KISAH PENGIDAP TIBI

PERSONAL : KISAH PENGIDAP TIBI

Salam guys,mesti korang akan terasa pelik dengan dua perkara.Pertama kenapa saya on & off update blog.Betul tak?Adakah saya da bosan berblogging ataupun memang dah nak jual Suterablogger.Jawapannya tidak sama sekali.Bukan sebab saya dah bosan or tiada idea.Bean Moreno adalah monster idea.hak3...Actually saya admited kat HUKM (siapa yang baca status FB mungkin tau) kerana penyakit TIBI (tuberculosis)atau senang cerita Batuk Kering dalam bahasa Melayu.Apa tak caya?Nah tengok gambar ni sendiri :



Nampak tak si pria romantis sedang memakai topeng Kamen Rider dengan rambutnya yang agak2 macam korea tu (sorry saya terlupa bawa Gatsby ke ward).Sekarang percaya tak?Yang kedua mesti korang fikir betul ke mamat ni sakit.Kalau sakit macam mana boleh update FB pastu siap boeh update blog dan gelak ketawa je?Jawapannya saya curi2 bawa laptop pergi wad ni.Atas nasihat kawan sekolah saya yang juga seorang doktor jadi saya dengan selamba je on laptop sebab dia kata boleh on.Yang pasal gelak ketawa tu saya kena buat untuk menghilangkan kedukaan.Kalau kita asyik2 nak sedih je dengan apa yang kita lalui sampi bilapun asalah takkan selesai.Sekarang faham?


Kadang2 apa yang kita nak tak semua boleh dapat.Kita manusia yang dijadikan untuk menghambakan diri so yang kita tak dapat itu adalah ujian.Ujian kali ni memang agak besar sebab ia melibatkan keluarga.Saya bukan menyalahkan kesakitan yang saya alami cuma saya akan terasa sedikit tersentuh bila saya tengok wajah2 yang saya sayang contoh macam mama, papa, isteri saya, dan semua adik2 saya bila melawat saya.Bukan apa saya tau diorang semua risaukan saya cuma buat2 muka cool je bila jumpa saya supaya saya tak risau.Saya tak risau langsung saya sakit tapi saya akan rasa satu perasaan tak best kalau diorang semua risau pasal saya.


Dalam kesakitan ni saya ni saya dapat satu berita gembira tadi.Apa dia?aiensepet dah dapat kerja baru.Hm itu satu rahmat sebenarnya.Saya kesian tengok dia asyik2 pergi interview tapi tiada panggilan sampaikan dia dah putus asa.So ni kira satu berita gembiralah.Tapi dalam berita gembira tu ada sikit kesedihan.Apa?Dia kena tinggal sorang2 kat rumah Damansara tanpa teman.Cuba korang letakkan diri korang kat dalam diri saya.Sedih tak rasa.Saya kena biarkan dia hidup sorang2 dan tidur sorang2.


Tapi sebenarnya apa yang saya dapat nampak bila saya sakit ni :



  • Kita boleh tau mana satu kawan yang hanya akan datang bila kita senang dan mana kawan yang akan usung kita bila kita mati.
  • Bila sakit kawan2 yang memang lama tak jumpa akan muncul dan kita yang memang nak jumpa dia dapat jumpa.
  • Bau kita akan belajar dan tahu yang kita ni sebenarnya cuma hamba yang dipinjamkan zat dan kehidupan.
  • Mensyukuri keadaan kita sihat
  • Hubungan kekeluargaan akan lebih kukuh.dan memang terbukti lah pepatah old timer iaitu Air Yang Dicincang Tidak Akan Putus.
Oklah tu jelah kot saya nak cerita untuk kali ni.Kalau panjang sangatpun akan buat orang menyampah je nak baca.So kesimpulannya makanan kan HUKM ni memang best2.hak3...

p/s :

  • Thanks to Aus, Deydeq, dan Che Armster yang membuat liputan CNN untuk saya.Bukan saya tak nak bagi tau yang saya sakit cuma tak nak menambahkan kerisauan pada orang lain.
  • Doakan saya cepat sembuh tak kisahlah walau kena akan ubat Anti TIBI untuk 6 bulan.




Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails