Showing posts with label World Cup 2010. Show all posts
Showing posts with label World Cup 2010. Show all posts

LAYAKKAH KITA MENJADI PEMIMPIN?

LAYAKKAH KITA MENJADI PEMIMPIN?




Oklah kali ni nak buka topik pasal kepemimpinan.Takde niat nak berlagak leader ke apa la kan just nak share pengalaman yang saya dah pernah lalui yang berkaitan dengan kepemimpinan.Dalam hidup ni macam2 ragam orang yang kita akan jumpa.Takde siapa yang asyik2 nak duduk kat bawah semua akan berusaha majukan diri naik ke atas.Dalam erti kata lain nak jadi ketua tak kiralah ketua kampung ke, ketua bilik ke dan jangan lupa suami pun adalah ketua tau.

Sebelum kita nak jadi leader pernahkah kita tanya diri kita layakkah kita untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang ketua or leader?Bagi sayalah kan untuk menjadi seorang yang dipanggil leader kita kena ada :

1) TANGGUNGJAWAB

Ni aspek paling penting.Seorang leader mesti ada tanggungjawab dalam menguruskan organisasi.Dia kena ambil tau apa yang terjadi pada organisasi dan orang bawahan dia.Dia kena tau adakah orang bawahan dia tu selesa ke tak kerja,cukup ke tak makan minum, ataupun apa2 permasalahan yang wujud.Kalau kita just fikir kita je nak senang ataupun kita je nak untung memang sampai bilapun organisasi tu takkan maju.

2) ADA SIKAP HORMAT

Ha! yang ni ramai orang terlepas pandang.Bila dah jadi ketua ataupun dah up setakok dari orang lain terus lupa diri dah macam layan 'batu'.Dari dulu pasif bila naik pangkat terus aktif tak pasal2.Semua orang dia nak marah.Semua yang orang lain buat tak betul.Orang tegur sikit mulalah nak poyo tinggikan hidung (mungkin dia berkawan dengan pino kot).Ni memang banyak dah saya nampak.Kadang2 company tu bukan dia punya pun dan dia juga pekerja biasa yang makan gaji tapi sebab dia ada realtionship dengan owner,dia pulak yang melebih2.Pergh memang meluat....

3) OPEN MINDED

Open minded ataupun berfikiran terbuka ni penting untuk kita bia relationship dengan orang bawah.Bila kita open minded maknanya kita bersedia untuk mengkritik dan dikritik.Kita kena anggap walaupun kita ketua tapi kita juga ciptaan dan tak sempurna.Ni tak padahalbaru naik pangkat supervisor tapilagaknya dah macam CEO Kueh Tart dah.Tak eloklah macam tu kitapun sama je manusia ada mata tengok keliling.

4) SENTIASA POSITIF

Benda ni memang agak sukar sebab kalau kita tak open minded memang kita tak boleh jadi positif.Bila kita asyik negatif je tu yang mula nak prasangka kat staff.Perasaan ni boleh mendatangkan perasaan tidak selesa kat staff tu then at last staff tak tahan resign la jawabnya.

5) BERSIKAP ADIL

Sebagai pemimpin kita tak boleh lah berat sebelah.Dengan staff yang kita suka sebab dia lebih kacak apa yang dia buat betul dan dengan staff yang kita tak suka benda yang kaburpun boleh jadi tuduhan.Yang ni memang tak best.Bayangkan staff tu yang belum tentu dia buat salah tetiba kena suspend tapi staff yang dah terang2 buat gangguan seks sampaikan orang yang diganggu tu buat report polis takde pulak kena apa2.Ooops...

So kalau kita takde ciri2 yang di atas ni hentikanlah bermimpi nak mengaku kita ni ketua or leader.Nak tau kenapa?Kalau takde sifat2 di atas ni bila kita buka bisnes maka akan berlaku kekerapan 'Turn Over' pada staff yang bermaksud staff akan selalu bertukar ganti.Oklah masa dah tamat.Nak kena back up data outlet.Banyak seyh!

p/s :
* Apa pendapat korang?Apa ciri2 ketua yang korang rasa perlu ada?
* Tak sabar nak tengok Final Worldcup 2010.

BEAN MORENO BERSEDIA UNTUK FINAL WORLDCUP DAN RAMALAN PERLAWANAN

WORLDCUP 2010 : BEAN MORENO BERSEDIA UNTUK FINAL WORLDCUP DAN RAMALAN PERLAWANAN FINAL

Selamat malam.Bean Moreno masih berjaga macam burung hantu semata2 nak tgk match Final Worldcup 2010 walaupun keadaan hidung dah macam Vuvuzella sebab selsema.Dah banyak tisu yang saya habiskan sebab asyik berair je.Apa itu vuvuzella korang boleh google dan tengok sendiri rupa dia.Siapa yang main Final Worldcup?Aduh takkan tak tau dah tentulah Spain dengan Holland.Dua2 negara yang pernah menjajah Malaya satu ketika dulu.hak3...

Untuk Final ni saya dah bersiap sedia dengan sesuatu.Owh memang sesuai sangat sebab saya beli jersey Spain untuk dipakai pada malam n.Walapun cuma duduk seorang diri di hadapan LCD 29" Toshiba.Gaya dah macam tengok kat I City dah kan.Tak percaya...

Mata dah macam Panda dah

Macho bersama jersey & seluar Hawaii.Kalau tengok ada macam David Villa tak?

Sebenarnya kalau nak diikutkan saya merupakan salah seorang pemain yang bakal bermain malam ni.Tapi masa selection saya terkena serangan resdung dan tersalah pakai seluar so saya dihantar pulang oelh Del Bosque untuk berehat kerana dikuatiri kalau saya bermain bunyi hembusan hidung boleh mengalahkan bunyi vuvuzella berehat.


Kalau tengok dari atas mungkin bergaya

Disebabkan inilah saya terlepas peluang bermain di Worldcup 2010

Perlawanan akan bermula pada pukul 2.30 am.Tapi macam biasa kedai2 mamak telah di'booked' sebelum pukul sepuluh siap ada yang dah call tokey suruh letak nama diorang kat table pada pukul 6.00 pm.So macam biasalah sebelum match saya nak buat prediction sikit.Sebenarnya dah malu sebab prediction lepas salah (biasalah mana boleh accurate).Paul The Octopus pun tau negara je.Cuba tanya dia berapa gol.Mesti pengsan punya dia.


Kalau ditanya saya siapa yang akan menang Worldcup 2010.Dah tentu saya cakap Spain sebab tengoklah jersey apa saya beli.Lainlah penyokong kelab yang dah kecundang.Ramalan saya macam ni.Kalau Holland guna taktik 4-5-1 dan Spain guna 4-4-2 maka ada kemungkinan yang Spain akan menang sebab serangan Holland akan tumpul dan akan mengharap pada Sneijer & Robben sahaja.Tapi kalau Spain buat counter attack maka serangan berganda akan berlaku sebab macam yang kita tau midfielder Spain memang antara yang terhebat di dunia.Tapi bila saya tengok line up yang Pedro first eleven maka was2 menjelma.Harap2 Pedro tak bikin hal malam ni.


Jadi saya rasa kalau Spain menang mungkin 2-0.Itu ramalan je ye jangan percaya sangat sebab saya bukan Paul The Octopus mahupun Mani the Nuri.Harap2 Pedro tak buat aksi bolot dan akan teringat bahawa bola sepak adalah permainan berpasukan.Oklah nak layan tongkat ali jap kalau tak memang tertido.


p/s :
* Harap2 esok tiupan vuvuzella dari hidung akan stop sebab susah nanti nak fokus kerja
* Jangan percaya ramalan binatang sebab diorang bukan tau apa2 pasal bola dan nama playerpun diorang tak tau.

KEPUTUSAN SPAIN LAWAN GERMANY


WORLDCUP 2010 : KEPUTUSAN SPAIN LAWAN GERMANY

Pergh dah lama tak kiamullail untuk benda2 'lagha' ni.Hari ni Bean Moreno dengan semangat yang jitu tahan tidur untuk layan bola.Macam yang kita tau lah kan Match ni oenting untuk tentukan siapa yang akan pergi ke Final Worldcup untuk lawan dengan Netherland.Netherland awal2 dah tempah tiket ke final semlam sebab berkaya kalahkan Uruguay 3-2.

Pasal match Spain vs Germany pagi ni.'First half' memang agak bosan atau boleh kita cakap biasa2 je.Takde percubaan yang boleh buat kita sakit jantung.David Villa macam dikawal rapi oleh defend Germany dan memang tak boleh nak buat apa.Masuk je second half Spain dah bikin penyokong Germany sakit jantung dengan percubaan jarak jauh dan rembatan selaju meteor oleh Xabi Alonso.Akhirnya minit ke 75 Carles Puyol berjaya melakukan tandukan cantik mengegar gawang.


Fernando Torres dan David Silva hanya dimasukkan pada masa akhir.Mungkin nak save untuk ke final kot.Kalau nak ikutkan Spain pegang game sebab diorang lebih banyak control game.Jadi keputusan akhir perlawanan ialah Spain mara ke final setelah mengalahkan Germany.


Spain 1 - 0 Germany

RAMALAN PERLAWANAN ANTARA GERMANY VS SPAIN

WORLDCUP : PREDICTION PERLAWANAN GERMANY VS SPAIN

Artwork by Bean Moreno

Hye selamat mala ye.Saya tau ramai yang tak tidur lagi sebab nak layan semi world cup malam ni.So saya dengan berani dan sombong nya buat post di kala bulan mengambang sebab sayapun tengah tunggu match tu.Takdelah saje buat entri 'lagha' ni sementara tunggu match sebab tak nak tertidur.

Kalau korang nak tau malam ni semua bookie target Germany menang 2-0.Tapi kalau korang main judi bola tolong jangan ikut bookie sebab itu taktik diorang nak sedut duit korang.Korang kena sokong team sebaliknya (macam ada pengalaman je).Saya sebenarnya penyokong Spain so saya dengan angkuhnya akan cakap Spain akan menang malam ni.Ni bukan nak ikut ramalan sotong yang bernama Paul.Tapi memang hakikatnya Spain akan menang.Dua2 gol dijaringkan oleh David Villa dan hasil assist Torres (macam Euro 2008).

Lagi satu saya dah tau rahsia kemenangan Germany di perlawanan2 lepas.Sebelum2 ni korang tengok Germany boleh menang besar dengan team2 kuat kan.Itu adalah sebab coach dia menggunakan jampi yang memang berkesan.Tapi malam ni harap2 dia terlupa nak jampi & makan bijih timah.

Oklah masa untuk berehat dan layan Titanic.Harap2 ramalan saya tepat malam ni sebab sebelum saya ramal AF8 semuanya tak kena.hak3...


p/s :


* Korang rasa siapa menang dan berapa jaringan dia?
* Harap2 tak tertidur...

RAHSIA KEJAYAAN GERMANY DI WORLDCUP 2010


WORLDCUP 2010 : RAHSIA KEJAYAAN GERMANY DAN KEKALAHAN ARGENTINA

Wah dah lama seyh saya tak update blog ni.Idea buntu,pastu sibuk nak buat template sendiri sampai nak taip entripun malas.Kalau nak cerita pasal traffik pulak henti2kan lah Bean,ko tak update camner nak kasi up traffik.Betul tak?So terima keadaan dengan apa yang ada dan kene bersyukur dengan apa yang dapat.Korang jangan tekan button x kat atas tu sebab korang tak salah masuk blog.Saya 'just' masukkan template yang masih dalam pembikinan.Saja2 nak 'test power'.Saya akan adjust lagi.So mana2 yang tak kena sila bagi 'feedback' ye readers.

Oklah Worldcup 2010 dah nak sampai penghujung.Sekarang dan masuk semi final dah.Kebanyakan pasukan ternama dah beli tiket balik negara masing2 sebab kalah awal.So kepada penyokong sila jangan terjun bangunan atas kekalahan team korang dan kekalah judi bola.hak3...Korang ada perasan tak ada sesuatu yang menjadi tanda tanya dalam worldcup kali ni.Kali ni saya nak dedah kan dua tanda tanya yang bermain difikiran semua peminat team Germany dan Argentina.

1) RAHSIA KEJAYAAN GERMANY

Kalau kita perasan Germany asyik2 menang besar je.Dengan England diorang titik 4-1 (walaupun faktor utama ialah ref buta) dan dengan Argentina diorang baham 4-0.Kalau kita tengok team lain menang pun sikit2 melainkan Portugal yang memang 7-0 (memang besarpun kalau kalah tak sampai 'semi final' pun buat apakan).Korang rasa apa faktor yang menyebabkan Germany begitu kuat.Rahsianya ialah apabila 'coach' makan tahi hidung maka team dia akan menjadi hebat.Tak percaya sila lihat ini :





Sekarang percaya tak?Pergh memang pelik2 jelah perilaku diorang ni.Tapi mungkin itu satu faktorlah macam mana diorang boleh menang.

2) KEKALAHAN ARGENTINA

Yang ni memang satu duniapun terkejut.Gila ke apa?Argentina kalah beb.Kalau kalah satu kosong tu boleh diterima ni kalah memalukan siot.Apa dah jadi dengan Messi & Milito.Mascherano pun main macam baru sehari sepak bola.Tapi kalau korang nak tau sebab kenapa diorang kalah ialah sebab diorang tak nak tengok coach diorang berlakon porno dengan Ariel Peter Pan.Maradona pernah cakap kalau Argentina menang dia nak berbogel (What!!Lu dah tua bro.Tak market dah).So semua pemain berpakat bagi kalah supaya perkara ni tak memalukan negara mereka.Sebab tu walaupun kalah player nak jugak Maradona jadi coach lagi dan suruh dia tukar Nazar. 

Oklah masa untuk tunaikan tanggungjawab saya selaku pekerja Q.Kalau sempat petang karang saya update lagi.Apa2 pun kemenangan Germany akan memudahkan laluan Spain untuk cium worldcup 2010.

p/s :

* Amacam ok tak template ni.Kalau tak ok bagitau ye saya nak ubah lagi
* Rasanya coach Malaysia kena buat apa yang Joachim Leo tu buat baru Malaysia boleh masuk Worldcup.

NIKE SALAH KE MEREKA YANG TAK BAGUS


COMMERCIAL : NIKE - WRITE THE FUTURE

Selamat petang semua.Hari ni saya kena update blog lebih sikit.Tetiba terasa rajin tahap kow punya ni walaupun terasa sakit perut.Oklah pagi tadi saya dah dedahkan sedikit pasal Freemason.Bahaya beb benda tu sebab dia akan contro mind kita.Korang pernah tengok iklan Nike - Write The Future tak?Iklan ni pasal Worldcup 2010 dan dalam iklan ni banyak star2 bola sepak dunia.Ok kalau korang belum pernah tengok kita layan sama2 :




Ok,lepas tengok iklan tu apa yang dapat korang rumuskan.Saya ada dua rumusan yang boleh kita nampak dari iklan ni :

1) DISEBABKAN BOOT BOLA NIKE DIORANG TAK BERMAIN DENGAN BEST

Kenapa saya cakap macam tu?Korang tengok siapa yang ada dalam video tu?Christiano Ronaldo, Didier Drogba, Fabio CannavaroFrank Ribery, Wayne Rooney, Cesc Fabregas, dan Ronaldinho.Ni semua nama2 besar dalam bola sepak dunia.Mungkin bila kalah hari tu masing cakap kat 'coach' macam ni :

" Alamak coach bukan saya yang main tak best.Taktik coach pun bagus cuma saya pakai boot Nike ni lepas tu bola pakai Adidas.Mana ngam..."

2) BOOT NIKE MEMANG BAGUS CUMA DIORANG YANG TAK BAGUS

Gila ke apa nak cakap boot Nike tak best.Harga ratus2 tau bukan macam harga kasut Foong Keong.Cuma orang akan kata diorang 'off form'.Owh tidak diorang bukan 'off form' sila betulkan pemikiran korang.Sebenarnya diorang main tak baguspun dan ada 'attitude' yang kurang menyenangkan.Contohnya macam Rooney,asyik2 nak maki orang je.Ingat dah star boleh maki2 orang.Ataupun Critiano Ronaldo,Bila kalah ludah 'cameraman'.Mak aiyh dia ingat kamera tu dia yang belikanke apa?Kalau dah kalah tu kalah la maknanya tengok Frank Lampard gol tak kirapun cool je (hak3...sorry supporter England).

So dalam 7 star yang ada dalam iklan ni hanya tinggal 2 je yang masih ada.Yang lain tu awal2 lagi dah pergi lapangan terbang beli tiket dengan alasan ahli keluarga sakit.Yang penting Go SPAIN Go!

p/s :
* tengok star2 yang masih tinggal,macam Messi,Villa, dan Torres semua pakai Adidas dan walaupun diorang tak 'write the future' tapi masih boleh beraksi.

WORLDCUP 2010 : SPAIN AKHIRNYA MENANG & LAGU LAWAK

Hye selamat pagi guys.Amacam sihat?Saya cam biasalah lepas solat subuh tak tidur dan terus menaip untuk korang.Saya masih tak boleh nak ping entry kat Gengblogger.Ces apahal ntah!Bikin hati panas je.Sejak kebelakangan ni banyak je pertanyaan formspring masuk.Sorrylah 'tak dapek den nak nolong ' sebab Bean Moreno memang sibuk.So nak sebarkan dakyah blogging ni agak sukar sebab kena tangkap penjahat.Nanti bila saya dah sampai KL saya akan reply ye.


Akhirnya Spain berjaya membuktikan yang mereka adalah satu team yang hebat selepas menang dengan Honduras 2-0.Saya tak dapat nak bagi support sebab mata dah terlalu kuyu.Spain akan jadi kuat kalau first eleven Bosque letak David Villa dengan Fernando Torres kat depan.Dalam Game ni meraka bergandingan di depan dan menghasilkan 2 gol dan kedua2nya datang dari Villa (ingat lagi tak Euro 2008).Walaupun Villa bikin hal sebab tak score untuk penalti tapi oklah janji menang.
Dengan kemenangan ni bermakna peluang Spain semakin cerah dengan Syarat Spain kena menang dengan Chile.Kalau ikutkan kekuatan memang Spain boleh buat cuma diorang tak boleh jadikan Jabulani sebagai alasan.Jangan jadi macam England yang penuh dengan star tapi bagi alasan player injured dan bola Jabulani tu terlalu ringan.Sebagai star itu bukan alasan ok.Kan tak pasal2 kena ejek dengan supporter sendiri.Padan Muka!

Oklah untuk mendatangkan keceriaan kat muka korang yang sememangnya malas pagi2 ni jom kita layan video clip tenda biru tapi bukan dari penyanyi asal dia.Dia kira lagu yang paling femes or video klip yang memang kitorang suka tengok masa kat poli dulu.Agak2 tension nak study je mesti kitorang buka lagu ni nak tarik mood.So bagi yang dah layan jangan la pulak korang cakap Bean Moreno ni ketinggalan zaman ye seba lagu ni pun memang dah lama :




 





 

p/s:

*1* Saya ada banyak gambar2 pelancongan saya jelajah Perak.Nanti saya update kat Bean Moreno ye.
*2* Semalam saya buat kerja gila pergi tangkap gambar kat Istana Sultan Perak malam2 buta.Ntah apa la jadi kat gambar tu.
*3* Selamat Hari jadi kepada Alisya iaitu anak Eyriqazz pada hari ini.
*4* Gambar credit to Providingnews.

WORLDCUP 2010 : KEJUTAN PORTUGAL & APA AKAN JADI PADA SPAIN

Hye selamat malam semua.Saya sekarang ada kat Kuala Kangsar dan tengah online guna laptop company.Punyalah lama nak tunggu partner saya guna sebab dia layan 'Mafia Wars'.Ni barulah dapat guna.Esok saya ada briefing untuk outlet Kuala Kangsar dan lepas tu akan terus ke Taiping petang esok.Memang masa untuk jalan2 cari pasal.

Korang mesti layan Worldcup kan sebab sekarang tengah musim orang pakai jersey bola.Susah nak tengok orang pakai baju Padini dah sebab semua nak jadi penyokong fanatik.Silap2 kalau office tak kena pakai casual semua dah pakai jersey bola.Macam yang kita tau Worldcup kali ni memang banyak kejutan.Kebanyakan team hebat2 menang tipis dan banyak jugak yang bakal tempah tiket kapal terbang awal contohnya macam France.Mungkin England juga akan terima padah yang sama.

Hari ni satu lagi kejutan dan rekod baru tercipta bila Portugal belasah North Korea 7-0 dan dua gol datang dari Tiago (kalau tak silap dulu main Chelsea).Memang kow diorang bantai.Tak bagi 'chance' langsung dan yang kelakarnya bila kepten Portugal iaitu pelakon terbaik Cristiano Ronaldo dapat 'score' satu gol murah.Dia sendiripun tak percaya yang dia score agaknya.Hajat di hati nak tengok Spain main tapi mata dah kuyu badan pun dah agak sangap.So saya rasa better saya tidur takut esok tersenggok2 kat 'conference room'.

p/s :

*1* Harap2 Spain menang besar malam ni lawan Honduras.Kalau seri jugak baik suruh je Benitez jadi coach sebab situasi dia tetap sama je.
*2* Entri tanpa gambar sebab MALAS!!!
*3* Apahal Gengblogger tak boleh PING nih!!!

PANDANGAN MATA & HATI BEAN MORENO : KEGANASAN YAHUDI, SELAMAT HARI BAPA, VIDEO PORNO ARIEL PETERPAN, WORLDCUP 2010





Salam & selamat pagi semua.Hari ni hari ahad kan so semua cuti.Jadi saya menaip entri ni tanpa rasa sakit hati jika takde orang baca sebab saya faham hari ahad memang kebanyakan orang nak bangun lambat.Yelah cuti pulakkan. Hari saya rehatkan otak dari belajar benda2 baru.Yelah kat tempat baru ni memang 'totally different' dari kerja sebelum ni. Lebih kepada 'application'. Setakat ni saya dah belajar sedikit pasal 'Oracle'.Memang pecah otak tapi bagi saya seronok sebab dari dulu memang saya nak sangat belajar 'coding Oracle'.

Semalam saya ada cerita pasal Lady Gaga kan.Mintak maaf ye saya terletak salah Vclip tapi saya dah betulkan.Nasib baik Hakim remind saya kalau tak sampai kiamatpun saya takkan rasa vclip tu kontroversi.Saya minat lagu dia je dan tak terikut trend Gaga ni.Sebab saya tau yang dia ni memang seboleh2 masukkan unsur Freemason dalam video clip & lagu2 dia.Memang terlalu banyak 'satanic' dalam apa yang dia buat.Sebab tu saya keluarkan entry semalam supaya kita sedar dan tak tertipu.

Oklah kita sambung terus 'main topic' sebelum saya melalut dan cerita benda lain. Nanti tak pasal2 tajuk lain tetiba keluar TIPS BLOGGING pulak. hak3...Sekarang saya na cerita pasal 3 benda yang saya nampak sepanjang minggu ni :

1) KEGANASAN ISRAEL

Ni adalah perbincangan utama seluruh dunia.Tapi dari dulu sampai sekarang walau apapun kita buat tetap tak boleh nak ubah.Macam2 cara kita buatpun diorang tetap dengan perangai diorang yang macam tu.Apa yang korang nampak bila terjadi benda2 bangsat yang dilakukan oleh Israel dan kenapa kita still tak boleh nak bawa diorang ke muka pengadilan.bagi saya ada 2 sebab utama :

* NEGARA ISLAM SENDIRI TAK BERSATU (TERUTAMA NEGARA ARAB)
* PBB ISRAEL YANG 'CONTROL'

Dua sebab nilah yang membuatkan ISLAM Gaza terus diseksa.Perbezaan ideologi negara ISLAM membuatkan ISLAM itu ditindas.Kenapa saya cakap macam tu.Di negara arab sendiri ada banyak kabilah dan banyak pegangan.'Way of Life' pun berlainan padahal tetap ISLAM.Bila benda ni terjadi maka pergaduhan akan berlaku.So macam mana nak tolong negara Palestin sedangkan negara sendiri bergolak.Kita pun nampak yang ada jugak negara arab yang menyokong Israel.SO...Kesimpulannya kalau kita negara ISLAM bergabung dan bersatu mesti Israel takut.

"haibar haibar ya ya hud!!! daulah daulah Islamiah!!!ya hud laknattullah!!!Allahuakbar!!!"

2) SELAMAT HARI BAPA

Sebeleum apa2 saya nak ucapkan selamat hari bapa kat semua bapa2 di dunia terutama sekali papa saya Hussin bin Abdullah.Memang betul syurga di bawah tapak kaki ibu tapi bapa adalah tunjang keluarga.Yelah kalau bapa tak bekerja keras mana nak datangnya 'hasil'kan.Ingat senang ke nak jaga Bean Moreno?Susah beb sebab dulu saya memang degil.Belajar dah la tak pandai tau menghabiskan duit je.hoho...Tapi walau sedegil2 saya papa saya tetap kasi duit bila saya nak.hak3...Sekarang baru saya sedar bahawa kita kena hargai bapa kita selagi dia masih ada.Kalau tak dulu asyik nak ikut kepala otak terejak saya je.Orang buat semua saya nak ikut.So harap korang hargai Bapa korang ye...

"SELAMAT HARI BAPA KEPADA HUSSIN BIN ABDULLAH SEMOGA PANJANG UMUR MURAH REZEKI"


3) VIDEO PORNO ARIEL PETER PAN

Ni pun satu berita gempar dari seberang.Saya tak amik port sangat tapi bila saya ping kat gengblogger & blogged.my kebanyakan blogger buka isu ni.Hot sangat ke Ariel tu?siap Luna Maya pun boleh cair.Memang siapa yang buat isu ni last week mungkin (saya cakap mungkin ye) traffik melimpah2 kan.Silap2 boleh lebih banyak dari buat 'review movie' (owh sedih mendengar perkataan movie) ataupun cerita pasal Worldcup 2010.Ni kes memang pelik.Korang pernah dengar tak peribahasa "baling batu pada cermin jangan sampai nampak tangan yang membaling" (betul ke peribahasa ni saya main pajak je.Kalau salah tolong betulkan eyh).Maksudnya nak buat jahat janganlah tunjuk kat orang.

Banyaklah saya tengok artis2 ni menunjukkan kebodohan diorang (termasuk artis Malaysia).Dah tau nak 'sedap2' boleh pulak pergi rakam2.Nak buat apa ntah.Lepas tu kalau dah rakam pandai jaga takpe ni siap simpan dalam komputer.Lepas tu bila tersebar bagi alasan macam2.ces!Dah tau nak buat benda salah tu simpan sendiri dah la.Tak payah nak heboh2 kat satu dunia yang korang dah buat SEKS!Korang dah buat dosa pastu sarit orang lain dapat 'dosa kering' pulak.


4) WORLDCUP 2010 SOUTH AFRICA

Yang ni pun satu hal.Sepanjang saya tengok 'match Worldcup 2010' kebanyakan pasukan yang ada nama dan 'player' bintang semua bikin hal.Main ntah apa2 ntah.Macam hari tu ingat nak la bagi 'support' kat Spain (walaupun dari rumah je) tapi bila tengok corak permianan diorang pergh memang nak je saya suruh diorang main futsal dulu.Walaupun diorang ada pemain yang memang best kat midfield tetap tak dapat buat try.Saya taulah ramai yang merungut pasal Adidas Jabulani tapi korang kata korang STAR jadi itu bukan masalah rasanya.'Try to adapt' lah.

Bukan takat Spain,Germany pun sama jugaklah dan tak terkecuali England & France yang samar2 je dapat pergi 'knock off'.Boleh dikatakan makcik2 pun hafal lah nama player diorang.Tapi Worldcup kali ni korang buat Mak Timah jual goreng pisang tu kecewa beb.Corak permainan langsung tak boleh blah dan tak boleh dianggap berstatus bintang.


Apa2pun ni just pendapat Bean Moreno ye.Mungkin sama ataupun 'totally different' dari pendapat dan pandangan korang.Itu pasallah dalam blogging ada ruangan komen dan ia dicipta bukan untuk mengutuk tapi komen entri dengan pendapat korang tersendiri.Chow...


WORLDCUP 2010 : 2 BENDA YANG DIANGGAP ANNOYING SEMASA WORLDCUP


Selamat pagi semua (bangun!!!).Hari ni datang awal sikit sebab nak update Suterablogger.Semalam saya just update Bean Moreno.com je sebab tak sempat.Banyak sangat gambar yang perlu dikecilkan dan diupload atas permintaan (cececeh sape ntah yang mintak).Macam yang kita tau kan sekarang ni musim World Cup 2010 kat Africa Selatan.Saya salah seorang peminat bola sepak (walaupun main terkangkang tapi boleh la).Bila saya baca surat khabar pasal World Cup maka terbacalah banyak komplen2.

So saya listkan 2 daripada komplen yan hangat diperkatakan masa Worldcup kali ni :

1) BOLA ADIDAS JABULANI



Ni isu yang tengah hot sekarang ni kat Africa walaupun baru first game.Kehadiran bola ni memang merungsingkan pemain dan juga jurulatih.Even penjaga gol terhebat dunia macam Cassilas pun takut dengan bola ni walaupun bola ni sebenarnya tak boleh gigit orang.Menurut diorang bola ni terlalu ringan dan mudah melayang bila disepak.Ia juga senang melantun bila terkena permukaan tanah dan menyebabkan penjaga gol susah nak bajet bola tersebut dan akan menyebabkan gol2 mudah dan memalukan.Tak percaya korang boleh tanya penjaga gol England iaitu Robert Green kenapa dia tak boleh tangkap bola tu (tapi England memang takde gol keeper best2pun memang akan buat 'worst plunder' pun.hak3).Mungkin bola ni jugak akan menyebabkan Ronaldo gagal ambil or lakukan 'free kick' yang cun (padan muka dia).

2) VUVUZELLA




Menatang ni ialah trompet kecil yang dibawa penyokong masa tengok World Cup kat Africa Selatan (kat Malaysia tak de ye).Vuvuzella ni adalah trompet kecill yang akan menghasilkan bunyi serombong kapal yang kuat.Ramai player yang komplen diorang tak boleh tumpu perhatian masa bermain dan susah nak berkomunikasi antara player bila bunyi vuvuzella kedengaran.Tapi ada betul jugak alasan tu takkan diorang nak kena menjerit sekuat hati kat padangkan.Tadi saya dengar kat Flyfm ada pendengar cakap mereka terpaksa mutekan TV semata2 tak nak dengar bunyi Vuvuzella.Tapi kalau 'mute' kan tv apa kah 'feel'nya tengok bola.Rugilah pasak HD kat astro.

So tu je yang dapat saya sharekan untuk hari ni.Nak tau lebih sila baca surat khabar bahagian belakang sekali ye.Kalau korang asyik2 baca politik memang takkan tau.hak3...Oklah nak sambung buat kerja memandangkan masa dan time.

p/s :
*1* Teringin nak tengok bola dalam HD.Kenapalah saya tak menang Astro Byond hari tu.

*2* Malam ni match best2 so kalau boleh nak tengok match Spain.

IKLAN WORLD CUP YANG BEST - PEPSI COMMERCIAL FOR WORLD CUP


Hye selamat tengahari,baru bangun ni.Mengantuk tahap gaban.Saya agak rasa tak best sebab dari semalam setting domain untuk Cikhel still tak boleh redirect.Mungkin ada something dengan setting DNS NetKl kot yang saya tak tau sebab saya tak guna NetKL saya guna Godaddy.Amacam international tak domain saya.Setakat ni saya puas hati dengan service Godaddy.Ramai yang tanya saya kenapa tak nak export gi wordpress then guna self hosting. Jawapannya MALAS!hak3...

Saya tengah atur gambar2 Digi Breakfree Party untuk buat post.So tunggu jelah ye sebab saya tengok dah ramai orang post pasal event tu.Yelah nak menang Blackberry kan.Siapa yang tak nak.Tapi kali ni saya nak guna photoshop tu yang ambil masa sikit.Takpe usaha kena keras baru boleh dapat habuan.Hari tu saya buat post kalah so kali ni kene tingkatkan kawalan keselamatan supaya boleh menang.hoho...

Hari tu masa tengok Prince of Persia saya ada teruja tengok dua benda.Satu ialah kecantikan Princess Tamina dan yang kedua satu iklan kreatif dari Pepsi.Bagi saya iklan Pepsi tu memang best bukan sebab apa sebab jalan cerita dia memang menarik.Korang mesti pernah tengok tapi saya tetap nak tunjuk jugak.






Apa yang best dalam ni ada Akon beb sebab lagu ni memang lagu Akon tajuk dia Oh Africa.Dan dalam iklan ni juga ada 5 top Worldclass player iaitu Lampard ,KakaArshavinHenry dan Drogba (saya benci dia sebab dia pelakon hebat).Tapi yang musykilnya mana Torres.Bukan dia salah sorang star Pepsi ke?Ini tidak adil!

Saya ada lagi satu iklan Worldcup 2010 yang best & menarik.Nantilah saya reveal.Apa iklan Worldcup 2010 yang korang tau & best jom kongsi2.

p/s :
- Wah bestnya cuti seminggu,boleh rileks macam boss walupun kene jadi driver.hahaha
- Dengar cerita bola rasmi untuk Worldcup 2010 Adidas Jabulani dah ada kontroversi...






ENTRI SANTAI : LAGU WORLD CUP 2010 + TRANSFORMER 3


Selamat pagi,hari ni saya lambat ke kolej (saya bukan student ye).Jalan jam bercampur terlambat bangun semalam.Semalam saya tak sempat nak update blog sebab balik lambat just sempat reply komen yang mana ada.Saya juga dah lama tak blogwalking sebab internet sini terlalu slow dan masa yang terhad.Dulu saya agak bebas seba  ada bilik sendiri tapi sekarang saya duduk di tempat yang terbuka (open air.hak3) so kena jaga perilaku saya sebagai seorang budak baik.

Mamang hot & Spicy siap ada pepper lagi

Tadi masa on the way datang kerja saya dengar radio FlyFM.Tetiba diorang bukak topik pasal Transformer 3.Macam yang kita tau Transformer 3 adalah sequel kepada Revenge Of The Fallen.Korang nak tau something tak?Dalam sequel ni mungkin watak awek cun yang korang idam2 kan itu tiada lagi.Micheal Bay nak cari orang baru untuk gantikan Megan Fox.Owh no!!!Tolong jangan tukar Megan Fox dah cukup hot dah beb.Kalau tukar mesti rating cerita ni jatuh mendadak.Terus terang bagi saya Megan Fox adalah wanita yang cukup2 hot (jangan menggatal Bean,awak tu dah kahwin).Jadi kalau ditukar,siapa yang korang rasa boleh ganti Megan Fox?Adakah :

MILEY CYRUS :

Minah ni terlalu muda lah.Belum sampai time dia

ANGELINA JOLIE :

Tua sangat pulak tapi still hot

 KATE HUDSON :

Terlampau lemah gemalai pulak

Jadi korang rasa siapa yang boleh ganti watak Megan Fox dalam transformer ataupun patut dikekalkan dia dalam citer tu.Sayapun tak sure kenapa Micheal Bay nak tukar dia.Mungkin ada masalah disiplin (kacau laki orang kot...ooops).Nanti saya try telephone Micheal Bay tanya eyh.

Demam World Cup dah nak terasa hangatnya.Saya memang suka tengok bola dan macam entry lepas saya akan sokong Spain.Nak tau kenapa sila baca [sini].Shakira sekali lagi dapat job nyanyi lagu tema World Cup 2010.Saya dengar lagu ni pun pagi tadi kat radio.Boleh tahan best la.Tajuk dia ialah WAKA WAKA.So kalau korang nak dengar lagu ni bolehlah layan kat bawah ni eyh :





p/s :
- Mungkin Rima Fakih kot yang ganti Megan Fox sebab dia ratu Pole Dancer...hak3...

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails