuk dapat first eleven dalam Chelsea sebab diorang dah ada 2 striker yang memang best iaitu Didier Drogba & Nicolas Anelka.Melainkan kalau Torres dapat ngam dengan Midfield Chelsea dalam masa yang singkat atau Anelka bergaduh dengan Drogba (mungkinkah)?


* Dua player yang Liverpool baru beli tu memang bagus tapi menurut kawan-kawan saya harga untuk Andy Caroll tu agal overated even dia memang bagus.


* Masih terlalu awal kita nak nilai 2 palyer ni walaupun Luis Suarez dah score satu goal opening.Tapi harap-harap corak permainan Liverpool akan berubah.


p/s :


* Kalaulah Xabi Alonso dapat main balik kat liverpool kan bagus....

LIVERPOOL BAKAL DAPAT OWNER BARU | FOOTBALL

LIVERPOOL BAKAL DAPAT OWNER BARU | FOOTBALL



Salam guys,saja up entri awal sikit.Just nak kongsi kegembiraan dengan korang.So mungkin entri ni pendek sebab saya tak boleh nak melalut bila tulis entri masa kerja.Kang tak pasal-pasal kena cekup potong gaji pulak.Macam yang korang tau Liverpool tengah hadapi saat-saat down di mana sekarang duduk di tangga ke 17(kalau tak silap lah).Tadi masa baca surat khabar terbaca satu berita pasal bidaan terhadap Liverpool FC.Jom Usha berita sat :

LIVERPOOL: Ahli Lembaga Kelab Perdana Inggeris, Liverpool dilaporkan sudah menerima dua bidaan untuk membeli kelab itu. Difahamkan salah satu bidaan itu dari Asia manakala satu lagi dari Amerika.Menurut sumber kepada stesen BBC Sport, kedua-dua pembeli yang berminat itu mampu mengurangkan tanggungan hutang yang dimiliki kelab itu dan boleh memulangkan modal pelaburan pemilik sekarang.Liverpool dibuka untuk pembeli baru oleh pemiliknya dari Amerika, Tom Hicks dan George Gillett sejak April lalu dengan kini mempunyai tangggungan hutang 351.4 juta pound atau 403.5 juta Euro. - AFP 
Kredit kepada Berita Harian

Komen Bean Moreno :

* Saya selaku penyokong Liverpool paling setia harap-harap ada orang ambil alih kelab ni dari Gillet & Hicks.Merekalah punca terbesar kelab ni mengalami kejatuhan.

* Kalau bidaan tu mendapat kata putus harap-harap bukan owner dari Amerika Syarikat sebab billionaire Amerika ni sebenarnya takde duit lebih baik owner Asia.

* Mungkin dengan pembelian baru ni hutang Liverpool dapat dilangsaikan dan player-player gempak dapat dikekalkan.

p/s :

* Roy Hodgson tak mendatangkan apa-apa perubahan kepada kelab sila cari Manager lain ye! 

* YNWA!

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails