Showing posts with label News. Show all posts
Showing posts with label News. Show all posts

DEMONSTRASI CARI MAKAN


NEWS : DEMONSTRASI CARI MAKAN

Salam reader & bloggers,apa cerita hari ni?Mesti ada sikit perasaan malas nak bikin kerjakan.Yelah dapat cuti straight 5 hari.Bean Moreno un akan terasa macam tu sebab dah lebih seminggu tak kerja beb.Otakpun dah jadi kosong.Maybe next week baru saya akan start balik kerja.Tak sanggup nak cuti lama2 walaupun sebenarnya masih belum full recover.

Gambar diambil dari Berita Harian

Korang mesti tau sekarang kat Indonesia tengah sibuk demonstrasi anti Malaysia.Semua yang berkenaan dengan Malaysia dibenci penduduk Indonesia.Apalah masalah mental yang ada pada minda diorang ni.Dan untuk pengetahuan kita 'Gerakan Ganyang Malaysia' dah sampai ke Kalimantang.Yang paling penting ialah rahsia demonstrasi ini telah terbongkar.

Apa rahsia dia?Rupa2nya demonstrsi ni ada dalang dia yang mencetuskan isu yang remeh.Baru saya tau yang orang2 berdemonstrasi dibayar oleh pihak2 tertentu.Ada juga orang yang berfikiran jahat macam ni.Ingatkan Israel je yang kejam rupanya ada juga orang kat negara jiran yang kejam.Takpun ni salah satu permainan 'Destroy & Save' pihak tertentu.Saya tak reka cerita sebab saya terbaca artikel kat Utusan Malaysia yang bertajuk 'Demonstrasi Cari Makan'.Ni sedikit petikan dari Utusan Malaysia :






Perkhidmatan penyediaan peserta demonstrasi yang ditawarkan di kota raya besar ini telah muncul sebagai perniagaan luar biasa serta memberi peluang kepada penganggur meraih pendapatan dan pada masa sama menimba ilmu bagaimana berdemonstrasi secara tertib.
Pihak yang memerlukan peserta demonstrasi boleh membuat pesanan untuk pakej lengkap iaitu penunjuk perasaan terlatih, pengangkutan, pemidato, peralatan sistem bunyi, sepanduk dan kenyataan demonstrasi.
Pakej yang ditawarkan sebuah organisasi bagi membekalkan peserta demonstrasi terlatih di sini dikira berdasarkan bayaran untuk sebuah bas kecil yang boleh memuatkan 30 hingga 35 peserta, iaitu antara Rupiah 1.5 juta (RM522) hingga Rupiah 2 juta (RM696).
Untuk setiap aksi, seorang peserta boleh mendapat bayaran antara Rupiah 30,000 (RM10.45) hingga Rupiah 40,000 (RM13.90) dan sebungkus nasi campur.
Seorang pengelola perkhidmatan ini yang dikenali sebagai Aji Kusuma berkata, pakej yang ditawarkannya terdiri daripada peserta terlatih, namun ada pihak lain turut menawarkan peserta demonstrasi berbayar yang tidak terlatih, selain golongan mahasiswa.
"Anggota demo ini pemuda perkotaan, biasanya mereka yang menganggur tiada pekerjaan, kita ajak, cuba buat latihan supaya bila demo, mereka tidak kosong sangat tentang pemahaman isi demo itu.
"Biasanya kalau kita mahu melakukan aksi A, beberapa hari sebelum hari A, kita sudah melakukan diskusi. Bahawa kita ke A untuk ini dan ini, kita untuk itu dan itu, jadi, kalau di lapangan ditanya orang, mereka faham semua," katanya.





Diorang ni patut bersyukur,rakyat Indonesia bera ramai cari makan kat Malaysia so kene berterima kasih kat Kerajaan Malaysia la.Ni tak berperangai acam budak2 15 tahun main bakar2 bendera.Kalau nak sangat bakar tunggu lh raya korang bakarlah mercun puas2.Isu nelayanpun nak kasi besar2.Saya sampai jadi tak faham apa sebenarnya tujuan diorang ni.Mungkin kurang rasa bersyukur dengan hidup taupun kehidupan terlalu sempit sampai sanggup nak bikin hal untuk dapatkan duit.

Korang rasa pulak macam mana?Apa sebenarnya agenda diorang?Bagi sayalahkan kalau benda2 kecil macam ni settle sudah tak payah sampai nak buat rusuhan.Baik bersatu untuk hentam Israel durjana lagi bagus.Hanya kerana RM10.45 dan sebungkus nasi sanggup sempitkan minda.

p/s :

  • Zaman sekarang sebab duit orang sanggup gadai apa yang tak patut digadai.
  • Adakah Negara Islam Asia akan jadi macam Negara Arab yang berperang sesama Islam?
  • Merdekakah minda kita kalau macam ni keadaannya?
  • Apa pedapat korang?





NEWS : MALAYSIA CIPTA PLASTIK MESRA ALAM


Selamat petang Isnin.Hari ni agak kureng sikit idea dan memaksa saya mengambil alih tugas selaku reporter untuk Malaysia yang mana bezanya dengan reporter berita harian ialah saya dibayar gaji oleh Nuffnang.Amacam ada beran?Dah berjam2 saya fikir apa nak kongsi dengan korang tapi tak dapat jugak something mungkin sebab saya belum siapkan apa yang patut.Saya jenis tak kisah kalau korang nak kongsi asalkan bukan kongsi harta dan kongsi bini.hak3...

Tadi masa bosan2 saya ada cuba baca akhbar2 tempatan termasuk Berita Harian.Saya tertarik dengan satu berita yang mana tajuk dia ialah USM CIPTA PLASTIK MESRA ALAM.Wah Malaysia dah makin maju dan ada professor cerdik yang boleh cipta macam2 tau.Guest what apa yang kita tau plastik yang kita biasa guna diperbuat oleh bahan2 sintetik kan.Tapi hari ni sekumpulan penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM) yang diketuai oleh Profesor Dr Hanafi Ismail telah berjaya mencipta plastik yang mampu terurai yang dinamakan Fruitplast.

Fruitplast merupakan hasil penyelidikan yang mana boleh menggantikan plastik yang dibuat daripada sistetik.Menurut Profesor Dr Hanafi Ismail ia diperbuat dari buah-buahan tropika seperti kulit pisang, kulit rambutan dan kulit belimbing.

"Kami telah menjalankan kajian degradasi ke atas Fruitplast dan ia telah membuktikan dalam keadaan dibuang, ia akan rosak dalam satu tempoh masa antara tiga hingga enam bulan. Kos mengeluarkan Fruitplast pula 10 peratus lebih murah,"kata Prof Dr Hanafi.

Ini bermakna Fruitplast ni kalau betul2, boleh digunakan sebagai ganti plastik sintetik yang kita guna sekarang sebab takde pencemaran alam.So tahniah kepada kumpulan penyelidik USM yang telah berjaya mencari alternatif lain bagi menggantikan plastik sintetik.

p/s :
- Lepas ni kilang plastik Tong Seng habislah bankrupt
-Mungkin juga hari tanpa plastic yang dijalankan setiap Sabtu akan dibubarkan...hak3
- Credit to Berita Harian untuk news di atas

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails