Showing posts with label Nike. Show all posts
Showing posts with label Nike. Show all posts

NIKE SALAH KE MEREKA YANG TAK BAGUS


COMMERCIAL : NIKE - WRITE THE FUTURE

Selamat petang semua.Hari ni saya kena update blog lebih sikit.Tetiba terasa rajin tahap kow punya ni walaupun terasa sakit perut.Oklah pagi tadi saya dah dedahkan sedikit pasal Freemason.Bahaya beb benda tu sebab dia akan contro mind kita.Korang pernah tengok iklan Nike - Write The Future tak?Iklan ni pasal Worldcup 2010 dan dalam iklan ni banyak star2 bola sepak dunia.Ok kalau korang belum pernah tengok kita layan sama2 :




Ok,lepas tengok iklan tu apa yang dapat korang rumuskan.Saya ada dua rumusan yang boleh kita nampak dari iklan ni :

1) DISEBABKAN BOOT BOLA NIKE DIORANG TAK BERMAIN DENGAN BEST

Kenapa saya cakap macam tu?Korang tengok siapa yang ada dalam video tu?Christiano Ronaldo, Didier Drogba, Fabio CannavaroFrank Ribery, Wayne Rooney, Cesc Fabregas, dan Ronaldinho.Ni semua nama2 besar dalam bola sepak dunia.Mungkin bila kalah hari tu masing cakap kat 'coach' macam ni :

" Alamak coach bukan saya yang main tak best.Taktik coach pun bagus cuma saya pakai boot Nike ni lepas tu bola pakai Adidas.Mana ngam..."

2) BOOT NIKE MEMANG BAGUS CUMA DIORANG YANG TAK BAGUS

Gila ke apa nak cakap boot Nike tak best.Harga ratus2 tau bukan macam harga kasut Foong Keong.Cuma orang akan kata diorang 'off form'.Owh tidak diorang bukan 'off form' sila betulkan pemikiran korang.Sebenarnya diorang main tak baguspun dan ada 'attitude' yang kurang menyenangkan.Contohnya macam Rooney,asyik2 nak maki orang je.Ingat dah star boleh maki2 orang.Ataupun Critiano Ronaldo,Bila kalah ludah 'cameraman'.Mak aiyh dia ingat kamera tu dia yang belikanke apa?Kalau dah kalah tu kalah la maknanya tengok Frank Lampard gol tak kirapun cool je (hak3...sorry supporter England).

So dalam 7 star yang ada dalam iklan ni hanya tinggal 2 je yang masih ada.Yang lain tu awal2 lagi dah pergi lapangan terbang beli tiket dengan alasan ahli keluarga sakit.Yang penting Go SPAIN Go!

p/s :
* tengok star2 yang masih tinggal,macam Messi,Villa, dan Torres semua pakai Adidas dan walaupun diorang tak 'write the future' tapi masih boleh beraksi.

WORLDCUP 2010 : DEMAM SEMAKIN HAMPIR


Selamat tengahari ye semua,baru balik dari Masjid India dan korang jangan salah faham ye.Saya pergi Masjid India bukan dengan niat belajar menari bngra mahupun beli daun kari.Seperti biasa menjadi driver kepada Datin Seri aiensepet.Baru habis kecilkan gambr2 even Digi hari tu dan mengarang seditkit demi sedikit entri Digi Break Free (wah teramat skema ayat.Tak boleh blah).Kepada CikHel & Eny saya dah send gambar2 tersebut ke e-mail kamoo berdua ye.Tadi saya dah ada idea nak update entri tersebut tetiba di kala saya nak buka Photoshop CS4 tetiba screen yang mempunyai warna-wrani bertukar menjadi hijau lalu membuatkan mood edit gambar hilang serta merta.ces!

Semalam saya ada tunjuk iklan Pepsi Worldcup 2010.Ni ada lagi satu iklan Worlcup 2010 yang bagi saya menarik jugak.Iklan Nike - Write The Futute.Kenapa saya cakap iklan ni menarik?Ok simple je dalam iklan ni ada jalan cerita yang menceritakan tentang apa yang akan terjadi sekiranya mereka berjaya menang dalam perlawanan.Bintang2 yang ada kat dalam video ni ialah Drogba, Canavaro, Rooney, Ribery, Ronaldinho, dan juga Ronaldo (si pelakon hebat!).Bab yang lawak bila time Rooney tengah bawa bola then pass tapi Ribery degan selamba rampas bola tu.So korang bolehla tengok video ni :






Apa pendapat korang pasal iklan ni?Kreatif tak?

p/s :

* Ada sapa yang minat kumpul kasut Adidas tak?Korang pernah tengok kasut Adidas Samba Classic.Saya memang minat nak beli kasut ni.Kalau korangpun minat nak beli korang boleh guna service vsHub sebab murah dari harga biasa yang dijual kat Butik.Apa yang korang kena buat ialah register dengan vsHub dan diorang akan uruskan.Korang just bagi duit je.




* Nampak cam pelik kan post ni?Citer iklan Nike tapi promote kasut Adidas.Sebenarnya saya tak suka barangan Nike saya suka iklan je.hak3

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails