Showing posts with label Mini Gathering. Show all posts
Showing posts with label Mini Gathering. Show all posts

MINI GATH RAMADHAN | BLOGGER DITANGKAP BELI MERCUN


MINI GATH RAMADHAN : BLOGGER DITANGKAP BELI MERCUN

Salam dan selamat berpuasa guys.Percaya tak yang Allah takkan bagi hamba dia susah.Bagi orang yang tak percaya tuhan memang taklahkan.Tapi korang nak tau something tak?Sebenarnya kalau nak diikutkan saya dalam beg duit dah tinggal nyawa-nyawa ikan je dan nak balik Batu Pahatpun tak lepas.Tiba-tiba tadi HR panggil cakap gaji yang dipotong masa saya kat ward tu akan dimasukkan.Tu satu lagi satu tetiba pulak boleh mintak advance gaji.wah!Selamat perjalanan raya Bean Moreno.

Sekarang ni hot pasal freemasonary.Kalau korang nak kata Lady Gaga tu pembawa Fremasonary saya percaya tapi ni sampaikan makanan rayapun korang buat research & kaitkan dengan freemason itu dah melampaulah.Kenapa korang tak cakap kuih samosa tu bentuk 3 segi.Kenapa korang tak kaji seluar dalam Renoma tu segi tiga ada kaitan dengan freemason?Hah karut semua!Bila dah takde kerja manusia akan jadi ciptaan tuhan yang langsung tak berakal.

Oklah kang teremo pulak dengan corak pemikiran konservatif rakyat Malaysia yang terlalu sensitif.Macam yang korang tau last week kitorang buat makan-makan iaitu Mini Gath Ramadhan.Lepas makan kitorang gi jalan-jalan kat Kajang Walk Jalan Reko.

blogger tanpa arah

bila ada yang kata ariffshah hensem


Oklah kita teruskan pada tajuk.Korang mesti nak tau siapa yang kena tangkap beli mercunkan.Fuh memang kerja gila beb.Dengan selamba je dia pergi beli mercun.Nak tau siapa?

mungkinkah ini pengganti Mussolini di Moscow?

Actually dia kena 'tangkap gambar' je masa beli mercun.Ntah apa agenda dia beli bunga api ngan mercun pun kita tak tau.Mungkin nak bawak balik Moscow dan letak mercun thunderclap kat sayap kapal terbang masa tengah training kot.hak3...Sorry ar ariffshah gua main2 je...

p/s :
* Lantak koranglah nak kata ketupat tu Freemason ke apa janji saya nak jugak makan.
* Ada ke patut lemang disamakan dengan organ christian.Mana letaknya akalmu wahai manusia.

MINI GATH RAMADHAN | SIAPA YANG DATANG?


MINI GATH RAMADHAN : SIAPA YANG DATANG?

Salam Ramadhan guys,cerita pasal Ramadhan kan sekarang tinggal lagi 2 hari untuk kita usha anak bulan.Mesti ramai yang bajet raya hari Khamis.ha3.Bab raya semua nak cepatkan tapi bila time awak bilan puasa dia punya liat mak aiyh memang teruk.Ooops sorry saya bercakap mewakili diri saya sendiri yang lain sila jangan perasan lebey ok.Korang still ingat tak flyers ni :



Ok last week hari Sabtu kitorang ada buat satu gath kat Sate Kajang Haji Samuri (sebelah stadium Kajang) bertujuan membantah tuntutan BENDERA.hak3 takdelah saje-saje je lepak makan2 sate pastu borak-borak benda yang tak penting dalam kehidupan.Sebelum kita tengok siapa yang datang gath ni kita tunjuk dulu muka organizer eyh :



Bean Moreno


Ok kali ni gath agak pelik sebab saya tak organize dengan scandal maya saya iaitu cikhel atas sebab-sebab tertentu.Actually ni adalah first time saya ngan Melz bergabung meletup untuk organize makan-makan.Apa yang tak bestnya mini gath ni ialah bila pekerja dia boleh lupa saya ada book table untuk 20 orang.Diorang bernasib baik sebab saya memikirkan yang saya masih sakit & berpuasa.Kalau tak memang saya dah baling kerusi kat kaunter (uiks ganas betul).

Oklah tak fair pulak kalau saya just tempek gambar saya dengan Melz dah nampak macam kitorang nak masuk Gadis Melayu 3 pulak macam Rina Salleh (suara minah ni hari-hari keluar iklan).Nak tau siapa yang datang Mini Gath Ramadhan Sabtu hari tu jom layan gambar :


Dah tengok gambar kan.So sekarang biar saya kenalkan satu-persatu siapa diorang ye :


* Broframestone
* Melz
* Bean Moreno
* Aiensepet
* Cikhel
* Red Linda
* Emy Anakperak
* Mat Joe
* Fazreen
* Eny Budak Sakit
* Paeh
* Arifshah
* Ejan (abang Melz)
* Khaizarien


Apasal tak ramai datang?Jawapan dia simple sebab kitorang memang tak target ramai sebab kalau ramai kitorang yang sempoi dan kurus susah nak handle dan memang kitorang booked untuk 20 pax je.Yang penting Melz payung sate beb!haha...Ooops terlupa sebelum mamat ni mengamuk anta spam kat blog ni baik saya letak gambar dia sebab dia adalah orang yang potong kelapa (photographer) untuk gath ni iaitu :


Syahirul si potong kelapa (photographer)


Ni baru sikit.Anyway ni first time saya jumpa dengan kebanyakan blogger-blogger yang datang terutama Ariffshah , Fazreen , dan Syahirul yang memang saya asyik dok baca je blog diorang yang orang kata best.hak3...Oklah dah penat.Entri pendek macam nipun ambil masa yang lama sebab sakit pinggang dan kegatalan ruam tahap maksimum.Nanti saya update entri lain ye.


p/s :


* Korang rasa apa terjadi selepas makan-makan ni?Ada cerita lain tak?
* Kepada yang tak dapat datang takpe cool je nanti kitorang akan buat gath lagi lepas raya.

MINI GATH RAMADHAN


EVENT : MINI GATH RAMADHAN

Selamat petang,kejap je dah pukul 2.Ni tengah bikin entri sambil layan cerita Alyssa.Biasalah petang-petang macam ni cerita apa lagi yang best selain sinetron Indonesia.Walaupun Jalur Gemilang dibakarpun kita tetap juga layan sinetron.Itulah keistimewaan rakyat Malaysia yang tak pernah ambil peduli hal-hal yang boleh memecah-belahkan keharmonian.

Oklah entri ni sebenarnya nak bagitau yang saya dan Melz ada plan nak buat mini gath untuk Ramadhan.Dah lama plan tapi disebabkan saya tiba-tiba masuk wad maka plan tersebut terpaksa ditangguhkan sampailah saya agak sihat sedikit. Dah lama rasanya tak buat gath last gath pun main paintball dekat Melawati.Detail mini gath ni boleh usha kat gambar bawah ni :

pic credit to Melz

Hm,kami tak target ramaipun tapi kalau ramai yang nak lepak skali kitorang no hal dan please jangn segan-segan sebab kitorang sama je macam korang blogger.Apa-apa pun kalau korang nak join sila inform kitorang lah ye tak kisahlah telefon ke,ikut facebook ke takpun twitterpun boleh ataupun kalau dah alang2 masuk blog ni just drop komen je sebelum pukul 6 petang sebab saya nak book tempat.

p/s :

* Jangan takut dan risau kalau saya datang bertopeng Kamen Rider ye.Itu langkah jaga-jaga.
* Kami buat gath ni just nak merapatkan silaturahim lagipun dah lama tak lepak ngan Melz.

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails