Showing posts with label Liverpool. Show all posts
Showing posts with label Liverpool. Show all posts

LIVERPOOL BAKAL DAPAT OWNER BARU | FOOTBALL

LIVERPOOL BAKAL DAPAT OWNER BARU | FOOTBALL



Salam guys,saja up entri awal sikit.Just nak kongsi kegembiraan dengan korang.So mungkin entri ni pendek sebab saya tak boleh nak melalut bila tulis entri masa kerja.Kang tak pasal-pasal kena cekup potong gaji pulak.Macam yang korang tau Liverpool tengah hadapi saat-saat down di mana sekarang duduk di tangga ke 17(kalau tak silap lah).Tadi masa baca surat khabar terbaca satu berita pasal bidaan terhadap Liverpool FC.Jom Usha berita sat :

LIVERPOOL: Ahli Lembaga Kelab Perdana Inggeris, Liverpool dilaporkan sudah menerima dua bidaan untuk membeli kelab itu. Difahamkan salah satu bidaan itu dari Asia manakala satu lagi dari Amerika.Menurut sumber kepada stesen BBC Sport, kedua-dua pembeli yang berminat itu mampu mengurangkan tanggungan hutang yang dimiliki kelab itu dan boleh memulangkan modal pelaburan pemilik sekarang.Liverpool dibuka untuk pembeli baru oleh pemiliknya dari Amerika, Tom Hicks dan George Gillett sejak April lalu dengan kini mempunyai tangggungan hutang 351.4 juta pound atau 403.5 juta Euro. - AFP 
Kredit kepada Berita Harian

Komen Bean Moreno :

* Saya selaku penyokong Liverpool paling setia harap-harap ada orang ambil alih kelab ni dari Gillet & Hicks.Merekalah punca terbesar kelab ni mengalami kejatuhan.

* Kalau bidaan tu mendapat kata putus harap-harap bukan owner dari Amerika Syarikat sebab billionaire Amerika ni sebenarnya takde duit lebih baik owner Asia.

* Mungkin dengan pembelian baru ni hutang Liverpool dapat dilangsaikan dan player-player gempak dapat dikekalkan.

p/s :

* Roy Hodgson tak mendatangkan apa-apa perubahan kepada kelab sila cari Manager lain ye! 

* YNWA!

KALAU BEAN MORENO MANAGER LIVERPOOL FC | SUKAN


KALAU BEAN MORENO MANAGER LIVERPOOL FC | SUKAN



Selamat petang,fuh mengantuk pulak ni.Saya baru lepas beraya dan pergi open house.Perut dah penuh dah ni.Tapi perut penuh ke tak saya tetap nak update satu entri 'lagha' untuk koang.hak3...Kali ni pasal sukan pulak.Lama dah tak update pasal Team BPL kegemaran saya apa lagi kalau bukan Liverpool FC yang tengah alami kemerosatan prestasi.Malam ni ada match Super Sunday antara Liverpool FC dengan Manchester United.Rival yang memang saya paling benci dalam BPL.

Disebabkan malam ni match penting dan tadipun Roy Hodgson dah call suruh saya hantar formation untuk malam ni so saya dah study kat Football Manager.Saya rasa formation yang best untuk malam ni ialah :

4-5-1 atacking so boleh buat attack dan tidak harapkan counter attack je.

Goal Keeper :
Pepe' Reina

Defend :
Right - Glen Johnson
Left - Paul Knochesky
Center - Daniel Agger
Center - Jamie Carragher

Midfielder :
Left - Joe Cole
Right - Maxi Rodrigez
Center - Christian Poulsen
Center - Raul Maireles
Atacking - Steven Gerrard

Striker :
David Ngog

Amacam show tak taktik ni?Untuk reserve pandai-andailah nak letak siapa main.Saya just boleh bagi untuk first team je.Nak lebih bayar lah.Dengan taktik ni kalau Vidic jadi captan mesti boleh menang 2-1 serius saya cakap.Oklah nak mandi & siap-siap untuk layan tetamu.So enjoy match malam ni because You'll Never Walk Alone.


Prediction untuk malam ni - Liverpool 2 - 1 Manchester United

p/s :
* Kepada penyokong Liverpool sila beri prediction anda OK...
* Liverpool sila bangkit dari mimpi!

BENDA SEMUA DAH BARU TAPI CORAK KAU TETAP SAMA


FOOTBALL : BENDA SEMUA DAH BARU TAPI CORAK KAU TETAP SAMA

Selamat petang,korang semua sihat?Bean Moreno semakin sihat dan selera semakin tinggi.Setiap 30 minit mesti rasa lapar.Mungkin efek dari darah yang keluar setiap pagi.Hari ni ada satu berita best.Kemungkinan saya dapat balik rumah awal sedikit memandangkan keadaan saya yang dah sedikit stabil.Tapi yang tak bestnya doktor tadi cakap dia bagi saya pilihan samada saya nak buat operation or tak?Opeartion ni untuk mengesahkan samada saya betul2 Tibi ataupun tak.Di nak buat lubang kecil kat dada kanan saya untuk masukkan kamera.Kalau tanya saya memang saya tak nak.Sakit wooo!


Saya rasa korang faham apa yang saya nak sampaikan kat atas memangdangkan kategori dia adalah football.Memang saya selaku kipas susah mati Liverpool FC agak kecewa dengan corak permainan dan cara susunan player.Dari zaman Benitez sampai ke Roy Hudson tetap sama.Memang menyakitkan hati.Kau tetap nak guna taktik yang lapuk tu.Kalau dah nama pun coach kajilah player apa yang ko ada.Ni tak asyik2 4-4-2 kuno.Ko gunalah taktik tu memang sampai kiamatpun Liverpool takkan menang EPL.Lepas tu dah tau Lucas tu main macam ayam nak kena sembelih kasi first team.Kalau saya dah jual dah si Lucas tu.Memang tak function pun.



Sponsor dah baru,coachpun dah baru,Jerseypun dah baru yang paling best owner lamapun dah berambus tapi tetap dengan cara permainan kuno.Saya rasa sebelum nak pilih coach untuk Liverpool,chairman kena suruh individu tu main Football Manager dua season.Kalau menang and boleh bagi cup untuk Liverpool dalam game tu baru dia layak pegang title coach.Ingatkan ada lah pembaharuan yang Roy Hodgson akan buat dari segi taktik rupanya sama je.Datang bawak & buatlah pembaharuan sikit barulah fan suka.Ni tak datang2 beli player lepas tu seri sekali then kalah.Kalau kalau 1-0 boleh terima ni 3-0 pergh apa nak jadi beb!Liverpool bukan macam Blackpool yang baru terkial2 nak dapat point untuk EPL.Newcastle pun masuk balik EPL boleh belasah Aston Villa 6-0.


p/s :



  • Tetiba rasa lapar pulak.Nampak gayanya memanglah kena jadi perempuan ganti puasa.
  • Apa2pun thanks to Eyriqazz, Kak Ina KL dan Mat Joe yang telah buat entri semangat untuk saya.
  • Bila sakit ni barulah saya tau ramai jugak yang ambil berat pasal blogger cap ayam macam saya ni.

GERRARD JUAL GAME?BETUL KE?


Selamat tengahari,sorrylah hari ni saya takde mood sekejap sebab terlalu bz.Tetiba saya nak kene buatkan slideshow untuk staff pulak.Adus,kerja sayapun still berlambak kena pulak buatkan kerja orang.Tapi tak kisahlah kerjakan so kena tolong menolong (padahal mengeluh ni).Saya masih tak dapat nak berfikir luar daripada kotak pemikiran biasa.So entripun mungkin agak kurang ilmiah.hak3 (selama ni ilmiah ke Bean?).Mesti mak saya marah sebab dia seorang guru besar dan bekas guru pakar Bahasa Melayu (uiks?).So kalau nak tips ke apa ke sila tunggu mode rajin kembali sebab korang ingat senang ke nak keluarkan tips.Kalau plagiat mungkin senanglah.


Seperti yang korang tau Liverpool memang dah confirm tak layak main kat Champions League.Sedih tu memanglah sedih tapi nak buat macam mana kan nasib season ni tak menyebelahi Liverpool atas beberapa faktor iaitu :

1) Benitez masih ingat yang dia star zaman 80 an dulu dengan Real Madrid
2) Benitez saja letak taktik bodoh sebab nak blah pergi Jeventus
3) Owner Liverpool yang perasan kaya sedangkan beli Liverpool pun pinjam bank
4)  Fan tak bayar membership (alamak itu saya)
5) Player dah menyampah gaji asyik short je

Bukan nak cakap apalah kan season ni memang tak best.Rank terus jatuh pergi tempat ke 7.Dah tak boleh nak cakap Big Four.Kekalahan kepada Chelsea membuatkan peluang tertutup terus.Tadi saya terbaca kat paper ada tulis yang Gerrard jual game.Korang percaya tak Gerrard jual game.Kalau saya jadi Gerrardpun saya akan jual game.


Nak tau kenapa?Sebab kalau Liverpool menangpun memang tak boleh pergi Champions League jugak.Totenham dengan Man City Menang.So kalau Chelsea kalah dah tentu Man U naik atas.Untuk pengetahuan korang Gerrard & saya ada satu persamaan yang nyata.Kami BENCI Man U.Untuk mengelakkan Man U menang jadi baik bagi Chelsea yang menang.Kalau saya jadi Gerrard pun saya akan rembat masuk gol sendiri dan tiba2 berlakon gila.hak3...Boleh ke macam tu?

Harapan saya yang pertama musim depan ialah supaya ada orang2 kaya dunia yang nak beli Liverpool dari si Gillet dan Hicks tu.Ntah apa diorang buat dengan duit club pun saya tak tau.Nak kata bayar hutang,nampak macam bertambah lagi hutang.Kalau boleh Dato Seri Tony belilah Liverpool tu.Anda lebih kaya dari Gillet.hak3...Saya kalau boleh beli Liverpool tu pakai credit card swap sebulan sekali saya dah beli dah.

Yang kedua saya berharap Benitez berambus cepat sikit.Sakit ati lah tengok muka dia.Tapi kalau dia masih nak jadi coach sila berlatih main Football Manager 2010 dulu.Kalau point tinggi dari saya baru sambung contract.Kalau tak leh beat point saya silalah manage kelab2 macam Felda United dulu.

Lastly,tak kiralah siapa jadi Manager Liverpool lepas ni.Sila jual Lucas Leiva,Ngog dan Skrtel.Mereka ni sebenarnya layak main guli di laman rumah Mak Kiah je.Then Carragher tu simpan jelah sampai dia bersara.Dah tua dah & lutut pun dah longgar.Menyemak je kat padang tuh.

p/s :
- Sorry sebab terpaksa membebel benda lagha sebab dah takde idea ni
- Petang sikit saya update something yang berguna eyh...hak3


MINGGU YANG GENTING TAPI BUKAN GENTING HIGHLAND YE



Selamat tengahari ye kengkawan.Macam biasalah seperti yang korang tau hari ini cuti umum iaitu Cuti Hari Pekerja tapi tak semua pekerja akan cuti termasuk blogger tegar macam saya.Tetap bekerja keluarkan entri baru2.Korang ingat blogger bukan pekerjaan ke?Korang silap sebab blogger sekarang blogger dah boleh dikategorikan sebagai karier dan mungkin satu hari nanti ia akan diiklankan di Jobstreet mahupun Monster.

Tadi saya terpaksa menunggu sejam untuk mendapatkan roti canai "Pak Din".Punyalah ramai pekerja yang cuti order roti canai.Tapi saya tak marah sebab saya faham "Pak Din" seorang je pembuat roti canai kat kedai tu dan roti canai dia memang terBaek dari ladang.Nak tau siapa "pak Din"?Nanti saya buat post pasal dia dengan kebenaran (yelah kang tak pasal2 saya kena saman).

Mesti korang tanya kenapa saya cakap hujung minggu ni genting.Pergh susah nak digambarkan di hati bila tengok jadual BPL minggu ni.Diluah mati emak,ditelan mati bapak.Jadi saya kene kemam jelah.hak3...Ok seperti mana yang kita tau jadual minggu ni akan menentukan siapa yang berada di atas,siapa yang berada di bawah.Siapa dapat cup,siapa pulang tangan kosong.Siapa yang pergi Champions League dan siapa yang hanya akan bertanding di liga Batu Pahat je.Jom kita tengok standing dulu :

klik untuk tumbesaran sempurna

Dah puas tgk standing.Penyokong Chelsea mesti syokkan tengok standing.Sebelum korang syok2 korang kena tengok perlawanan minggu ni :

klik untuk tumbesaran sempurna

Saya selaku penyokong Liverpool takkan nak club saya kalahkan walaupun Benitez dah banyak buat hal.Saya nak Liverpool menang malam ni.Tetapi kalau Chelsea kalah dengan Liverpool malam ni Maka Man U akan dapat cup.Kalau Liverpool kalah dengan Chelsea makanya main liga Batu Pahat je lah Liverpool.Melainkan :

- Man U kalah dengan Sunderland (boleh ke?chaiyok2.kami bergantung pada kamu)
- Totenham Hotspurs kalah dengan Bolton (mungkin boleh)
- Man City seri dengan Aston Villa ( ini tentu punya...hak3)

Harap2 kesemua perkara di atas dapat dilaksanakan oleh team2 itu.Kami mahu Liverpool ke Liga Juara2 season depan.Maka Bolton dan Sunderland haruslah bekerja keras demi Liverpool.hak3...Kami memerlukan keajaiban untuk mara...Dalam bola sepak mesti ada kejutan (korang ingat Af je ada kejutan eyh?).

p/s :
- Benitez tolong berambus dari Anfield taktik ko macam haram!
- Tony Fernandez silalah beli Liverpool dari Gillet & Hicks yang miskin tuh
- Jangan bagi Lucas dan Ngog main malam ni Benitez jangan jadi bodoh boleh tak?

BEAN MORENO & STEVEN GERRARD


Selamat petang so sebelum balik saya nak up satu entri yang biasa2 je untuk korang baca (ada ke entri saya yang berat2?).Hari ni agak celaru bila email client problem.Huru-hara Office ni sebab email tu satu medium untuk approach customer & student yang malas datang kelas.Bila email server down je orang yang pertama dicari dah tentulah saya yang semamangnya macho ni (itu Darkbatman cakap ha).Webhosting companypun tak dapat nak bagi estimated time untuk fiz benda ni.Ces,korang dah menyusahkan aku hari ni.


Nak cerita pasal saya dan Steven Gerrard.Kami bukan ahli keluarga mahupun kawan rapat.Saya kenal dia tapi dia je yang terlalu sombong tak nak berkenalan dengan saya.hoho.Star pulakkan dalam Liverpool.Ok,kalau korang ni memang fan Liverpool korang akan tau yang kalau Fernando Torres takde memang Gerrard ni akan menjadi Key player untuk YNWA team.Jadi sekarang Torres injured so memang whole team mengharapkan dia je samada untuk score ataupun nak cross ball (assist).Habis takkan nak harapkan Lucas,dah la pendek lembab pulak tuh.Menghabiskan beras je.

Kenapa saya banyak bercerita pasal Gerrard.Saya memang fan dia.Korang jangan salah faham saya bukan songsang durjana ye.Saya masih ada nafsu tengok perempuan seksi.Apa yang ingin saya sampaikan ialah kalau kat satu pejabat tu ada technician maka segalanya akan tertumpu pada dia.Maknanya dia adalah satu eset yang memang dikehendaki dalam organisasi tu.Even komputer tu tak boleh on disebabkan plug tak swtich on.Memang lawak.

Macam dalam situasi saya.Memang saya IT technician/officer jadi saya sepatutnya perlu jaga bab2 IT sahaja dan kalau ada ramai student dan staff saya perlukan pembantu.Ni tak, saya yang kena hadap masalah sorang2 takde orang tolong.Dan kita kena tahu bahawa manusia cuma ada dua tangan,dua kaki dan satu badan.Tak mungkin saya selaku manusia biasa dapat buat banyak kerja dalam satu masa (robotpun buat satu persatu tau).Jadi bila mana keadaan yang asyik2 shout nama saya ia akan bagi satu tekanan untuk saya semasa bekerja dan emosi yang terganggu menyebabkan saya menjadi down.

Samalah dengan Steven Gerrard,bila kat atas padang yang main bola dalam Liverpool ada 11 orang.Tapi semua asyik harap Gerrard je yang form (umpama macam dia main sorang kat padang) memang lah dia akan menyampah dan akan cepat penat.Dan bila mana situasi jadi genting iaitu lawan dah score maka tekanan akan berlaku dan emosi dia akan terganggu dan match akan jadi teruk.Then bila Gerrard nak blah gi Barca baru nak menggelabah.Jadi apa yang saya nak ceritakan kat sini,moral seseorang itu perlu dijaga.Jangan asyik mengharap dia je.Cuba settlekan sendiri dan kalau problem jadi teruk barulah panggil dia.Barulah kita dapat belajar.Kalau asyik dengan sikap mengarah dan parasit kita takkan belajar apa2.

p/s :
- Semalam Liverpool menang 4-0 ye kawan2
- Mungkin situasi saya akan jadi macam Gerrard unhappy then fly away...Saya dah tak tahan dah

TIADA LAGI BAHASA INGGERIS DALAM CHAMPIONS LEAGUE



Berita yang menggeparkan dunia bola sepak bila tiada kelab England dapat masuk ke semi final.Owh sungguh mengecewakan.Liverpool memang awal2 dah out.Sebab memang season ni tak berkemampuan nak sampai final itu saya akui sebab asal tgk formation je tetiba ada nama Lucas Leiva memang dah dapat agak game tu teruk.Tapi kira ok la jugak kalah awal dari confident dapat cup tetiba tak qualify.Rasa2 boleh nak bangga ke?Oooops I am sorry.


Takdelah gaya coach dan saiko gile2 dalam press memang ada gaya tapi takat cakap je pun tak guna betul tak?Alasan tetap sama,Rooney injured.Rooney injured.Rooney injured.Wah senanglah kan kalau macam tu.Sebelum lawan cakap tanpa Rooneypun kami boleh pergi jauh.Bila kalah sebab Rooney tak main.Semua team pun boleh macam tu.Newcastlepun boleh kasi alasan Micheal Owen takde sebab tu dia relegated.Betul tak?hak3...


EPL tak payah cakap la.Gol pakai tangan pun kira.Hoho...Season lepas kene titik ngan Liverpool Vidic main rugby season ni kene dengan Chelsea Macheda guna tangan (bola tampar).Wah hebat player2 red devil semua anggota boleh pakai.Lepas ni main bola pakai kayu hoki plak...hak3...


Saya akui memang Liverpool agak ayam la kan season ni.Nak dapat tempat keempatpun susah.Tapi at least kami masih ada peluang dalam liga eropah. Masih ada ruang untuk bawak balik piala.Ni bila semua tak dapat,bangga dengan Carling Cup.huh!Kalau takat Carling Cup Readingpun pernah menang.


Kenapa Fan Team Lain meluat dengan Man U :


1) Setiap season ada calon untuk hantar pergi OSCAR.Season lepas Ronaldo dan season ni pengganti baru ialah Valencia.Wah senang menang dengan berlakon.Lepas ni confirm boleh ganti Johnny Depp


2) Manager dia memang poyo tahap askar Jerman.Pastuh tau nak protest je.Kalau dah kalah maknanya kalah jangan nak protest2.Ni ada je tak puas ati.Tapi kalau team dia buat salah orang protest tau plak melenting.


3) Fan Man U jenis yang cakap je fan tapi takde membership.Owh,seronok la eyh.Kata diehard tapi membership cardpun xde.Apa cer?


Oklah malas nak bebel panjang2.Yang penting season ni kita tengok jela Barca ngan Inter pergi Final (uiks ye ke?Inter qualified dah ke?).Dalam bola sepak ada ups and down tak payah la cerita pasal sejarah kan nanti diorang cakap Fan Liverpool suka pandang belakang jadi jangan pandang belakang ye.


p/s :
- Untuk Fan Devils,saya mintak maaf eyh bukan nak provoke tapi fact.hak3...
- Lepas ni jangan la tak masuk blog ni sebab kecewa dengan "tragedi semi".

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails