Showing posts with label Piala Thomas. Show all posts
Showing posts with label Piala Thomas. Show all posts

CHINA MENANG PIALA THOMAS + CHELSEA JUARA BERGANDA + MENTOR


Selamat malam ye,saya baru lepas balik cuci kereta.Dah bape minggupun saya tak ingat hari ni baru dapat cuci tu pun kene que 6 biji kereta.Saya nak mintak maaf kalau entri sebelum ni banyak typo.Keyboard laptop tu ada masalah kene taip kuat2 baru keluar huruf dia.Semalam saya ada aktiviti lepaking dengan blogger lain.Kalau korang alert semalam Hari Belia + Jom Heboh.So memandangkan Melz ada kat KL sayapun ajak dia lepak.


Tadi saya just sempat tengok 2 perlawanan Piala Thomas.Lin Dan kalahkan Taufik Hidayat.Then beregu Indonesia pun kalah.Bila  blogwalking tadi saya dapat tau Piala Thomas masih di China.Walaupun kita ada player ranking no 1 Dunia iaitu Dato Lee Chong Wei,Lin Dan selamba je tapaukan.Ni keputusan akhir badminton Piala Thomas :

Lin Dan vs Taufik Hidayat 21-7, 21-14

Chai Yun/Fu Haifeng vs Markis Kido/Hendra Setiawan : 25-23, 16-21, 21-12

Chen Jin vs Simon Santoso :19-21, 21-17 

Semalam jugak kita dapat tengok team mana yang hebat dalam BPL.Chelsea menang dua cup untuk season ni.BPL & Fa Cup adalah milik Chelsea.Walaupun Portsmouth cuba menghalang tapi jaringan Didie Drogba meletakkan Chelsea pemenang berganda di England.Saya lebih rela Chelsea or team lain menang asalkan bukan Manchecter United.Hak3 puas hati...


Oklah nak gi tengok Mentor.Tadi terdengar suara Protege Mus May memang best.Boleh tarik high note.So saya rasa mungkin ada peluang dia nak jadi juara Mentor musim ni.


p/s :
- Sorry kalau entri ni macam bosan sebab vuaca agak panas tak dapat menulis dengan mood yang betul...hak3

SELAMAT HARI GURU - BEAN MORENOPUN ADA GURU


Selamat hari Ahad ye,Bean Moreno ada di Kajang.Sekali sekala balik umah mama saya.Cuaca sangat panas hari ni tapi tak sepanas hati saya semalam.Saya tak tau apa yang dia nak buktikan sampai tak fikir pasal "kemaluan" sendiri (ooops).Lepas ni sure takan mintak tolong saya dah (bagus jugak boleh update blog.hak3).Ada orang hantar email semalam mintak saya tunjuk macam mana nak dapat buffered dalam Nuffnang.Bukan saya tak nak ajar tapi saya belum cukup hebat nak dedahkan pasal cara dapat buffered sebab sayapun kalau dapat buffered cuma 1 or 2 je sekali dapat & bila jadi metered daatpun tak banyak cuma satu buffered RM30 je.Tak sebanyak Eyriqazz.alau korang nak belajar pasal buffered korang boleh check blog Eyriqazz sebab satu buffered dia cecah RM200.


Macam yang kita tau hari ini adalah hari guru.Jadi Bean Moreno nak ucapkan Happy Teacher's Pet (oooops) Day untuk semua guru2 di seluruh Malaysia (yang luar Malaysia mintak maaf).Guru adalah orang yang bertanggungjawab untuk ajar kita.Kalau kita takde guru yang ajar kita ABC maka tak mungkin kita dapat baca blog ini.Kalau korang baca entri saya lepas korang mesti tau siapa cikgu yang betul2 saya takut sepanjang hidup saya.Nak tau sila baca [sini].Kalau korang jadi saya pun memang korang akan takut.Cikgu itu adalah mama saya sendiri.

Kalau nak cerita pasal blogging pulak siapa kata saya takde cikgu.Kalau saya takde cikgu dah tentu saya tak boleh seteguh sekarang.Saya banyak menebalkan muka mintak orang ajar saya.Dan saya pernah buat enti pasal siapa sifu saya dalam dunia blogging.Nak tau?sila baca [sini].Tak mungkin saya akan dapat apa maksud sebenar dalam blogging kalau saya tak jumpa diorang.Dulu saya cuma dapat fikir dan berangan nak jadi macam diorang tapi lepas jumpa diorang saya serap ilmu diorang dan cari sendiri pecahan2 dia.Tapi agak susah saya nak kejar pencapaian diorang walaupun Alexa & PR saya lebih bagus (itupun sebab diorang tukar domain.hak3).

Kesimpulannya kat sini seorang cikgu tak semestinya lebih tua dari kita,kadang2 orang yang lebih muda pun boleh kita panggil cikgu sebab mungkin dia lebih bagus dari kita.Jangan malu2 menentut ilmu daripada orang yang lebih muda.Ingat Guru itu platform untuk kita berjaya & sila hormati guru anda.

SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU2 TAK KIRA APAPUN ANDA AJAR.

P/S :
- Tengah tengok Final Piala Thomas Lindan Tengah leading.

MALAYSIA APA NAK JADI - EDISI PIALA THOMAS


Hm saya sedang mecari jalan untuk menyelamatkan laptop Emy ni.Data dah copy last2 bila nak bukak mintak permisi pulak.Waduh2 memang bikin gue pening dong.So emy saya mintak masa sikit lagi.Hehe jangan takut saya tengah kaji ca,mne nak bukak folder yang berpassword je.Mungkin hari rabu saya bagi laptop ye.

Esok ada "Hari Belia Semalaysia" dekat Putrajaya.Kenapalah korang buat kat tempat jin bertendang tu.Buatlah kat The Curve ke,IKEA ke senang sikit Bean Moreno nak datang (saje berlagak macam artis).Esok mungkin bersama aiensepet dan mungkin Melromeo ada kat situ.So sape yang teringin nak jumpe Mel silalah berjumpa saya dulu sebab esok saya bodyguard dia.hoho...Tapi kalau yang nak datang jumpa ti badan macam Bob memang saya kasi jumpa terus sebab takut kepala pecah.hak3...

Saya kecewa malam ni sebab pasukan Piala Thomas yang diketuai oleh Dato Lee Chong Wei kalah straight tanpa memberi tentangan untuk ke rubber set.Hampa seyh.Saya memang harapkan Dato Lee Chong Wei dan beregu Tan Boon Heong & Koo Keng Kiat menang.Tapi diorang pun tapau jugak.So nak harapkan Wong Chun Han mintak maaf jelah.Tapi tak boleh nak salahkan player saya tengok dua game awal diorang main dengan bersungguh2 cuma mungkin takde luck kot.Anyway tahniah pada mereka yang telah berjaya bawak Malaysia masuk separuh akhir.

Saya dapat rasakan mungkin ada beberapa punca yang membuatkan Malaysia kalah pada China :

1) Masa Dato Lee Chong Wei kalah Lin Dan menari feng tau depan audience jadi player Malaysia cuma tau shuffle je - maksudnya skill belom cukup bagus

2) Perseorangan kedua sepatutnya letak Hafiz Hashim instead of bagi Wong Chun Han main sebab dia dah tua.

3) Masa regu pertama,diorang dah main cantik dah tapi perasaan gopoh dan nak cepat menang itulah yang buat mereka kalah.

4) Coach Malaysia patut bagi penekanan pada permainan netting.Saya tengok player Malaysia yang bagus main Netting ialah Wong Chun Han tapi smash dia macam penagih yang tak makan nasi 5 tahun.

5) Yang ni saya baca dalam blog Jard.Punca kekalahan Malaysia adalah Bila Datin Seri Rosmah Mansor datang.hak3...Betul marah anon tu dengan Bini Najib.

So apa yang boleh saya katakan ialah saya tak salahkan player langsung sebab bukan senang nak menag Piala Thomas.Kalau bagi saya main then lawan Lin Dan mungkin seluar saya suidah basah.Bukan sebab peluh tapi air kencing.

Kesimpulan entry ni ialah keputusan Piala Thomas:

 MALAYSIA 0 - CHINA 3...

p/s :
- Baru ingat esok nak sakat student China kalau Malaysia menang.Nampak gayanya sayalah yang kena bahan ni....hak3...(tulah niat jahat di awal game pasti dibalas dengan hasil yang buruk)


 CC5X2K2AKDRX

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails