BERJANJI MEMANG MUDAH TAPI NAK BUAT AGAK SUSAH



CULTURE : BERJANJI MEMANG MUDAH TAPI NAK BUAT AGAK SUSAH

Salam guys,amacam sihat?Harap2 korang sihat walafiat la ye tak macam saya tengah menahan sakit.Soalan pertama dari Bean Moreno "Do You Miss ME?".Alamak dengan tak malunya saya bertanya soalan yang memang dah tau jawapannya.Dah lama saya tak menulis kat blog ni.Jangan korang fikir yang saya tak berminat lagi dengan blog ini.Itu tanggapan negatif yang mana jauh sama sekali.Bukan saya tak nak menulis tapi saya adea masalah kesihatan.Saya ada cuba menulis dan tetiba bila baca balik banyak gila typo (tweet pun siap salah eja beb.Sampai kene tegur dengan Liza Razak).Itulah salah satu sebab yang mana saya tak menulis selama dua minggu.Anyway thanks to all readers dan blogger2 yang still support saya,stil masuk blog ni dan still mendoakan saya cepat sembuh.

Oklah hari ni nak share pasal satu perkataan yang memang kita suka sangat sebut.Terutama sekali pakwe makwe yang memang tengah 'hot' bercinta.Saya rasa perkataan ni memang takde siapa dalam dunia ni yang tak pernah sebut.Perkataan itu adalah JANJI.Satu perkataan mudah yang kadang2 boleh membinasakan diri sendiri.Kenapa?Simple je,bagi orang yang menepati janji ia tidak akan membinasakan tapi membahagiakan tapi bagi orang yang tak menepati janji ia akan menjadi munafik.

korang mesti pernah alami yang mana ada satu time memang korang susah bagai tahap tertinggi.Duit takde makanan takde memang terseksa sampaikan kalau korang pergi TV3 diorang dah agak korang nak masuk program Bersamamu.Apa yang korang buat bila korang ditimpa susah?Mestilah tetiba je hati jadi lembut nak solat.Yang kalau dulu tak pernah ada sejadah tetiba cari 'bai' nk beli sejadah.Masa nilah kita buat janji contohnya :

"Ya Allah aku hambamu yang lemah meminta pertolongan darimu.Aku berjanji jika aku diberikan nikmat aku akan sentiasa ingat padamu"

Amacam nampak simple kan perjanjian tu.Ya memang ada yang kata doa tapi dalam doa itu ada perjanjian.Lepas berdoa kita berharap dan dengan kuasa Allah tiba2 hidup kita stabil balik.Korang rasa apa yang jadi lepas tu?Kita lupa balik siapa kita...Mana perginya janji kita pada NYA?

Dengan mak bapak pulak,ingat tak masa kecil2 kita selalu cakap dengan mama or papa kita yang bila kita dah besar dan dah kerja kita akan jaga dia.Kalau boleh kita tak nak tengok diorang kerja dah.Pernah tak korang ingat janji2 ni?Terus terang saya cakap saya pernah janji dengan mama & papa saya macam ni.Tapi apa yang jadi sekarang?Saya sakit dan bukan saya jaga diorang tapi benda dah jadi terbalik.Diorang pulak yang jaga makan munim saya padahal sepatutnya itulah tanggungjawab saya.Adus sedih betul kalau nak fikir2 balik.

Masa akad nikah,apa janji kita lelaki kepada ayah pengantin perempuan?Kita berjanji akan jaga anak perempuan dia dan bagi apa yang cukup.Betul tak betul?Tapi bila sampai time, kita tak dapat buat dan tunaikan apa yang kita janjikan.Semua tak cukup dan semua serba tak kena.Tapi itu semua ujian yang kita kena harung sebagai seorang hamba.Hidup kena terus senyum walaupun pada hakikatnya tak sama.Betul tak?

Dalam blogging apa yang kita target?Mesti no satu duit no dua visitor.Korang jangan nak jadi 'Evelyn Salt' dengan mengatakan yang korang buat blog sikit pun tak nak duit beb!Itu menipu secara total dan Allah marah.Dalam blogging banyak syarikat yang memang inginkan blogger.Saya tak cakap syarikat selain Nuffnang tak bagus tapi bagi saya biarlah saya stick dengan Nuffnang sebab ada bukti yang diorang bukan SCAM.Dan saya bukan blogger yang tiada pendirian.Bila korang di'approach' oleh satu company ni suruh buat advert.Korang punya bersungguh2 buat (yelah jakon tak pernah dapat) dan bila dah siap apa yang korang dah deal advertiser tu tiba2 advertiser tu kata tak cukup requirement yang benda tu takde dalam perbincanganpun.Sepatutnya apa yang dijanjikan kenalah bagi.Ni tak bila time payment,alasan berlambak.Benda dah siap 3 bulan lepas tapi payment siap hold lagi apa cer?Saya bukan apa walaupun amount tu taklah banyak sangat tapi sayapun ada maruah dan perasaan.So think about it ya...

oklah panjang pulak entry kali ni.Ni kira balas dendam lah ni.Dah lama tak menuli sekali kasi Kapoww!!!Sorrylah kalau korang baca entri ni agak sedikit emo.Kalau korang tanya ini kisah siapa?Ya saya akan jawab inilah apa yang saya rasa sekarang.So thanks sebab sudi baca sampai baris terakhir ye.

p/s :
* Mungkinkah rezeki bertambah dibulan Ramadhan.Harap2 begitulah.
* Tetiba tadi Rob Chew call...Anyway Thanks to Nuffnang sebab ingat pasal saya even saya tak berapa aktif sekarang.
* Dah join churpchurp ke blom?kalau blom boleh klik sini.Free je untuk join.
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails